Friday, January 9, 2009

cermin aku siapa?

telah diujikan dalam satu tempoh yang sama:

situasi a)
seorang yang jahat, kalau diletakkan di satu kamar yang penuh dengan sembilan yang baik,
akan sedikit2 menjadi elok;

situasi b)
seorang yang baik, kalau diletakkan di satu kamar yang penuh dengan sembilan yang jahat,
tidak lama, pasti menjadi buruk.

situasi c)
*ini jarang berlaku*
seorang yang jahat itu terus merosak dan seorang yang baik itu terus mensuci. keadaan ini pada kebiasaannya, atas kekebalan hati untuk mengasingkan diri dari berhiruk-pikuk.

tapi berapa orang sahaja dalam dunia boleh hidup tidak berkenal2?
tambah pula diperap di suatu tempat, terperangkap untuk beberapa ketika.

hendak tidak hendak, pasti berkawan juga.

lalu timbul hal ini:
kita jadilah manusia yang paling baik dalam dunia. kalau sudah dikeliling nanah, busuk itu sudah pasti terpalit pada kita.

rasul dulu pernah kata: engkau adalah sahabatmu. dan mereka adalah cermin kamu.
betapa benar.

untuk mengungkit pengalaman sendiri, aku kira, pasti ramai yang sedar, aku kini sifatnya semakin mengunjur ke arah kekeluargaan. sudah terlalu jauh dari kehendak ke the curve setiap hujung minggu, sudah terlalu enteng hendak mengejar setiap filem terbaru.

senyum aku lebih mudah didapatkan dari gelak tri, berbanding dulu yang terpaksa aku beli dengan menghulur hadiah materi kepada sesiapa yang aku hendak lihatkan seringainya.

tenang aku lebih mudah didapatkan dari gurau senda adam dan habib, berbanding dulu yang terpaksa aku sedut udara cemar dari bahanapi yang aku bakarkan di puntungnya.

redha aku lebih mudah didapatkan dari air paip ku alirkan mengikut tertib di anggota badan, berbanding dulu yang terpaksa aku gagahkan gigil tangan kiriku menyiat pergelangan kembar kanannya.

cermin aku buat masa ini,
adalah keluarga.

(yang mungkin kerana itu, perlu aku syukurkan kerana kalau tidak kerana sokong dan kasih mereka, tidak mampu juga aku hendak terus menjadi sesuatu yang bukan dahulu)

eh, aku tidak minta kau buang teman2 yang ada, andai kalaunya mereka itu (bagi engkau) lebih mejerumuskan ke ruang yang lebih nanar dan menggusar. itu bodoh. kerana di hujung hari, setiap baik dan buruk itu adalah dari engkau.

pilihan milik engkau.

celakalah kalau engkau tidak habis2 menunjuk jari menuding2 orang atas bahana perbuatan engkau.

selalu dengar tuduhan begini?:

"kalau saripah tidak nasihat aku begitu, pasti aku masih lagi okay sama mimi"
"dulu awak cakap sama mak lang, biarkan azreen masuk universiti. haa sekarang apa dah jadi. dia dah rosak sebab kenal lelaki tu kat kampus"
"ini semua awak punya pasal. kalau kita ikut high way mesti dah sampai"

benci, kan?

dan lebih benci kalau ia bermula dari soalan sang penuduh. yang kalau tidak ditanya, kita pun tidak akan keluarkan pendapat. yang rupa2nya di kemudian hari, memakan kita juga. atau secarah istilahnya dalam bahasa inggeris -- backfired.

contoh (merujuk pada natijah di atas):

"kau rasa mimi itu suka tidak, sama aku?"
"bagus ke universiti awam tu ngah?"
"ikut mana, ni sayang?"

betul, kan?

