Friday, January 16, 2009

tertinggal zaman itu aku

aku kuno, agaknya.
aku tak boleh terima fesyen over-the-top pemenang gadis melayu di tv9 malam tadi.

aku dan adam yang sedang khusyu' melihat orang2 amerika memalukan diri dalam ujibakat idol tiba2 diminta anak2 usim untuk mengalih siaran.
customers are always right.
no matter how ridiculous i find that show is.

(but then again, sama bongoknya dengan pertandingan undian yang aku sedang tengok, tapi sekurang2nya menonton american idol boleh buat aku gelak sakan kerana kagum dengan yakin diri mereka2 yang terlalu, oh wow, hebat)

namun mata aku agak terbuka juga bila aku tonton seminit pertama pencarian gadis melayu itu. "eh, lebih kelakar dari american idol, rupanya!"

memandangkan aku cuma dapat ikutkan ketika nama gadis melayuu terakhir itu hendak diumumkan, yang dapat aku perhatikan cuma satu: fesyen yang diperaga.

dan sejujurnya, aku rasa kelakar.

sebelum pergi jauh, aku tekankan sekali lagi. aku ini ada nisbah yang tinggi untuk jatuh ke kategori kuno.

tapi tolong faham masalah aku:

1) bajunya ala2 baby doll (ketat ke betul2 paras habis jatuhnya dada, disambung dengan kain2 dan renda2 berlisu paras lutut)

2) baju / doll dress itu dipotong serong ke depan (kiri kanan labuh lutut, bahagian depannya dibuang dari betul2 bawah kelengkang)

3) pasangan baju itu adalah selwar (potongan seluar ketat punjabi, atau nama modennya skinny), sedondon dengan warna material di dadanya.

apa kena sama aku?!

entah.
dari dahulu aku memang belum reti untuk setuju sama fesyen melayu / fesyen bertudung yang media paparkan.

aku minta ampun kalau aku katakan yang aku memang tidak dapat berkenan sama tudung siti nurhaliza. sori, saniboey. *senyum*

aku juga benci bila datang musim perayaan melayu/islam di malaysia, bila artis2 kita pakai tudung demi untuk menepati konsep musim itu.

aku takkan hilangkan anti aku pada deja moss kerana aku tonton melodi raya tahun bila dulu yang dia baru lepas pulang dari haji. dia bikin penyataan, yang bagi aku, terlalu bongkak:

"pada artis2 yang nak pergi haji tapi takut, sebab orang cakap kat sana kita kena balas. pergi jekkk. derang bohong je tu. saya pergi okay je"

*ow-kay*
wutever.

fesyen2 yang walau pun bertutup rambutnya itu, bagi aku masih belum boleh kita katakan betul.

sopan, mungkin.
itu patut diberi pujian.
sekurang2nya mereka tidak seperti farah dhiya yang dengan bangga memakai mikro mini skirt di siaran drama keluarga di tv3.

tapi aku bukan hendak bebel tentang itu.

entri ini adalah untuk mempersoal apa masalah aku yang tidak boleh terima pemakaian tudung selari sama fesyen.

aku kuno, kan?

tudung, bagi aku, lebih cantik diturunkan. kalau ada yang dipaku ke belakang kepala pun, biarkan sedikit untuk menutup dada. bagi aku, itu cantik. sebab pakainya menepati niatnya.

dan memakai hijab dikahwinkan sama fesyen indie -- sangat tidak sesuai.

ada seorang gadis itu, aku lihat memakai fesyen goth (stokin belang2 hitam putih, kerongsang riben berenda putih, celak hitam) sama tudung -- aku rasa hendak pergi padanya dan goncang lehernya.

atau memakai dress seksi dipadankan dengan tee ketat (yang biasa kita pakai di bawah tee lengan tidak panjang) sama skinny -- macam tidak kena lah.

op. jangan marah2 dulu.
aku pun baru saja menulis tentang 'tidak cukup' kelmarin.
dan aku bukan di sini untuk marah2 atau mengunjuk2.

ini cuma berbual sama hati aku, dan mana tahu, ada yang sudi setuju.

aku menulis begini supaya aku tidak melakukan itu2 semua. dan contoh2 yang aku bangkitkan pun semuanya dari zaman aku yang masih belum bertudung. syukur alhamdulillah, sejak di nilai, aku sudah kurang mempeduli busana terkini.

