Sunday, March 9, 2008

lagu kecewa.

mahu menangis.
itu saja.

di waktu rempit2 bermain hon, pemandu2 kereta berbendera bulan hijau dan biru menggila di atas jalanraya; menyorak gembira kejayaan mereka, aku di dalam kelisa merah bersama dua lagi sahabat terdiam.

sms bertalu2.
panggilan beriya2.

semua aku abaikan.
tahniah. kita sekarang persis kerajaan campuran di luar sana.

tidak sabar mahu lihat pendidikan percuma.
dan kawalan harga dunia kita layankan dari poket kita sendiri.
oh betapa indahnya negaraku Malaysia.

apa-apalah.

aku masih rasa marah dengan diri sendiri dan lebihan beratus-ratus kawan2 yang tidak mengundi. aku terpaksa berada di kuala lumpur menunaikan tanggungjawab kepada kerja, maka terpaksa dibaikan fardhu kifayah aku di kampung halaman untuk mengundi.

ramai berkata "alah, komfem menanglah kita".
atau yang memang tak sedar diri itu terus berkata: "fak mengundilah".

sukati kaulah, nak.

tapi ada juga bagusnya. lepas ini, semua orang di atas akan sibuk mahu menjaga hati kita. macam anak penceraian. bila abah dan ibu berpisah, semua mahu mengambil hati si anak. perkara2 yang tidak boleh, dibolehkan. perkara2 yang biasa dimarah, dibiarkan.

mungkin aku terlalu prejudis kerana tidak mahu membuka hati untuk perubahan. tapi itulah. bukan aku seorang. ramai yang IM aku untuk mengadu.

"takut"
"rasa macam sesuatu"

dan seperti kakak2 lain, aku akan tenangkan dah pujuk. tidak ada apa2lah. ada 4 tahun untuk mereka buktikan. biarlah. mana tahu mereka sama bagus.

aku tidak takut sesiapa pun berada di atas. kuasa dan korupsi itu sinonim. tidak ada janji untuk tidak rosak bila sudah diberi kuasa. sedangkan seorang abid yang beribadah berpuluh tahun pun boleh tewas dan tunduk dengan hasut syaitan; apa lagi kita.

tidak tahu ceritanya? nanti2lah aku cerita.
tapi abid itu mati dalam kufur, kalau kau mau tau.

yang aku risaukan adalah kepimpinan bukan kemelayuan. tidak mengapa kalau kamu itu cina, india, serani, penan sekali pun. namun, kalau hak aku sebagai keturunan panglima yang pernah mempertahankan bangsa ini beberapa ratus tahun dahulu hilang, aku rasa aku akan bangkit bagai Teja dan bakar satu tanah melayu.

"apa pasal melayu dpt lebih?"
"kenapa tidak adil selalu?"

banyak cakap pula. baliklah tanah besar kalau kamu rasa hidup di tempat asal kamu lebih membahagiakan. kau tidak nampak keturunanmu yang berdinding tanah liat, berjerih kerja, semua?

sudah macam2 disuap ke mulut kamu, yang mana pada haknya kamu tidak layak pun dapatkan.
lagi kau mahu mintak hak.
sini aku bagi penampar.

katalah aku kepuakan. alah, kau jgn cakap banyak2lah. sedangkan bila tahu ada kawan baru yang datang dari satu negeri pun, kita sudah macam kera, bercerita panjang terus. dan kadang2, tahu kita lahir di hari sama pun sudah tidak pasal2 keriangan.

itu berpuak la tu.
sebab kita manusia, dan kita selalu mencari sense of belonging.

astaghfirullah.
positif, fynn!
beri masa.

harap2 gig tetap terus. harap2 mamak 24 jam tidak akan melingkup kerana curfew. harap2 kita tidak menjadi turki. harap2 para alternatif bisa menjaga aku dan bakal anak2 aku.

itu yang penting.

tiba2 teringat anak2 murid aku yang sibuk bercerita tentang kehancuran negara yang didominasi anasir2 korupsi, koloni, diktator, dll.

ya Allah, jauhkan.
ya Allah, selamatkan.
ya Allah, kuatkan.

tun, saya rindu kamu, tun...
kasihanlah kami.

*melihat ke luar tingkap*

kelakar pula bila diingat. satu masa dulu, bukan main lagi tun dijaja sebagai firaun, orang jahat taraf dewa, manusia kejam umpama zionis, totalitarian, segala. dan sekarang sepanjang pilihanraya, tun diangkat sebagai hero para pembangkang tidak semena2. siap gambarnya ditampal2 di bilik gerakan.

