Wednesday, November 28, 2007

tentang kehidupan aku yang normal

semalam bangkit tengahari. rumah yang sepi. life yang hambar. sabar, fynn, sabar. minggu depan kau akan mula berkarier semula. akan dipenuhi kembali.

balik normal.

apa yang normal? aku workaholik sepanjang ingatan aku tentang kerja. ketika belajar dahulu, aku susun kelas dari jam 8 hingga 3. jam 4 aku perlu ke rumah2 orang, kerana aku tutor pribadi anak2 kaya. berhenti sekejap jam 7. di jam 8 aku ke rumah orang lain intuk tutoring lain.

hari2, isnin hingga sabtu.

tamat belajar aku tidak bercuti, kerana pelajar2ku punya peperiksaan negara.

kerja pertama aku (selepas gap seminggu dari country exam pelajar2), adalah event korporat internasional, yang mana aku adalah eksekutif projek. dalam erti kata lain, dari cacai bancuh air, sehinggalah berhubung terus dengan tan sri2.

jam 10 malam adalah waktu yang paling biasa aku tiba rumah.

aku berhenti job ini selepas setahun, sebaik pulang dari satu event di beijing. aku bina keputusan itu kerana alasan ini: aku tak mahu pekerjaan yang akan membatas masa qualiti aku dan anak2 aku nanti.

sayang memang sayang. gaji yang lumayan, pakej percutian setiap kali event. tapi au lebih sayangkan bakal anak2 aku, dan terutama, sang suami akan aku berikan air tangan aku dalam setiap makanannya.

ini mmg aku. tradisional dan konservatif di fikiran.

aku berhenti kerja itu di hari khamis, dan hari isnin aku mula bekerja di Cempaka International School. guru speech dan drama.

kepuasan yang teramat kerana aku berani katakan aku adalah guru kesayangan setiap seorang anak murid di situ. terima kasih pada abah, aku dikurniakan bakat entertaining seperti beliau. terutama pada anak2 kecil.

tapi tidak lama. kerana kebangsatan iri hati sang guru2 lain. aku dicalit 'rebel' di kepala sejak hari pertama aku di situ. dan aku dikatakan bakal menjadikan anak2 menteri itu, anak2 manusia terkaya di malaysia, anak2 expatriate, kepada songsang dan membelakangi disiplin.

aku terasa seperti karektor guru2 hebat di layar perak: michelle pfeiffer dlm dangerous minds, antonio banderas dalam tak the lead, takeshi sorimachi dalam GTO.

aku mau menjadi Ron Clark, guru terhebat dalam sejarah dunia. dan dia masih lagi tersohor. sila google jika kau mau tau siapa dia.

hari2 di sekolah itu aku terima hadiah. dan seperti biasa aku perlu sembunyikan kerana tidak mau dirampas. aku dituduh memeras pelajar. haih! aku taulah aku orang miskin, tapi tak perlu aku mintak2, lah!!

aku suka mengajar. my passion is in teaching. i was born to teach.

tidak cukup setahun aku berhenti. telefon dari ibu bapa2 dan anak2 yang menangis ada masa memecahkan kekuatan diri. tapi aku tidak bisa lagi. bukan aku mahu sangat berhenti. tapi elok pula ada tawaran menjadi pensyarah di kolej SEGI. aku akan naik dan terus naik. kerana azam aku untuk menaikkan taraf hidup telah aku sematkan: sebelum 30 tahun usiaku, aku akan buktikan pada semua aku akan berjaya.

budak gemuk yang kau tujal2 dulu, yang kau hina2kan, adalah jauh lebih bagus dari engkau yang hanya tahu membuli.

manisnya dendam.

dua minggu selepas itu aku mula menjadi pensyarah, dalam usia belum 25 tahun. aku berbangga di setiap kali orang tidak percaya apa kerjaya aku. kerana bajuku yang biasa2 dan mungkin kerana gaya aku yang sangat bersahaja.

aku hanya sempat bekerja dua bulan di SEGI, bila universiti tempatan mengkhabarkan aku bakal mensyarah di tempat mereka bila2 masa. bagus. kerja kerajaan. gaji swasta.