tapi kalau fikirkan semula, dari dahulu pun, aku gemar bikin gaya sendiri.
tidak pernah pula aku dapat cegil beliak mata orang kiri kanan.
(melainkan aku ada masanya terlihat sangat mendedah dek tubuh yang bukan sekeping)

fesyen itu adalah bila kita tidak terlalu memaksa diri.

dan aku berani namakan fashionista pada shuz, aoki, dewi, enot dan beberapa lagi, yang sentiasa 'kena' dalam apa saja. kalau yang bertudung, susah hendak aku fikirkan (dari malaysia). tapi perempuan yang melakonkan watak isteri pertama dalam sinetron 'isteri untuk suamiku' itu nampak indah dengan hijabnya.

the suckiest part it, they NEVER tried THAT hard.

kalau top dah sarat, seluar / skirt / kain biar rilek sikit.
kalau seluar / skirt / kain sudah buat statement, top biar simple.
kalau aksesori kat leher dah sekilo, jgn pakai anting2 labuh ke kaki.

keyakinan diri itu perlu, selari sama pengetahuan fesyen itu.
jangan yakin buta2, rupa2nya nampak macam udang atas kayu.

melainkan anda tahu apa anda buat, jangan berani jadi pelik.
sebab anda akan jadi macam badut2 di american idol.
okay?

eh kejap2.
aku baru teringat.
aku rasa ada seorang artis bertudung yang aku betul2 hormat.
noor kumalasari.

siapa yang tidak tahu, dia dahulu adalah pelakon / penyanyi yang sangat dikaitkan sama karektor2 berahi. filem dia MESTI ada scene randy dan kamar.
lihat di mana dia sekarang.

sejuk, kan?
:)

aku suka kalau org bertudung pakai baju2 macam ni:
http://www.hajaba.com.my

hijab = hajaba = untuk menutup.
motif tepat, aplikasi tepat.

kerana itu, aku harap tuhan ampunkan aku kerana meleweh2 memasang hijab.
aku benar2 mahu menghormatkan ia.
cuma ruginya, aku dah tangguhkan 26 tahun.

kau jangan jadi macam aku.
kita semua tak tahu bila kita nak mati.

*diam*

aku dah cakap.
aku kuno.

53 comments:

bbee.hasib said...

mcm saye...baju ala2 halal dan haram..owh...insaf menghayati entry ini..insyallah cube yang lebih baek lagi.. :) *peace*
thanks akak...

asybedazzle said...

ade org berkata, tnggu smpai seru baru nk pkai tdung. masalahnya bukan sbb nk smpai seru ke ape. itu ialah peraturan. rules is rules. kalau langgar peraturan kena hukum. sama la jugak dekat akhirat nanti. no different. jadi, nk xnk, seru xseru, taubat xtaubat, kena pakai jugak tudung.

syahir suhaimi said...

saya sgt stuju... pada sya kalo nak pkai tudung biarkn bjunya simple2 je... kalo nak pg big event, pilihlah yg high2 class pny baju tp still simple dan bknlah seperti gadis2 melayu smalam itu... haha~

waa siti nurhaliza mmg tidak mmakai tudung litup tp sye pecaya suatu hari nnt, brubahla die... insyaAllah!

Artozy said...

aku suka kuno itu.

Farah Rosni said...

1)american idol:
tinggi kan keyakinan mereka. farah tgk jgk mlm td. heh.

2)noor kumalasari:
sgt suka dgn dia. byk kali jumpa dia. kwn jiran seberang jln. suka cara dia tegur org. lembut je.

tynaizat said...

sape bilang kak fynn kuno?
kakfynn termoden lah!


"kalau top dah sarat, seluar / skirt / kain biar rilek sikit.
kalau seluar / skirt / kain sudah buat statement, top biar simple.
kalau aksesori kat leher dah sekilo, jgn pakai anting2 labuh ke kaki."


yeah.sy dpt tips!=)
tq.

Anonymous said...

enot tu fashionista ke?? i dont think so.. sory, itu pendapat aku.. overall cite psl hijab ni, aku bersetuju dgn ko..

