Saturday, March 8, 2008

gig yang serupa pertandingan perbahasan.

kerana begitu fobia dengan kesunyian, aku terima pelawaan e-one yang mengajak ke MMU cyberjaya jam 5 semalam.

ada charity event gig.

mereka mahu gerak jam 6, jadi dengan agak kelam kabut, aku naik tren buat kali pertama. malas mahu pandu kelisa merah, pasti trafik menggila. dan dengan bateri telefon yang kejam kerana tidak mahu bernyawa, aku redah ke salak selatan tanpa ada apa-apa bantuan selain keyakinan diri.

tanpa perlu dipersoalkan lagi, aku salah stesen.

kelakar juga, kerana selama hidup di Kuala Lumpur, aku cuma naik lrt; tidak pernah tren. lagipun aku lebih suka memandu. senang hendak bergerak --balik awal atau lewat, tak perlu menyusahkan orang.

MMU punya dewan yang besar. meski tidak sebesar dewan universiti aku dulu, tapi boleh dilihat kualitinya yang begitu dieksklusivkan.

tapi itulah, mungkin kerana itu, syaratnya penonton mesti berada di kerusi di setiap masa. menjaga standard, agaknya.

ada ke patut gig duduk?

berdasarkan kata kawan2 dari MMU, pihak pelajar yang minta kerusi. ada juga yang bilang pihak universiti yang meletak syarat untuk membuatkan setiap yang datang, berhemah.

apa-apalah.

ramai kawan2 lama aku jumpa. kareem, fad, e-one, enot, awin, ramai lagi. sudah lama tidak datang menyokong Hujan. nampak AG semalam, terus rasa berbunga. AG tengok aku dengan sayu. "rindu aa kat kak fynn!!". rasa nak menangis, rindu benar juga dalam hati.

dia siap cakap "awat fynn jadi lagu ni? kuruih teruk ni!"
aku gelak.

"lawa, apa"
AG gelak sambil geleng kepala.

macam baru semalam rasanya sama2 jamming dengan kawan2 hujan. dugong dan arm yang bengong dan memang manja. noh, yang dikatakan sakit sindrom rokstar elok pula layan aku. lantak koranglah nak benci mereka. buruk-buruk pun, kawan aku. aku lebih kenal mereka, dari sebelum naik, gig pertama di ole cafe, sampailah sekarang, dah nak ke manchester untuk perform.

noh siap nyanyikan aku lagu 'pijak hatiku' untuk aku, dari dulu dia tahu itu lagu yang bikin aku jatuh cinta pada mereka.

sepanjang nak menunggu hujan (yang seperti biasa disusun paling akhir, kerana rata2 yang 4000 orang yang datang itu menunggu band itu), aku agak kebosanan. biarpun OAG menggila, MeetUncleHussein gah ke langit, Yuna yang memukau, aku paling benci mononton musik. duduk dan senyum sambil memegang fon berkamera atau kamera slr bukan idea aku untuk gigging.

kalau nak begitu, mari tonton puisi aku. atau kita berakustik.
ini gig la sayang.

musik perlu ada jiwa. maka perlu mosh.
haha.

masuk dengan pas press. jadi, percuma. tidak perlu 15ringgit.
*kedekut*
:)

rasa pelik sebenarnya, ini kali pertama dalam setahun ini yang aku bergerak sendiri tanpa matahari. dia selalu ada untuk jaga aku yang gila berfunky di tengah keriuhan orang. kerana ramai jantan yang suka meraba dan menibai sesuka hati.

dan aku paling pantang bila bau arak menusuk hidung aku ketika gig. hey, syaitan. kau nak mabuk ke nak terlingkup ke, sukahatilah. tapi jangan tunjuk bangga depan orang, boleh? kau ingat kau siapa?

takde akal.

nak high, jiwa kena buka. cinta musiknya. layan baitnya. bukan semata bermabukan. tarik pil, ambil dadah. sebab kau tu bila dah weng, kacau anak dara orang.

macam malam tadi. kalau ocham ada, mesti dia dah buat muka nak menumbuk. mesti dia bising: "dah. sini meh sini"

haha. rindu zaman itu.
semua sibuk minggu ini.
nanti dia orang balik, akan aku gegar semua.

masa kareem nampak aku semalam, dia datang rapat, pegang bahu aku, kata: "fynn? kau ok?"
aku yang terlompat2 dari awal tiba2 terdiam. "ok". senyum sampai telinga. tapi aku rasa dia lebih kenal aku.

dia balik awal semalam, jam 12 sudah gerak pulang. alia mahu balik, aku rasa.
tak pun dia kesangapan kerana melayan gig macam tengok konsert AF. dia pon selalu jadi manusia yang menjaga aku bila moshing.

rugilah kau balik awal, kareem --sebab ketika hujan naik pentas, bala2 tentera yang nakal dan degil macam aku berpogo di tepi dan belakang. tapi yang skema2 tu boleh nak usha2 kami2 yang mabuk musik.

apa usha2? sini aku pukul, nak?
seperti biasa, mereka pandang aku dan awin yang kaki melompat bila dengar musik macam orang hina dan sampah.

