Tuesday, February 10, 2009

gila derhaka

betul.
syurga di bawah tapak kaki ibu.

betul.
kasih ayahanda membawa ke syurga biru.

betul.
setiap perkara itu haknya adalah ditangan sendiri.

betul.
tidak boleh sang anak itu menyalahkan pak abu dan mak siti.

betul.
betul sangat.

tapi selama ini aku selalu menulis dari perspektif aku.
seorang anak yang beruntung dikurnia tuhan seorang abah yang sangat cool dan menyeronokkan di luar imaginasi.

aku tidak boleh lupa satu fakta ini,
tidak semua orang macam aku.

maka hari ini aku hendak bercakap tentang keibubapaan.
parenthood.
secara spesifik, ibubapa yang bukan dari definasi buku teks.

namun seolahnya taboo atau terlarang bila kita fokuskan kesalahan pada ibubapa. cantiknya agama ini, waima jelas dan terang seorang ibu atau bapa itu melakukan kejahatan, wajib kita hormatkan. begitu indah islam ini, kita sentiasa mesti menunduk tenang walau dihentam cerca makian.

bukan kerana ajaran kudus ini hendak membuli sang anak, tapi sememangnya, kalau hendak dikatakan adil, sekurang2nya ibu dan bapa itu mmg memberi kita nyawa dan memberi nasi untuk perut kita.

kan?

sebabnya aku tulis entri ini adalah atas dasar setelah sekian lama aku bacakan komentar2 sebilangan adik2 di puisitepijalan, yang nyata sayu melihat hubungan antara aku dan abah.

menjadi seorang aku yang sangat mudah serba-salah, ada masanya aku terasa seperti hendak sembunyikan entri itu, demi untuk tidak menambah perit di hati mereka yang membaca. tapi susah juga, kerana aku memang menulis untuk menceritakan cucu kerabat aku di nanti suatu masa.

sejujurnya aku kasihan.

bagaimana agaknya hidup dengan seorang ayah yang gemar menjadikan tubuh ahli keluarganya sebagai beg latihan tinju?
bagaimana agaknya punya bunda yang menderu2 menghisap rokok di depan mata, dengan kekasih barunya asyik melihat2 kamu dengan nafsu?
bagaimana agaknya ada ayah yang saban hari mengungkit setiap budinya, di setiap kali kamu tidak mampu memenuhi kehendak dia?
bagaimana agaknya memiliki ibu yang terlalu mendengar kata ayah kamu, walhal semua ibunda dalam dunia ini selalu sudi menjadi telinga anaknya?

mesti susah, kan?
mesti payah.

sakit, sebenarnya, hidup membenci.
lebih menghiris kalau yang dibenci itu adalah darah daging sendiri.
perasaan benci yang terlahir dari rahim cemburu yang asalnya sedikit, kini makin meluap2.

"mak aku kasi aku dua ratus tau beli baju raya!!! best giler!!!"
"jom la. daddy aku okay je kalau aku bawak kawan. ala... kitorg belanja kau la duit tiket"
"abah aku tanya semalam, kenapa kau jarang balik rumah? mak abah kau tak marah ke?"

dan kau rasa nak saja kau mahu terajang tekak mereka.

"sial. aku tahulah kau bahagia. sempurna"

kadang2, ada ibubapa yang merasakan mereka berhak secara totalitarian atas zuriat mereka. maka setiap keputusan perlu keluar dari bibir mereka, siap dengan cara2 dan urutan pelaksanaannya.

"tidak boleh dengan gadis itu."
"abah tak suka kau bawak motor"
"umur 21 kau sudah patut ada kerja."
"kerja call centre itu bukan kerja yang betul."
"kenapa isteri kau tak suka tinggal sekali kat rumah mak?"

dan harus diingatkan, tidak semua anak adalah bangsat.

masih ramai, sehingga ke hari ini yang masih menampal senyum demi untuk menjauhkan dari perkataan 'derhaka'.

tapi bagaimana mereka2 yang tidak gagah hatinya?
yang sudah hampir gila kerana seumur hidup tidak mampu menjadi sesiapa kecuali yang dipaksa dia jadi?
bagaimana mereka2 yang didera secara mental, ditusuk2 dari dalam hati?
yang sudah jadi semacam tidak betul kerana terlalu serabut dengan hidup, malangnya malu untuk bercerita kongsi?

