Monday, November 24, 2008

semua haram (edited khas utk anonimous)

akhirnya!
yoga diharamkan.

tidak ada apa yang lebih berjaya membuat aku berdiri sambil menunjuk ibu jari 'bagus' kepada para cendiakawan agama kita yang berjaya mengeluarkan fakta bijak itu.

pastilah! yoga itu terlalu terang2 jahatnya.
mengajar kita amalan agama luar selain kita.

dan perbuatan yang menyamai bukan-islam adalah tidak boleh.

*tepuk tangan*

oh ya.
alang2, tolong keluarkan sekali pengharaman bersanding, berinai, menepung tawar, senarainya berterusan kalau aku panjangkan.

yang itu tidak salah, kau kata?

ish. tidakkah kau tahu menepung tawar, spesifiknya, asalnya adalah untuk memberi restu (gaya hindu dan kristian)? bezanya dengan kita adalah apa yang dilemparkan.

juga adat bermain mercun di malam aidilfitri itu sebenarnya ajukan budaya cina untuk menghalau hantu pada tahun baru mereka?

//edit ttg kompang//

saya hendak rephrase sebelum disalahfahamkan. yang saya maksudkan adalah paluan kompang berserta perarakan. (tidak jelas tadinya). terima kasih kepada C.E.@ yang menegur sebelum lebih ramai yang membaca. *kenyit*

terang:
kompang itu tidak salah. (huruf besar: TIDAK SALAH. cuma bila dah diarak2 seperti kahwin hindu itu, jadi tidak betul. macam buah oren yang diletak di rumah merah kaum cina. oren itu tidak ada problem, kan? tempat diletakkannya itu yang tidak sepatutnya)
berarak seperti hindu salah.
kenapa tidak ada yang tunjuk dan tuding?

sama seperti:
spa itu tidak salah.
tapi aurat (walaupun sesama perempuan) adalah dari lutut ke bawah pusat.
spa seluruh badan apa cerita?
separuh punggung dan jauh ke bawah ari2 terdedah, bagaimana?

oh. itu lain?
kerana sudah ada sedikit rombakan di sana-sini?
kerana niatnya berbeza?

maka, tidakkah sama dengan konsep yoga yang diajar di pusat2 bukan hindu yang bersepah2 di negara kita? waima sudah diolah untuk menepati mereka yang bukan hindu?

hah.

kenapa tidak haramkan sekali ayur veda? ramai datin2 dan puan2 seri yang gila rawatan itu. sekali dengan itu, tolong gugurkan sekali penghalalan akupuntur, kerana asalnya, rawatan itu dimulakan lebih 1500 tahun sebelum masihi sebagai titik pertemuan sang hidup dan sang mati, meditasi pengantara yin dan yang.

aku di sini bukan untuk menyinggung siapa2. cuma aku hendak memberi tanya:
apa kata2 mereka2 itu kerana sebenar2 kerana ilmunya,
atau semata2 untuk mempamer prihatin,
atau politikal buta2.

kerana perbuatan mereka seperti bercanggah2.

yang itu boleh, yang ini tidak boleh.
yang itu kira boleh jugalah, yang ini macam tak boleh.

jadi, yang mana?

aku tahu tentang mazhab. aku tidak bodoh. tapi kalau dalam satu negara ada dua tiga cara hidup sebagai seorang muslim, bagaimana?

negeri ini boleh poligami tanpa izin isteri.
negeri itu tidak boleh.
negeri ini boleh bernikah tidak bertudung.
negeri itu tidak boleh.

padahal kita semua islam.
sekurang2nya islam yang mazhabnya sama.
sekurang2nya islam yang mazhabnya sama yang berada dalam satu lingkung yang sama.
maka, apa?

seorang pensyarah bukan islam aku dulu pernah katakan:
islam is the best religion,
but with the worst followers.

oh, tolong jangan nak berdebat tentang itu.

kau dan aku tahu,
itu benar.

tuhan,
maafkan kami.

ps: entri ini sinikal. jgn pandai2 teka di mana berdirinya pandangan aku.

//edited khas untuk engkau, anonimous//

ye. aku tak pakai tudung. ye. aku banyak hendak membising tentang hukum2 sedang aku ini tidak menutup aurah, berperangai syaitan, segala macam. dan ya. aku ini memalukan agama aku bila pandai2 berbual tentang ini.


aku tak pernah paksa orang terima apa aku kata. kawan2 yang baca di sini juga ada akal sendiri. bukan aku letak tapak kaki aku dalam mulut mereka.

kalau begitu, tutup buku2, televisi, radio, internet engkau. kalau yang kau lihat dan pandang cuma rupa dan bunyinya. bukan apa yang dikatanya.

aku pengaruh buruk. ok.

i get it.
so now, berambus.

pesanan: jgn guna perkataan berambus ya, anak2... itu perkataan tidak bagus tau. *seringai gigi*

ok. cukup baik, tak?

dan wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......... SIAPA KATA ULAMA' SALAH NI WOI. KORANG SALAH BACA KE NI WEH.

78 comments:

im.iedot.neve.kedekot. said...

betol...
agree!
best religion.worst followers.
malunye.oh!

Ladynoe said...

aritu baru balik kursus kawen. Ustaz cakap bersanding tak haram. Cuma kalau besar-besaran pelamin sampai 2 hingga 6 ribu tu, bukak aurat, dan bersalaman bukan muhrim atas pelamin. tu jadik la aram.

sama jugak macam yoga kan. Kita buat yoga bukan ada baca mentera ke apa.

Haih

Yang penting kan NIAT dan NAWAITU.

HANA bUdaK cEkElAt said...

marilah kita bersederhana tanpa palitan hindu dalam perkahwinan kita..

thanks kak fyn atas bicara ini
;p ;p

rOhock said...

betol3

~Princess of Pisces~ said...

Sbb tu la ada dalilnya yang Islam ni pada akhir zaman akan terbahagi kpd 73 bahagian. Yang pasti cuma 1 je yang masuk Syurga..
Hermm.. Byk dah tanda-tanda. Islam cuma pada nama.
Entahla, tepuk dada, tanya iman.

MyAishah said...

oh ye..
thanks kak fynn..
4 the info..

C.E.@ said...

Fynn..Syabas kamu canting isu ini.Bersepah sepah menatang haram itu kita amalkan terutama melayu yang mudah terikut ikut.

Tetapi maafkan aku atas ini.Paluan kompang itu jika tidak silap aku hukumnya harus.Sudikanlah dirimu betulkan aku jika aku silap.Jatuhnya harus kerna jaman dahulu tiada wedding card lantas paluan itu menolak keluarga disabung fitnah jika pasangan baru bersama dan mengkhabarkan berita gembira perkahwinan.

sa said...

