Wednesday, November 12, 2008

belajar lajar pelajaran pelajar

hello kuala lumpur untuk kali ke berapa. kota ini menyambut kami tepat jam 330 petang tadi. sebelum pisah sama azim dan bajau, sempat juga pekena nasi ayam dara paling dadah dalam dunia. untuk sesiapa yang tinggal di kawasan taman melati, tahulah. yang betul2 depan masjid kuning itu.

heroin gred A.

sebaik itu, aku dan tri yang pada mulanya hendak pecut ke genting jadi malas. perut yang terlalu kenyang hanya akan melemahkan ketangkasan enjin anatomi manusia. konon2 hendak rock climbing segala di puncak goh tong itu nampaknya mesti dikubur sahaja.

toleh sesama sendiri.
"saya tanak balik"
"saya pun"

*sama2 gelak sampai pipi ketat*

arakian, di sinilah aku, di dalam hotel cap ayam di bukit bintang, menaip entri malam ini di sebelah suami yang sudah lama berlagu dengan mimpinya. sesekali, dia tersentak dan terus mencari mana2 bahagian kulit aku. digapainya, lalu kembali nyenyak semula.

*senyum muncung*
comel.

bilik kali ini tidaklah sehancur hotel kelmarin. tidak langsung meluas seperti hotel di melaka. tidak juga seselesa resort angker di jengka.

jadilah.
besar macam bilik sendiri di rumah.

harap2 ada orang jabatan agama ketuk pintu. dan kalau boleh biarlah ada yang hendak cekup. nanti, bila dihentam2 daun pintu, akan aku biarkan lama2, supaya timbul syak. kemudian keluar dengan muka paling bersalah dan takut.

yang pada akhirnya, bila dijerkah, aku paling hendak tayangkan surat nikah dengan bangga.
hahaha.

betapa indahnya perasaan halal ini, yang di setiap langkah di mana2 bisa meleset dan bermanja. langsung tidak ada rasa seriau pada sesiapa yang menoleh2 dengan curiga.
:)

tadi sudah mula peperiksaan spm. adik bongsu tri adalah salah seorang darinya. dalam hati aku, sangat jelas aku rasakan yang dia akan skor. satu: kerana dia memang tidak reti langsung untuk tidak belajar, dan dua: kerana dia paling wara' antara semua. sembahyang tak usah cerita, bangun malam juga, surah2 puas diulang hafal.

kecilnya aku, tuhan...
lebih kecil aku rasakan kerana dia tidak pernah membuat aku rasa kecil.
tetap dihormatkan.

haih...
tapi perkara2 begini semua terpulang pada tangan tuhan.
rajin bagaimana pun, kalau sudah ditentukan, keras juga tangan ketika menjawab periksa.
andai sudah dituliskan, emosi penanda tidak di sebelah kita.
rabbul izzati juga yang memberi kata akhir.
kan?

cuma harap2nya, habib dapat seluruh A1. percubaan tempoh hari, dia dapat 2A2 mencacat senarai A1 nya. dia terus jadi lemah semangat. minta nasihat macam2.

dari aku!!?

kalaulah aku, sudah dapat A penuh sahaja sudah enjoy macam orang gila. B pun sudah cukup bagus, lah. lantaklah kelas satu ke dua. kan tipikal pelajar malaysia.

yang dapat A2 menangis melolong.
yang dapat C3 melonjak2 tak sangka langsung.

haha.

entri ini untuk adik2 puisitepijalan juga. semoga kamu dapat tenangkan jiwa dan diberkati tuhan sehingga selesainya keputusan di jemari. amin.

*diam*

bercakap ttg ini, tiba2 aku terfikir dan terpandang memori sama anak2 murid di jengka semalam.

satu:
"apa maksud gender?"
"janda, kot?"

dua:
"kak fynn. apa nombor tefong"
"mintak kat abang fitri. suami kakak"
"eleh..."
*diam*
"cepatlah... nanti kita gayut"

tiga:
*merenung punggung aku*
"mantap!!!"

empat:
"dah create belum email tu?"
"belum, kak fynn"
"buatlah"
"komputer lambat"
*tiba2 ada yang menyelit*
"alah, miyul, ko buat mende2 tu watpe?!! umah ko ada komputer?"
*dia gelak ramai2*
"biarlah dia hendak belajar. nanti bila2 dia tumpanglah komputer kawan"
"eleh! sapa yang ada komputer sini??!"
*diam*

lima:
"saya nak jadi macam kak fynn"
"macammana?"
"tah"
"habis tu? nak jadi macam kakak macam mana maksud awak?"
"keluar dari sini"


tuhan,
bilang sama aku apa patut aku buat. aku benar2 sayu.

*pandang tri yang sedang nyenyak*

kalaulah itu anak2 kita. bagaimana...
argh.

salam malam. aku rasa mahu peluk belakangnya lama2.

22 comments:

Syazsy said...

hahaha nnt fynn dah ada baby jgn lupa post gambar2 comel mereka di blog ini?

are we expecting twinsss?