aku pernah lihat depan mata, seorang anak yang begitu dinanahkan dengan keserabutan hidup keluarganya menggogok arak dengan airmata berlinang2 mencium dagunya.
aku pernah lihat depan mata, seorang anak yang begitu hancur kerana terlalu penat memenuhi citarasa ibubapanya berkejar2 mencari khayal dalam asap marijuana yang disedutnya.

aku tahu ini tidak sepatutnya,
tapi aku pernah kata dalam hati, ketika memandang mereka yang jauh lebih tenang sebegitu,
"begitu sekali sakitnya gila dalam hati kamu, kawan?"

ada masanya aku sanggup membiarkan kerana yang aku dapat lihat, semata itu yang mampu memberi aman dalam jiwanya.

ah!
kau ingat mudah?

kau ingat senang untuk pergi ke seseorang dan menda'wah, bilamana ibu bapa sendiri mengabaikan apa yang sepatutnya dijaga dari lahirnya pun membiarkan, siapa pula orang2 luar seperti aku hendak berkata apa2?

ah jahanam.
entri ini tidak mudah untuk ditulis.

cuma begini sajalah, dik.
teruslah jadi gila.
sekurang2nya kamu tidak derhaka.

okay?

pesanan utk pembaca yang tidak ada kena-mengena.

sebelum komen2 anda menyiat sesiapa,
baca ini:

cakap senang la.
kau pernah rasa?

dan hentikan merasa kau seorang sahaja dalam dunia yang layak syurga.
tuhan itu baik.
dn kau bukan tuhan.

46 comments:

zuhana zulkifli said...

hah betul kak fynn

||alis|| said...

betol fynn.
dulu-dulu, mak ayah semua betol dan benar. kini, menjadi ibuayah tak semestinya semuanya betol, dan menjadi anak tak semestinya semuanya salah.

aku pernah terbaca nukilan seorang ustaz. puncanya mudah, periksa kembali apa yg kita makan.

halalkah? sumbernya dari mana? cara sedia makan itu (ibu/bibiknya berkuku panjang hatta hanya seruas jari), dimana bismillah tatkala mula menanak nasi atau memasak? dimana doa sebelum dan selepas makan?

kerana dari makananlah, HATI kita terbentuk.

berbahagialah mereka yg mempunyai family bahagia. aku punya 1. syukur alhamdulillah.

hanya simpati dapat aku luahkan kepada anak2 yg miliki ibu ayah yg fynn catatkan dihujung n3 ini.

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

tibatiba air mata mengalir tanpa sebab yang logik!

thanks, kak fynn :')

bell said...

Saya ada kawan yang sejak dia mula kerja, parent dia selalu mengungkit bila diaorang tak dapat apa yang diaorang nak dari kawan saya ni. Memang kesian sangat sampai parent dia bias dengan adik-adik dia yang lain. Tapi saya memang susah nak faham kenapa parent dia macam tu sebab parent saya sangat ok. Tapi saya rasa ade hikmahnya bila parent dia macam tu, buat dia kerja lagi kuat. Saya pulak, walaupun seorang trainee dan dapat RM30 sehari dengan hanya membaca blog di office, masih minta duit ibu dan ayah. Malukan?

idysur tagem said...

jauh sekali untuk menjadi derhaka
tapi apa boleh buat
dah nasib dapat ayah yang sangat pentingkan diri

aku cemburu membaca cerita kau dan ayah kau.

Sara Musfira said...

sayang mummy & ayah saya.heee

:)

Cik Lizi said...

saya xnak jadi anak derhaka...
saya xnak membenci drh dging sy sndr...

apa sgt pilihan yg sy ada...
bukan saya hendak mengatakan yg ibubapa saya tidak baik...
mereka cukup baik...
berubah menjadi makin baik...

cuma saya sendiri selidik hgga ke akar umbinya...
perbuatan lampau mungkin...
memberi kesan pada kami sebagai anak....
T_T...

thanks kak fynn...

hamba allah said...

cakap senang la.
kau pernah rasa?


ujian tuhan kepada hamba nya yang terpilih...

emmm... sabar la... insyaallah kalau kita mintak dengan allah ... "allah akan menolong"

"cuma begini sajalah, dik.
teruslah jadi gila.
sekurang2nya kamu tidak derhaka."

maaf mungkin kena kaji balik nasihat ni... tak elok ni...

hadi anuar said...

setuju.lepas baca entri ni.
serba salah plak.
hee
=)

Bobby Nuurri said...

rasa macam terlalu beruntung pulak kte rasa.

walau tidak kaya. alhamdulillah, mak bapak aku top-class.

emm, kepada yang terlibat dalam sinetron drama yang dimaksudkan. tabahkan aja. jgn sekali derhaka.