Unpredictable.Nora said...

assalamualaikum

aku baru je ikut blog ni. aku suka baca pendapat orang, buah fikiran orang lain dan suka bandingkan dengan pendapat aku sendiri. aku setuju dengan apa yang kau kata pasal fesyen pemakaian tudung zaman sekarang.
Tapi, bagi aku, untuk memulakan sesuatu yang 'baru' mungkin perlu bertatih dahulu. Dalam hal pemakaian tudung ni pun, bagi yang baru nak berjinak-jinak, mungkin boleh mengenakannya atas kehendak selera mereka.Kemudian, mungkin boleh beransur-ansur untuk mengenakannya dengan cara yang paling bagus. senang cakap, pelan-pelan kayuh. kalau dari tak bertudung, kemudian terus pakai tudung labuh dan purdah, tapi bertahan hanya untuk sebulan pun, rasanya tak berbaloi kan?
Maaf. Terpanjang pulak komen. :) Apa-apa pun, salam perkenalan.

Amy-Wan said...

oh...tudung style ct...mmg aku x bkenan...aku rs lebey baik xyah pkai..

tp rsnye die pkai juge sbb dlu dh tlanjur kata akn pkai tudung after blk haji..entahla...maaf ye kl de yg mrh.. =)

wanie said...

ade pompuan pakai tudung tp :
-pkai seluar 3 suku..
-pkai baju lengan pendek(kdg2 nmpk ketiak)
cmne 2 akak?

C.E.@ said...

aku...perempuan bertudung paling seksi :mereka yg

pakai baju kurung sutera & sarung sepatu tinggi

perrgghh gila seksi...cair cair cair...

;)

CAHAYA said...

tak boleh blah ayat deja moss. nak kena laknat takyah tunggu di Mekah la kak oi. uish. MasyaAllah.

scenenseen said...

aku tak tengok pun final gadis melayu tu sbb layan habis american idol.BUT spare me the details of the girls. aku dah agak, mesti bangang!
as what you have noted, it amazes me still on how people nowadays dress themselves outrageously as if they are models runaway gone wrong! experimental apa? not in malaysia. cam badut harhar!

kembar ain fatehah said...

kuno tak bermaksud salah, kan kak?
kak, uia gombak takde air. huh.
hari tu saya dan kembar (fatehah) pingin ke tmpt akak, menghubur perut, tapi tidak kesampaian. takpe,satu hari nanti kami mau serang soto!

Rubina Yunal said...

salam.

Heran, bila masa pulak bertudung itu jadi fashion kan? Fashion ini bermusim.. betul tak? Jadi bertudung pun ikut musim kah?

Apapun, tak perlu malu jadi konservatif, kakak :) Most of the time jadi kuno itu bagus juga.

Jaga diri.

ieLah~ said...

kak,
terdiam baca nama dia fadhilah..
haha..(sebab saya fadhillah)
bukan farah dhiya ke yang seksi2??
mungkin saya juga kuno sebab dah lama tak tengok tv. ;p


n,biar la kak fynn kuno sikit.yang penting ada pendirian sendiri.kan?

Anonymous said...

http://drmaza.com

"just take a look"

sasha* said...

i think i saw u on tv.the hoppers and ahli musc.am i right?

sasha* said...

i think i saw u on tv.the hoppers & ahli music.am i right?

azmalina said...

tlpas tgk gds mlayu.aisey. nice blog btw. xP

her royal highness said...

:) adil dan tepat.

Jabberish said...

bukan kuno yong..tapi the sense of fashions for hijab ni kena selari dgn pemakaiannya..

u know tudung ni juga mencerminkan keperibadian seseorang..so kire tudung tu memainkan peranan dalam charactor seseorang..

saya juga berpendapat dgn yong juga selama ini..

pjoe said...

patut la ma aku cakap susah jadi perempuan ni

fahmi latiff said...

kena pakai tudung baju jangan ketat... baru lah melayu...:)

sleepyhead said...

nice entry kafynn.and yes,i also hate the way those girl wore their hijab. i mean, come on. its like dewi remaja dress but the only differ is that they wore hijab.

Lily Cartina said...

kuno = old fashioned = retro = nice.

*grins*

S90 said...

salam..
u write very well..

Amy-Wan said...

