Thursday, November 6, 2008

lelaki itu perempuan itu

seorang lelaki memecah tradisi negaranya dengan menjadi lelaki pertama dari bangsa lain untuk menjadi pemegang kata putus kerajaan itu.

ternyata, sentimentaliti masih kuat dalam jiwa banyak manusia, dewasa ini.

yang membuatkan kening aku sedikit ternaik pagi ini adalah bila artikel tentang fesyen baju isterinya yang dikatakan sebagai buruk dan hodoh.

wadefak?
hanya itukah nilai seorang perempuan?

sebagai trofi?

argh! sampai bila-bilakah tempat seorang wanita kekal di belakang seorang lelaki yang berjaya?

walhal dia juga seorang peguam hebat yang lahir dari pendidikan harvard, dengan enjin kepala bertahap mantap kalau hendak dibandingkan dengan perempuan2 lain, yang tidak pun setara dengan kredibilitinya seperti ditestimoni para professor yang sentiasa dia bantu.

(kunci bahas adalah merujuk kepada kehidupan sebenar wanita itu)

aku bukanlah pemandat feminisme yang tegar. dan jangan risau kalau anda lelaki, tapi ada masanya menyokong kemarahan atas penindasan terhadap para perempuan.

ini namanya tafakur.
berfikir.

yang sebenarnya, aku benci kategori2 sedemikian.

perempuan harus begini2.
lelaki harus begitu2.

kerja berat, wajib lelaki yang lakukan.
kerja ringan, kalau ada lelaki, lelaki juga kena buat.
baru gentle.

pelik!

hobi abah adalah duduk di dapur menyiang ikan, memotong ayam dan menghiris daging sambil berbual sama ibu yang memasak.

apakah dia bapok?

kalau di asrama dulu, ketika televisyen pantri rosak, aku akan pomenkan sehingga elok (terima kasih pada abah yang mengajar aku hal2 elektronik).

apakah aku jantan?

tri sangat teruja setiap kali aku berikan home made facial yang akan memakan masa berjam2 untuk siap.

apakah dia gay?

semua ini pemikiran yang telah terlalu lama disuap ke dalam akal kita.

kalau tidak percaya, lihatkan:
1) andai anak itu lelaki, pasti diberi pakaian berwarna biru. diberi permainan lori dan senapang. dibiar kalau hendak bermain longkang.
2) kalau perempuan, mesti diberi warna merah jambu. diberi anak patung. diherdik kalau hendak bermain dengan anak2 lelaki yang sedang bermain di longkang.

mentaliti begini membuatkan banyak perkara jadi taboo dan memalukan pada ramai individu.

sebagai contoh, betapa sukar meminta seorang lelaki memakai tee berwarna merah jambu, meski pun rona warna itu sangat cantik pada tona kulitnya.

tidak macho.

betapa sukar juga meminta seorang gadis berjalan tanpa bersiap2 setengah jam sebelumnya, meski pun sudah berkali2 dibisik cantik dengan semulajadi.

tidak cantik.

*diam dan pandang cermin*

susah hendak hidup di zaman ini. penampilan itu datang dahulu. aku juga tergolong dalam kategori itu. yang takut dikata orang, maka aku terikat untuk mengikut resam dan budaya. penat dan lelah, aku belakangkan. kerana hidup aku adalah untuk memenuhi pandangan orang.

kena cantik, baru dikasih orang.
kena lawa, baru disayang orang.
mana ada perempuan cantik tidak mendapat apa dihendaknya?

aduhai.
betapa aku dahulu tongong.

awal2 berkahwin sama tri, ada juga berkali2 aku gaduhkan sama dia.

aku seorang yang sudah sentiasa ada perancangan. satu2 perkara akan aku perincikan masa depannya supaya mudah. aku mesti sentiasa bersiap untuk kebarangkalian bertemu sesiapa yang aku kenal dalam perjalanan. takut kalau dilihat sebagai selekeh dan serabai.