;))

akma....L said...

ok.. best! nk link? blh kn?? dah ushaur blogs.. mmg best!! ermmm. pnulis novel ke kak fynn?? wuu~ jeles tgok kak fynn n hubby.. hrp my bf blh jd spt ur hubby.. bkn nk ubah.. ckup skadar rase nikmat hidup rumah tgga bhagia.. moga kekal.. amin~ sy link akk ea?

sAfFiYaHnAjLah said...

wah..k.fynn..sonok berjalan-jalau ye..
ngengeh..
huahua..
kite pon expecting twinss gak..kembar 4.
1 one them gurl n 3 lagi boyz..
nape kite ckp cmtuh?
hehe..mana lah tahu leh wat cm entri di bawah kan..
ngengeh..
*betul3x..sgt sayu kalo berjumpa bdk2 sek expecialy d pendalamn..

akma....L said...

sy dah bce sume n3 akk.. ok sedyh.. n trharu.. plg x thn part nk fly.. sy trdorong utk mnangis same.. x perlu tonton filem cinta.. cinta tu boleh dirasa kn?? hrp dpt bljr dr akk fynn n hubby.. klu la dpt jmpe kalian brdua.. sy rse diri sgt la bruntung.. salam.. =)

miSsNiLfa said...

hmm...tu la kan anak2 skrg. makin susah diasuh...mungkin mereka masih mencari haluan hidup..haluan hidup bagaimana ya?? jika tiada yang bisa tunjukkan jln.

yanot said...

saya juga nak belajar macam adik tri.
tapi sangat kelam kelibut.
xpenah capai.
hampa.

Zaini said...

"..sesekali, dia tersentak dan terus mencari mana2 bahagian kulit aku. digapainya, lalu kembali nyenyak semula.."

=)

Hally said...

arrghh kak fynn buat aku jadi tk sbr ni..

sabar sabar hally.. 8 hari sahaja lagi..

:)

syahirah said...

ha'ah kak fynn.
masa saya buat survey di kwsn pedalaman pun lebih kurang sama juga experience nya.

sedih rasa.nak sgt tlg ubah apa2 yg patut.

gnOlazOOra said...

kak fynn....lg 10 hr me akan jadi Puan mcm kak fynn...wuuu...nak slalu bahagia mcm kamu...kak fynn.
;).
doakan kami yea....
salam...

Farah Rosni said...

ouh, thn hadapan thn saya pula utk spm. grr. getar nya mula terasa.

comel anak2 itu. haha. kelakar pun ada.

MaNuSiA_RuMiT said...

kak fynn ni nakal betul..hahahah

tynaizat said...

but anyways,
sempat lagi drg nk ngorat kakfynn.
hehe.
cantik sgt.
=)

fara rasep said...

hahaha.pengalaman kat kws jengka mmg camtuh..

jgn cakap adik2 kecil tuh.yang da tua bangka kat itm nih pun ada.

tp kita kat tempat orang nih tunjuk ajar laa sikit2 apa yang mampu sbb diri sndr pun bukan hebat benar.

tp depa willing to learn;))

tempat plg up kat jengka is 7eleven;))

Ayyman Rahim. said...

Kesian mereka semua. Betapa bersyukurnya saya hidup di bandar ini -.-

aisyahuseinrais said...

kak fynn!!!
kite duduk dekat je dengan kedai nasi ayam dara tuh! memang syurga kak, nasi ayam die!!!!

ala...kalau tau, boleh le lari carik kakak kat sane, kidnap bawak balik umah. =D

adik kite pon spm. namanya Idir. semoga dia dapat bagus jugak macam Habib! =D

pjoe said...

baca entri ni tiba2 teringat lagu hijau dari zainal abidin

pelik kan aku ni

Syah Saliman said...

lorgh kfynn.mesjed tu da dkt ngan umah syah la.cheit.kalau msg,leh mampir.semua isi rumah ni dah knl kfynn.ayah siap tny ms tgk thehoppers tu " dah kuar ke kfynn? "

:)

mesjed tu kt area2 putra tu jalannnn jauhhhhhh tuuuuu belok sana sini kanan kiri sampei rumah syah :)

no name said...

fynn..sangat meminati kamu.

1st time blogging..

say hye to fynn ;)

Ladynoe said...

sebelum ni pernah berbual dengan Encik Tunang.

"Tak sabar nak kawen, nak cek in kat hotel cokia, lepas tu JAIS datang ketuk pintu, lepas tu dengan bangganya tunjuk kad nikah, kan?"

Encik Tunang tergelak.

hahaha! can't wait the moment!

iYda Juhar said...

bile habes bace entri ni daku teros teringat final paper yang daku jawab last week.haihhhh..
yer la dulu before dpt sambung degree,kemain lagi berharap.skang bila ngah sambung degree ade jugak perangai "males blaje".haihhh.
sunggoh tak bagus.

uhukkkksss...

olga said...

HABIBFIKRI B. HADZIR
L
SM SAINS TUANKU JA`AFAR
1.364
46

memang wow.