Thursday, November 27, 2008

semoga tuhan masih mahu sayang aku meski jauh dari sempurna seorang aku ini

beralaskan nama tuhan kekasihku yang maha mencintai.
semoga apa yang aku lorekkan pada malam ini tidak lagi menimbul fitnah segala apa.
harap juga ini jadi pengakhiran pertemuan aku dengan pasukan anonimous tegar semua.

tidak kiralah kau anon pertama, kedua, kelapan, keberapa-ratus sekali pun. atas haknya, mungkin kamu itu tetap manusia yang sama.

aku kirakan, sudah lebih sepuluh entri aku dedikasikan untuk kamu. setiap geri aku terawas tanpa henti dan setiap tersasar dari normaliti, akan aku kamu selarkan. dan seperti mana2 ibu ayam yang diganggu telur2nya, aku akan menjadi defensif maha kebal. automatis, aku jadi garang dan bengis. jadi bernanah dan merebakan.

tapi sebenarnya, the best revenge is to forgive.
tiada apa yang lebih merimaskan musuh selain perdamaian.
kerana sebati dalam diri mereka untuk terus berperang-gaduh.

ayuh.
berdamai.

*senyum*

sekarang,
pergi.

tertarik seluruh hati aku ini melihat manusia, yang untuk seketika, bersatu dalam perbalahan selama beberapa hari di dua entri lepas.

menonton sketsa yang tercipta dari monolog2 pendek dan pertengkaran ringkas antara puak2.

"kau kafir."
"kaulah."
"kau bangsat."
"kau juga."
"kau bodoh."
"kau lagilah."

hilarius yang notorius.
kerana semuanya bermula dengan sesuatu yang tidak relevan pun.
yoga.

wadefak.

walhal lebih harus kita sama2 fikirkan tentang perkara yang jauh besar seperti tanah palestin, bumi iraq, krisis di indonesia, bom di bombay, banyak lagi.

malangnya, kita di sini, berdenting2 membising tentang sesuatu yang tidak dipandang pun oleh sesiapa yang sepatutnya menoleh.

kelakar, bukan?

lebih kelakar, tidak ada sekali pun aku bingkiskan kemarahan tentang pengharaman yoga.
aku tidak khabarkan langsung di mana berdirinya aku.
entri yang sekadar bertanya kerana terlalu banyak kekaburannya.

lalu apa punca gaduh2 kita?

aku merujuk pada yoga yang dipraktikkan tanpa mantera. yoga yang diamalkan semata2 senaman itu. seperti banyak lagi perkara yang telah kita cedok-pakai dari selain amalan islam. dan intipati itu difahami jelas oleh teman2 aku para pembaca di puisitepijalan.

aku rasa, sejahat2 muslim di malaysia, masih juga ada takutnya untuk terang2 mempraktik agama lain. sedangkan nampak bible sahaja sudah ketar lutut, apa lagi untuk menghafal mantera.

aduhai.
betapa mudahnya menghiris hati melayu.

aku tidak takut sama herdikan kamu2. langsung tidak. tersentap dan tersinggung, mungkin ada. aku ini jelas sekali manusia biasa. tapi aku tahu tuhan sangat baik. dan apa di dalam hati aku, tuhan lebih kenal.

apa yang di dalam hati kamu, yang kamu ke sini semata2 untuk menegakkan apa yang kamu rasa silap, itu terpuji. kerana kamu fikir kami ini dari golongan2 jahiliyyah (memetik tulisan kamu) yang terlalu taksub sama dunia dan budaya bukan agama kita. tapi itu cuma prejudis hati kamu. kan? dan prejudis itu fitnah.

fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

kamu carik2 hati kami dengan mempersoal apa di dalam hati kami.
maaf. tapi bukankah itu tidak ubah seperti sengaja mensabotaj diri sendiri?
menjauhkan peluang kamu untuk mendapat balasan molek dari yang maha mengasihi?

kamu ke mari tanpa mengenali siapa tuan suaranya. terus, dan tanpa mempeduli, berkasar dan menghina. kamu tidak tahu di sini kami semua sudah saperti saudara (meski pun tidak pernah bertentang mata sama setiapnya). tidak cukup sama itu, kamu nistakan sahabat2 aku yang kau bisingkan hanya tunduk pada suara aku.