Ainee Cumi said...

kelu lidah ni nak berkata

syukur dpt ayah n ibu yg memahami n alwaz bg sokongan..so sesape yg ade parents yg begitu penyayang, hargailah mereka..xsemue org bertuah mcm kita

(skemanye ainee!)=)

Anonymous said...

setuju dgn entry ini
ta mudah utk kita jd anak yang ta derhaka
hakikatnya, buatlah ape yang termampu utk masa2 yg mendatang
jdlah kita lebih +ve utk mengahadapi cabaran

;)

Ruch Mathers said...

baru je lps bengang dgn abah.dan terluah kat blog

pastu arini baca entry ni.

insaf jap adeh...org lain ada yg lg susah

Tyna Aizat said...

yah.manusia tidak layak menghukum manusia lain.

Aishah Malik said...

bukan semua senang kan, kak fynn? :)

hzrh said...

sy selalu terlibat dgn situasi perbalahan dgn mak ayah..tp itu mgkin dulu!
asal kena marah je,memberontak..

ok la
tu zaman bodoh dan bengap

sekarang

alhamdulillah
sudah boleh berfikir

cuma

yang tak tahannya
bila mak ayah anggap sy masih kecil

sebagai anak
kadang2
kita nampak apa yg diorg lakukan
dan sebagai seorang yg SEDIKIT mampu utk berfikir menggunakan akal,
kita boleh nampak apa yg salah dan apa yg betul oleh mak ayah kita

dan

bila nampak yg salah
sy tersenyap

sy tegur
dan ditempelak kembali

mcm mana tu?

haihh~

berdiam diri mmg paling baik
utk tak jadi derhaka

tp sampai bila nak berdiam diri dan lihat sj??

entri kak Fynn ni sy baca berulang2
terima kasih kerana melahirkan entri yg bermakna


syg kak Fynn!


ps:maaf,komen sedikit emosi dan panjang. X(

...... said...

walau seburuk mana pun ibu kita..air pertama yang kita minum adalah susunya.
walau seburuk mana pun ayah kita..azan pertama yang kita dengar adalah dari suaranya.
kalau punya ibubapa yang bermasalah sentiasalah berdoa agar dibukakan pintu hati mereka untuk lebih dekati islam.

Iffah Zara said...

hai kak fynn, memang serba salah bila masa kita kecil ibu bapa langsung hilang entah kemana, hilang lari dari tanggungjawab.

tapi bila kita sudah bekerja, muncul dan berbaik2 tiba2 dan minta kita tunai tanggungjawab ringgit pada mereka..

sedangkan kita banyak nak membalas budi keringat dan jasa seorang 'penjaga berhati mulia' yang ambil tugas ibubapa yang lari dari tanggungjawab..yang jaga kita dari sebesar ibu jari hingga sekarang.

bila tak diturutkan kehendak ibu bapa, lancang mulut mengungkap "anak derhaka, aku lah yang lahirkan kau"

lahir sahaja tanpa ambil tanggungjawab..??

senang kan.

munira anis said...

kalau rasa diri d tmpat yang paling teruk,orang lain ada lagi yang menerima nasib yang lebih teruk..
selalu ingati ini.

Monalisa said...

"....seorang anak yang begitu hancur kerana terlalu penat memenuhi citarasa ibubapanya....

....ada masanya aku sanggup membiarkan kerana yang aku dapat lihat, semata itu yang mampu memberi aman dalam jiwanya. "

I used to just let it be. And now, not only it's destructing him, but also the whole family. Worse, the blame is partly on me too..just by letting him be.

How I wish to never hv let a brother drown & drift away just bcuz he's older than me.
And for God's sake, I hv now stopped giving in.