Sokong n amalkan apa yang kita nak ia diharamkan kan.. :)

fynn jamal said...

C.E.@
udah diperbetul, sahabat.

:)

msYuz said...

lama tidak hulur salam. =)

mahu sahut kata ~Princess of Pisces~, sambil nyanyi lagu 'tanya sama itu hud hud'.

tujuh puluh tiga pintu
tujuh puluh tiga jalan
yang sampai hanya Satu jalan.

lailailailailaiiiii...

ferienza88hezra said...

berkaitan dgn spa

::menarik. persoalan yg tidak penah difikirkan.

pembatalan untuk ke spa mgu neyh.

:)

Anonymous said...

Pertama sekali,kalau aku jadi kau,aku takkan cakap isu ni depan khalayak ramai especially bila kau sedar kau punya ramai ‘pengikut’ atau ‘tetamu’.

Sebab apa yang kau kata dan tulis,walau tak banyak,at least mmg ada sikit efeknya pada mereka.sblm memberi kata2 baik diselidiki kekurangan diri sendiri dan pikirlah dulu;sama ada 'aku ini sesuai ke tidak nak tulis pasal mende nih'.

macam kau, terang-terangan ,
tak bertudung dan tak menutup aurat,
aku cuma merujuk pada ini;

"sama seperti:
spa itu tidak salah.
tapi aurat (walaupun sesama perempuan) adalah dari lutut ke bawah pusat.
spa seluruh badan apa cerita?
separuh punggung dan jauh ke bawah ari2 terdedah, bagaimana?"

takkah nanti orang-orang akan mempersoalkan itu;kau berkata tentang mereka yg tak menutup aurat di spa,sedangkan kau sendiri tak menutup aurat hatta di mana-mana sekali pun?

dan kita semua padahal sedia maklum tentang menutup aurat,tiada pengecualian utk itu.

soal isu pelaksanaan hukum agama di negara ini,aku rasa tak siapa yang boleh cakap dengan betul,walaupun 1 peratus kebenarannya kalau tak mengkaji alquran itu berkali-kali.

kau buat itu semua kah?

berdakaplah dengan alquran sepanjang masa,mendekatilah tikar sembahyang tiap waktu kau lapang,maka mungkin kau akan tahu itu.

tapi kita apa?masih di sini berdebat tentang isu yang kita sendiri cetek pengetahuannya?

sebelum kau bercakap tentang sesuatu,buktikan lah pada semua tentang kearifan kau tentang isu itu.

kalau tidak,mungkin nanti end up menjadi seperti memperlekehkan hukum agama..

jgn sampai islam di ketawakan oleh agama lain gara2 'kebodohan' segelintir umatnya.

salam.

idysur tagem said...

pembetulan.main kompang itu asalnya dari arab.asalnya diiringi selawat ke atas nabi s.a.w.bila dah sampai ke tanah melayu baru diiringi lagu-lagu kahwin.

ML Amnesia said...

takut. takut.
astaga.

Lily Cartina,17 said...

hai "anonymous"
lantang kau bicara
berani benar kedengarannya
tapi mengapa tidak dedahkan identiti sebenar?
maaf,
tapi bagi aku,
jika kalau takat berani cakap tetapi tak berani bersemuka,
itu penakut namanya.

EsLemOnTeA said...

-komen ini aku tujukan khas buat anonymous itu-siri 1

1) Lihat apa yang dikata, jangan lihat pada siapa yang berkata- Sekiranya kita adalah seorang lelaki yang malas nak pergi solat Jemaah di surau ataupun masjid. Kita ni budak yang rajin pergi kelas, tiba-tiba datanglah seorang mamat ni. Dia ni boleh tahan rajin solat jemaah, tetapi malas sikit dalam belajar. Dia ajak kita pergi solat jemaah. Apakah respond kita?
Mungkin juga kita akan cakap "Kau sebelum nak nasihat aku, naikkan dulu pointer kau tu, takat rajin solat tapi pointer rendah buat apa!". Dan mungkin banyak lagi.
Yang sepatutnya kita buat ialah menerima apa sahaja nasihat tak kira dari siapa pun yang datang memberikannya.

EsLemOnTeA said...

-komen ini ditujukan khas buat anonymous itu- siri ke-2

2) Lupakan kejahatan si pendakwah- Mungkin si pendakwah ini ada sedikit kecacatan moral. Contoh kita ni rajin sangat solat, tapi pakai baju ketat-ketat. Lepas tu datanglah seorang minah bertudung labuh ajak kita menutup aurat dengan sempurna. Malangnya minah bertudung labuh ini terkenal dengan mulut lasernya suka mengumpat dan menjadi CNN di kalangan teman-teman hostel.
Apa reaksi kita? Mungkin kita akan kata: "Pakai je tudung labuh, tapi hati busuk buat apa". Ataupun "Kau tak tengokke dalam internet tu, minah-minah yang dok ringan-ringan dengan balak diorang pun pakai tudung gak."
Atau mungkin yang lagi laser akan jawab: "Elleh, aku tak nak jadi macam kau, pakai je tutup aurat, mulut macam mangkuk jamban."
Cara yang betul ialah mengucapkan terima kasih kepad si pendakwah kerana mengajak kita kepada kebaikan. Jangan hiraukan kejahatan si pendakwah, ingatlah kebaikan di dalam apa yang dia ajak.
Benda ini juga patut diaplikasi jika kita ni seorang yang tutup aurat, ala-ala gadis muslimah terakhirlah. Tiba-tiba datang minah pakai baju ketat dengan seluar jeans ajak kita pergi solat jemaah di surau. Janganlah kita tunjuk handal mengungkit tentang pakaiannya, sebaliknya hargailah ajakan dia.

EsLemOnTeA said...

-komen ini ditujukan khas buat anonymous itu-siri ke-3

3) Jangan selidiki pendakwah- mungkin kita akan didatangi oleh seseorang yang pandai mengajak orang tetapi dia sendiri tak buat apa yang dia cakap. Dia ajak kita solat jemaah tetapi dia sendiri solat di bilik. Dia ajak kita jangan buang masa duduk chatting-chatting, tapi dia ni dekat bilik kaki main game FIFA.
Terima nasihat dia. Tidak perli sibuk-sibuk menjadi ejen FBI mahupun CIA untuk menyiasat sama ada si pendakwah ini melakukan apa yang dia dakwah.

EsLemOnTeA said...