*senyum*

nasib baiklah tun itu bukan manusia yang lalang. tidak bertukar2 pendiriannya. teringat anuar dahulu yang mulanya anti kerajaan pada masa mudanya. berjuang bersama ABIM, dengan anugerah tuhan akan lidahnya yang beraura. tun ambil, acu cantik2, didik sebaik dibawa masuk ke UMNO. dan sekarang, selepas fasa gelap hidupnya, anuar bangkit menentang dengan parti baru.

macam telenovela sepanyol.

macam2 terjadi pada tun, ditikam manusia2 yang takut hilang kuasa sebaik saja tun meletakkan kaki separuh di luar pintu. dipenyek2 manusia2 pelupa dasar. dihenyak2 golongan2 brengsek.

alhamdulillah, tun tetap tun yang saya kenal.

tersinggung tetap ada, maka dia bersuara.
tapi untuk berpaling dan menolak barisan nasional itu sesuatu yang mustahil.
jadi jangan jual nama tun kalau kau mahu memanipulasikan fakta.

tiba2 pula tun jadi kawan karib engkau.

tu lah... dulu kutuk tun. itulah. inilah.
tun firaun sbb tak siapa pernah nampak dia sembahyang macam pak lah.
tun syaitan sebab terlalu tegas.
tun kejam sebab buat anuar begitu begini.

kau tak malu ke pusing2 alam mcm ni?

kalau kau tidak pernah tahu hal dalaman, kalau kau sekadar mendengar cerita orang, kalau kau curi2 faham perbualan orang, tolong jangan banyak cakap, boleh tak?

kau tak pernah tengok cerita heroes ke? tak pun prison break?
kau tak pernah dengar perkataan konspirasi?

yang kau nampak setakat ini adalah kerana kerajaan kita cuba telus. (terpaksa, mungkin).
cerita dalam2, tentang sipolan2, hanya berapa kerat yang tahu. dan seperti permainan telefon rosak, kata2 itu berjangkit dan terus berevolusi.

dari "guru saya seorang yang tegap" terus jadi "nenek engkau jilat kayap".
entah apa yang nak jadi.

ingat dunia artis saja yang ada publisiti murahan? politik lebih dahsyat lah.
haih...

sedikit sebanyak, aku mahu saja jumpa pak lah dan katakan, "sekarang, kamu faham betapa marahnya rakyat?"
tapi nak buat bagaimana. aku siapa untuk menegurnya.

4 tahun, pak lah...
bukan sekejap.
duit simpanan sudah habis, tau.
tolonglah fikirkan sesuatu untuk kami2.

itulah sebabnya kenapa subjek ekonomi itu wajib didalami oleh pemimpin.
kerana wang adalah enjin kepada majoriti perkara.
dan tun tahu itu.

aku di barisan nasional bukan kerana personaliti, tapi kerana perkataan nasional itu.
yang telah memberi makan berpuluh2 tahun pada ibu ayah aku.

semoga makanan yang dihadapkan dari PKR, PAS dan DAP mengenyangkan.
jangan korup ya?
jangan mengadu domba di negara luar lagi ya? kan malu kalau orang lihat.
buat hal kita, usah sibuk2 hal orang lagi ya?
*tepuk bahu*
kita sama2.

tapi tetap, aku takkan berganjak dari kumpulan aku.

aku harap ini pengajaran kepada manusia2 di atas sana:
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

ini baru betul reformasi.
satu kerajaan kelam kabut.

*diam*

satu manusia yang dikhabarkan oleh shah sebagai manusia yang dicetak terus dari acuan tun adalah anakandanya Mukhriz. benar juga. dia memang bagus. dengan manis tun hasmah dan tenang tun mahathir, semoga satu hari nanti dia kembali gemilangkan orang kita.

entahlah. siapa yang tahu, kan?

dulu kita tunggu pak lah, sebab lihat dia selalu sembahyang, sebab dia belajar agama, sebab2 yang begitu mulia dan murni. malangnya, setelah sekian lama, yang berkembang cuma pakeda. semakin banyak gejolak. bertambah serabut. sedikit2, rakyat makin hilang percaya pada gagasan kita.

kan aku sudah bilang, amal itu hanya dikira untuk sendiri.
pemimpin haknya adalah untuk menjaga umat.
tanggungjawabnya.

kalau dalam 24 jam sujud tonggang tonggek, tapi rakyat terabai, berdosa juga.

tapi kawan2, untuk memaling kepala dari keluarga ini semata kerana sang bapa tersilap perkiraan;
itu bodoh, kan?

semua orang ada silap.
cuma silap pak lah kali ini harganya begitu mahal.
dibayar dengan 5 negeri.