maaf lagi. tapi aku masih belum punya kuasa itu.

aku pasti, kalau aku seru mereka2 untuk mencapai gelas menggoncang air syaitan, menggogok setiap titisnya, akan aku ini dibaling batu dan dikeji juga.

wahai para pembenci,
aku halalkan setiap yang kau lafazkan ke atas aku kerana aku yakin niat engkau adalah kerana kasihkan agama kita.

cumanya, sebelum kamu pergi lebih jauh (andai kamu berminat untuk mendalami ilmu tabligh), aku pohon agar kamu muhasabahkan pendekatan kamu.

sahabat2,
tuhan itu sesungguhnya yang paling mulia dan baik hati.
tidak ada satu dosa pun, yang kalau diperkenankan taubatnya, tidak diterima.

manusia?

sayangilah tiket syurga kamu. kalaupun sudah di tangan, bila ada manusia yang kamu sentak hatinya, terpaksa menunggu juga beribu tahun di padang mahsyar, mencarinya untuk dihalalkan perasaannya. kan?

dan seeloknya, usah ditanyakan tahap iman sesiapa. kerana tidak ada selain rasul yang ma'sum, yang terpelihara imannya setiap hari di takuk sama. setiap bermulanya hari, pasti ada sedikit2 beda rasanya.

juga, jangan sekali2 fikirkan hasutan syaitan itu semata2 untuk berbuat kejahatan. kamu lebih tahu, di terangkatnya takbir ketika solat juga ada sang iblis membisik ria'. atau ketika berbuat kebaikan, akan disuruh2 berbuat lagi untuk dipandang. juga di masa membetulkan seseorang yang kurang darinya, di saat itu akan ada sang jahanam untuk menyuruh engkau menyelit ilmu berlebih2 untuk membukti lebihnya diri kamu.

kerana itu, sang pencipta itu sang adil yang agung.
kerana dia lebih mengetahui.

niat kamu, kalau benar2 hendak menegur, perlu ada santunnya. aku terima dengan terbuka teguran c.e.@, hanafiah, iyda dan beberapa lagi. pembetulan yang ada mukadimahnya, yang diberi asasnya, yang tidak menakutkan. bertertib.

bukanlah kalau kau selitkan alamat kamu, akan aku selar engkau tidak bertempat. seperti anas yang terang2 memberi tempat rumahnya. aku terima seadanya.

kamu sendiri yang mencanang2 "niat tidak menghalalkan cara".
maka prakikkan, kerana niat da'wah itu juga tidak akan menghalalkan perbuatan kamu.

mungkin, atas sebab itu, tidak semua dikurniakan kekuatan untuk menyampai. bukan semua orang tuhan kurniakan kemampuan berda'wah. kerana kalau silap dibuat, akan hadir fitnah yang jauh lebih besar. sesiapa sahaja boleh berbual tentang agama, tp tidak juga kita bubuhkan tag nama penda'wah semata2. takutlah, sahabat. takutlah kerana tugas itu sesungguhnya merbahaya pada sesiapa yang tidak mampu mengawalnya.

sekurang2nya aku di sini, kalau pun bercerita atau memberi iktibar, tidak pernah aku berikan nama. sengaja. kerana rata2 sifat manusia lebih kurangnya sama. bukan aku seorang ada sahabat kejam. bukan aku seorang yang pernah direnyah oleh musuh. bukan aku seorang yang ada saudara berhati binatang.

yang jelas kisahnya adalah aku.
fynn. tri. abah. ibu. along. achik. ayah. mama.
dan beberapa nama yang muncul berkali2 di puisitepijalan.

mungkin kerana itu aku dikatakan bongkak dengan dunia aku.
haih.

begini sajalah.
kalau kamu mahu teruskan di sini, wajib kau tahu, aku ini menulis dengan olah bahasa sendiri. hati2 dengan apa yang kamu fahamkan, kerana andai tidak kau kenali siapa fynnjamal, tidak mungkin kamu mengerti.

tak perlu dipersoal lagi, prejudis itu akan menggigit jiwa kamu.

sudah2lah.
kalau tidak berminat menjadi keluarga di sini,
bina keluarga sendiri.