(futnot: abah dahulu tentera yang sentiasa memaksa kami rapi sepanjang masa)

tri pula seorang manusia yang bencikan perkataan 'mempeduli'. bagi dia, cukup cantik aku di matanya, sudah cukup aku untuk dipandang orang. ayat kegemarannya: "bukan dapat pun duit kalau puaskan hati manusia"

mulanya aku langsung tidak mengerti. bagi aku, tri sekadar iri pada mata2 yang melekat pada aku. bagi aku, dia tidak faham seorang aku yang sudah dari dahulu selalu kemas dan bersedia.

maka bila ada masanya dia pula bersiap2, aku jadi tidak faham.
apa suamiku ini bermain2 dengan bahasanya?

namun pada satu hari itu, aku mogok dan baling dress kegemaran aku ke dalam bakul kerana merajuk dengan tri yang seolah2 tidak bersetuju dengan pilihan pakaian aku. senyap sepanjang perjalanan ke kuala lumpur.

dan seperti biasa, permulaan perkataan bila sedang bermasam muka adalah:

"awak dah tanak cakap sama saya ke?" (kepala sudah sakit memandang ke luar tingkap. konon2 tidak mahu pandang langsung)
"ish. taklah." (menjawab dengan nada paling bersahaja. sebab memang dia tidak salah)
"awak tak suka saya cantik2 untuk awak ke?" (tahu diri itu bersalah)

tri ambil tangan kanan aku dengan tangan kirinya.

"saya rasa awak paling cantik bila bangun tidur. itu makna cantik untuk saya"
"ok lepas ni saya bangun pagi terus keluar rumah. takyah mandi. takyah gosok gigi. takyah sikat rambut."

*tri gelak besar*

"sayang, bersiap sebab awak nak bersiap. bukan pasal awak kena bersiap"

-------

shit. itulah kita, kan? selama hidup ini, banyak sekali benda2 yang kita buat kerana kena buat. sebab yang pada mulanya suatu adat dan budaya, lama2 menjadi kemestian.

argh.
ruginya.

bukan dapat duit, pun.

arakian, bermula hari itu, aku sudah mula keluar rumah dengan confidence sebagai penghias wajah.

and seriously, it took courage untuk seorang seperti aku.
*senyum*

dan ye, aku dan tri pernah bergaduh.
lidah pasti sekali-sekala tergigit.
:)

mana ada perfect.

27 comments:

Anonymous said...

btol..btol..
byk yg perlu difikirkan kembali..
fynn...nak buku merahh

Doly John said...

aku pun baca artikel pasal pemakaian si isteri Obama yang dikatakan macam tak kena tuh..benda first yg aku terpikir..WTF?..

suka hati dialah nak pakai apa pun..janji dia rasa selesa dengan pemakaiannya..

aku pun dah benci dengan mentaliti kolot yang kau sebutkan kat entri ini..mentaliti yang x mendatangkan faedah..

Ruch Mathers said...

kak fynn
buku baru smpi td.terima kasih ya :)

badakbiru said...

kena cantik, baru dikasih orang.
kena lawa, baru disayang orang.
mana ada perempuan cantik tidak mendapat apa dihendaknya?

- setuju dengan ini..memang dunia skang suka tgk penampilan dulu baru kesungguhan atau keikhlasan seseorg tu..bangang ah sume tuh!!

marhaen vintaj said...

manusia,

kata kata mereka saja sudah menjerut rasa, memijak jiwa.

tak tahu sampai bila mampu bertahan.

Sue Anna Joe said...

"sampai bila-bilakah tempat seorang wanita kekal di belakang seorang lelaki yang berjaya?"

Sampai bila-bila pon takpa. Because they would be lost and hopeless without us. Senang cerita, lelaki isterinya meninggal tak boleh hidup sorang dan pasti akam mencari isteri untuk hidup bersamanya, tapi perempuan boleh saja hidup tanpa lelaki.

I googled this issue up, its the first issue on how badly she dresses, yang lain I jumpa was mostly about how well she dresses up, siap ada title 'next best dressed'. And ada satu baju dress dia black and white by designer mana tah, ramai gila yang nak beli tgk dia pakai.

Physical impression does matter. Because people can't read minds, and bukan sekelip mata boleh judge orang, but with what we wear, how we dress up, how we bring ourself about, people can immediately have their say.