*airmata mengalir*
sampai hati, pak lah.

mukhriz, cepat naik.
kami tunggu.

25 comments:

weirdwEEda said...

takpe..kita tunggu la minyak naik lagi 50sen fynn..haih...malaysia ku yang tercinta,tiada lagi tempat seindah mu..

rokiah said...

i agree kak fynn.

y u z said...

kan-

memang ramai sebaya kita yg masuk kelumpuk 'tunggu & lihat'.nah,sekarang mana saja kau lintas di KL ini pasti terang 'mata biru' dek 'kehijauan'.nanti mamak Jumma setiawangsa saja yg tinggal beroperasi 24jam.oh ya,gig pun meh kumpul ramai2 kat sini.huhu.

fynn,pengaturcara 'gig perbahasan' itu hari pun mengaku tak daftar mengundi.nasib baik dibilang dalam telefon kalau depan mata,dah tentu dia nampak jegil mata saya!

a l a n said...

setuju dengan kamu tentang biru gelap itu.kesilapan yang dilakukan dibalas oleh biru cerah, hijau dan roket..tapi xper ini hanya pilihanraya experimen bagi mengajar menteri yang tamak..4 tahun lagi pasti semuanya berpayung dibawah "dacing"..

p/s ada entri tentang kamu..terima kasih!

Hanna Rabittah said...

hermm..
aku pon menyesal tak menunaikan fardhu kifayah kita..
lepas nih mesti vote..




sedeh lah fynn..

Edna Sinn said...

bagaimana dgn suara rakyat di bawah umur yg tdk layak mengundi???kami juga mahu pilih kerajaan sendri...
kasihan kami...suara-suara yg x didengari...
Hidup BN!!!

#23 said...

benar kak fynn!

Anonymous said...

ia lebih daripada itu

fynn jamal said...

anak2 kita alpa.
mereka semua lalai.

haih.

ps: adik fynn. kalau buleh guna pseudo name, sbb bila nampak "fynn" takut org salah faham ingak kakak.

hanya di sini. bisa?

Hanafiah Ghazali said...

:) suka baca fynn celoteh tentang politik. tulis lagi lain kali ye, jangan la bermusim sahaja. politik ini dari hidup hingga mati tidak boleh diabai.

ntah kenapa org2 Melayu masih malas mengundi (yg bertugas dikecualikan) hatta mendaftar pun tidak mahu. amat sedih.

terngiang2 ditelinga saya satu lagu apabila mendapat tahu keputusan penuh malam itu:

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kuasa apa yang tinggal di Penang, Selangor dan Perak? apa lagi yang ada pada org2 Melayu? bodoh! kampung tergadai masih bersorak.

kalau kamu masih ingin tidur lena dibuai mimpi indah, teruskan. bila kamu tersedar nanti usah meraung kenangkan rumah yang sudah tergadai.

p/s: maaf fynn, curi ruang kamu.

Anonymous said...

Agak kecewa dengan tulisan fynn kali ini tetapi biarlah kali ini dibiar anonymous agak tidak bersengketa pula kita.