At least to him.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

SAYA NAK KONGSI SKET DGN APA YG SAYA BELAJAR SKRG NI IAITU TINGKAHLAKU MANUSIA DAN PERSEKITARAN. DR AFENDI IAITU PENSYARAH SY MENERANGKAN BAGAIMANA PERANGAI ANAK YG LAHIR ITU BERGANTUNG KPD:-

1: ADAKAH SEMASA MELAKUKAN PERSETUBUHAN DIMULAKAN DGN DOA?? ATAU MELAKUKAN MENGIKUT NAFSU SEMATA-MATA?

2: MAKANAN YG DIMAKAN SEMASA MENGANDUNG SAMA ADA DATANG DR SUMBER YG HALAL ATAU TDK

3: DOA IBU BAPA TERHADAP ANAK SEMASA DLM KANDUNGAN. BERCAKAPLAH DGN ANAK YG DLM KANDUNGAN WALAUPUN MEREKA BELUM LAHIR LG KRN PERTALIAN ANTARA IBU DGN ANAK SGT KUAT.

4: SEMASA MEREKA LAHIR, DIDIK LAH MEREKA DGN SEBAIKNYA MENGIKUT PERKEMBANGAN PEMBESARAN KANAK-KANAK KERANA PERTUMBUHAN KANAK-KANAK BERGANTUNG KPD TAHAP-TAHAP UMUR MEREKA.

5: PADA KEBIASAANNYA KANAK-KANAK AKAN MEMERHATI DAN MENCONTOHI APA YG DILAKUKAN OLEH IBU BAPA MEREKA. SEANDAINYA BAPA PANAS BARAN MAKA KANAK-KANAK TERSEBUT AKAN CENDERUNG UTK MEMILIKI SIKAP YG SAMA.

PADA IBU BAPA, JADIKAN LAH DIRI ANDA BUKAN SAHAJA SEBAGAI IBU BAPA MALAH SEBAGAI SAHABAT ANAK MEREKA. FAHAMILAH MEREKA DAN BINCANGLAH DARI HATI KE HATI SEKIRANYA ADA MASALAH.

YG PENTING SEKALI BINALAH KONSEP KENDIRI UTK ANAK-ANAK DAN JGN MEMBEZAKAN KASIH SYG ANTARA ANAK-ANAK.

~STUDENT SOCIAL SCIENCE MAJOR IN SOCIAL WORK USM~

Atira. said...

agree. :)

its good that you oint this out sebab kadang2 kita tak sedar benda2 ni disekeliling kita.

Anonymous said...

kak fynn.
terima kasih byk2 utk entri ni.
rasa mcm... didgri dlm diam pulak.
air mata dah bergenang ni.
tapi kena tahan. sebab kena kuat.


tapi dah penat.
penat sgt.
penat kuat sorg2 dan penat kena kuat utk adik2.

Anonymous said...

untuk entri ini, kita jangan sekali kali mencuba menjadi tuhan dgn mengadili dan menghakimi.kita mmg tidak punya daya dan upaya kan fynn. Sdih la jg tgk anak drhaka. Ohh tuhan, jauhkan.

Anonymous said...

setiap orang lain ibu bapanya kecuali la, adik beradik kan,confirm la mak bapak sama..
dgn ibu bapa yang lain2 2 la jadinya kita manusia yang berbeza2..
kalo kata ayah saya abaikan sy, ada lagi abah orang lain yang teruk..
tapi kn, mesti lagi best kalo abah sy mcm abah2 lain yang sgt syangkan anak..
atau mungkin sb sy yang xlayak disayangi...

Nabihah zulkifli said...

bkn sng na mengukir senyuman bler ati sket..
tp na wt cene an..
sprti yg telh d taip oleh kak fynn..
biarlah tros jd gler..
asalkn ta derhaka..

iYda Juhar said...

........
:-|

Anonymous said...

mmg bes tgk kak fynn dpt daddy yg sgt best mcm tu..
kdg2.. tertanye2 gak..asal bapak aku xleh jadik mcm ni..
sumer dah blah dari umah..
mama dah "pergi"..
kakak sulungku dah melepasi azab buatan baba aku sndiri..(kahwin at last)
abg aku dah merantau..

now its my turn..
sedih sgt nak menghadap baba sorg2..
tapi aku slalu percaye aku xpnah sorg2..
dan seteruk mane pun aku kne maki,caci dan herdik..
hati aku xpenah nak abaikan mase2 tue dier nanti..
aku tetap nak tlg dier gak..
hmm..
harap aku dpt tahan..

to kak fynn.. u're very9 lucky!

