untuk sesiapa yang terlihat entri berjudul 'najis' semalam, anggapkan memori itu sudah aku padamkan.
kerana aku sudah malas hendak renung2kan.
memang ada manusia yang lahir tanpa peduli. memang ada manusia yang hidup atas diri sendiri. memang ada manusia tidak percaya sama makna cinta: untuk kekasih, untuk kawan, untuk ibu bapa.
manusia tidak ada yang sama cetaknya.
kelakar. sebab aku patut sudah nampak setiap itu. kalau pada kekasihnya juga dia mampu curang dan jaja kemaluannya, apa lagi pada seorang kawan. nyatanya aku bodoh kerana memikir seorang yang seperti itu layak untuk aku setiakan nyawa untuknya.
*diam*
maka benarkah kata2 orang lama yang personaliti itu biasanya ada konsistensinya? kalau sudah pencuri itu memang pencuri? kalau sudah sundal itu memang sundal? kalau sudah emosi itu memang emosi?
lalu, di mana betulnya manusia itu bisa berubah?
apakah aku masih lagi yang sama dengan aku yang lampau? apakah perubahan yang aku fikir telah aku lalu sebenarnya bayangan semata? yang rupanya aku ini, tetap yang dulu...?
kalau pula hipotesis aku tersasar (tentang manusia mungkin bisa berubah), kenapa masih ada orang2 di luar sana yang masih tegak menunggu kekasihnya yang baru dimaafkan kerana membantainya sehingga lembik, walhal itu adalah kali ke lima puluh? kenapa masih ramai yang bersabar dengan sahabat yang hanya mencarinya ketika tayar pancit, dan bukan ketika gaji masuk?
manusia memang ciptaan unik.
dan 'istilah manusia itu tipikal' adalah tidak berapa tepat. kerana tipikaliti datang dari prototype yang mengalami evolusi mengikut edaran masa, yang mana akan menghasilkan stereotype (yakni kita2).
seharusnya, kita sedikit sebanyak, serupa.
tapi tidak.
keserupaan sepatutnya membolehkan kita untuk memberi agak sesuatu perkara. kerana secara faktanya, bila sesuatu itu serupa, kita sepatutnya sudah bisa menelah.
setiap yang ada sebab, akan memberi kesan.
makan nasi - kenyang.
jatuh kerusi - sakit.
cause and effect.
itu makna kesan berdasarkan buku teks.
ya, teks yang menggunakan nama seperti Ahmad, Ali, Raju dan Ah Seng.
buat baik -- ditikam belakang.
yang itu bagaimana?
kenapa kita tidak diajar (baik dari buku atau ketika ibu dan bapa terangkan kenapa ahmad baling kita buku di kepala) yang ada manusia itu perangainya seperti bangsat? yang lagi kita ikutkan, lagi dipijak kepala? yang lagi dijaga hati, lagi diminta2?
aku seperti biasa, rujuk pada tri.
"bila masanya yang kita patut ajar anak kita nanti yang manusia itu macam celaka? kalau buat baik, tak patut kita harapkan kebaikan darinya? sebab buku semua membohong. tidak menerangkan secara perinci akan sifat kita2. atau kita patut biar saja dia rasakan semua ikut pengalamannya?"
tri perlahankan suara televisyen. dengan mudah, dia jawab:
"biar dia diajar pengalaman"
"tapi anak kita akan rasa kecewa bila dia dapatkan pengertian hidup ini tidak pernah adil"
"maksud awak?"
"we should tell them the facts. buat baik itu takkan beri dia apa yang dia hajatkan"
"awak buat baik selama ini, mengharap dibuat kebaikan semulakah?"
*aku diam*
"kita patut biar anak2 kita buat baik kerana dia hendak buat baik. kerana ikhlas. bukan kerana mahu sesuatu semula"
"jadi apa yang harus kita ajarkan?"
"ajarkan yang manusia itu ada banyak. ada yang akan berbuat baik kalau kita baik padanya. ada yang tidak peduli. ada yang akan mahu lagi daripadanya. ada macam2 rupa. selebihnya, biar pengalaman yang didik dia"
*diam*
mudahnya menjadi tri. yang sudah berjaya menggunting jiwanya dari manusia2 lain. tidak perlu menjaga hati yang tidak relevan. ahh. aku masih lagi terkial2 mencuba. dan aku tidak main2 bila aku lafazkan ia payah sekali!
berkali2 aku jeritkan yang aku tidak akan lagi menjadi sang tolol memberi setia di bawah duli manusia2. dan berkali2 itu jugalah aku tewas dan kejarkan ribut di setiap kali tersedaknya mereka.
hai, bodohnya.
uff! positif, fynn jamal!
fikirkan hanya yang mulia2.
bukit cotton candy.
sungai aiskrim vanilla.
batu2 coklat chips.
arnab merah jambu .
kucing berloceng di leher.
pelangi warna-warni.
ah...
always work.
lantaklah sama manusia.
siapa yang ada, ada.
kan?
21 comments:
so kay akak.
akak ade triy sentiase bg dorongan untuk akak.
kata suami akak tu betol.
biarlah mereka tu.
y penting kite taw ape kite buat.
p/s: if ade y x suke akak,pedulikan.sbb y suke akak berganda2 dr tu.