And well, kita pon macam tu kan? Tengok orang dressing so and so, terus kita cam ada pendapat. Orang ni mesti kaya, orang ni ada tastelah, ni mesti dak skinhead etc. It's just how it is, because we have eyes, and we see things, and it triggers out thoughts, consciously or not.

Dan of course, naturally lelaki dan perempuan dicipta berlainan, ada tugas berlainan. And each of the tugas and tanggungjawab tu, is just as important as the other.

However, sekarang ni, I don't see much categories or lines between men and women.

Anthony Bourdaine, Jamie Oliver. Lelaki. Masak, duk kat dapur. Dan rasa ramai je lelaki pakai maju pink ngan kolar ke atas.

Dan ramai saja lelaki tonggeng pungung macam perempuan untuk disontot.

So that is why harusnya ada lelaki itu dan perempuan itu. To prevent all the chaotic upside down world is in today.

Memang susah hidup di dunia dengan manusia lain, we judge and get judged, as much as we want to ignore, its not easy. It's only up to us how to learn to tolerate it.

As I mentioned in one of my entries, nak mudah, tinggalah kat hutan.

The more public you get, the more judgements will be thrown at you. Again, it's human nature.

In the end, kalau mendapat kepuasan diri sendiri, for just being who you are, comfortable, tak kisah orang nak kata apa, that's the best thing in the world.

And I see that in you. Lagi-lagi sejak diikat bersama Tri ni. It's so amazing what only one person you love can do, biarlah seratus orang kata tak bes, dia sorang kata bes, memang dah cukup membuatkan kita rasa sangat bes. And that's definitely the best thing one could ever ask for. And that we have!!! :)

Dan saya pasti Michelle Obama pon begitu juga, di tak pedulik lah apa orang nak kata, laki dia kan Presiden of Amerika tu. Wahahaha.

Reply yang klise "Alah, diorang jeles dan dengki je tu". So that is why ada can je benda nak kutuk, they take full advantage of it.

Haih nak jadik people of the public sangat banyak dugaan. That's why so many celebs, Hollywoods surgery sana sini, kat Mesia pon sama, sebab terlalu banyak sangat mulut cakap, dan terlalu pedulik, in the end, tukar sana tukar sini, dah tak jadik diri sendiri dah. What a pity.

dina said...

tri ambil tangan kanan aku dengan tangan kirinya.

"saya rasa awak paling cantik bila bangun tidur. itu makna cantik untuk saya"
"ok lepas ni saya bangun pagi terus keluar rumah. takyah mandi. takyah gosok gigi. takyah sikat rambut."

comelnya kalian....

Anonymous said...

k fynn, saya teringat buku socio membaca entry ini.. hehu..

Sabrina said...

kadang-kadang, bila kita dah terbiasa KENA buat sesuatu...nanti lama-lama bila tak buat terasa kekok pulak..

sebab itu kadang-kadang, dari KENA buat lama-lama akan jadik NAK buat..

entah apa merepek komen aku ni.. haih.

i n - c h a n said...

kata dunia makin maju. makin global.pemikiran masih jumud terhadap kaum wanita. saya juga bukan penyokong feminisme tegar cuma sekadar rasa kecewa dengan dunia sinis dan sarkastik ini.
btw,
akak dan suami akak sangat manis sekali.
hai, adakah wujud lelaki yang sesuai dan manis untuk saya :(

all d best!

C.E.@ said...

Fyn.serius.Aku tergelak sedikit membaca post terkini kamu.gelak kecil saja bukan apa apa.ternyata dirimu pantas melihat perkara kecil yang tidak dipandang orang.aku kagum.Namun itulah dunia kita sekarang.if you are aim to be the fisrt lady,1st impression is all that matters.those people don't really care what you status bcoz the only thing they look for is "who are you wearing" bukan?tapi teryata Alhamdulillah kekagetan itu sangat tidak ketara di sini bukan?Semoga kamu terus maju.InsyaAllah.

Shaira Amira said...

"tri sangat teruja setiap kali aku berikan home made facial yang akan memakan masa berjam2 untuk siap.

apakah dia gay?"

hari tu nampak abg tri, totally straight, totally loving u :)

btw, adik dah dpt buku. tenkiu kakak :)

tidak dikehendaki said...

mmg.

mentaliti masyarakat yg terlu di brainwash!

org slalu sgt kena.

nk kluar rmh pergi brjln pkai concealer & foundation sbb nk cover lebam bwh mata pun kena kritik ckp cam ppuan.

abih klu ppuan x pkai cam jantan ke?

menci.