Azira Anhar said...

cene erk kak fynn?
sekarang ni, giler pon yer.
derhaka pe tah lagi?
nak diamkan,
dah berkulat kat dalam hati.
takkan nak buang gitu jer.
ntahla..
thnx ye kak.
atleast sy berfikir.

Lily Cartina said...

"aku pernah lihat depan mata, seorang anak yang begitu dinanahkan dengan keserabutan hidup keluarganya menggogok arak dengan airmata berlinang2 mencium dagunya.
aku pernah lihat depan mata, seorang anak yang begitu hancur kerana terlalu penat memenuhi citarasa ibubapanya berkejar2 mencari khayal dalam asap marijuana yang disedutnya."

benar kak, sakit.
sakit amat sgt.

saya di sini tahu apa yang saya katakan kerana saya pernah berada di situasi keserabutan,kehilangan keluarga. saya tahu sakitnya.

tapi kak,
saya disini bangga,
saya sakit di usia muda.
lemah. bodoh. mentah.
tapi tidak pernah tekak ini merasa asap rokok.
tidak pernah lidah ini merasa arak.
tidak pernah tubuh ini merasa hirisan pisau oleh tangan sendiri.

tidak pernah.

cuma tangisan yang selalu menemani.
cuma tangisan yang bisa mengubati.

saya tidak pernah jadi gila walau persekitaran gila.

benar,
mungkin kawan2 kak fynn itu tidak kuat,
tapi melalui pengalaman yang menyakitkan itu, belajarlah untuk jadi kuat.

kalau mahu terus jadi gila kerana takut mahu derkaha sama ibu bapa,
tidak takutkah kita kalau jadi gila dan ingkar sama Allah??

jadi bagi saya,
jangan jad gila.
tetapi belajar untuk jadi kuat.

memang,
cakap senang.
nak buat susah.

tapi cuba.
cuba sedaya upaya.
insyaallah boleh.

.ieLah. said...

kak fynn,
terima kasih untuk entry ini

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

btol 2 kak fynn..sungguh..hnya mampu menunduk utk syurga itu..

joegrimjow said...

ayah dah xde
kasih ayah sampai ke mati

mak masih ada
hargai mak selagi ada

Anonymous said...

I feel you. I feel your writing. A true reflection of the society indeed.

azhari azmi said...

alhamdulillah parents aku miskin, tetapi kasih sayang diberi dgn cukup.semoga kite semua mendapat kasih sayang secukupnya.amin.

razuwahanim said...

Salam fynn
sebak membaca entri kamu
banyak pengajarannya teringat kenangan kena pukul dengan arwah ayah masa kecil2 dulu
tapi saya tidak kisah, semua itu pukulan utk mengajar saya menjadi manusia..

ohh ya saya minta izin utk link kan blog kamu. harap kamu tak kisah

Shafri said...

1st.. tima kasih sbb leyh kasi komen kt cnie.. huhu.. pasal ibubapa nie.. akugumbira rsa kesian kt diepa sbb, dlm famili akugumbira lol paling menyusahkn diepa.. mcm2 accident yg akugumbira perkenalkn kt diepa.. msa umur 3 thun.. akugumbira hilang sbb ikot atok nie g minum kopi kt umah dia.. mama dok nanges dh.. takot anak laki tunggal dia nie hilang... cari dlm perigi.. xdak.. cari dlm sungai.. xdak.. huhu.. last kali jmpa gak.. atok td antar blik umah.. huhu.. msa umur 9 thun.. tgn akugumbira terbakar.. msa mlm raya.. i mean.. nite b4 hari raya.. huhu.. abeyh dwet agi kt citu.. huhu.. lpas tue.. msa umur 15thun.. kaki akugumbira tersepit kt basikal exercise.. huhu.. lpas tue lak.. msa umur 19 thun.. thun lepas laa.. ligamen lutut putus.. msa maen rugby.. dh lpas operation.. kna dwet agi.. huhu.. sian diepa.. sbb anak laki tunggal diepa nieh.. byk modal kna bwak kluaq.. huhu.. so.. akugumbira kena bertekad.. kna balas blik jasa diepa.. walaupon dh tahu memng xkan terbalas... sowie kak fyn.. ayat kluaq cam ayaq.. xreti nk susun.. huhuuu..