=)
you're absolutely 100% correct. :D
mana yg ada, adalah.
lelah la kita kalau nk fikirkn hati semua manusia2 ini.
kak fynn indah.
sudah sempurna.
terus senyum saja.. :D
kdg2 kita kena pakai ayat "engkau2 aku2"...
SAPE NAJIS?
u dont know her. someone i knew zaman gelapku.
urgh.
manusia jadi kawan bile berada dalam kesusahan, tapi jadi si buta apabila kesenangan bersamanya.
pssst..bukan semua teman itu kawan
;p ;p
bukit cotton candy.
sungai aiskrim vanilla.
batu2 coklat chips.
arnab merah jambu .
kucing berloceng di leher.
pelangi warna-warni.
alemak, bygn saya pun hampir2 serupa. dicampurkan dgn marshmellow berkaler2. indahnya dunia
;)
ye.. manusia byk ragam.. rmbut same kale.. hati berbeza warne..
fynn, revenge is god's work. ours is to do good deeds. control what we can and pray for what we can't. some says: berbudi pada tanah lebih baik dari berbudi pada manusia.
its ok kak.
pdulikan org2 itu.
kalaupun ada yg memandang sinis sama kakak,
ingatlah bahawa berjuta lagi yg di luar sana yg menyanjungi mu wahai kak fynn..
:)
oh manusia bernama kak fynn ini
sungguh indah..
seindah dan semanis
bukit cotton candy.
sungai aiskrim vanilla.
batu2 coklat chips.
arnab merah jambu .
kucing berloceng di leher.
pelangi warna-warni.
:)
sokong apa yg abg tri cakap..
i love you kak. take care. dapat baby, hari hari awin datang sepang. hahahahaha
*tingtongtingtong*
kakak fynn
saya belajar,
bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
tapi saya harus bertanggung jawab
untuk apa yang
saya telah lakukan...
Saya belajar,
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda tapi jarang dari sudut pandang yang berbeza...
Saya belajar,
bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki tapi yang penting adalah siapa saya
ini sebenarnya...
kakak seorang dewasa.
kakak mampu menjawab segala persoalan itu bukan?
:)
Fynn..thanks to those najis and sundal tulah we get to learn apa itu hidup,apa itu jahat,apa itu semuanya...
Bagi aku kita takan pernah dapat membuang nafsu amarah kerana walau di bahu ada dua pencatit,setan dan iblis sentiasa berbisik pada hati yang ralit.
Juga aku lebih sukakan pembetulan daripada perubahan.Mengapa perlu ubah jika bukan semua daging kita berulat bukan?Buang ia biar tumbuh yang baru.
Aku suka kata pada semua.Manusia...itu perfect with flaws.
Fynn.Thanks to those najis and sundal la we get to learn apa itu hidup,apa itu jahat,apa itu adil dan apa itu semuanya.
Kita takan pernah dapat membuang nafsu amarah walau ada dua pencatit kiri kanan,setan iblis pasti berbisik pada hati yang ralit.
Aku lebih sukakan pembetulan dari perubahan.Mengapa perlu dilapah satu badan jikan bukan semua daging yang berulat.Buang ia dan biar tumbuh yang baru.
Manusia itu perfect sebenarnya cuma not yet flawless.Jika menggaru luka jadi sukaan dan nanah mereka telan,mengapa tidak kita yang hulurkan krim gatal dengan roti gardenia?Terima kasih itu bukan pada kita si biarkan saja.
manusia,,
rambut sama hitam..
tp hati lain2 kak fynn =)
manusia sentiasa berevolusi, balajar dari pengalaman, kita semua setahun lepas bukan lagi kita semua hari ini, pasti ada yang berubah, samaada perubahan secara total atau tidak, itu berbeza dari satu individu ke satu individu yang lain...
ya, manusia bisa berubah, tapi tak mungkin ada yang perfect, pasti ada cacat celanya, tetap ada busuknya....
kak fynn, tentang karenah manusia...
a wise guy once told me :
"biarkan ia berlalu tanpa banyak bicara, for what had happened, just forgive and forget"
yup.
manusia itu ada banyak jenisnya. pastinya berbeda.
biarkan saja seperti mana yang satu najis itu.
kerna ramai lagi yang senantiase doakan kamu. lihat saja disini.
kan???
fynn jamal.. sesuatu.
(;
yea,betul kata suami kak fynn...manusia punya pelbagai ragam,jd kte perlu diajar supaya mengenal semua jenis ragam manusia samada berdasar pengalaman mahupun nasihat.Yang penting kte ambil moral drpd setiap satu itu...kte juga perlu diajar bahawa pabila kte menceritakan pelbagai pengalaman ttg kebahagiaan mahupun kedukaan,kte perlu tahu bahawa setiap penceritaan tue akan dipandang dr pelbagai sudut manusia.ada yg merasai pengalaman itu,ada yg mencaci,ada yang tumpang merasa setiap satu dan ada yg cemburu..tp yg penting kte tau bahawa setiap manusia punya ragam yg harus kte terima...hope kak fynn senyum selalu! :)
Bagi saye..manusia tidak boleh berubah.yg berubah hanyalah keadaan.itu yg menampakkan manusia sudah berubah.
lama sudah ta pergi blog akak. sigh. sihat? :) ya ada betulnya kata tri itu. manusia itu pelbagai.
Post a Comment