Saturday, November 10, 2007

graduan law-yer burok dan sampah yang berjaya.

aku tonton "the illusionist". dan aku suka gila babi satu baris ayat si hero kepada sang cif polis:
"are you completely corrupted?"

ha-ha. gila la. cuba kamu bayang kamu tempiaskan soalan ini kepada seorang pelaksana undang2. kah kah. kelakar.

okay. pagi semalam aku bangun lewat lagi. jam 12.30 tgh hari. bersiap terus kerana mau shooting jam 3. namun ditunda dlm sejam sebelum aku gerak ke produksi. great. aku ke tesco beli barang makanan basah.

fatin akan dtg malam ini. pok cham akan jemput dia di lrt, memandangkan aku sibuk di lokasi hingga lewat malam. mereka akan lepak di rumah aku, esok kami ke rumah terbuka teman fatin. makan free. haha.

shooting ok. cuma aku dah bosan. hati tak penuh untuk berlakon. aku tidak berminat. aku benci hidup kaca tv dan layar perak. maka beberapa jam itu aku agak perit untuk menamatkan scenes. dapat pula lead actress berlakon macam kayu, tak reti beri chemistry.

tamat sesi rolling itu, dalam tengah malam lewat sedikit, aku pulang ke rumah yang sudah ada teman dua org. lepak tak sampai 15 minit, pok arm telefon mengajak lepak. roger that. pok arm bawa kemal dan teman kemal. ini kali kedua aku jumpa kemal. dia kool. kawannya tidak. kawannya perempuan.

sang kawan perempuan itu baru grad jurusan undang2. belum bekerja. belum ada apa2. cuma kertas mengatakan dia graduan universiti teknologi mara. okay. bukan universiti List A pon, jgn mara teman2 UiTM, ada kalangan anda yang hebat, tapi gadis yang satu ini benar2 menjengkelkan.

mungkin kerana aku, fatin dan cham datang dgn baju tidur, ke Rasta TTDI, tempat konon2 hebat kerana makanannya yang mahal tak setimpal dgn rasa yang tak sedap. kami nampak selekeh, mungkin. nampak tidak berpelajaran.

lalu aku tanya beliau, "tak kerja? oh. sdg tunggu bar council kah?" ((futnot: graduan law mesti melalui chambering untuk bergelar lawyer. aku bukan tahu sgt, tp tiga org saudara anak pok long adalah majistret, maka aku tak bodoh))

dia menjawab: "tidak, perlu ada professional degree baru boleh. "(memandang saya dgn muka: kau faham ke apa aku katakan. tu lah, lainkali belajar. tengok aku).

saya bertanya lagi dgn lebih slow tone nya, takut dituduh menyibuk: "oh. itu pertama kali saya dengar --"

"memang. hanya UiTM yang begini. lebih bagus, bla bla bla" (sambil memerhati gaya selekeh kami, berbanding dress sendat beliau yang di padankan dengan tudung tanpa scarf, menampakkan telinga dan rambut2 nya. apa makna dia bertudung pon, aku tak pasti)

dalam hati saya terus pangkah perempuan ini. difikir aku perempuan bodoh rupanya. aku teruskan aja bualan. biarkan dia dgn dunianya yang dirasa hebat. umur 24 baru grad. kerja belum ada. cuma kertas. bosan.

entah bagaimana, pok arm bercerita ttg kerjaya aku. pensyarah universiti kerajaan, antarabangsa pula. selain aku sambilan menjadi performer, seni aku dihargai, sebagainya.

dan tiba2 wajahnya berubah, dan dia tidak mahu percaya. terus sehingga pulang, aku lihat dia tidak bercakap2 seperti awalnya.

kami bertiga pulang mlm tadi dgn rasa bangga. kami bukan sampah. kami cuma selesa berpakaian tidak seperti orang lain.

8 comments:

-MiNt- said...

just b yourself kak fynn!!!

fynn jamal said...

wah. i didnt know ppl are actually reading this page. :P

-icha03- said...

pasti susah jd diri anda... kaann ??

Sue Anna Joe said...

orang sebegitu harus digelek ngan tayar keta je fynn.

" fynnjamal said...

wah. i didnt know ppl are actually reading this page. :P

yeah. kami suma stalker anda sayang.

Anonymous said...

haha...baru cuba catch up ur posts. kreatif banget korang nie.tgu la nanti blog aku setelah betul2 kubukakan pintu atiku ini.hehehe...

fara rasep said...

hahah kak fynn.sy warga uitm juga.tp tak kisah pun sbb masa pergi debate competition, bdak2 law mmg suka nak up lebih wpun bukan kesemuanya.

n sy juga walau tak hebat mana suka selekeh.*takderlah selekeh maner.cuma bukan office wear*
sy pun pernah,biat keje part-time.lipat surat.smua pandang mcm hina.igt budak tak lepas agaknya.bila dikatakan sdg blaja di itm, baru nak tegur lebih.

*knal kak fynn lepas tgk bunga matahari atas bangunan(tak ingat tajuk) bersama otam.baca blog kak fynn dah terlampau lamanya.baru sekarang nak comment.pjg lak tuh.hehe*

;))

Anonymous said...

baru mengenali blog ni..
thanks to ulii..

and i read 1% of ur blog, and i find it really honest..

i read from the beginning of ur blog..

:) love 2 read blog camni.

cam u pny..cam ulii pny..

keep it up!!

Aishah Malik said...

cayalah hehehe