*dia fadilah ke? faradhiya kn? yg gebu 2 kn? yg putih melepak 2 kn? yg kulit halus mulus 2 kn? yg xde parut secalit pn 2 kn? oh...sbb 2 la die sheksi...tgu la di akhir nnt* mmm....

nafasdunia said...

hehehe..
gades melayu. cantek2 org die. tapi sayang. mmg ade baju yg mcm. . ala u know kan akak :)

bout siti. yes sy angkat tangan jugak :P

ermph. Allah will give them chance to choose then. :)

i mean, me too :D

Ayyman Rahim. said...

Kuno kena tempat takpa. Nanti mati tuhan tak tanya kau sempat pakai tudung tak? Bkan?

nasuhanurani said...

bertudung tidak semestinya menutup aurah, tetapi menutup aurah mestinya bertudung

tudung tsunami fesyen zaman kini? mungkin bunyinya agak hipokrit, tapi tidak salah dalam bertatihkan? mungkin dalam bertatih ada keikhlasan yang timbul..

namun begitu,

kita perlu memahami hakikat bertudung yang sebenarnya, syariatnya bukan sekadar untuk melindungi perhiasan batang tubuh, tetapi perlambangan sebuah kehormatan dan keperbadian seorang muslimah..

tepuk dada tanya iman

jom improve iman renovate hati dan diri v(^^)

maaf Kak Fynn.. sudahlah kali pertama meninggalkan jejak.. panjang berjela pula..

chicz said...

hi kak fyn.

kelakar kan tengok orang-orang bertudung sekarang punya fashion?

antaranya... bertudung tapi:

1. baju/seluar nak ketat; habis semua tersembul keluar.
2. seluar tiga suku... like helo? nmpk lagi kot kaki tu.
3. ade yg pakai baju panjang, tapi dengan... thigts/legging?

oh no! fashion disaster sungguh.


bukan nya salah nak bertudung tapi bergaya, tapi ada caranya. tak payah la sampai pelik2. saya kadang-kadang memang rasa nak gelak je tengok. sedih pun ada.

rasa macam merosakkan nama orang-orang bertudung yg cukup syarat yg lain.

plus, macam buat orang bukan islam yg lain tu confious.

oh sesungguhnya ramai betul orang dah keliru dengan konsep menutup aurat DAN mengalas rambut. Both are totally different!

izu ting ting said...

aah kan kak fynn,tahpapa tgk gaya pemakaian tudung siti nurhaliza tu. bagi aku tu namanya dah merendahkan martabat tudung tu.semoga dia terpanggil nak betulkan balik niat dia tu.anak dah 4.haha.


dan farah dhiya tu memang over sesangat dalam cerita tu. Bikin malu.

manny zain said...

ada juga yang bertudung kerana fashion.sekadar menutup kepala sahaja tp anggota lain x ditutup macam tak ada makna juga..

kalau nak berhijab,biarlah dari hati dan ikhlas seadanya.baru berkat dikira..=P

Cik Amoi said...

Hi,nice blog..suke bce nukilan di sini..

ct tu ambik syarat sbb terlepas ckp je..tapi ape pendapat tentang ekin pula, bini mawi tu??

redza said...

beauty lies on the eye of beholder

kecik said...

suka wardina.dari dia seksi dlm spanar jaya tu,bila tgk dia bertudung,rase dia sgt cantik

fasha said...

btol2..
wa stuju...
pesen pkai tdung skunk da pelik2..
cntoh lgu 'minah tdung'..
*minah2 zaman skarg rmai yg cacat otak..
bodoh..
pkai tudung tp pkai bju yg ketat pula..
bodoh..
ada pula yg pkai tdung tp pkai t-shirt pula..
bodoh..*
blablablabla...

yg ct nurhaliza tuhh..
wa mmg stuju 100%
nk pkai tdung,pkai la btol2..
aiyooo..
wa student mrsm pdrm..
amik ko..
kne pkai tudg thap ustazah tuh..
hohoho...
mgkn mrsm pelu bnyk ditbuhkan..
errkkkk???

kuno itu best :D

Anonymous said...