-komen ini ditujukan khas buat anonymous itu-siri ke-4

4) Lupakan kebaikan kita- mungkin si pendakwah ini adalah orang yang pernah kita bantu. Maka lupakan segala kebaikan kita kepada pendakwah itu. Contohnya seorang budak lelaki ini dulu ada pinjam duit kita waktu dia susah, kita selalu belanja dia makan dan minum sebab waktu tu dia tak ada duit. Satu hari kita berbelanja sakan, tiba-tiba kawan kita itu kata kat kita, "Tak elok membazir, kan elok jimat cermat".
Apa jawapan kita. Mungkin waktu itu dalam kelajuan 10MB sesaat, memori kita terus memproses segala duit-duit yang kita laburkan untuk sedekah kat kawan kita. Hasil pemprosesan itu mungkin kita akan menjawab "Oi, kau tak sedar diri ke, dengan duit akulah kau dapat survive sampai sekarang. Yang kau sibuk-sibuk apahal!".
Maka lupakan segala kebaikan kita kepada si pendakwah. Ambiklah kebaikan daripada nasihat si pendakwah.

EsLemOnTeA said...

komen ini untuk tuan rumah

kerana aku juga insan yang tidak sempurna tapi punya akal untuk membicarakan sedikit sebanyak tentang ilmiah pabila aku pasti mengenainya

aku pasti yang kamu juga tidak akan membicarakan perihal sesuatu tanpa secalit ilmu bukan?
hanya mereka yang suka bersembunyi di balik nama anonymous dan topeng sahaja yang lantang mempersoalkan kredibiliti orang lain hingga lupa untuk belajar menerima apa yang berguna

seorang yang berjiwa pendidik dan punyai lahiriah seorang bonda serta punya akal dan ilmu di dada tidak akn berbicara dan memberi omong kosong

si anonymous mmg saja bisa menceritakan kurangnya pada org lain krn dia tahu...anonymous,tiada siapa yang tahu akan kekurangannya

biarkan lah....setinggi mana si anonymous ludah ke langit pasti akan tercalit kembali ke mukanya

*wink-wink*

hairul said...

to anony!

seorang manusia tuh tak layak ke memberi pendapat/berkongsi cerita?

ko tak layak nak judge org kalau ko pun tak tau sama ada ko di landasan yg betul.

tak semestinya kalau org tidak menutup aurat itu tempatnya di neraka.

bukan aku nak ajak or suruh kaun hawa jadi seksi ke apa. tuh semua hak masing-masing.

ko ke yg mehitung amal baik seseorang tuh? tidak bukan?

ko mmg seorang yg tidak menghormati hak org lain sebab tuh ko still menyorok sbb ko takut.
jadi tak payah la nak provoke provoke. kalo ko seorang yg menghormati hak org kan so tak perlu la nak menyorok n hari hari menyakitkan hati org.

dosa dengan Allah kite boleh minta maaf n taubat tp dosa sesama manusia kalo ko tak mintak maaf. kite tersangkut kat padang masyar mencari kemaafan.

aku bukan la alim ke ape. tp aku nengok bende nih aku jadi semak. dan aku tak suke nengok semak samnun mcm nih.

maaf.

-hairul-
aku takde blog

ML Amnesia said...

ishh.
aku bengang betul kalau orang suka nak busybody tak bertempat.
lempang kang.
kalau takat kau nak cakap tapi ber'anonymous' buat apa.?
kenapa tidak tunjuk identiti sebenar.?
takut.?
takut sebab kau akan dapat ramai pengikut macam Kak Fynn.?
kalau ye pun,
dia ada kekurangan,
bukan bermakna kau boleh nak herdik, perli caci.
dia tidak memalukan sesiapa.
dia cuma nak menyatakan perasaan dia sebabkan hal yang dibincangkan di dunia sekarang.
salah ke.?
berdosa ke.?
kau tu.?
kau tu pun sama je.
jangan nak mengata orang.
ayat saja gempak tapi perangai tak seberapa pun.
bajet kebaikan kau lagi tinggi darjatnya daripada malaikat.
sampah.
don't hurt others feelings or you will face the consequences because of your nasty attitude.
by the way,
it's her blog.
sudah tentu dia tahu apa yang dia nak sampaikan.
dia tau blog ini akan dibaca oleh orang secara terbuka, seantero dunia,
mestilah dia tahu macam mana dia nak sampaikan sesebuah entri itu.
damn you.
i hate you. i hate you.
gggrrrr.
wahai sang anonymous.

ili syazwani mk said...

Fynn bercakap untuk ingatan dia juga, Anonymous. Sekurang-kurangnya dia bercakap dan sedar diri dia bagaimana. Tapi, kau lagi hina dari dia. Bukan hendak bantu bangsa seagama bangkit, malahan mencerca dan TIDAK PULA MENINGGALKAN NAMA. Kalau zaman para sahabat, kau dikira lari dari perang. Hina sungguh kau..

fynn jamal said...

kawan2...
jgn la backing saya kerana kasihan...
saya ok.

terima kasih kerana sudi untuk tidak terus menjatuh hukum atas saya.

saya masih banyak kurang.

biar saja anon itu ya?
:)
biar dia cuma bermusuh sama saya.

anwaruljaawi said...

aku sokong sang anony.
fikirlah maslahah...fikir apa yg dikata,klo identiti x dedah tapi apa yg dia ckp tu BETUL,itu lebih baik dari org yg BERANI tp suka katakan benda yg SALAH.

dlm hal ini, sembunyi bukan tanda takut...

sekadar renungan, rasul junjungan (SAW) kita dulu pun dakwah bermula dgn sembunyi...

sbb apa?

sbb wujudnya golongan quraisy yg akan serang,menghuru harakan gerakan dakwah rasul,serta lebih buruk lagi membunuh pengikut2 rasul...
quraisy ramai puaknya.mmg x mustahil diorg buat gitu pada pengikut2 rasul.
bacalah sirah rasul kita...bacalah sirah salafus salih...apa yg terjadi pada keluarga ammar bin yasir...sumayyah...dan lain2...

dan buat saudari fynn jamal,
pengikut anda ramai.apa lagi tetamu anda.anda harus sedar yg apa yg anda katakan akan memberi kesan pada para pengikut anda.
maaflah,anda nak jadi mcm jahiliyah quraisy?

na'udzubillah.anda muslim,kan?
saya sendiri tak mahu anda jadi mcm quraisy.

kembali kepada akal.ada akal,fikirlah luas2!

anda muslim,kan?
buat apa nak hentam ulama' sendiri?
atau adakah anda juga ulama' yg hebat untuk hentam ulama'2 lain?

innal 'ulama warasatul anbia'
(sesungguhnya ulama itu pewaris para nabi)

maaf jika masukan (entri) ini menyakitkan dan memanaskan anda dan semua tamu...

anda muslim,kan?