*sori lpas geram kt sini & off tajuk sikit.

;>>

Pu3 said...

btol btol btol
kadang2 kebiasaan akan menjadi kemestian buat kita..

kalu x, akan rasa tak lengkap..

***
1more, dlm idup ni, nobody perfect..
yea..! dats rite!

Anonymous said...

keyakinan itu perlu...

perlu sekali...

alkapon said...

citer kau menarik. 1st time baca. & mmg menarik.

lps baca aku trs rs nak btau wlupun mayb kau xnak tau :

nama yg aku gune dlm blog adalah nama yg aku plg benci selama ni.

Syhra Sepeai said...

ya saya jua lama bersiap. bf saya pun mcm tri act. saya yg selalu ta setuju dgn dia. haha :)

C.E.@ said...

Alhamdulillah.Sebenarnya aku di sini tak terucap.Blog itu aku ceburi untuk melegakan sesak dada ini.Sejujurnya langsung aku tidak menyangka segala ini.Ternyata kamu ketemukan aku dengan suatu yang bernilai sekali:

teman yang sudi mendengar.

Tidak tahu apa nk ku bicara sebagai balasan kamu tulus menilai aku.

Tak mengapa.Biarkan azam kasturi terus disitu.Tiada rakanku yang tahu akan blog ini.Aku lebih mentah dari stahun jagung.Banyak kalian perlu tunjukkkan pada aku.Aku juga setulusnya memjunjung penulisan mu.Tegar dan baru.

Hati ini benar benar tersentuh.Terharu.

Sungguh.

Dan maafkan silap aku jika ini bukan tempat sewajarnya membalasnya bisikan kamu.Aku tidaklah mahir berteknologi.

Walau apapun.Tetap aku unjurkan terima kasih buat mu dan kalian.Aku rasa selamat di sini.

ainfazrin said...

saya gemuk.

sedih sebab hanya itu yang orang nampak. dari sekolah sampai kat opis sekarang. tapi, selalu fikir, biarlah orang nak tengok apa yang diorang nak, tapi apa yang saya tengok dekat cermin setiap hari adalah anugerah tuhan untuk saya yang tak semua dipilih untuk menerimanya.

i wont say it is as simple as that, coz it takes a whole lot of courage to have that confidence and faith in myself. tapi yeah, as long as we know who we are and what we have (termasuk org2 yang terima kita seadanya) rasanya dah cukup..

sibuk puaskan hati org , kita takkan jadi diri kita. thanks ya kak fynn for sharing ur thoughts on this matter. :))

Anonymous said...

bertuahnya kak fynn.ahh,indahnya kalau dpt suami cmtu.x dpt pun.aihh.
hik.u guys are so sweet.

Unknown said...

ah comel.juga sgt membuka minda.artikel sarapan pagi pada hari sabtu.

afy sufy. said...

kena cantik, baru dikasih orang.
kena lawa, baru disayang orang.
mana ada perempuan cantik tidak mendapat apa dihendaknya?

setuju!!!

hihiii..

kakfynn..
dh dpt buku merah!! thanxx..
wpun lum bc sbb ada d rmh =)

Anonymous said...

kena cantik, baru dikasih orang.
kena lawa, baru disayang orang.
mana ada perempuan cantik tidak mendapat apa dihendaknya?

sgt setuju dengan kenyataan ini !

*kak fynn,nak buku merah!

(;

Mohd Effendi said...

semuanya lebih tepat dengan perkataan persepsi.

EsLemOnTeA said...

salam kak~~~
blog kamu slalu sy singgahi untuk menggarap ide2 baru.
sy org baru di dunia blog ini.
ingin sy mohon kebenaran dr akak untuk sy link kan blog akak ke blog sy kerana akak inspirasi sy.

Keanorlinsya said...

kak Fynn statement last TERBAEKK!

iYda Juhar said...

"mane ade perfect"

aku suka sama statement itu.
;)