*sedikit2, ini ada kaitnya sama entri ladynoe hari ini, mengenai konsep tikam-belakang. kerana sejujurnya, kalau tidak ada yang menjolok, takkan ada lebahnya.*

ya. aku sedang mengalamatkan penyataan di atas kepada wartawan hiburan malaysia juga. terutama melodi dan sensasi (yang sudah pun diharamkan). bagus. benda2 sedemikian bikin nama wartawan yang betul2 jujur jadi sompek.

haih.

kita takkan boleh ubah manusia. dan manusia pun bukan suka sangat perubahan. perkataan 'ubah' itu sendiri terlalu besar. kita bukan cecair kimia yang bertindakbalas secara pesat. kita manusia.

secara fitrahnya, siapa kita hari ini, memang dicipta tuhan mengikut aturan perubahan, menjalani proses2 dan melalui pelbagai transisi. dalam bahasa yang lebih mudah, seorang hamba allah yang hari ini, bukan seperti dia yang sepuluh tahun lalu. dan mendemonstrasikan taakulan mantik tentang bagaimana masa depannya adalah sesuatu yang sebenarnya tidak akan tepat.

changes will happen eventually.

kita tak akan mampu mengubah manusia,
tapi perubahan dalam manusia itu sesuatu yang tidak akan terelakkan.

lalu, kenapa agaknya kita menggelepar bilamana ada seseorang datang pada kita mengatakan:

"kau dah berubah sekarang"
"kau dah lain"
"kau bukan zack yang aku kenali"

bagi kita, itu sudah jadi begitu provokatif.
'berubah' adalah satu perkataan yang begitu sensitif.
mungkin kerana dengan pilihan ayat yang begitu subjektif (dan tidak terang), kita terus mengandaikan 'perubahan' yang disebut merujuk pada sesuatu yang negatif.

usah risau,
aku bersama kamu dalam hal ini.
dahulu, aku cukup panas bila dirujuk orang sebagai seseorang yang sudah berubah.
spesifiknya, sejak mula dipandang orang di persada seni bawah tanah, juga sejak diperasan orang di kaca tv.

kecoh juga aku ke sana ke mari bertanya kawan yang lebih rapat ttg itu.
lega, akhirnya, bila teman dari kecil bilang aku masih sang sengal yang dulu.

haih...
*diam*

teringat sesuatu yang aku dapatkan di kuliah tahun lepas2.

dalam tulisan skrip atau drama, karektor ada dua:
statik dan dinamik.

karektor dinamik adalah watak yang berubah secara signifikan, baik dari fizikal (perangai yang jelas di mata kasar) atau pemahaman, perbezaaan komitmen atau sifatnya. apa pun, perubahan itu mesti ada kesannya pada jiwa yang di dalamnya.

dan perlu kamu tahu, konsep dinamik ini diaplikasikan untuk antagonis (anti-hero) dan protagonis (hero itu sendiri).

seorang abid yang sangat menepati manusia syurga telah dijanjikan tuhan untuk dihumban ke neraka kerana mengikut kata syaitan untuk meminum arak (yang telah diniatkan untuk dimina taubat sebaik sahaja habis minumnya).

zulaikha yang menyebabkan yusuf dipenjara kerana fitnahnya diberikan hujung hidup yang dihidayah, mengakhirinya dengan semulia2 ibadah.

manusia akan berubah mengikut masa, situasi dan kehendak-Nya.

sebagai kontra, watak statik hanyalah watak penyeri sesuatu cerita. sifatnya sentiasa sebegitu, stabil dan keras, yang wujudnya hanyalah untuk mencipta elemen faktor masa, situasi dan melaksana kehendak-nya.

tidak logik kalau ada antara kita bersifat statik.
just bloody impossible.

sekarang aku hendak tanyakan pada kamu2,
dengan situasi kamu adalah karektor dinamik plot cerita hidup kamu:

siapa karektor2 statik kamu?
siapa watak2 di kiri kanan kamu?
apakah mereka memfaktor diri kamu?
apakah kamu hari ini sekadar eksplosif yang picunya di jari kawan kamu?
apakah kamu semalam lebih kamu, berbanding hari ini demi teman kamu?
apakah kamu esok sudah dibancuh dari hari ini, dalam acuan sahabat2 kamu?

*diam*

semua manusia dinamik.
tapi dalam hidup kamu, kamu tuannya.

kiri kanan kamu cuma suara2 halus, yang ada masanya kau dengar dari hati, dan ada kalanya kau nampak di mata kasar duniawi.

*diam*

ini bukan ceramah. cuma aku hendak buktikan betapa siapa di kiri kanan kita sememangnya cermin kita. dan semakin berlama2 di hadapkan refleksi, sedikit2 kita akan taksub samanya juga.

this is for you, too, barrack,
for u've sold your soul.
and i thought u worth more than that.

