Monday, March 17, 2008

skinny merah bertuah

dari minggu lepas wok sudah pesan tentang gig hujan, meetunclehussein, elyana dan coco di rtm. kecy semua pergi. mesti aku tak lepaskan.

itu jam 8 mlm.
jam 11 pagi tadi aku sudah mula sangap.

ajak fatin lepak kl, cik mie dan acha mau ikut serta. cantiklah tu. cantik sangat.

tidak ke mana2. sekadar berjalan2 di sekitar sungai wang, bb plaza dan lot 10. tiada yang menarik pun. jalan2 bodoh.

tiba2 acha bilang, mau masuk ke rtm tidak boleh pakai hot pants. ah sudah. nak balik ke rumah memang malas. beli sajalah seluar, alang2 sudah di situ.

lepas makan di pusat penyumber wang kepada israel yang lebih manja dikenali sbg mcDonald's, aku kayuh budak2 ini kembali ke lautan orang di sungai wang.

"skinny, fynn!!"

biar betul.punggung macam jamban pecah, ada hati mahu pakai skinny, aku cakap. tp atas desakan, aku layankan sajalah.

setelah habis 10 kedai, terjumpa aku satu skinny jeans berwarna merah terang. senyum. persis seluar topman matahari. ambil. mahu cuba. tp cuma ada saiz m. muat ke?

amoi tu ckp, "tinggal m saja. l tada, maa"
try ajelah. tak muat, lantak. aku dok luar rtm, tak yah beli seluar. jimat duit.

sekali, sempurna.
(hanna: saya sudah buleh celen kamu. haha. tapi sy ttp lebih besar dr kamu la)

cik mie puji macam abah2 yang memuji anak gadisnya yang pertama kali berbaju sekolah sebelum masuk darjah satu. fatin dan acha terus suruh bayar.

angkat sajalah.

"ini kalau tak cair, tak tau lah mamat2 di luar sana"
pandai ambil hati betul kawan2 aku itu.

sudah selesai, tiba2 fatin minta mahu pinjam handycam. maka terpaksa patah balik ke damansara. chet. kalau tahu, takde aku beli seluar merah itu. tapi okay saja. saya on.

terus ke rtm sebaik habis ke sana ke mari. janji jam 7.30. seekor kecy pun tiada. melangut sampai satu2 kereta tiba. jam 8.30 baru semua lengkap. setan. janji parya betul.

matahari ada.
tersentap rasa nyawa.
pelik mahu bergerak.
suka tak tergambar.
meski dari jauh.

mahu senyum tapi yang keluar senyum 20 sen aku.
baik aku duduk belakang2.
nanti kata aku bersikap pelik pula.
nanti tidak mahu jumpa langsung.

persembahan bermula.
kekeh2 plastik dan sengih2 palsu.
yang penting harus gagah.

mami kuat, kan matahari?

masuk dalam dan layan setiap band dgn rasa biasa2 saja. seperti di MMU, rtm keras tidak mahu ada anak2 yang tidak semenggah perangainya ketika sesi penggambaran.

maka, ketika duduk itu, aku mengantuk.

habis semua sekali dalam sekitar 11. keluar terus, lepas rindu pada sampoerna. nak menunggu untuk lepak makan pula.

cuba buat2 gagah, dan sedikit2, sudah mampu bergelak ketawa sama matahari.
haih. cantiknya senyum kamu.
kalau ini membuat kamu bahagia, saya akan terus begini.
untuk senyum itu.
yang segalanya untuk aku.

tiba2 dia puji skinny merah baru.

"kena dengan kamu".
"oh ya?"
"ye"

senyum bersama. bukan 20 sen.

dan tiba2 matahari berlawak: "jatuh cinta sikit", sambil menunjukkan jarak satu inchi di antara jari telunjuk dan ibu jari. dia gelak.

manis.
esok aku beli lagi lapan.

selamat malam, matahari.
senyum kamu cantik, tahu tidak?

11 comments:

y u z said...

(^B^)

nak tumpang senyum~~

manisnya mencintai.haih.
Alhamdulillah setidaknya entri kali ini bukan jerih batin fynn yg sepi.tentu lena siap senyum2 lg.

jaga diri ya?

123 said...

semoga senyum bukan senyum 20sen tu semakin kerap terlukis di wajahmu.. =)

weirdwEEda said...

=)jatuh cinta sekali lagi...haha sungguh sweet..

H said...

masih juga dia jatuh cinta pade kamu walaupun katenye cume sedikit.
tahniah!
:D
mungkin kah kami2 akan melihat fynn setiap hari bersame skinny merah itu?

[siti] said...

ya ya...
saya suda tengok gambar anda dan skinny merah berhoodie di fp cik lily..

hehehe..anda nampak comel pule bile suda semakin skinny. saye pon mau diet la ceni!!

*cepat2 beli kasut baru. mau turun gym.

Eamy said...

mami sgt kuat!

sengeehhh!

fynn jamal said...

kawan2:

hidup dengan fantasi itu indah bukan. tidak apalah.

gurauan itu terlalu manis untuk saya buangkan. rasanya seminggu ini sy akan tersenyum dan bahagia.

seronok juga mencinta dari jauh. kan?

ini takdir saya, mengagumi tanpa dicintai.
saya ok.

#23 said...
This comment has been removed by the author.
Hanna Rabittah said...

way to go fynn!
nanti kite boria pakai suar merah jom!! haha


besar lah sgt!!!!! ape daaaa

Unknown said...

skinny merah agak striking.hehehe

'manis.
esok aku beli lagi lapan.'

tang ni lawak.macam kita-kita semua alami..

haniey_shukor said...

hai cik fynn..aku merupakan peminat blog jeritan jiwa ko cik fynn.

ko mmg kental
*aku suka wanita tabah mcm ko cik fynn

semuga hari-hari yang mendatang ko akan lalui dgn lebih tabah w'pun terkadang perlu berpura2*pedih

;]