Sunday, January 25, 2009

ha. ha. ha.

mungkin ini cuma aku, tapi bagi aku, lawak yang paling hebat adalah lawak ganas.

1) muka mesti kering
2) lawak adalah berdasarkan "katakan hak, meski pun perit"

sebab itu aku pernah tulis dulu2, lawak sebenarnya adalah paling kurang pun mesti ada 40 % kebenaran.
dan kebenaran itu wajib difahami secara universal.

maksud aku, kalau kau ada kawan dari sabah, dan kau bikin lawak tentang adat pepatih. dia takkan gelak kalau dia tak pernah dengar langsung pasal tatacara hidup orang nogori.

orang takkan gelak.

atau kau ada kawan nama ali yang ada kutil di ibu jari kaki. kemudian kau katakan pada raju yang haram tak kenal siapa itu ali:

"selipar cam ni ali je bole pakai" (kau dah gelak macam orang gila)
"ali tu sapa?" (raju dah tak paham)
"member aku. dia ada kutil kat kaki." (dah mula pudar kelakarnya. kalaulah ada kawan yang kenal ali kat situ, mesti best)
"kenapa dengan dia?" (raju cuba hendak memahami apa cerita)
"kutil" (dah sikit2 rasa pahit)
"kutil tu apa?" (dapat pulak dia ni memang jujur nak tahu)

lalu 30 minit seterusnya akan jadi sesi penerangan.
dari kelakar, terus bosan.

masih, takkan ada orang gelak.
kenapa?

aku hendak buka mata kita2. bandingkan 'raja lawak' di astro 105 prima, dengan 'last comic standing' di astro 711 star channel. sedih. sangat sedih.

pelawak kita, perlu pakai baju2 badut. mesti guling2. wajib ada aksi terjelepuk.
lagi juih bibir tu, lagi kelakar.
lagi hodoh dan macam muka katak rempit tu, lagi gempak.
sebab bila dengan muka toye begitu, cakap apa pun, memang cara.
"cayalah!!!!!"

pelawak luar, pakai seluar simple. baju simple.
kadang2 pakai tuksedo. punyalah hendak tunjuk keseriusan dia itu.
muka flat. derkk je dengan riak mampos-kau-la-nak-terasa.
lagi jujur jenaka dia, lagi best.
siap dapat tepukan tangan sambil berdiri: gestur "anda hebat" di budaya orang atasan.

malangnya, mereka berbahasa inggeris.
lalu apa yang mereka sampaikan, kita tak dapat tangkap.
"amende ko cakap tu, setan?"

tapi bukan orang kita sahaja yang begitu.
ada juga orang2 luar yang ketagih lawak yang begitu.

itu sebab rowan atkinson macam ada split personality.
utk penonton berminda rendah, dia pamerkan mr bean.
untuk penonton yang lebih berakal, dia bikin stand up comedy brutalnya.

tak percaya?
youtube berlambak.

he studied in the same room with tony blair.
what do you expect?
lawak kampung jijan semata2?

charlie chaplin.
siapa yang kata dia cuma seorang badut?
sini aku beritahu.
itu cuma lakonan semata2.
dia seorang yang begitu serius, sebenarnya.

okay.
di sini, aku hendak berikan secebis fikiran aku.

what it takes to be great.
a great performer.
a great lawyer.
a great singer.
a great lover.

anything great.

sacrifice.
pengorbanan.

untuk menjadi agung,
kau perlu korbankan jiwa engkau.

bohonglah professionalism akan bawa kau jauh merentas masa.
cuba kau lihat org2 hebat, semua ada kes dalam kepala.
anak mati la. isteri bunuh diri la. bapak mak nyah la. hidup dalam gelap la.
macam2.

sebab orang yang tidak malu mempamer jiwa, menyuntik rasa, adalah orang2 soulful.
keagungan meletakkan jiwa sebagai harganya.
lebih banyak jiwa yang terlibat, lebih bagus.

tapi janganlah sengaja saiko demi mencari identiti 'art' kau.
itu bangang.

apa makna meletakkan 'jiwa' dalam sesuatu?
mudah.
memberi that extra edge, atau tambahan elemen kick.

harus ada passion.

dan kalau buta2 suka, tanpa mengorbankan jiwa untuk mengetahui the art of your field, itu namanya pembaziran masa. kau perlu serahkan sebahagian (kalau tidak seluruh) minda utk kehendak kau.