Mengapa orang Melayu sering melatah dengan isu hak dan keistimewaan?Kaum lain pun warganergara Malaysia, mereka pun berhak menikmati ekualiti sesama kita.Contohnya,isu pengajian tinggi.Orang Melayu setakat 4A SPM sudah lepas masuk matrikulasi,manakala kalau kaum India 10A1 belum tentu dapat tempat di matriks.Adilkah?Pelajar Melayu sudah terlalu manja,terlalu naik lemak.Mereka rasakan semuanya senang.Senang sahaja dapat biasiswa,senang sahaja dapat pinjaman MARA.Dan kemudiannya apa?Guna duit biasiswa untuk berjoli?Mereka(tak semestinya dari kaum lain) yang lebih berhak itu terpaksa berhempas pulas untuk mengumpul duit masuk kolej swasta.Dan jujurlah,mana ada lagi Melayu tulen di kalangan kita.Ada yang bercampur darah Cina,Arab,Jawa dan sebagainya,nenek moyang kita juga dikira pendatang,mengapa kita mendapat keistimewaan?Seharusnya yang lebih tepat ialah kita bumiputera,namun ada juga bumiputera yang tertindas.Mengapa ideologi kemelayuan sangat kuat?Tidak sedarkah semua kita ni bangsa yang kurang maju?Kita disuap itu ini namun sukar melihat ada di antara kita yang mengukuhkan ekonomi negara.Kaum lain yang terpaksa berperit jerih itulah yang berjaya,bersyarikat besar besar.Mungkin jikalau bukan polisi negara,sudah ranap semua syarikat bumiputera.Mengapa setelah semua hak dan keistimewaan kita gagal lagi?Kerana mentaliti kita.Mentaliti Melayu kita.Kita masih berada di takuk lama,masih dengan sikap kita kita korang korang.Dan kamu sebagai pendidik Fynn,sudah patutnya tahu kaum kaum sepatutnya bersatu dari berpecah.Ini untuk kemajuan negara.Jikalau kita hendak majukan kaum kita,kenalah kita seharusnya siasat sehingga ke akar umbi dan rawat penyakit mentaliti Melayu kita ini.Dan jika anda belek balik buku sejarah dahulu,kaum India dan Cina juga yang membantu Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan, mereka juga menentang penjajah. Dan kalau dibelek lagi,orang Melayu jugalah yang menjual tanah kita kepada pihak penjajah,mereka yang menandatangani perjanjian dengan rela(bukannya semua,sesetengah)untuk memberi keizinan pihak penjajah merebak pengaruh mereka semata mata untuk kuasa.Saya harap tiada yang tersinggung kerana saya sedih melihat ramai yang berfikiran sebegini.

Ini sahaja yang saya tidak bersetuju dengan kamu Fynn,selainnya saya suka dengan pandangan kamu.Dan jika kamu ragu ragu,ya saya orang Melayu,dan saya bangga menjadi orang Melayu.

fynn jamal said...

hi anonymous:

macam kaum2 lain: ada bagus, ada tidak. kaum melayu juga ada yang bagus, ada yang melingkup.

jgn ingat saya begitu kejam. dalam 18 org kawan baik saya ada seorang yang india. Mike namanya. jadi saya tidak anti bangsa lain.

saya merujuk pada india dan cina yang mahu menghapus terus prioriti melayu. saya tahu bunyinya agak pentingkan diri, tapi untuk memukul rata hak, saya kira sudah keterlaluan.

saya guru. dan saya juga rasa tewas tiap kali ada pelajar bukan melayu terpaksa bergila2 usaha, nak dibanding org kita yg pemalas. ada saya tuliskan ttg kebodohan org kita, tapi bukan di blog ini.

jgn sedih kerana ramai berfikiran begini. sebab setakat entri yang panjangnya beberapa jengkal tidak memberi hak pada org di luar untuk pre-judge keseluruhan akal sang penulis.

mungkin mereka (termasuk saya) menulis kerana begitu sentimental dengan isu semasa.

tidak percaya? kamu track back entri2 mereka, pasti ada seruan dan bebelan ttg kealpaan anak2 kita. contohnya hanna (sang cerdik kegemaran saya).

entahlah. kamu betul. saya pun tidak banyak silapnya.

kita berdentum dentam, org atas peduli apa.

kan?

fynn jamal said...

oh mahu menambah:

sy masuk universiti dgn keputusan cemerlang.
keluar dgn kepujian.
sekarang bikin master.
resume sgt impresiv menurut ramai profesor saya, termasuk tpt2 kerja yang saya apply (rata2 takut mahu ambil sy kerana takut tidak mampu bayar)

bukan mahu berbangga diri (saya rasa ini kali pertama sy cerita)

tapi sy tidak mampu untuk ke luar negara, mendalami kursus yg idak terdapat di malaysia.

tahu kerana apa?
kerana sy bukan org kaya.
dan perlu ada gurrantor.
yg mana sy tiada.

sama saja kesnya. melayu atau tidak.
semuanya perlu wang.

dan ye, saya benci anak2 melayu yg joli wang ptptn. joli itu joli ini.

sy joli, tp semua kerana duit wang saku kerja tambahan dari zaman belajar.

maka, kalau anak di rumah sudah mati kelaparan, kenapa kera di hutan tetap mahu dijaga hati?

benar, kita sama2, tapi kalau kera minta hak yg sepatutnya didulukan pada yang berhak, bukan itu lebih kejam?

sekadar pandangan.
:)

Hanafiah Ghazali said...