BudAk hijAu said...

sy hanya ada ibu skrg!hargai apa yg masih ade..

entri yg sngt menarik.

Anonymous said...

setuju kak fynn.
mereka y tak merasa akan bisa kate ape saja.
"dah mmg kau salah,patot pon lah kau kene marah"
aku tak perlukan kata2 ini,kawan.
cukup sekadar dgr dan diam.
jgn tambah benci aku.

alahai.
cakap senang.
cuba rasa,y mana hilang abah dan dikongkong sgala seginya.semua secara tiba2.drastik.

tengok mcmana rebelnya jiwa dia.
mungkin akan lebih dari aku.

thanx kak fynn.
thanx.

Anonymous said...

maaf.
tak puas hati saya lebih kepada kawan dari ibubapa.
sbb sy perlu kawan itu untuk mengelakkan dari jadi derhaka.
yeeeah.
:)

aina syaqilah said...

terlalu menyentuh hati, kakak
sangat kena mengena dengan diri saya
tapi status saya sebagai anak
memang tak boleh lawan ibubapa
kadang kadang saya tahu saya betul, cuma diamkan.
sudah penat kakak, saya gaduhkan itu ini dengan ibu bapa

saya bukan anak yang dikongkong
tapi kalau difikirkan balik, saya tak dibenarkan punya masa yang lebih gembira sama kawan
saya lebih suka di sekolah
buku itu peneman setia
bila dimarah, ditengking, diherdik
saya cuma diam, biarkan hati bernanah sendiri
lama lama ia akan pulih
cuma mungkin ambil masa kan kakak ?

saya dulu sangat kuat melawan
sekarang saya lebih banyak diam
saya tak mahu anak saya buat pada saya macam yang saya buat pada mak saya

biarlah orang nak cakap
'kau cakap memang senang'

tapi saya dah rasa
tapi tuhan itu adil
dengan dugaan yang berat
dia kurniakan hati yang tabah

saya cuma menganggap
akan tiba masa saya nanti
:)

-nur aina syaqilah-

S.I.D said...

ade parent yang macam tu...
ramai bukan sikit....
smpai skarang masih menyimpan...makan hati.....

sampai mati.....

nak jerit...
sape nak dengar?

Nurul Binti Ibunya said...

betul3x..

orang takkan tahu gula tu manis ke pahit kalo dia tak rasa sendiri dengan deria rasanya kan?
takkan tahu sakitnye hati kena tusuk duri..
peritnya badan bila kena rotan..
luluhnya hati bila di persimpangan antara kehendak ibu bapa dan diri sendiri..

gilanya kite bila keadaan kelam menjelma...

tapi saya tetap sayang mereka even hanya tahu nama sahaja..

aqish badree said...

slalu bca entri kak fynn snyp2..
sori tau..
kbyknnye mnyentuh ati dan mnyedarkn sya..tapi, entri kali ni, btol2 buat sya menangis..
sya rsa sya adalah slah seorg ank dlm crita kak fynn tu... =)

(cuma begini sajalah, dik.
teruslah jadi gila.
sekurang2nya kamu tidak derhaka.)

setuju kak fynn..
oh ya! salam pkenalan..

omarkhayam said...

redah allah pada kedua ibu bapanya, hormatilah, patuhilah,dan janganlah kamu derhakainya, kecuali jika mereka memaksa untuk berlaku syirik...wallahualam.

*mereka juga manusia, dan anak2 mereka ialah amanah yg harus ditunaikan tuntutannya.

pokok said...

salam...ur entry this time btul2 hit me like crazy....coz i am dat kid...sgt susah bila kita benci dia but at the same time kite still ada disisi dia coz kita cinte dia sangat2...cinte saya pada dia ikat saya dikaki dia...sakit sangat but wat to do kan.....seriously saya sgt jeles ng kak fynn....u tk k n thanks coz i thought nobody else hv this kind of feelings towards their parents....:-) life break us all but in the end we are stronger at the broken places....