Tuesday, January 6, 2009

sudikah bercinta sama2 dengan aku? (edited)

salam ke atas kamu wahai orang2 islam.

ini bukan suatu paksaan.
dan ini juga bukan sesuatu yang aku biasa lakukan.

forwarding messages memang dari dahulu bukan aku.

ini bukan mesej bertopik "re: friendster is shutting down" atau "forward or your mother will die in fatal accident" atau "do this if you want to earn free USD 10,000".

kerana:
1) aku memang tidak peduli kalau2 friendster / myspace / facebook tertutup
2) bunda aku memang sudah lama meninggal dunia
3) aku malas hendak ke pengurup wang kalau2 aku dapatkan wang US

namun kalaulah ada 3 minit terluang sementara menunggu pojok2 mukasurat maya kamu habis dimuat-turun, aku hendak sama2 bawa kamu ke sini:

http://www.mohdrafie.co.uk/blog/2009/01/03/10p/

seorang pembaca minta aku ke sana.

dan sebagai seorang yang tidak mampu berapa-apa, menampal itu di sejemput ruang di sini adalah sesuatu yang boleh katakan ikhtiar sedikit. satu manifestasi, mungkin, (walau pun terlalu hina kecil perbuatan ini untuk dipanggil itu), untuk menjelas pandangan aku tentang dunia kita dewasa ini.

celakalah mereka yang tidak henti2 merogol palestin.
aku ludah mereka yang sedang mencabul gaza.

dan kalaulah sudi, di hujung solat kita doakan juga, ya?
selitkan di belakang doa untuk diri kamu sendiri itu, sekelumit harap utk saudara kita.
syahid, kawan2.
indahnya mati bergelumang darah yang diperah untuk agama.

pejamkan mata kamu,
cuba bayangkan engkau di situ.
dengan takbir sebagai raksa yang memangsa tulang belakang.
dengan yakin tuhan ada menanti kita; melihat, apa sudi kita mati untuk dia.
dengan iman sebegitu.
dengan redha sebegitu.

indah bukan perkataannya.

tidak percaya?
sedangkan hari sukan sahaja pun sudah berkobar dan semangat.
apatah lagi berperang untuk nyawa kita dan anak2 kita.

*diam*

tiba2 aku jadi rindu yang amat pada anak2 murid aku yang dari palestin, iraq dan jordan terutamanya. aku sayu mengenangkan aku kini sudah tidak lagi ada peluang menajamkan ilmu agama dari mereka2 tentang islam.

demi allah, mereka banyak sekali didik aku ttg indahnya agama. buat aku tidak takut untuk mengharap dicinta kembali tuhan kita, meski kalau pada lensa orang kita, aku ini sudah sebusuk2 daging.

aku cuma ajarkan bahasa inggeris. tapi mereka ajarkan aku ttg kacaknya rasul di luar dalam, ttg manisnya umar, ttg indahnya cinta khadijah, ttg sinarnya sungai susu di syurga.

di situ untungnya punya pelajar yang 3 kali lebih tua, mungkin.
kalau yang sebaya aku pula, matangnya, subhanallah.

apakah mungkin bila tanah malaysia ini sudah berantakan baru hendak kita angkat jari minta ampun dan berjanji hendak buat baik pada tuhan...?

mungkin jugakah kita masih anggap kejadian di acheh itu sekadar bencana, dan penyataan "balasan tuhan" itu hanya sekadar penyeri kepala naskah, tanpa diketahui siapa acheh sebelum ini...?

atau apa ada mungkin kalau aku agakkan kita semua masih belum sudi hendak ambil tahu selagi suasana hidup masih belum tercapai sebagaimana mimpi2, seperti rumah tersergam, kereta tergagah, wang berkoyan...?

aku cemburu mereka begitu berkasih sama agama.
rasa begitu menanah menjadi aku di depan mereka.
belum hendak istiqamah, belum hendak berlama2.

tapi tetap, aku dipandang terlalu tinggi. seorang guru, adalah seorang guru. itu kata mereka. dan aku sering balaskan "setiap seorang itu yang pernah memberitahu saya sesuatu adalah guru saya".