24 comments:

Farah W. said...

mungkin kalau dari awal lagi kak fynn menjawab dengan cara ini,
isu anon tak akan jd panjang macam tempoh hari.
kalau api disimbah lagi dengan petrol,makin maraklah jd nya.
kita semua tahu tentang itu.
tp yes,nobody's perfect.
dah la,bukak chapter baru pulak.

Sarah said...

terharu membaca entri kali ini..
mulianya hati kak fynn.

biarlah mereka2 itu kak.
buang mereka jauh2 dri pikiran kak.
ingatlah bahawa berjuta lg sahabat puisitepijalan yg menyayangi kak fynn.

teruskan menulis wahai kak fynn ku.
kerna saya masih mahu terus membacanya.
:)

fynn jamal said...

dia.si.pembebel,

kakak manusia.
tersinggung itu sudah pasti.
penat kerana sentiasa disalahfahamkan lagi.

sarah,

mulia itu terlalu tinggi.
jangan.

Bobby Nuurri said...

fynn,
persetan kata manusia.
pegang jati diri.
yang benar kita ambil, yang salah kita campak ke tepi.

mulut orang mana bisa ditutup.

Tuhan, maha mengasihi. Dia tahu siapa kita secara individuali.

Kau jangan risau. tiada yang lain adili engkau nanti, kecuali Dia.

mereka-mereka yang ignoran, bercakap konon atas tiket agama, kita biarkan. seperti kata aku mula tadi. yang bagus, ambil. yang kurang tepat maksudnya, tolak kesisi.

saudara/saudari anon,
tegur biar bercara.
silap cara lain jadinya.

ikhlas.
aku.

Bijen M. said...

ahahak..
mulut orang sampai bila pun takkan tertutup..
kecuali kalau dah kene sebijik atas kepala..
lepas tu trs senyap la..
=D

Anonymous said...

hey fynn. kata ada dalam hoppers and ahli muzik dari episod 3. ni dah episod 6 dah tapi takde pun. bila bila bilaaaaa? lama la tunggu

Anonymous said...

smoga lepas ni kak fynn lebih tenang ok. :D
smoga senyum lebih lebar selepas ni. :D
smoga jiwa tidak lagi resah. :D

sy pon da penat bkerut2 dahi n bkecamuk jiwa dua tiga ari ni.
akak cite psl damien plak la ek pas ni. :D

kalo ade yg x bernama tu lg nnt sy tolong 'boooo' kn!

kak fynn..senyumla tau!!!!

Shemmi said...

dalam nyer bahasa fyn ni...
tp saya suke!(wlp saya agak "lembab" nak faham!hehe)

mardotti zaaba said...

kak fynn,abaikan kot org2 yg mcm tu.nway,psal entry yoga tu, i think i shud thank u, for intriguing my mind. sbb waktu mula2 dgr cerita pharaman tu,tak fikir apa2.tp i had a discussion with few friends(after reading ur post) n we came up with this, perhaps yoga haram sbb itu religious ritual,kiranya amalan hindu memuja tuhan mereka.sanding, berarak dgn kompang tu, mayb sbb itu culture.so sbb tu diorg tak kacau. culture n religion lain2 kot.but that's my two-cents, jadi sy pon xsure sgt.

org yg suka carik pasal, kadang2 sbb shallow minded. lpas tu semua jenis baca main skip main points kot.

mcm kak fynn ckp, biarkan la diorg tu.terima kasih sekali lagi, sbb entry2 kak fynn byk buat sy bfikir.

Amin Ahmad said...

fynn,

macam aku tulis...

aku pernah tanya kawan aku kenapa manusia suka menghukum..

kawan aku jawab "mereka takut syurga telah penuh kot?"

aku suka sikap kritis kau.
aku suka bila kau memilih utk memaafkan walaupun hati rasa saket.

kdg2 tak perlu ambil pot...
yang penting kita jaga hati kita..

sempoi. take care.

ML; Mohd Loqman said...