kenapa kau rasa perumpamaan 'knowledge is power' itu sesuatu yang dipegang ramai orang?
ilmu itu benar2 satu kuasa.
sakti.

mcm ross gellar dari friends, yang berfantasi hendak menjadi superhero yang punya superpower bukan menembus dinding, bukan juga terbang ke langit. tapi sentiasa haus dengan ilmu.

dari segi kutipan panggung, pasti tidak akan menarik sesiapa.
tapi kalau difikirkan, bila sudah bijak pandai, pasti akan ada cara menembus dinding dan terbang ke langit.
kan?

kembali ke diskusi awalnya yang telah jauh aku selewengkan ini,
aku bukan memuji semata2 jenaka orang putih.
aku bukan mengeji semata2 lawak orang melayu.
hey, aku tak buta sama sekali. lawak cerita hindi pun lebih jahanam dari kita.
(atau rasanya ada banyak similariti)

kita ada afdhlin. harith. walaupun ada masanya terjengkel juga. tapi okaylah.
yang aku mmg tabik, adlin aman ramlie.
badul, abang tirinya, pun ada masanya yang memang wow.
sama dengan arwah bapak mereka si tompel.

muka kering saja bila menganjing orang.

nabil? kira boleh lagi berbanding si johan yang aku nak baling kasut tiap2 kali aku dengar suara dia. itu mmg pure annoyance. (mungkin aku terpengaruh jijknya dengan rambut straighten dia itu).

aku ingat lagi arwah yusni jaafar naik pentas memakai baju bayi berwarna merah jambu, siap dengan reben besar ala minnie mouse.

aku juga masih ingat hamid gurkha di roda impian meminta halim othman "huruf F untuk maaf". lebih aku tak boleh lupa, halim dah cuba betulkan "F ke M, pak amid?", dan dia tetap blur, mengulang "F untuk maaf".

aku tadi lihat gelanggang raja lawak yang bertemakan 'alien'. lebih separuh memakai kostum (kebanyakannya baju alien), ada yang pakai baju nenek kebayan.

kenapa? kenapa? kenapa?
kenapa pelawak kita perlu buat sketsa tingkatan lima?

serius.
kalau kau buat sketsa begitu di sekolah aku dulu, alamatnya memang kau takkan hendak sekolah di esok harinya. malah sampai bila2!

seseorang yang rapat pernah bilang sama aku dulu,
life is like economy.
it's all about demands and supply.

selagi ada yang hendak, selagi itu akan ada yang memberi.

marilah kawan2.
mari mula memilih.

russel peters.
tak best macam johan dan zizan?
okay.

kalau kau rasa itu tak sekelakar jozan di astro (siaran mana aku tak ingat) itu, maknanya kau memang antara yang pasti akan tepuk tangan kuat2 utk sifu & tongga.

hmm...

46 comments:

a.m.e.t.h.y.s.t said...

suka lawak the nanny..
spontan..
apala sgt lawak jozan dan senario yang diagungkan malaysiaa..
kita da jauh..
tertinggal..
hahaha..

xwizit said...
This comment has been removed by the author.
nafasdunia said...

taksuka tgk johan!
eirghh~

shakira said...

ok lawak russell peters mmg best! takleh stop gelak kot. thanks sbb recommend die!

lawak2 mcm ni la br real kan? owh suke gila tgk whose line is it anyway dulu.

Hannanika Chan said...

russel peters mmg kaw!
dulu2 mula2 tgk dia musykil jer
bleh ke mamat ni buat lawak?
tp, facade mmg tak main peranan sgt :)

haah la kak fynn,
johan mcm sgt annoying
jengkel and sakit tinger
nabil tu bleh la tahan lagi. hehe

p/s org suka tgk raja lawak sbb suka dgr mama fauziah nawi kasi komen. lagi lawak dr diorg yg betanding tuh :D

karatz said...

adlin and badul..hehe
bg saya dorg bkn pelawak..
but most of the time..pe yg dorg ckp tu buat sy gelak..

haidar said...

todays punk
tommorow heroes
knowledge is a weapon

definisi pelawak bagi diorang adalah serius, sebab tu diorg sanggup belajar tinggi2 semata2 nk melawak..

mentaliti kita? pelawak perlu buruk, spastik dan segala macam termasuk katak rempit yg kamu highlight kan tuh..

apapun, tompel dengan ahmad nisfu memang terbaik..

ash said...