aku melihat satu scene di stesyen bus melaka

due org budak indie yang dgn pakaian indie nye yang skinny(wanita bayae2 budak skola f4)

ketawakan seorang kakak yang berbadan besar mcm yusni kot.yang bertudung menutup dada.bekain hitam berbaju pink yang longgar sedang naik bus

sebbek aku tahan sabar.

kalau ikot hati rase nak cepu je budak2 kecik tu

indieGO chic said...

fynn,
baru je aku post entry psl siti dan tudung tu ari. bagusla kau pun buat yg lebih detail. Tak silap dia mention akak pakai tudung kan?bukan selendang kan? aku paling menyampah tengok 'remos' dia. agaknya nak tiru imej datin2 kot. dia kan dato'. tp, tudung dipakai sbb nak menutup rambut yg juga aurat. tp bila pakai tudung, tapi ada pulak jambul or anak rambut keluar, rasa baik tak payah pakai tudung kot.
btw, aku juga tak sempurna. semoga Allah tunjukkan jalan yg benar utk kita semua.

Anonymous said...

kak,
kau tidak kuno langsung pada aku.
malah dari tulisan kau yang kini2,
buat aku harap punya hidup seperti kau kak.

betapa sudah sempurnanya perempuan bernama fynn jamal ini.

walau tidak pernah kenal,
segala apa kau hamburkan,
berbekas benar pada aku.
aku sayang kau kak.
sumpah.

:)

Anonymous said...

Anonymous said...

enot tu fashionista ke?? i dont think so.. sory, itu pendapat aku.. overall cite psl hijab ni, aku bersetuju dgn ko..

January 16, 2009 3:38 PM

iYda Juhar said...

InsyaALLAH.
dikit demi dikit.

(;

datin zinnia said...

kakak.
.inneke dalam cite isteri untuk suami ku itu memang ayu dan sopan.
.dulu dya nya bukan begitu.
.tapi Allah buka kan hidayah buat nya.
.dan akhirnya sekarang.
.dya mendapat tempat di hidup saya.
.herm.
.kakak.
.rindu.
.sibuk eyh?.

cik k said...

aku lagi sedih tgk prempuan-prempuan muda bertudung y xmalu berkepit dengan kekasih dikhalayak ramai..plis la respect skit kat ats kpala tu, klu x blh gak xyah pakai.

the pinwheel said...

fynn,

aku suka entry ini.

Z said...

Ape ke bodohnya statement si Deja Moss tu! Astaghfirullahalazim. Fikir dulu lah sebelum bukak mulut boleh tak, artis-artis Malaysia ni?

Lagi satu, Siti punya tudung tu memang takleh blah. Aku tengah tunggu masa je ulama' Malaysia ni nak tegur..I mean, she DID say she wanted to cover up lepas balik Haji kan? Keep your word la, Siti..ape punya role model entah.

seseorang said...

pakai tudung kini macam trend....
macam bukan based on tuntutan agama...macam stiti tu baik takyah pakai tudung depan tu jambul besar terkuar kan....tu jeh....

Anonymous said...

pelan2...

teringin jugak nak tgk kamu "berfesyen" ala www.hajaba.com...

mesti sejuk mata memandang...hmm lebih respect.. wish u da best!

rgds,
BukanSemuaManusiaDapatHidayah

neeza said...

best!
aku juga pernah jahil sebelum menjadi kuno..
:-)

ryehanah said...

org sekarang mmg slh erti konsep btudung.
fesyen2 i2 wjud cuz s2dnt kt france x dbnrkn pkai 2dung.
merekA tpakse blari krn dkejar polis.
that's why dieorg cpte fesyen 2.
so xde la kne tgkp.
tp muslimah kt msia slh gne.
syg.

julietANNA said...

kak fynn,
sy stuju dgn kakak.
pmpn skrg ada yg pakai tdung hnya utk menutp rmbut.
nak lndung rmbut sbb rmbut tak lawa n mcm2.
sedangkan tbuh trdedah sni sna.

psl ct,sy ckup xsuka tgk dia skrg.
Pakai tdung mcm just nk ambik syarat sbb mlut sdh trlepas ckp utk memakai tdung.

mr dot said...

molek sangat dah pakai tu.
tp kan...
ape gunanya siarkan rambut d khalayak ramai lg..
lbih baik klo smpan untuk koleksi pribadi je kan