If we are truthful, Allah will show us the way.
Entri kali ni,
betul-betul menyentuh perasaan.
Where do you learn about all this thing.?
Kak Fynn baca ekk buku-buku ilmiah selalu.?
Tell me. Tell me.
Mcm mana Kak Fynn praktikkn diri Kak Fynn ttg hal-hal sebegini.?

Anonymous said...

kak fynn, syah sedih baca entry ni. tapi tau, kakak seorang kuat =D

najuwaju said...

ha. nak jadi keluarga kat sini jugak ah.

boleh?

:D :D :D

anyways, pasal yoga. eh, bukan ke haritu pak lah sendiri macam cakap yoga tak haram pulak?

otakkirikekanan said...

be strong :)

EsLemOnTeA said...

forgiveness can never harm right?

it's a win-win situation

*wink*wink*

Anonymous said...

kak fynn...tahniah atas kata2 yg sgt indah...i loike! hope psni sang ano yg xtau asal usul 2 akn senyap...n yes...dendam yg plg indah adlh dgn memaafkn... =)

hope kak fynn lebih tenang lps ini...

C.E.@ said...

Kita bergomol dek kerna kias bahasa yang lain dan kerna di dalam maksudkan lain, di luar faham yang lain.

Sangat manusia-ish...

Sekarang baru rasa longgar sana sini. :]

Hidayati Farhan said...

hai kak fynn..
blog ini direkemen oleh seorg rakan
bc 1st entry ni sgt menyedihkan
mgkn sy t'lmbt utk ikuti ape da jd
pape pn..b strong

Maira Adreanna said...

fynn. ini blog kamu. tulis saja ape pun. kami akan tetap baca. kami ke sini untuk baca tentang kamu, merasa bersama kamu walau kita jauh tetapi merasa dekat. andai kamu menjadi sesuatu yang bukan kamu, perasaan itu mungkin berbeza. jadi kamu sahaja, oke? :)

Rubina Yunal said...

thank you, kakak. Banyak saya belajar 'di tepi jalan' ini.

:)

Salam Jumaat.

david santos said...

Have a nice weekend Malasian people

aina syaqilah said...

kak fynn

saya suka entri kak fynn. you make me impress
btw kalau kak fynn ade masa
buka blog saya ini
actually baru nak buat blog
masih banyak perlu dibaiki

ainapencintakehidupan.blogspot.com

terima kasih !
nak jadi keluarga kak fynn boleh ?
=DDD

Anonymous said...

biarpn pintu brkunci dgn sribu mangga,slagi trdaya akan ku kunjung...
mengapa perlu bangkitkan tentang yoga???...mengapa prlu kaitkan crita yoga ng palastin,iraq or lain2???..
bkankah tu tnggungjawab dieorang..aku x nafikan crita pasal plastin iraq or lain2 2 xwajar dibagkitkan...tapi kita sbagai mausia yang bodoh patut sedar tahap mana pncapaian kita...adakah kita yang msih brgelumang ng dosa mampu menghadapi ancaman yg maha hebat??? baikkah kita???...kelakarkah???...kita spatutnya menyokong tindakan org yg berilmu kerana kata2 mreka sbenarnye untuk diri kita.untuk sediakan kita supaya lebih bersedia..bukan tugas kita memikirkan sesuatu isu itu dpandang sepi or tidak...adakah malaysia ni milik kita shingga kita tau isu itu dan ini releven or tidak...klo ya mengapa adanya pngikut2 stia krajaan langit,rasul melayu atau yg swkyu dgnnya....sbenarnya isu yg dianggap remeh inilah titik prmulaan sbuah prjuangan...skiranya kita yg tau apa itu agama masih mmprsoalkan lg,dimanakah pluang kita untuk mmegang tali pngikat yg mmbawa ke pintu syurga...alam fantasi itu mmg mnyeronokkan..tetepi ia akan lenyap dimakan zaman...aku yg hina bukan ingin brmusuh dangan sesiapa..aku yg hina bukan ingin menekan sesiapa agar trus lemas..tetepi skadar mnyediakan tali..

Miss Neddy said...

:) semoga hepy selalu kak..