anak2, mummy akan masak breakfast kalian, kita akan makan sama untuk dinner. papa will be home tak lama saja lagi. dia perlu kerja lebih, kan?

aku tidak mahu terburu2 lecturing. kerana aku mahu mula selepas aidilfitri tempoh hari. dalam pada itu, aku dapat job berlakon dengan shuhaimi baba. aku mahu merasa. dan sehingga kini aku masih terasa bahangnya berlakon.

ada sahaja yang kenal. seronok. tapi maaf, itu bukan life pilihan.

minggu depan aku jadi pensyarah sebenar.
minggu depan aku mulakan hidup baru.

aku ingat lagi ketika sang rektor yang menemuramah di peringkat ke 5, dia bertanya:

in two years time, you've been skipping from jobs to another. what makes you think you can stay here in IIUM for long?

sir, all i can say is that i hopped not in one spot, and i skid my way up just so my students know they should go further everytime chances come. i am taking that chance i've been telling my students to grab. if i let them slip, tell me sir, how can i ever say wise things to them ever again?

sampai mati aku takkan lupakan sesi interview itu.

i found peace in teaching.
i found happiness in the smiles of my satisfied students.

malam tadi aku tidak lagi memikirkan tentang kawan2. aku masih teman mereka, tapi aku mahu jadi aku yang dulu. normal. tidak mempeduli selain pelajar2 aku. aku tidak mahu terlalu rapat, terlalu cenderung.

semua orang sama. tidak perlu layanan lebih2. aku punya hidup sendiri. aku patut jaga.

aku tidur malam tadi tidak sabar mahu bangkit di minggu depan.

11 comments:

Nona Cici said...

kakfynn!..congrats on ur new job..n yes, i adore Ron Clark too..saye doakan kakfynn berjaya mcm dia..good luck!..

^dada^ said...

tahniah fynn .. arap kamu berjaya capai target kamu... sgt ssh jadi kamu tp kamu sgt bercita-cita... proud 2 noe u... ;)

hanafiah said...

kamu bertuah mengenali diri

ada insan malang
tidak kenal diri
tidak tahu di mana letak diri

lebih malang
tidak tahu berapa nilai diri

tahniah buat kamu
semoga Allah melindungi
dan memberkati kamu selalu

amin.

syuxx said...

wah, kamu persis spt ibu aku.
wahh! gud morning teacher !
:)

fynnjamal said...

cici!!
thnx a lot.
isnt ron clark a living legend?

so inspirational kan?

fynnjamal said...

dada,
terima kasih.
saya terharu kenal manusia spt anda.

fynnjamal said...

hanafiah!
tell me who you are.

if only i can talk to u.
one to one.

transkonversasi.

fynnjamal said...

shuxx!
harap saya bisa jadi sebagus ibu anda!

Sue Anna Joe said...

UIA mmg bes jadik lecturer. Duit pon masyuk. Dapat bilik sendiri pulak tu. I bet you will be one of the favouritest lecturers nanti. You inspire people. :)

Love u bebeh.

hanafiah said...

'transkonversasi'?
usah dipetik kata asing
mencemar bahasa ibunda
lebih enak diguna 'bicara' mungkin
maaf jika tegur ini keras

aku hanya penyanjung madah
terjumpa warna warna kamu
lalu aku hayati; indah
tidak lebih dari itu
namun jika masih ingin bicara
kamu boleh mulakan
hanafiahghazali@yahoo.com

maaf jika kamu kan kecewa
aku ini bodoh insannya
tidak punyai apa
bukan kata merendah; benar

Allyza said...

sesungguhnya insan yang benar2 sematkan dihati utk jadi seorg guru terbaik n terhebat sentiasa jd sanjunganku sbb aku ni plg susah klu bab nak mengajar org. sbb tu awal2 lagi kureject harapan ibuku utk lihat aku jd guru, nasib baik dpt kulaksanakan cita2ku jadi jurutera.hehehe...bangga bangga

p/s: hanafiah ni mcm nak ngorat fynjamal jek.hehe...