Amira Zafirah said...

setuju.
dem.
bende ini semua bergantung pada diri sendiri. jika iman kuat, buat apa pun takkan kite berpaling pada yang maha esa.
jika iman lemah, terjadilah yang sebaliknya.

pokoknya, diri sendiri. yoga, akupuntur, spa, ayur veda atau apa sahaja, hanyalah satu aktiviti yang dibuat utk menenangkan diri, atau pun beri keyakinan.
bukan utk dibuat amalan, bkn untuk menjadi obsesi.

niat itu yang penting.

akubisikdisini said...

chaiyok eslemontea..chaiyookk..!!sgt suke dgn komen kamu...sgt bernas!

Pewaris Reformasi said...

bila 'fatwa' ini dikeluarkan, saya terus jadi sangat berminat untuk mengikuti yoga, yay!

ANAS said...

Salam,ape la susah2,masail2 agama ni bgi je kt islamic scholars, kte x payah msuk cmpur kerana:

1. Scholars2 ni dh check al-quran n hadith.
2. Diorg lebih berpengetahuan.
3. Diorg spend mse utk agama lebih lme dari kte.
4. Diorg x kn suke2 keluarkn fatwa sbb nk femes @ tunjuk pandai.
5. Yg lain2 ni korang top up kn..

Sekian, terima kasih.. =)

ili syazwani mk said...

Ya aku bukan kasihan. Cuma teguran dia sedikit jengkel. Niat baik untuk menegur and memperingati tapi coraknya kurang berhemah.

fynn jamal said...

saudaraku sekalian:

tang MANA yg aku salahkan ulama'? sama ada kalian dah terlalu fanatik menghentam manusia seperti aku, atau kau tidak tahu baca.

"aku di sini bukan untuk menyinggung siapa2. cuma aku hendak memberi tanya:
apa kata2 mereka2 itu kerana sebenar2 kerana ilmunya,
atau semata2 untuk mempamer prihatin,
atau politikal buta2."

kau marahkan yg itu kah?
atau yang ini:

"yang itu boleh, yang ini tidak boleh.
yang itu kira boleh jugalah, yang ini macam tak boleh."

kalau kau fikir aku soalkan kenapa arak itu tidak boleh, kenapa pelacuran itu diharamkan, kau memang bangsat.

takkan la itu yang aku maksudkan woi.

aduh...
migrain la aku weh!!

aku tidak bangang untuk menolak quran dan sunnah la, bangang.

kau tidak faham simple tense atau kau memang saja memusing fahaman? saja2 hendak memangkah?

sokong anon konon. tah2 ko org yg sama. dasar anjing. tahu menyalak semata.

itu sajalah.
menyalak.

kau cakap tu betul. tapi kau membebel pada aku atas dasar aku menolak agama, kau silap la weh.

betul la cara kau.
sekolahkan org suka2 hati tu mmg best.

jgn buat blog dan tulis pasal ni tau. nanti org kata kau megah dan riak.

*tepuk bahu sambil senyum*

dah.
blah.

ko betul, aku salah.
lalalalalalaa

ps: komen lagi. kasi kau seronok main internet.

aku dah penat nak sopan.

Sarah.Rizar said...

lancangnya mulot kau wahai anonimous..

mulia sgt kah kamu?
enaknya memperkatakan orang?
kalau kau begitu gah soal agama,
aku cadangkan kau tampilkan diri kau itu kan kak fynn??
tunjukkan siapa engkau.
apa guna mulut lancang berbicara,mempersoalkan hal org lain namun berselindung di balik nama 'anonimous'.
aah sang pengecut.

Kak Fynn ku syg,
tahniah utk bicara yg sgt2 lah bernas ini..
tahniah juga krana ayat2 yg sungguh power buat 'hadiah' utk sang anonimus pengecut itu..

cayalah kak fynn.
:)

Anonymous said...

tuhan kepada manusia itu adalah diri sendiri.

sidek

farah said...

ha..kan kak fynn dah marah.padan muka korang!

sebenarnya, islam agama yang paling mudah. cuma orang/manusia suka putar belit.

ikut niat dan kepercayaan. kalau niat kamu baik, terutama niat kerana Allah, nescaya akan dipermudahkan segala kerja.

walaupun benda itu HALAL, tapi kamu sangsi dan syak wasangka, jadi digalakkan kamu jangan makan makanan itu.

betul?correct me if i'm wrong.

simple as that.

saya setuju dengan eslemontea. tak kira org tu buruk mana, baik mana, jahat mana, hina mana, kalau APA YANG DISAMPAIKAN BAIK dan BERMANFAAT, kita boleh ambil untuk dijadikan iktibar.

saya pasti, orang yang membaca blog2 nie, semua bijak2 dan pandai. dan ALLAH dah kurniakan akal dan fikiran. boleh fikir mana yang betul dan salah.

to kak fynn,
we all know what u were trying to say. it was all in the heart and mind. so, kak fynn jangan risau k?and wat x tahu je lah dgn org yang tak fhm kak fynn, and cuba nak poyo2 mcm diorg hebat. as if diorang perfect tak pernah buat dosa.

oh, ingat. apa yang korang semua buat, patah balik pada niat dan kepercayaan.ok?:)

kadirchan said...

its the freedom of speech.

let "The Almighty" do the judging...

ANAS said...

X tau nk ckp ape, wateva it takes... Here we go..

Sy sarankan cik fyn utk delete je posting, why not... Dh bnyk kontroversi sbb posting ni so x elok la gaduh2 kan.
Lagi satu kte ni pun bkn nye pandai sgt pun agama, ye x? (klau pandai gerenti jadi ustaz or ustazah)
ape2 pun nxt time pasal islam n etc jgn sentuh langsung, org melayu sensitip.. Anyway klau x approve cmnt ni pun no hard feeling =)

ANAS said...

Ops 1 more thing, blog cik fyn ni mmg menarik,sy slalu singgah, honestly.
Klau x tulis posting ni pun gerenti rmai yg bca jgk.. X caye tanye la bloggers2 yg lain.. Fi amanillah.. Hav a luvly day.. =)

Gurik.dan.gaban. said...

kepada cik/encik anonimous,
bukankah kita berani kerana benar?
tapi kenapa masih takut dedahkan identiti? takutkah? sebab manusia selalu tersasul bukan? jadi kau itu perfect sgt kah? tidak bukan... kalau kau berani dengan apa yang kau perjuangkan, kenapa kau labelkan dirimu anonimous?

kepada kak fynn,
mulut orang banyak sgt nk tutup. jadi persetankan mereka. lagi pun, ni blog kak fynn. sape ta suke berambuslah. ta perlu sindiran tajam.