*mereka lihat dengan wajah "budak tak belajar mmg macam tu"*

eleh, kawan2 aku rata semua belajar tinggilah. kau fikir ijazah yang kau belum dapat tu hebat ke? aku pensyarah tau~

*jelir lidah*
haha.

lepas habis gig, aku tumpang enot ke pwtc. aku tinggal kereta di situ, lagipun tren depan bangunan saja. memandangkan aku ada pas musim dan percuma, aku biar saja kereta.

apa yang aku tidak tahu, parking sudah ditutup ketika jam 430 pagi itu. mati. sudahlah jam 8 aku perlu ada semula di bilik gerakan. aduh. bagaimana itu?

enot dan sepupunya yang sibuk membantu. aku naik segan. aku kata aku bisa usahakan sendiri. tapi mereka tidak mahu membiarkan aku seorang2 menguruskan hal.

gedebak gedebuk, jam 5.20 sampai rumah.

baring, terus tidur.

apa benda entri aku ni, dah tak tersusun. gaya tulisan dan tidak lancar.
tidak modal untuk bercerita mungkin.

haih.

hai, matahari.
sudah tidur?

*senyum*

waktu kita sama sambut hari lahir
ku beri hadiah
hadiah bunga

cantik, engkau memang cantik
izinkan aku menatap wajahmu lagi
cantik, engkau memang cantik
izikan aku menatap wajahmu lagi

kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi


tinggi harapanku buatmu
takku sangka ia hanya setengah jalan

jika memori kita di simpan di dalam cakera
kanku mainkan sampai bila-bila

cantik, engkau memang cantik
izinkan aku menatap wajahmu lagi

cantik, engkau memang cantik
izinkan aku menatap wajahmu lagi


kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi

kau pijak hatiku lagi
kau pijak hatiku lagi


terima kasih, noh.
kerana menyanyikan suara hati saya.

kuat, fynn. kuat.
cerita benda lain.

sori, kawan2. hanyut sikit.
:)

11 comments:

Friendster Addict said...

first dengar lagu tu pun mmg jatuh chenta sama hujan.
^^V

Alyea said...

suka baca.

Hanafiah Ghazali said...

fynn, tumpang tanya. kamu menulis apa di pwtc?

[siti] said...

adeh
hati saye juge sudah dipijak

rase mcm mau saja lepak or berteh tarik (saye tidak minum kopi) dengan kamu. Seperti ade satu suara dlm hati kate, bergila2 dengan fynn bisa bikin hati nanar ini lupa sebentar akan kesakitannya, meski sebentar. Mungkin kah? Hihihihihi.

*owh.. pilihanraya ini penuh kejutan. Saya kini berada di kawasan PKR. :p

y u z said...

hohoho~

sekadar mau celah,

untuk cik[siti] di atas.
saya tinggal di satu2nya kubu BN di KL,dan bekerja di kawasan PAS.bagaimana ya bila titiwangsa dikawal PAS?hihi.

lama tidak turun gig,apatah lg nonton Hujan.baru mau merapat mesra di green concert bukit jalil,sudah terbang sayup ke manchester.gig Hujan makin sesak,aihh dah xkuasa.

fynn,lain kali pasang tag - PENSYARAH.macam saya si cikgu yg selekeh di celah ramai.budak2 'U' ini baru nak kenal dunia,kita gelak sinis saja sudah.haha.

jaga diri! =)

a l a n said...

hahaha..btul btul..event perbahasan or event public speaking..dtf

Anonymous said...

comel gile you masuk pakai hoodie and shades bajet kami tak kenal.
huh!!

Anonymous said...

setuju dengan yuna. Haha.

a l a n said...

xjumpe comment link kat page satu lg...jz nk ckp better kak fynn register artwork-poet kak fynn kt creative common..

http://creativecommons.org/license

awan said...

setelah membaca blog nih ade sedikit terasa.. sedikit je~~

terasa kerana memikirkan orang len yang selalu pandang "slack" kat kite.

fynn jamal said...

tajuli:

smpai mati kita takkan puaskan hati org.
voices itu hari sudah ok. tp biasalah, mahu buat di dalam kampus perlu ada protokol, kan?

cumanya, ini suara penggila mosh. kalau kakak mahu mosh, bukan itu tempatnya, kan?

dah dah. jgn terasa. nanti susah.
*peluk*