you're brilliant.you've spoken about the disability of malaysian performers straightly and how i hope they hear this.

mungkin, ini bersangkut paut dengan mentaliti masyarakat kita juga.

ingat entri maut?

kita perlu sex scenes untuk tarik penonton. macam comedy, kita perlu guys is dresses dan alien nenek kebayan.

mereka cuma cari makan. orang seni ikut apa yang penonton mahu.

but again, it's confusing whether they are doing art {i assume being a performer - on tv and stage, both as a form of art} or not when they've neglected they're own freedom to create art. isn't the basic thing about art is the freedom to speak up your own mind in your own way and not caring for what the world might think of it?

sebab tu saya lebih minat freestyle artist, indie movie makers, singers etc. sebab mereka tak ikut demand.

that is art.

oh, terpanjang. just to let you know. i adore you fynnjamal.

and here i am, being 16, thinking about my future. how maybe later i would be an individual with my own mind, or someone what the world demands for.

ryehanah said...

malaysia nye joke low class.
seriously.
cube tgk ellen degeneres,
bkn show die yg ade dkt 711 skang ni,
b4 die ade show sndr.
die just pkai long sleeve kale bru n sluar slack hitam.
ckp sejam kt ats pnts dhadapn ratusn ribu penonton.
ak ske gle tgk.
bnyk kali.
best!!!

H2 said...

"Everything is changing. People are taking the comedians seriously and the politicians as a joke."

— Will Rogers

Namun, aku stuju dengan kamu. Dan, aku tak minat untuk melihat artikel ini dari sudut yang mana paling kelakar. Tapi, aku lebih minat utk melihat dari sudut pemikiran rata-rata di kalangan kita. Lawak diorang, bukan sekadar lawak sahaja. Ianya satira, dan penuh kritis. Dalam masa yg sama, mengkritik. Bukan macam kebykn Jozan tu, itu lawak orang yg hanya tahu gelak tapi malas berfikir. Lama-lama otak berkarat. Hampeh.

ryehanah said...

oh ye.
lupe nk ckp.
try search ellen degeneres-the beginning part 1 kt youtube.
i've watch it a lot!
and never get bored of it.

the pinwheel said...

waaa ini sudah bagus. saya juga tidak suka johan dengan rambut straight nya. awkward, dan tidak kelakar.

i prefer the nanny. 30 minit siaran sirinya di tv memang berbaloi.

bukan nak cakap, pelawak di malaysia perlu brush up lagi laaa. kalau nak senang, baca entry ini. baru agak sedar kot.

Marzuki said...

aku memang minat zizan tapi tak minat jozan, semuanya bodoh semata2.

raja lawak okelah, lawak jugak kadang2 cuma tak sampai pecah perut. aku tengok the disaster movie pun tak gelak, mr bean lagi kelakar.

lawak yang paling kelakar adalah kawan-kawan kita, bukan rancangan tv. aku tak ada tv pun tak apa.

pembeli buku merah hati said...

tengok russel peters yg bab "indian man" ke ape ntah..itu memang lawak mcm nak mati..

haih..dah lame x cari video die.

tp kak fynn, like wht u said td, kalau ade demand,ade la supply.

since ramai org kita yang nak sgt tgk lawak si johanIS dan zizanIS tu, sbb tu astroNOT tu keluarkan lagi cerita macam tu.

pernah tgk wawancara TV mane ntah dgn jalilILA hamidA, die ckp die pnah tgk stand up comedian perform kt oversea.tp die kata x sesuai dgn culture kita, sbb mereka (standup comedian) bersikap racist, dimana mereka suka kutuk2 culture dan sifat sesebuah kaum.

tp sy mmg x suka tgk pelawak nagar kita sbb2 ini:

a)buat lawak mesti nak kene pkai kostum.
b)kene buat muka/suara pelat, budak kecik.
c)kene ckp jerit2 mcm takde mikrofon.
d)suka menyampok dan berlawak tak kena tempat.

saya x tau la org lain. tp i prefer a comedian yang bersahaja, xperlu jerit2, tapi lawak bole pecah perut punyer and buat kite berfikir at the same time..

im.iedot.neve.kedekot. said...

kat mesia ni, masalhnye... kebebasan utk besuare..

kenkadang wat lawak sket, ade org terase, mulela nk saman situ, saman sane...

kat sane, jay leno ke, dvd lttrman ke, kritik terang2 je presiden dorang..