Anonymous said...
"nenek moyang kita juga dikira pendatang,mengapa kita mendapat keistimewaan?"

perghh... aku suka dengar orang Melayu cakap mcm ni.

cuba tanya pada 'orang berkulit putih' kat Australia atau kat US, diorang pun pendatang tapi kenapa diorang dapat keistimewaan dan menindas 'kaum-kaum pendatang' yang lain?

jangan samakan masalah dalaman kaum dengan masalah antara kaum. masalah dalaman Melayu memang wujud tapi tidak semua orang, sama seperti kaum2 lain ada yang berjaya ada yang tidak, jangan prejudis pada orang kamu sendiri.

tapi masalah antara kaum adalah masalah lain. kita tidak mempertikaikan hak-hak kerakyatan kaum lain. tapi kena ingat jangan menidakkan hak-hak orang Melayu sebagai tuan milik Tanah Melayu.

Anonymous, said...
"kaum India dan Cina juga yang membantu Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan, mereka juga menentang penjajah."

buku sejarah mana yang kamu baca? siapa yang bawak masuk kaum India dan Cina dan untuk apa? masa bila kaum India dan Cina menentang British hatta Jepun? siapa pejuang-pejuang India dan Cina yang kena tembak? kena gantung? kena sula mcm Leftenan Adnan?

kaum India dan Cina mendapat kerakyatan Tanah Melayu (masa tu belum Malaysia lagi, dan nama Tanah Melayu menunjukkan pihak luar mengiktiraf negara ini milik orang2 Melayu) kerana kehendak British bukan kehendak orang2 Melayu. Antara syarat utama untuk merdeka adalah orang2 Cina dan India mesti diberi kerakyatan, kerana itu kemerdekaan tajaan Dato' Onn Jaafar gagal kerana dia berkeras hanya orang Melayu2 yang layak mendapat kerakyatan Tanah Melayu.

setelah kita bertolak ansur memberi kerakyatan, orang2 Cina dan India masih pertikaikan hak2 orang Melayu? kamu tanya keadilan? apa keadilan yang kamu mahu?

sekiranya kamu benci pada apa yg telah terjadi pada orang2 Melayu mengapa tidak bantu mereka. sekurang-kurangnya beri kesedaran pada yang kamu kenal. jika tidak, kamu juga sama.

kambeng7 said...

kecewa.

y u z said...

ouh wah,hangat bahas di sini.

beginilah,jangan kita dirasuk fanatik dengan isu politik ini.kerana memang nanti tak mampu membaca rasional dan logik yang harus kita terjemah sendiri.

bagi saya,ini kejut dari lena yang amat kasar - ibarat disimbah air!jadi,siapa yang makan cili jadi rasalah pedasnya.wakil BN di tempat saya Alhamdulillah akrab dengan tetangga malah isterinya juga tak segan2 sangat rendah diri [cuma mungkin anaknya hidung tinggi sikit,cheh].di masjid juga kerap bersua,jadi he's a well deserved winner.kita mau orang yg akan berkhidmat utk kita bukan menang sorak tahun ini kemudian 4 tahun lagi baru jumpa.

ini antara entri bernas kamu fynn.saya suka. =)

quya anuar said...

rasa takut muncul dari jiwa ini..
saya tak mahu negara kita jadi sperti negara luar yg lain..
rakyat yang menjadi mangsa nya..
takut tak mampu lagi hidup sebahagia dan seriang zaman nya pemerintahan TUN..
hurm..
betul kak fynn..
kita tunggu sama2 zaman pemerintahannya MUKHRIZ..
HIDUP BN!

Anonymous said...

orang dah jatuh, kau nak sakitkan lagi buat apa? emosi tak tentu pasal, untuk tujuan yang salah. sampai hati pak lah kau kata? aku tak rasa dia sekejam itu. kalau sayangkan bangsa, kalau sayangkan negara, kalau sayang kan semua orang yang memperjuangkan semua ini, sekarang bukan masa untuk kau tunding jari. sekarang bukan masa untuk memburukkan lagi keadaan. ya, aku tahu kau nak yang terbaik, dan mungkin betul ada silap, tapi tak adil terus hukum. tapi tak adil mengata itu ini. tak adil untuk tun desak dia turun. bukan sekarang masa untuk semua itu.