Si Ribena yang manis said...

kat ofis aku ada yg tutup aurat sangat2 tapi boleh pulak menghasut sana-sini. Dengki n busuk hati. Jadi, tengoklah si penutup aurat yg ada ilmu pun nampak jahil agama.

Anonymous, kalau nak diskusi, tinggalkan link blog anda, atau benar anonymous itu memang pengecut, takut kena hentam oleh pengikut blog ni.

rokiah said...

agree!!
the most important thing is nawaitu.

anonymous kedua said...

bukan niat di hati untuk menyinggung, mencaci atau mencerca. jauh sekali.

saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh fynn. tentang yoga, tentang spa. masih ramai yang belum nampak apa yang salahnya dalam perkara perkara tersebut.

sesetengah orang itu betul, bila mana mereka mengatakan bahawa yang penting bukan orang yang bercakap, tetapi apa yang dicakap.

tapi, perasaan jengkel itu tetap ada tatkala melihat yang bercakap itu dengan lantang menyebut tentang aurat. membuatkan saya tersenyum sinis. maaf, tetapi itu tindakan refleks yang berlaku secara automatik.

ada baiknya kalau fynn sendiri mengambil teguran teguran itu sebagai nasihat. jangan jadi seperti orang yang cuba menegakkan benang yang basah.

mungkin ramai yang berkata, yang penting adalah hati kita, bukan luaran. tapi, bukankah luaran itu menterjemahkan apa yang ada di hati? jika agama kata tidak, maka tidaklah. jangan kita twist ke sana dan ke sini. sudah terang lagi bersuluh hukum yang kita belajar sedari kecil lagi.

saya puji tindakan awak membuat entri ini. saya lihat ramai pula yang menyokong tentang pengharaman yoga setelah membaca kata kata awak, sedangkan kalau baca di akhbar, ramai yang membantah, mungkin kerana mereka tidak faham. mungkin pengaruh awak memang kuat.

perbaiki sikit sikit, ya? jangan jadi bodoh sombong.

juga, berhentilah merokok. tidak baik untuk kesihatan. tidak elok untuk orang perempuan. tidak elok untuk bakal anak awak nanti. haram juga di sisi agama.

mungkin sampai di sini saja.
maaf, jika ada terkasar bahasa.
dan, saya lebih suka menjadi anonymous kedua. bukan bersembunyi, tapi saya lebih selesa bercakap tanpa identiti.
yang penting apa yang dicakap, bukan siapa yang bercakap, bukan?

Anonymous said...

hmm...

contoh berilmu tapi tak beramal.
Semoga Allah memelihara kite semua dari terus kufur.

ferienza88hezra said...

wah...
shangat hebat penulisan kak fynn.
tiada apa yg nk diperkatakan kerana cetek ilmu kiranya saya.

sekadar menyatakan sokongan terhadap kakak bkn krn simpati lbh kepada berbesar hati.
yeah bangga dgn kakak.

pedulikkan mereka2 yg kurang sopan e2.

beskalpancit said...

heee..salam...
Cik beskal cukup suka entri ini..

Melihat titipan commenting tetamu2 fynn..cik beskal fikir isu ini dah jadi makin panas pulak..cik beskal x pndai nk bsuara tp ckup handal utk mmbaca & mencodek ilmu pengetahuan yang tersedia di dpn mata.. cume 1 pendapat cik beskal.. manusia punya bermacam warna..akal fikiran.. hati & sifat tu membedakan setiap manusia.. 'dun judge the book by its cover.." setiap manusia punya hak utk besuara..berkongsi setiap ilmu yang ada..cik beskal x memihak kpd sesiapa.. tepuk dada tnya selera.. kita yang membaca boleh menilai.. yang baik kita ikut.. yang buruk kita buang jauh & baiki..

Maaf jika tulisan ini ada yng menghiris sensitiviti sesetengah pihak..

Tiada yang sempurna kita sebagai manusia di bumi Allah swt ini..
Perbetulkan diri kite sendiri sebelum kita menilai baik buruk orang lain..

-beskalpancit-
www.beskalpancit.wordpress.com

badakbiru said...

nak menyelit juga..!!!
opinion fynn jd gelanggang bercakaran di alam cyber pula.
for me, everything happen has a reason.cause and effect.
psl yoga diharamkan, ulama pasti sudah mengkaji.tanak komen psl ni,let u guys think sendiri,semua bijak pandai
but i think to write or to post an entry into blog,it's up to u.lantak dia lah,fynn cuma suarakan opinionnya,kamu2 semua sepatutnya berikan opinion kamu,bukan jdkan opinion dia sbg gelanggang bercakaran.
most important think is..dont judge the book by its cover.sbb bangsa melayu suka sgt jump into conclusion on the 1st impression.
have a nice day..:D!!

n a e m a t u l i s m a i l said...

salam untuk kakak comel.. selalu menjengah ke sini, tapi xpernah tinggalkan jejak...
sedikit kagum dgn kehidupan kakak ini + suaminya,,,

sungguh lantang anonymous itu berbicara.. org yang sama atau nama je sama.. ngee ~

setuju dengan komen eslemontea buat si anonymous...

apa pun kakak.. usah peduli apa org kata..sbbnye.. mulut org..eh,,silap, jari yang menaip xle diketuk sbb xnmpk.. jika kita hidup utk puaskan hati org laen.. org xkn pnah puas kan..

smoga kakak + suami terus bahagia.. dan punya anak2 yang comel2..

mYseLf said...

erm..hangat juga. tp ye lah..ptt xde pertikaian yg menjerumus ke arah pergaduhan terutama anonymous.berhemah dan berhikmahlah kalau kita dah msuk rumah org.

fatwa dah dkeluarkan. pttnya dah x berbunyi pahat selepas rumah sudah siap.golongan yg mpertahankan benda itu boleh, benda ini juga xsalah bila fatwa dah dikeluarkan ialah org yg paranoid. yg tkt pada byg2 sdiri bila org lain ckp dia slh lalu dia membenarkan yg salah.

Rubina Yunal said...

Saya baru je nak post pasal hal yang sama - tentang adat yang tak ada sendinya dalam Kitabullah. Syukurlah, kini saya tau pemikiran saya seiring dengan puak yang mahu berfikir.