*senyum sayu*

haih.
rugi benar 26 tahun hidup selama dulu.

biarlah kalau ramai lagi yang masih belum mahu peduli.
jangan mengata2 orang kiri kanan kita.
kita pun dulu pernah bergentayangan di udara, kan?

:)

kita yang perasan, kita mulakan dari diri kita.

allahu akbar!

----------------------------------

edit//

ini aku pinjam dari sahabat berakal cinta seperti aku. dia -- true artist. jiwa dia, terutamanya.
doa ini jayzuan perolehi dari sahabat baik beliau, saudara Amar Husaini.

Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka kalahkan mereka
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Bebaskan Palestin!

((cukuplah kamu bacakan sampai hujung. jadilah walau sekali. dengan bilangan kita2, dapatlah dalam lima enam ratus doa. kamu sudah ada akal. amal jariah tau. rebut cepat))

24 comments:

Shemmi said...

sedekahkan al-fatihah setiap pagi utk junjungan Nabi, untuk ibu ayah, untuk kita sendiri, utk semua umat islam di dunia..

mereka
nampak menderita di dunia
InsyaAllah..
bahagia menanti di akhirat sana utk mereka yg terkorban

ayu said...

May Allah bless them.

amin.

Anonymous said...

kak fynn,

saya sudi!!

tak terkata,
tak terucap,
tak tahu nak tulis apa.

sebab saya bersyukur amat sangat orang2 sekeliling(blogger kesayangan)saya peduli akan palestin.

*tuhan itu adil dan maha pandai kan?

walau tak kenal, walau tak pernah jumpa,saya sayang kamu!

humaira.

umyra said...

salam kak fynn

mereka semakin berani. bom kimia yg diharamkan dalam perjanjian geneva menjadi senjata kini.duh..lecur hati mendengarnya!

mengharap ihsan pada pak presiden B.O. entah. aku merasa tiap mereka sama. mana mungkin mereka bisa menjadi presiden tanpa restu israel. logiknya begitu.

yg aku pasti cuma satu..harapan pada DIA yg Maha Sempurna. doa dan terus berdoa. kita gabung doa ummat Muhammad sejagat raya. mudah-mudahan ada impak yang akbar.

*kak fynn..aku cemburu bahasa kamu*

Mohd Jayzuan said...

fynn - kita duk sibuk menyanyi, berpuisi, tulis blog dll. tentang cinta. bila jadi macam ni, baru kita sedar. semoga, kita takkan lupa lagi kan? :)

afy sufy. said...

sama2la kt berdoa..

AMIN

indieGO chic said...

fynn,

aku ikut bercinta ye. Dalam hati, aku tertanya, bilakah akhir zaman di mana Islam akan kembali gah itu akan datang? Di mana batu2 pun akan beritahu jika ada yahudi laknat di belakang mereka.. Tetapi, jika itu sudah terjadi, bermakna, semakin hampir kita dengan kiamat yang maha dahsyat. Sudah sediakah kita semua?

Z said...

aaamiin. sesungguhnya aku rasa nak bakar sahaja semua produk-produk penyumbang Yahudi di pasaran.

Just out of curiosity though, mengapa dalam doa itu, terselit ayat yang aku agak kurang selesa untuk sebut :

Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka

Aku cam..erm..kenapa anjing?

Aku kurang ilmu hal-hal doa ini. Harap anyone can clarify for me. Thanks.

nadiahchem said...

salam kak fynn,
ya, saya sudi bercinta sama2 dgn kakfynn. cinta untuk agama, cinta untuk dunia dan keamanan.

semoga Allah bukakan mata hati mereka yang masih buta, amin

.abell.habil. said...

ya Allah,kau perkenan kan lah doa hmab mu ini ya Allah.

amin amin ya rabal al amin.

salam perkenalan,
saya abell.
kamu?

regards,
abell

fynn jamal said...

untuk Z:

mungkin ia sekadar satu metafora. seperti mana2 rumah yang dijaga anjing2 perkasa, kalau didatangi laknat2 yang ingin berlaku jahat di rumah itu, pasti anjing2 tersebut dilepaskan untuk menghambat mereka.

terima kasih kerana bertanya.
takut2 mungkin ada org di luar yang tidak faham itu.