Hanna Rabittah said...

salam anonymous,
sorry kalau kau rasa aku menyampuk..heeeeeeeeeeeeee

tiada benda di dunia ini yg adil..
hanya tuhan saja yg adil..but that doesnt mean that we shouldnt try to be one..


kalau kami tidak adil.kalau tun tidak adil.. adakah pakla berlaku adil?
adil kah dia membiarkan negara spt ini? we've given him enough chance.. we've given him enough justice...
how much more does he want us to give?? how much more do u want us to give?
time doesnt wait..time is running fast. we cant wait any longer...if we wait futher more, i dont know what else will happen.

personally,i think he may be a good person.. but i dont think he makes a good leader..

msyuz,
yyer aku mmg terbawa2 dgn isu politik.. look at what is happening and has happened, how can i not be?

Anonymous said...

takpe hanna. apa yang orang tak puas hati sangat dgn dia, cuba kau cakap. jahat dia sekarang, buruk dia sekarang, adakah tun tak buat dulu? kenapa waktu tu tak ramai yang persoalkan? sebab dulu, kalau ada orang soal dah masuk jail da orang tu. ha ha ha. semua blogger yang sekarang tgh gila2 kutuk kerajaan, and semuanya, kalau ada waktu tun dulu, peh, semua masuk penjara. salah pak lah, dia terlampau baik, nak puaskan hati semua pihak, sebab tu orang pijak kepala dia. that i agree. and u are right, he is a good person, and i say this because i have personal proof. :) dah la, apa yang semua orang nak dah dapat pun. lepas ni korang nak mukhriz jadi pm eh? ok good luck. semoga kita semua bahagia di bawah pimpinan dia. :D

Anonymous said...

er.. sorry lupa nak tanya. dia biarkan negara seperti mana? kalau tun adil, kalau tun sayangkan rakyat, adakah tun galakkan orang desak pak lah turun, dalam keadaan yang seperti ini? of course, rata2 orang akan dengar cakap dia, 20 odd years, paklah baru 4 tahun. 4 tahun pertama tun jadi pm, macamana kita? bukan senang nak jadi pm lepas tun, aku tahu, tapi kejam kalau dia tak diberi peluang.

Ramblings. said...

http://mercesletifer-47.blogspot.com/2008/03/entri-yang-tak-relevan-dengan-pc-dan.html

Maybe it'll shed some light for all of you.

fynn jamal said...

apa-apalah korang.

semua betul.
semua salah.

semua nak kepentingan sendiri.

dah dah.
jgn bertengkar.
aku pening.

pak lah ke, mukhris ke, dato hisham ke, sesiapa pun, yang penting rok.

btul, tun pernah ada tempoh gelapnya ketika awal menjadi PM, tp itulah, dia ekonomis, kritikal, kuku besi, tegas, firaun.

dan mungkin kerana sudah terbiasa dgn ayah yang ekonomi, kritikal, kuku besi, tegas dan firaun, saya selesa dgn cara itu.

mungkin kerana itu jugalah setiap kali berfutsal, saya lebih gembira di bahagian penyerang berbanding defend.

oh saya begitu jahat.

dah, kang aku tutop komen pej aku kang. jgn bergadoh. semua rasa dia tgh betol ni. istighfar byk2.

Hanafiah Ghazali said...

adik-adik, Pak Lah atau Tun bukanlah isu utama waktu ini. janganlah bertengkar tentang sesuatu di luar kawalan kita, yang rugi kita juga.

lebih baik kita pertingkatkan keupayaan dan kekuatan bangsa kita bermula dengan diri kita sendiri, keluarga dan sahabat2.

berpesan-pesan pada semua, pergi ke pejabat POS terdekat dan buat pendaftaran SPR. lepas tu banyakkan membaca buku ilmiah, walau sehelai sehari ilmu itu yang membezakan kedudukan manusia. dah baca jangan lupa amalkan.

revolusi minda Melayu perlu bermula dari adik-adik semua, yang tua2 otak dah karat, hati dah tebal.

kamulah harapan bangsa.

Anonymous said...

satu bangsa dan agama.
mengapa mahu bercakaran?
bukankah sepatutnya bersatu?

jangan sampai bangsa lain yang kamu agung-agungkan memijak kamu.
-tiada niat untuk berpuak ttp fikirkan masa depan kamu dan anak-anak.