Thanks kakak!

p/s: buruk itu cantiknya lebih drp cantik yang dibuat-buat, buruk itu humane dan tiada salahnya, buruk itu tersendiri dan tersendiri itulah yang saya laparkan :) semoga Allah sentiasa memberkati hidup kakak, abg and si kecil damien yg comel tahap gaban itu. Kucen2 yg kita bela dari jalanan mcm ni la yang berlebih-lebih lagi doanya ppd Tuhan utk murahkan rezeki kita..

farah said...

kepada anon kedua:

"mungkin ramai yang berkata, yang penting adalah hati kita, bukan luaran. tapi, bukankah luaran itu menterjemahkan apa yang ada di hati? "

habis orang yang pakai tudung, bertudung labuh, isap rokok, kaki kutuk/mengumpat, siap ada video 3gp raba sana, raba sini,
apakah yang CUBA DISAMPAIKAN ADALAH DARI DALAM HATI??

i dont think so.

Anonymous said...

jgn persoalkan org cerdik pandai agama..
bkn senang nk kuarkan fatwa..
jgn dikata persoalkan tentang hukum..
jika kita pun al-quran jarang disentuh..

Anonymous said...

jgn lah dipersoalkan fatwa..
bkn senang nk kuarkan fatwa inipun setelah dikaji berkali2x didalm al-quran dn dirujuk oleh pakar2x agama seluruh dunia..
jgn persoalkan sedangkan kita pun al-quran jarang disentuh..
diri sendiri pun x betol lg..
bg mereka yg betol2x arif soal agama pun takot utk berkata2 apatah lg kita yg mmg terang2x cetek ilmu agama.
isu ni sgt sensitif..

EsLemOnTeA said...

buat apa perlu panas-panas begini
apa kalian puas?
hormati lah tuan rumah di tempat nya
di sanctuary nya
tiap org punya pendapat berbeza
itu sudah pasti kan?
sudah nature manusia untuk melihat org lain dr segi lahiriah nya,dr segi luarannya
baik bagaimana pun,kalau berpakaian sendat dan tidak menutup aurat,pasti dipandang jengkel
tipikal malays bukan?
apa yang penting,semua pembaca di sini punya akal yang bisa memikirkan apa yang bagus dan apa yang tidak bukan?

senyum sahaja dan terima
kalau tidak suka,peduli apa
tidak menganggu hidup sesiapa bukan?
senyumkan aja ya tuan rumah

*wink*wink*

Anonymous said...

sila datang ke blog ini untuk pendapat tentang agama...aku rasa hes/she is one of the best

gorengikandanpisang.blogspot.com

-ahmad

Miss Canabiss said...

hah?merokok diharamkan disisi agama?ajaran mana tu?
tak tutup aurat tak semestinya jahat,merokok tak bermakna jahat bunuh org.klau beragama islam tapi suka menghina org lain pun tak semestinya suci.sembahyang 5 waktu tapi pandang slack kat org lain tak semestinya masuk syurga.klau syurga dgn neraka tak pwenah wujud, mesti tak sembahyang,kan? :)

milkyy loshyy :) said...

hey Anonymous .
Anonymous Anonymous Anonymous [nama paling berani bajek nk sembunyi2 berdakwah padahal pot pet pot pet je tahu] :P

pada pendapat aku :

kau tu tahu cakap aja.
buat nya tidak.
cakap letop letop sana sini.
buat nya tidak.
bab bercakap kau la hero.
bab buat kau lah yang tidur dahulu dari yang lain.
bab berlakon sebagai yang terbaik engkau lah juara.
bab tampil ke depan kau lah yang ter ensot ensot mengundur.
bab terbabahak bahak dengan si polan polan engkau join sama.
konon gah.
hak tuihhhhh :P

Pathetic.humilated the best.

kau tak suka,kau boleh berammmmbus.
sikit sikit nak sentap.
sensetip sensentap kau nih.
weuuuuu ;P


[kejap lagi itu jam la kau bilang "aku tak kata aku yg terbaek" itu jam juga lah kau keluar kan semua sunnah hadis.itu jam juga lah kau bilang "dunia sudah mahu mati"
dan itu jam juga lah kau kata "begitu begini begitu begini" akhir nyaa]


to Anonymous :
No one is perfect,that's why pencils have erasers kan?kan?:)

[itu jam lah kau cakap kejap lagi "ya,semua manusia memang tak sempurna tu sebab nya kita wajib tegur menegur" itu jam juga kau cakap "alhamdulillah"]

(jawapan2 engkau semua dalam kepala hotak aku.sebelum kau cakap terim kasih,"most welcome" dari aku)

hak tuihhhh ;P

If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag!

The best way to sound like you know what you're talking about is to know what you're talking about.

ah yaa nobody can give you wiser advice than yourself :)

yang benar,
rosmah miskun binti selamat taib (okay x?:p)

Ahmad said...

saya sedang mencari isu ini di google, dan saya menjumpai link saudari.

Kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Kadang-kadang, kita pun berfikir kenapa negara kita tidak laksanakan hukuman potong tangan kepada pencuri, potong lidah kepada penipu, atau sebatan kepada peminum arak, penzina.

Mungkin itu terlalu kejam untuk mendidik.
tetapi, di sini, kita lihat peranan para mufti dalam memberitahu kita mana yang haram, mana yang tidak.

jadi, terpulang kepada individu untuk menerima atau tidak kan saudari?

Macam ladynoe cakap, yang penting niat, oh ya, niat sangat penting.

Kalau boleh, semua pekerjaan yang kita lakukan ,
kita berniat kerana Allah.

kehidupan kita di dunia hanya sementara.

Kalau kita sedar akan kesilapan, kekurangan kita, cepat-cepatlah kita cuba berubah, kiamat dah tak lama lagi ni.

Yang penting, kita sama-sama tadah tangan, minta apa yang semua kita lakukan selama ini, dan tika ini, adalah yang paling baik disisiNya insyaAllah.

Sekian
Ahmad
-Miri-

hegira said...

biarkan akal berbicara, jiwa merasai.

back to basic. kembali kepada asas kita. kepada ujudnya kita. itu saja.

simple.

back to basic.

yOnnA said...

Anonymous mmg lalat.

a.b.c said...

kepada puan fynn jamal,
sudah2 la tuh.
del kan sajalah entri ini.
jgn biar org duk gaduh sesama sendiri.
x baik.
anony bg pendapat,fynn pun bg pendapat,nak ckp sapa betul atau salah mmg sapa2 pun layak.so udah2 la.nak smpai bila.matangkan diri lps ni semua.kalau nak tau hal agama,tonton lah al-kuliyyah.hanya mereka2 sahaja yg layak.kita yg hina ini dengar dan praktikkan.
jgn membodohkan diri ngan trus hanyut dlm mengutuk sesama sendiri.
x baik semua itu.

saya hanya bg nasihat.terima jika sudi.
salam

Mrs.bubu said...

haha
adoi manusia hanya nmpk keburukan kita jek
klu kita ada kisah silam yg buruk
manusia sentiasa mempersoalkan even kita nk mati sekalipun
pe salahnye terima pandangan org lain
mmg niat tok menegur
tapi cara anda menegur tuh seperti anda jek la yg betul kan anonymous
selalu mcmni
hanya penulisan di blog aje da kecoh smpai nk menegur pasal merokok la pe la
pe kaitan tuh semua
jgn jdkn keburukan org sbg point anda tok menuding jari
x baik tuan punya blog pun ada perasaan
cuba anda berada di tempat nya?
anynomous anynomous haih
suda la

to kak fynn
anda kuat biakan aje
dorg ada mulut berikan aje dorg peluang untuk berkata kata kak fynn
haha ;)

Hanafiah Ghazali said...

sekadar teguran. maaf jika tersinggung. usah bicara perkara yang kita tidak tahu.