Beyy ;] said...

not to degrade, but malaysian comedy is a let down.
betul apa yang dikatakan.
kalau nak jadi 'THE' comedian in malaysia u'd have to at least own a clown suit.
kadang-kadang agak sedih.
semata-mata nak orang gelak.
they'd have to actually roll on the stage and menyanyi lagu anak singkong.
but, yeah, thats what the crowd here demands.
true.true.
i guess in order to successfully change the scenario here. u'd have to start, by changing the audience.
and that's quite impossible.but can be done.
haha.

well,yeah. it sure would be awesome if we'd have our own RUSSELL PETERS.


mann.this is my first time reading ur posts and im already utterly amazed.

.AzFaRuL. said...

suka tengok the nanny. best. ;)

KARKADEWA said...

typical malaysian kot...

lis said...

Russell Peter is superb ok?
favourite tuh!

sumtimes i pity those guys..
trying too hard..
it makes them look st***d..woops!
sorry..
i cant buy your jokes.

Matematis Muda said...

lawak melayu banyak berlandaskan unsur2 spastik..
amatlah mengecewakan..

terkenang zaman pi mai pi mai tang tu dulu

fynn jamal said...

utk semua:

1) saya layan juga raja lawak.
tang kelakar, layan gek.
tang tak kelakar, awkward gek.
pukul rata smua.
:)

2) pi mai pi mai mmg sempoi.
line up semua sebenarnya serius, tau, secara live.
saya pernah shoot sama abah zami. saya kawan baik sama anak mat deris.
semua yg rasa pimai itu cool, raise your hands y'all!

3) saya okay sama zizan. dia lebih rilek dan tidak memaksa diri.

4) ahmad nisfu rawk. sama dengan kadarisman. dem.

5) senario ada zamannya yang betul2 original. bila dah towards the end dah hampeh dah.

ramai rupanya yang tidak selesa sama jenaka di malaysia.

phikool thong said...

nabil..mmg ak x bleyh trime lwk dye. rse cm nk bling selipar je.

byl said...

kdg2 mereka terlalu sgt nk tnjuk tu lawak. macam wahid senario tu. ntah, aku x suka kot.


ex-bf aku pnh bg video Jeff Dunham. Best la bila tang dia ng Peanut & Jose.


try la kalau tgh bosan2 Fynn.

luna abdullah said...

minat same russel peters yang sgt lawak lagi dummies dan jugak nabil. itu saje!

Pewaris Reformasi said...

gua minat salleh yaacob, amacam? hehe

Cherries & Onions said...

Yang Hamid Ghurka sebut 'F untuk maaf' itu saya rasa memang spontan, bukan dibuat-buat. Tetapi tentang yang lain, saya setuju :)

enchantress said...

Very direct. At times subtle. But I like the post. Very knowledgeable. Not trashy and conventional.

Being funny comes naturally. Our people can be pathetic. Life is an economy. But you see, the more we supply, the more they demand, but no sacrifice, nought, nothing, from the demanders.

Anyways, sarcasm is the new way to joke around,kan?

But our people are not sarcastic at all. Hence the dullness in their jokes. Too common.

Oh well, terbaca your blog. Suka. Keep it up.

scenenseen said...

lynn,
really want to have a munch at your place in nilai.
the food sounds delicious!
btw,is it true u r from kota tinggi?
which part of kota, may i ask?
luv ur work!

CAHAYA said...

haha. i like your statement!

fynn jamal said...

untuk scenenseen:
kota tinggi di tmn kota jaya.
marilah ke nilai.
makan sekali meh.

pewaris:
saleh mmg best weh.
dia contoh lawak yang menjadi.
(tho ada masa fail jg. tap dia best)

fynn jamal said...

untuk Cherries & Onions:

ye. dia mmg betul2 tak berapa bijak.
*diam*

hence my point.

tapi dia okay...

nik uqbah said...

ouh.

first time lalu lalang sini.

ak suka dengan statement kau. rasa macam kau mesti orang yang otak selalu jalan walaupun baru bangun tidur dan belum gosok gigi.

dan aku rasa lawak juga macam economy.
kena ada demand dari orang ramai.

taste semua orang berubah ikut masa.
kalau dulu orang suka lihat lawak bisu.
sekarang aku rasa tak.

aku rasa tv3 dah kaji awal2.
sebab tu senario ada suara untuk cakap2.
atau senario memang tiada bakat nak berlakon bisu.
itu aku tidak tahu.

tentang nabil,juga aku tak tahu. sebab rumah aku tiada astro.
dan tempat aku belajar tiada t.v.

lepas dengar kau macam puji nabil, aku rasa ak mesti lihat dia berlakon. mana tahu ada kick~

fynn jamal said...

nik uqbah:

nabil -- tidak ok, tidak kondem.
maru letak begini, saya lebih tunggu zami ismail dan salleh yaacob naik pentas.