:)

capullet360 said...

ya..
saya pun kurang faham..
*serupa Z*

apa2 pun...
doakan untuk palestin...
dan Allah S.W.T saja mampu hukum mereka...
laknat mereka..

rhyzal said...

fynn,
aku dh donate utk palestin.
hopefully 10p from me n others muslims around the world can save innocent palestinian from *asshole* a.k.a yahudi.
amin!

syaherasepeai said...

Allahu Akbar.

Rubina Yunal said...

salam.
Kakak, saya google doa qunut Nazilah ni tadi dan terjumpa bermacam-macam versi maksud doanya walaupun text dalam bahasa Arabnya sama. Ada yang lebih lembut bait-baitnya, ada yang lebih tegas bunyinya seperti yg kakak pamirkan.

Mungkin kakak boleh buat perbandingan jika ada kelapangan? Just to be safe.

Maaf jika saya soalkan benda yang nampak macam remeh ni ya?

Apapun, saya pasti Tuhan faham apa saja yang kita pohonkan dengan ikhlas tak kiralah bagaimana sekalipun bahasanya dan mudah-mudahan dimakbulkan niat kita. Sungguh, Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

1 Hari 1 Muslim 5 Waktu 5 Doa.
365 Hari 1 Muslim 5 Waktu 1825 Doa.
Kalau hampir 2 billion populasi umat Islam dalam dunia hari ni berdoa demi ketenteraman bumi Palestin dan saudara-saudara kita di sana setiap hari, entah berapa banyak doa agaknya yang Tuhan angkat ke langit dan makbulkan mohonnya?

Mesti banyak gila kan?

"Doa itu senjata orang Mukmin.."

Kita mungkin sengkek tak berharta untuk kumpul dana bagi membantu mereka. Duit tak boleh beli segalanya, bukan? Mahu ikut berperang, mungkin badan tak terdaya, keselamatan sendiri pun wajib dijaga. Tapi semiskin dan selemah mana pun, doa itu saya kira, harta dan kekuatan yang paling berharga dan inilah yang patut dikongsi bersama.

Mudah-mudahan Allah lindungi kita dan mereka dari segala jenis kejahatan yang turun dari langit dan keluar dari bumi. Amin..

Jom kempen doa/solat hajat utk mohon mercy Yang Esa bagi bumi suci dan saudara-saudara kita di sana?

Semoga Allah berkati kakak sekeluarga, amin..

C.E.@ said...

Mahu bontoti kakak berjariah juga...lapangan aku ada doa 4 penjuru untuk kita sama2 niat jadikan pagar....IsyaAllah....

doloh said...

kak fynn,jom laungkan semangat anti zionis di blog nih..kecam mereka..!..

doa untuk pejuang palestin,
semua
insyaAllah.

didik anakmu untuk teruskan jihad apabila manusia terakhir dipalestin syahid,
tanamkan sifat mujahidin,sifat kebencian pada israel ketika anak masih kecil.

ALLAHUAKBAR!

iYda Juhar said...

setiap awl pagi sebelum ke kantor dan juga dimalam hari waktu perdana, aku pasti lihat berita.untuk tahu keadaan semasa.namun memang tak sanggup mahu baca akhbar dan lihat gambar kanak2 disana mati syahid bagai dijilat api.sayu sangat hati.lebih sayu pabila aku disini tak mampu buat apa2 selain berdoa pada yang Maha Esa.

May Allah s.w.t bless them !!

amin.

patungcendana said...

kak fynn,
pinjam doa ini.
mahu paste di blog.

please.
thank you.

ainahfufufu said...

sebak rasanya..hmm

tak pasti apa yg dapat dilakukan..

hanya doa dpt dititipkan buat saudara kita dipalestin..

*keluh*

terharu kerana masih byk yg prihatin.
c:

aNn said...

Doa ialah senjata orang Islam yg terhebat..

same2 lah kte berdoa utk saudara2 kta..

RANDOM :Jumpe kak fynn kt adan western acacia evenue..tp malu nak tegur..huhu

EsLemOnTeA said...

-salam....saya mahu kongsikan juga doa ini di blog saya.-

fynn jamal said...

aNn:

tegurlahhhhhhhhhhhhhhhhhh

Oh-Sugar said...

fynn,

aku mau beritahu kau, juga minta kebenaran. aku salin entry kau yg ini dan post di blog aku.

hancurlah palestin laknatullah.labl