Islam itu luas, kerana itu Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab dan Rasulullah sebagai gurunya. dan jika kita tersesat, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnahnya.

ulama' adalah wakil Rasulullah. maka hormati mereka walau sekelat mana kerana tanggungjawab mereka.

berfikir berlandas logik akal akan bawa bencana kerana akal itu tidak kenal Allah. maka landaskan kepada Al-Quran dan Sunnah.

hati hati ya adik.

Hanafiah Ghazali said...

maaf, tambah nasi.

ayat "yang penting itu niat" perlu berhati hati gunakannya ya.

kerna niat tidak menghalalkan perbuatan. apakah niat mencuri makan kerana kebuluran akan menghalalkan darah yang mengalir hasil curian tadi? contohnya.

atau mungkinkah niat untuk sihat menghalalkan diri kita untuk khusyuk melaku yoga bagi membina kesepaduan Isvara atau mencapai Kaivalya? dan apakah ianya menghalal kita mengwiridkan Om? contohnya.

sekali lagi, hati hati ya adik bila berbicara tentang agama.

namun tahniah kepada fynn atas pembuka kata yang membawa kita berbincang. dan tahniah juga kerana berjaya mendakwah 'yang halal itu lebih sedap'.

fynn jamal said...

abang hanafiah,
salah seorang mentor yg sentiasa ada di sini dari dulu lagi.

:)

tidak saya salahkan ulama'. jauh sekali menghina sesiapa. saya juga tidak menidakkan apa2.

mungkin sinikal saya ini terlalu provokatif, yang pada asalnya saya ini cuma meluahkan kenapa ada beda2 perkara sedemikian.

mungkin teman2 di sini kasihan sama saya jadi mereka cuba utk bantu saya yg tersentak.

jgn risau, mereka juga bukan jenis yang menolak agama.

dan dari penyataan itu, jelas dan pasti, kami ini tahu quran dan sunnah. sebanyak mana dipegang, tidak saya rasa wajib kita canangkan. (seperti melulu sesiapa di sini yang menuding wanita seperti saya tidak langsung memegang ia).

sekali lagi, saya TIDAK menolak apa2 yang sudah jatuh fatwanya. cuma saya tanyakan, kenapa ada yang boleh ada yang tidak. padahal banyak lagi perkara yang kalau hendak dibandingkan sama yoga, patut dijatuhkan haram juga?

err.. faham tak?

kenapa fanatikus2 dari semalam tidak faham itu? gila ke apa hendak pangkah ulama' warasatul anbiya'?

saya tidak pernah kata niat saya elok, yang sepatutnya menghalalkan yang tidak elok.

saya.
cuma.
bertanya.

tiada beza dgn banyak entri2 saya yang lebih banyak bertanya. bezanya pertanyaan saya mungkin bunyinya agak keras.

terima kasih kerana masih sudi melihat sedikit baiknya saya.

terima kasih kerana berda'wah dgn cara yang dididik sepatutnya.

saya senang sekali terima.

maaf lagi, bang. sesungguhnya saya ini banyak kurangnya.

alya c. said...

to miss canabiss.

umm. bukan nak tunjuk pandai atau apa. tp supposingly merokok adalah haram disisi islam. sbb nya kira mcm membunuh diri sendiri.

~TSz~ said...

salam..
ada hikmah gak kak fynn punya n3 kali nie ye..
erm,pape pon pada sesiapa saje yg membaca blog saper2 pls la baca dgn ati yg tenang..
nie x,melatah x tentu pasal..
menda skit jadik panjang..
kan kak fynn bertanya,diulangi BERTANYA,salah ker???
to kak fynn,u go gurll..
janji Allah tahu nawaitu kita..
wat abg hanafiah,
erm,begitu la bagus..
x dimaki malah membetulkan..
sye pon x la alim,tp panas la jgk..
tanya menda lain jawab menda lain..
p/s: any,ang nie x p skol ker????

fynn jamal said...

ttg rokok, fatwa yang keluar itulah dia: haram.

saya tidak mahu bincang panjang2 sangat. tapi begini sahajalah, ramai ahli keluarga saya penghisap tegar. dan salah seorangnya adalah imam rasmi kawasan. ada juga yang pernah belajar di sekolah pondok di indonesia. mereka dan rokok sudah sebati dari muda.

saya tidak mahu leret2kan. cuma saya hendak kongsikan ini:

sengaja makan makanan bergula banyak2 juga eventually akan diabetic. sengaja berendam hari2 di setiap malam akan mendapat pnumonia. tidak semestinya? begitu juga rokok.

BUT THEN AGAIN, fatwa sudah keluar. akur.

Amira Zafirah said...

anon anon anon sekali.
apeeeeee lah masalah korang.
haha.

fine, ini fatwa. mmg perlu akur.
bkn utk mempersoalkan para ulama', tp hanya ekspresikan ketidak puasan.

mcm ape yg kau buat di entry fynn ni lah.
apesal korang nak persoal kan ape2 yg fynn bicarakan kan dlm entry dia.

haha.
right back at you dude.