:)

nn said...

masalahnya kat malaysia ada internal security act, official secrets act, printing publication act.

agak susah nak jujur dalam lawak.

tak macam di us yang rights of expression nya dipraktikkan tanpa sekatan. perkara 10 perlembagaan persekutuan Malaysia menyekat kebebasan berekspresi.

Silly Lily said...

try bandingkan lawak2 org malaysia dgn; tak payah ambil jauh2, singapore pun dah cukup.

aku rasa better layan under one roof or phua chu kang lagi best.

no offense to malaysian's comics tho.

hee

fynn jamal said...

untuk silly lilly:

i beg to differ la. sbb dr kecil duduk johor. free sing cable. mereka pun sama saja dgn kita. cuma better sket sbb depa english mediated. and dry jokes are naturally in english. banyak je lawak mereka yg tak jadi (siaran suria aka siaran melayu terutamanya).

yang channel 5 (english oriented) advance sket, la, to your defense. dan yang channel 5 itu yg banyak kita beli.

untuk nn:

setuju. we have limited art industry. sdgkan nak berbahasa biasa pun agak menimbulkan tanda tanya, apa lagi hendak mula berfikir du luar norma kita.

ur comment forced my old memory of media laws to come back. ya allah. benci betul subjek itu.

:)

chaqish said...

aku suka din beramboi dan ujang.
:D

nenasoren said...

aku suka lawak merepek spontan din bramboi pagi2 di radio era. mayb mrepek tapi aku tak kesah sbb ringan kan kpala. mngkin objektif utama aku utk dgr lawak adalah gelak semata2.x perlu moral dan apa smua sbb itu boleh blajar di skolah dan universiti.

Russel peters mmg lawak. Agak nya bila dia nak kluar dvd baru slepas red white & brown? (ini soalan renungan sendiri.bkan utk kak fynn =) )

script FRIENDS adalah sgt lawak. Sgt2 lawak. malah lakonan pelakon2 mereka yg hebat itu pn adalah kerna skrip yg marvelous. Ini mnunjukkan pelawak tak perlu muka yg paling slenge dlm dunia tapi cuma perlu idea yg plg kacak dan menawan.

indieGO chic said...

i'm raising my hands for pi mai pi mai tang tu.. baru jek post new entry about them 18th january lepas.. bagus fynn bukak hal ni dengan lebih baik.. upset to admit that lawak omputeh memang lebih lawak dari lawak kite.. urgh!

nn said...

kak fynn.
law mmg membencikan. tapi dah naseb badan terpilih ke arah tu.
huhu

experimental said...

hahaha!
russell peters,he's hilarious!
i just can't stop laughing

Silly Lily said...

true,true
probably i'm referring to their english jokes
sebab melayu singapore kelakar ke?
oops
bahaya kalau tersilap cakap di sini
mintak maap!!!

:D

syieda ibrahim said...

kadang2 pelawak malaysia terlalu over.
tapi kadang2 dieorang ok.
sy suka tgk actorlympics.
kelakar jugak.

oh,fav show the nanny,friends,my wife and kids.

kalo nak pecah perut satu hari,
tgk monday night laugh kat star world.
mmg tak brenti gelak satu malam.

the blackpaper said...

russel mmg best. pelawak malaysia? herm...tak tau kenapa astro selalu keluarkan product tak berkualiti tapi digemari.

Anonymous said...

hidup russell peters...!!!
die mmg best..
kekadang pom mcm kekauman tp realiti..

Anonymous said...

again.

hari tu su ana jo bandingkan nabil dgn the nanny.

aku gelak je baca. ha ha ha

ini..

rowan atkinson dgn zizan/johan.

hahaha. aku gelak lagi.

lepas ni.. blogger2 lain boleh la bandingkan

farid kamil dengan heath ledger.
jaclyn victor dgn whitney houston.
fasha sanda dgn scarlett johansson.
kump. spider dgn linkin park.


ha ha ha.

aku gelak lagi.