*diam*

semua manusia hidup dalam kepentingan.
hari ini, aku mau ajak sesiapa yang sudi, untuk fikir.
cukup sekadar fikir.

apa sebenarnya kepentingan kamu?
dan sudah2lah menyalahkan sesiapa kalau kepentingan itu tersasar ke sini sana.

berhenti tunjuk2.
mereka bukan ada di depan mata kamu seawal bermula cerita sehingga hujungnya,
untuk kisah hidup kamu, mereka statik.
bukan kamu.

kamu bertanggungawab untuk setiap saat yang lalu.
di tanah bawah nanti, kamu disebat, seorang2 juga.

"dia yang ajak aku, wahai mungkar! marahkan dia sekali"
"dia yang pujuk aku, wahai nakir! tanyakan dia sekali"

kau fikir mereka peduli...?






futnot:
(tentang kawan-kawan)

47 comments:

sleepyhead said...

:((

Jabberish said...

sangat bernas nasihat kamu itu..syabas anda telah melepasi episod ini..

Sue Anna Joe said...

Beautiful.

dilarangmelarang.com said...

*senyum*

Weed and Bandages said...

sekenyang.

nadiahchem said...

berubah tak salah kak, asalkan ke arah yang lebih baik. dan berubah itu kan sesuatu yang wajib berlaku dalam setiap makhluk yang bergelar manusia :)

i love me said...

saya kagum.

daisy~ said...

mebi u cn help me
view my blog plis

miSsNiLfa said...

terima kasih fynn :)

bulanbintang said...

terima kasih

im.iedot.neve.kedekot. said...

make sense. nothing but the truth.

ryehanah said...

sweet!

akubisikdisini said...

fynn,
igt aku??kau sudah igt2 lupe mungkin..
TAPI...tulisan kamu tentang kawan itu sgt-sgt-sgt-sgt aku suke dr dulu..dr aku mule2 aku dpt jejak kau semula...ahhaah(bunyi mcm stalker kan?)..ngeehee...
yelah..kadang2 kita akan terpikir eihhh..fynn skang watpe eikkk..
lg yang aku sgt suke..perempuan curang- rau..rau...ahaksss..

tapi kate-kate kau tentang cermin-cermin nih..mmg btol..kita yang tentukan semua, kita yang pilih..yang mereka-mereka keliling adalah statik..

ok..im happy to see u have a verrry good life now!!!

Ayyman Rahim. said...

:(( Sangat indah, betul cakap Anna. InsyaAllah akan lebih memilih kawan yg dapat membawa kita ke jalan yg lebih baik..

Elsa Soraya Othman said...

beautifully written. sangat kagum dengan entry ini & authornye :)

theladyteller said...

fynn is telling sumthing..

miss bobby said...

kakanda, why each time kata-kata kakanda direct saja kena batang hidong manusia muda ini (aku)? setiap kali baca post kakanda, aku pasti ada terdetik sesuatu di hati.
alhamdulillah. semuanya positif.

btw, sweetlah anda berhijab. laptop udah bagus? lama udah buku merah sangkut2. hehe.

sarang-hye.

seni itu kita.
gadis afro pelesu anda.

asybedazzle said...

the best entry.

teorilucu said...

thanx for commented on my blog! =)

faridfadhly said...

yeah

setiap orang ada perjuangan dan kepentingan tersendiri.

orang matang - orang yang tau apa yang dia buat

tak matang - orang yang ingat dia tau apa yang dia buat tapi sebenarnya dia tak tau.

la tahzan

nur aina syaqilah said...

entri ni buat saya berfikir
terima kasih

aVeler said...

;)
*tersedak seketika*

Farah Rosni said...

hidup kita. memang kita yang memandunya.

bvlgarigirl @ Arianna said...

emmm so kena memahami dari A to Z

Amin Ahmad said...

kalau bab kawan2 ni aku selalu ingat lagu Boo Hoo Clapping Song..

atienalova said...

terdiam sejenak mengiyakan kata2 kamu..

chopstick said...

terdiam kejap baca entry kak fynn ini.
memang,dalam kekadang saya selalu salahkan encik boifren dalam kekeliruan dan dilema kehidupan,saya sedar..dia tidak bersalah sepenuhnya.
dia sebenarnya cermin saya. saya memang nak jadi seperti itu,buat itu dan jadi yang ini. cuma saya tak mahu tanggung rasa bersalah dan dosa seorang,saya tuding jari pada dia. haihh..alhamdulillah,sekarang kami sudah makin dewasa.