Hanafiah Ghazali said...

salam fynn. jangan dijulang saya tinggi, sakit jatuh ke tanah. maaf, saya jahil agama. cuma terbuka ruang untuk berkongsi kata.

fatwa ini dijatuhkan bila ada kemusykilan dalam hukum.

perkara yang jelas hukumnya maka tidak perlu lagi dikeluarkan fatwa seperti hukum aurat, bersentuhan antara bukan muhrim dan sebagainya.

spa itu jelas haram hukumnya maka tidak perlu dikeluarkan fatwa. saya tidak pasti pula mengenai ayuverda, akupuntur dan meditasi ying dan yang. jika melibatkan amalan yang boleh merosakkan iman maka ianya juga patut diharamkan.

namun ada banyak perkara yang menjadi persimpangan antara adat, agama dan kebiasaan. seperti adat menepung tawar, kebiasaan perarakan maulidur rasul, kebiasaan bacaan yassin di malam jumaat, adat tahlil arwah, malah bersalam sambil mencium tangan juga pernah menjadi isu. cuma bila di persimpangan, tidak seperti yoga yang bukan adat dan kebiasaan, maka ianya menjadi keputusan yang sukar.

di sinilah pentingnya kita mendalami ilmu dari pelbagai guru. jika ada hukum yang bercanggah maka kita terima hukum yang tidak menjadikan kita was was tentang keimanan.

saya harap ini dapat membantu menjawab persoalan fynn dan yang lain.

mengapa hukum dan ajaran itu pelbagai? kerana kita ini manusia.

oaker said...

salam fyn. sblm saye mengomen lanjut, sayer nk mintk maaf la kalo komen strusnya menyinggung hati anda ketika membaca. mahap dipinta.

saye ade terbaca bait ini
"alang2, tolong keluarkan sekali pengharaman bersanding, berinai, menepung tawar, senarainya berterusan kalau aku panjangkan"

ni pendapat saye saje la. berinai, bersanding, menepung tawar tu adalah satu adat melayu yang diperturunkan dr zaman ke zaman sampai hari ni. sekiranya ia x bercanggah dgn agama atau hukum syarak, apesalahnya. Yoga tu plak, kalo sampai tahap pemujaan mmg 100% shirik la, lain lak meditasi. tp ada juga sumber yg di dengar yg mana berinai, bersanding ni ditiru dr adat org hindu semas berkahwin. sejauhmana kebenaran, kenala menkaji sjarah lampau.

kalo saye ni mensilap, maafknla sayer... toong perbetulkan kalo salah ye.

Tujuh Kaki Dalam said...

baru sikit "Islam" bersuara dah ramai yang kalutkan?

di situ kekuatan andai ada yang mahu bersuara.

umpama singa yang sudah lama tidak mengaum.

Cik Kiah Selendang said...

Uiii..
Hangat nohh pasal yoga!
Ni nak habaq Yoga tahap atas tu yg tak buleh.
Sbb apa..sbb pakai mentera.

kebetulan,dengan izin Allah,melakukan yoga,pesakit kanser/sakit kronik dapat bina kekuatan fizikal.
mungkin sebab bergaul dengan ketenangan.
begitu jugak tai chi.

mufti tak nak Yoga sbb takut mentera dan aksi boleh pesongkan akidah umat Islam.
gerak geri Yoga pun ada yang sembah2.

tu Cik Kiah Selendang punya pendapat lah.

fynn,sematkan ini dalam fikiran kamu:

relaks!

*bila berbicara soal agama,jgn terlalu ikut perasaan,itu ikut syaitan sebenarnya.
ada yang ilmunya sikit,tunjuk lagak lebih pakai ayat bagi mantap,padahal tak fikir Islam Itu Indah.Simple.
jgn sampai org luar tgk kita lain pandangan,tak bersatu.
org salahkan agama,bukan kita.

Cik Kiah Selendang balik dulu nohhh!

roSe said...

Pada hemat saya, pengamalan yoga itu bergantung pada niat seseorang. Kalau kita mengamalkan yoga untuk tujuan kesihatan, teruskan sahaja. Yoga yang dikatakan haram itu adalah yoga yang ada unsur2 bertentangan dengan agama. Kalau yakin dengan nawaitu kita iaitu semata-mata untuk kesihatan, saya fikir tiada salahnya. Ada guru yang sudahpun mengajar yoga berpuluh-puluh tahun, tidak pula keluar Islamnya? DIA lebih mengetahui niat kita.

amelia_wanzul said...

ye...saye suke abg hanfiah..menegur dgn berhemah...bravo!

ape2 pn...kite amek mn yg elok..kite buang mn yg buruk...

n psl merokok itu haram...x haram..tp andai melebih2 smpai leh jd addict kl x dpt...2yg jd haram..rsnye laaa....maaf kl salah...

n sbb 2 juge..islam mengamalkn kesederhanaan....ape2 pn mesti sederhana...mkn gula pn xleh lebih2..nnt diabetis...rokok xleh byk2...nnt addict..*mudarat 2 dh tntu la..walau sket pn merokok*

ape2 pn...kna muhasabah dri ye..kak fynn...stay strong...

ntalala said...

erm,
fatwa mengatekan rokok haramlah.
mane ade kalau sikit2 tak haram, lebih2 ye haram.
macam arak. sesetengah orang kate, arak tak haram kalau minum sikit je, sbb bile dah mabuk baru haram. tak betul tu.
sory, saye nak bgtau saje ape yg saye tau :)

ntalala said...

erm,
fatwa mengatekan rokok haramlah.
mane ade kalau sikit2 tak haram, lebih2 ye haram.
macam arak. sesetengah orang kate, arak tak haram kalau minum sikit je, sbb bile dah mabuk baru haram. tak betul tu.
sory, saye nak bgtau saje ape yg saye tau :)

ezam said...

takkan nak tunggu fatwa keluar baru nak akur?

kalau bab aurat yang sudah terang benderang sudah nyata diterangkan didalam alquran sejelas jelasnya dan turut diberitahu tentang azab api neraka dan hukuman pada mereka yang tidak menutup aurat.

tidak pula kau hendak akur dan menutup aurat? pelik. rokok laju je.

aku tiada blog.

tragedy said...

satu orang perempuan yg tidak ditutup rambutnye,make terlihat walaupun sehelai rambutnye pd seorg lelaki bkn muhrim,menempah ia sebuah neraka untuk dirinye..sekadar peringatan untuk diri ini..ya tuhan,ampuni dose2 kami.
bile ditanye,mengape?belum sampai seru jawapnye..quran sebagai seru sudah bertahun2 berada dimukebumi ini.di almari?
bukan kerana amalan kite masuk surga.tp kerana rahmat&kasihsayang ALLAH.
cmne nak dpt rahmat ALLAH?buat amalan.ALLAH bile dah syg pada seseorg,maka syg nye 70kali lebih dr syg seorg ibu kpada anaknye..
same2 kite sume berubah.tp bile?
satu hari xkurang dr 70kli malaikat maut jenguk kite.sempatkah kite berubah?
bkn berkhutbah,skadar igtan.fazzakkir fainna zikra tanfaul mukminin.(untuk yg dah azali islam,beginilah slh stu carenye,ingatan)
ya ALLAH,ampun~

sang noktah said...

bodohnye manusia...
ingin mencipta kbahagian n ktenangan..tp gunakan alat yang salah...xke 2 dinamakan trprangkap dalam sangkar sang jahanam..owh!!
sdihnyaaa..