Myself said...

kawan...

always play the blame game
padahal it's about choice
takde siapa paksa
but saying ur friend convinced you or influenced you to do something wrong..
doesnt make what you did is right or even okay
it's just plain wrong kan?

cuma, kadang2 kita lupa

Ladynoe™ said...

sama seperti yang lain-lain. entri ni buat saya berfikir.

terima kasih.

fynn jamal said...

untuk MYSELF,

aku rasa kau tak faham entri ni.
kau sorang je yang sangka ini entri blame org.

antibiotic said...

thanx cik fynn for this entry,
u make my day,
i'm totally agreed with you.. :)

Darkheart said...

the best thing i ever read this week....

jannah jalidar said...

patah kata yang berarti
;)

capullet360 said...

wah...
mmg tersedar...
thanks sis..

Syazsy said...

KAKKKKKKK! IM PROUD OF YOUUUUUUUU!!!!






Alhamdulillah. Syukur.

zali said...

apa benda merepek nih?

fynn jamal said...

zali:

rapikan picisan dan tak relevan sama kau.

sudah ditulis di muka depan puisitepijalan, kan?

mungkin kau tak nampak.
:)

Myself said...

errr aku tak maksudkan entry ni pasal kau blame org ke apa

komen aku merujuk pada ayat ni:
"dia yang ajak aku, wahai mungkar! marahkan dia sekali"
"dia yang pujuk aku, wahai nakir! tanyakan dia sekali"

tp mungkin ayat aku mcm tujukan pada kau kot
just so you know, aku tulis generally la
sbb human nature kan suke blame org lain @ cari escape dari kesilapan sendiri.

maaf yer :)

Anonymous said...

nama u sangat familiar n ini first time baca n masuk blog u.

Cermin aku siapa? sangat ... hmmm, indah? sori, x de ayat nak ditypekan. it's so... memberi inspirasi pada sesuatu yang lain..
love it and selagi daya, jgn stop menulis ye.

>plain rini

fynn jamal said...

myself lagi:

oh!
now we are clear.

:)

sebab aku tak faham apa yang kau cakap juga.
heheh

iYda Juhar said...

Indah sekali.
(;

notaaku : ulangkali aku baca.

Qasiyh said...

susah betol bile ade org salah faham dgn ape yg kite tulis kan kak???
dah kasi faham tp org tu sendiri x nak faham...
haish...
kakak,do read my latest entry,kekejaman Guangzhou ke atas kucing...

phycho war said...

"kalau saripah tidak nasihat aku begitu, pasti aku masih lagi okay sama mimi"
"dulu awak cakap sama mak lang, biarkan azreen masuk universiti. haa sekarang apa dah jadi. dia dah rosak sebab kenal lelaki tu kat kampus"
"ini semua awak punya pasal. kalau kita ikut high way mesti dah sampai"

situasi normal manusia.mempersalahkan atau dipersalahkan.

karatz said...

aku baca separuh je..
sbb tahap takrifan aku xsampai k cerna maksud kata2 ko yg len..sory
base on 3,4 rangkap je..
ko sdg melalui 1 prjalanan yg bkn stiap org akan lalui..melainkan izin dr Nya..hehe
papepn..i like this story..

ainisz said...

1st time baca..tuh pun pas jenguk blog Anna...

thanx.. =)

aku. said...

kamu seperti guru.
entri yang membuat si lembab ini berfikir lebih mendalam.

-----

jika cermin itu sungguh magikal, ingin aku arahkannye memaparkan sifat jahil ku. agar aku sedar tentang perilaku dunia. agar aku tahu makhluk mane yang betul, mane yang salah agar masing2 tidak menunding jari.

.anthropoid. said...

written with modesty n humble.

and funny i found it in a right time too.haha

ure inspiring. i wished i can write like you.im an observant.i see,i relate,i translate, but i dont know how to deliver.but darn, i wish i could.

but then, after i type that, aku rasa macam selfish plak.kot? sebab i wished i can deliver it so that people can change.at least to consider other in their life.

(now i feel like writing my own post in ur blog.haha!)

ok2.y penting.im following ur blog sis! huhu.keep the "penyedaran" coming :)