tiba semula di kota metro dengan dengus.
trafik yang sama.
- masih punggung ke punggung.
fesyen yang sama.
- semua seiras.
emosi yang sama.
- berkejaran sepantas mungkin.
mungkin sudah tidak kalih di sini.
atas pakej yang aku miliki, aku dan tri terus ke berjaya hotel untuk layanan spa selama tiga jam penuh. tidak pernah kami rasa disembah bagai raja permaisuri bersemayam sergam.
sekadar baring dan diperolah setiap inci badan. bagaikan sahaya, mereka memberi khidmat paling cermat dan teliti. hendak bertanya pada kita pun dibisik2.
naik serba salah aku jadinya. cuba juga berborak, namun dibalas sekadar sepatah dua. mungkin sudah ditekan oleh sang ketua agar diam dan menghamba.
disiram2 ditenun2 seluruh jengkal kulit.
semakin sedap, semakin jadi kasihan.
dan yang lebih terpesona adalah senyumnya yang tidak reti luntur.
kalaulah boleh aku beri bayar lebih atas manis itu. seperti abang din di melaka yang aku sengaja upahkan lebih kerana berjaya menyetuh rasa. itu aku. kalau kau berbuat elok dan mengharukan aku, pasti kau ku angkat ke bintang2.
kerana kemuliaan seperti itu sudah mula semakin mati.
untuk seorang fynnjamal, kalaulah aku hargakan yang sedikit itu, pasti sang pelaku akan rasa indah, walau pun sedikit. dan harapnya, akan dibikin lagi ke orang lain.
spread the love.
oh indahnya dunia ini nanti.
dunia penuh dengan cinta.
*senyum dengan depang tangan*
tiba2 terasa suasana semakin banyak pelangi dan arnab2 comel berlari ke pohon gula2 kapas.
siapa mahu tinggal sini sama kami?
hehe.
selesai suasana berbidadari, tri bilang dia masih belum ada hati hendak pulang. dia mahu berjauh lagi dari suasana ruji. pasti, aku setujukan. sudah aku bisik dari dahulu. mana perginya, di situ aku akan berada.
tri ajak aku ke genting.
teringat sama adik perempuanku. aku hubungi achik. kebetulan dia di kuala lumpur sama teman2 gadisnya. dia minta kami ke sana bersama mereka ke laguna sunway pada hari esoknya.
seperti mana2 abang ipar yang manis, tri okay sahaja.
genting kah, laguna kah.
yang penting, tidak mahu pulang.
hatta, aku dan tri gegas mencari hotel terdekat sekitar itu. ingatnya mahu bermalam di hotel ketika bercuti2 sama abah dulu, namun untuk membazir lebih tiga ratus ringgit malaysia semata untuk tidur dari jam 10 itu ke awal paginya: pembaziran tahap iblis.
seperti mana2 bagpackers, hostel murah menjadi destinasi. ambil bilik yang paling kecil, buta2 untuk tidur. dan bilik sebesar jamban kami dapatkan.
sangat kecil, tapi sangat seronok. jamban bilik lebih besar dari ruang tidur. dan seperti malam2 sebelumnya, tetap bisa jadi tempat bermain kejar2 sampai tertidur. tri penggeli. langsung tidak boleh digeletek.
*gelak nakal*
pagi datang dengan sangat pantas. rasa kantuk sangat tebal. tapi atas janji pada adik, kami bangkit seawal mungkin untuk menunggunya di muka pintu taman tema. jam 11 bersua mata terus berpeluk2 dan meriuh seperti anak2 seolah pertama kali bermain gelungsur.
atas rezeki, aku ditegur aida, salah seorang teman puisitepijalan. terasa hari semakin berwarna-warni. tambah lagi satu naiktaraf kawan alam maya ke realiti.
aku dan tri sudah mula merancang perjalanan pulang sama achik ketika ledisodre memberi sms mengajak aku dan tri ke pahang.
jadi tutor mengajar anak2 felda di jengka 21.
aku angkat kening pada tri. jalan lagi! memang mengantuk disorong bantal. tri senyum dan angguk.
ini adalah minggu paling bahagia dalam dunia.
kalaulah boleh terus merantau begini.
op. berhenti sebentar.
tri, azim dan bajau sudah mula berpuisi gitar.
wajib join.
wajib.
19 comments:
sungguh indah fynn.
walau aku lalui pnglmn sbgni ttp tetap tidak dpt mengambarkan kata2 ku ini seindah kata2 kamu:)
wahh..
sungguh seronok kakfynn..
jalan2..
hmm.. saya nak juga!! =)
indah kt fynn..
indah juga sama sy..
senyum..
*hati d racik
Cemburu lagi.....(o^-^o)
Fynn.....
"Bukan tipikal" itu molekkah?
Jujurnya,pahaman aku tak terjangkau ke erti kata kata mu...
traffic jam pon boleh bunyik indah.. "masih punggung ke punggung"
hehehe.
but you do sound genuinely happy. seronoknya berseronok-ronok!!
oh ya...aku suka panggilan si rabun itu.serius.mengah aku gelakkan diri ini.sungguh...
mr. and mrs tri.
wink;)
menghilang cuti2 malaysia rupanya.
jalan2 la kalian satu dunia;
jika itu yang dapat bikin kalian
senyum dan bahagia.
untuk seorang fynn jamal,
kamu tulis dikit sahaja coretan untuk aku di hadiah kamu itu,aku sudah rasa indah sangat dan bersemangat waja.
itulah fynn jamal.gagagaaa
seronok nyer kak fynn..jalan2 yg penuh senyuman!!~
mmg gaya backpackers!
oh berjalan jalan rupanya :) Lihat, hidup kakak indah sekali. May Allah bless u.
lah..kak fynn kat jengka ke?
da sgt dekat da...
lama sgt tak online sbb exam.tau2 citer ader kat jengka..
senyap kan jengka nih
Bestnye jalan2. ahahahah ! im happy that you're married fynn. just happy.
all the best and send my regards to tri.
cheers.
seronoknya hidup kamu..jalan serata tempat...jauh dr kota..aku nak juga..!
seronok jadi kamu... hari2mu sangat indah dan bermakna! Semoga berkekalan!
WAHHHH SERONOK BANGET KAMU,,, INDAH....
wah akak,
seronoknye.
pusing2.
macam cerita the hoppers&ahli muzik pule.
hehe.
xsbr nk tgk akak in the cerita lah.
=)
*tiba2 rasa nak kahwin
jeles!
Fynn Fynn Fynn.
sangat seronokk oke jumpak kamu di sunway.
(ku dengan penuh x malu nya tego kamu)
hee. tp xkisah! seronok jumpak kamu.
kamu comel!
i got an entry fr u. (bukan nak bodek oke)
:)
take care fynn.
huhu.
seronot nyer dapat jenjalan mcm tuh.
bestnyer.
besok,ahad.sempat lagi aku mau jenjalan jugaks.
ehehhe.
aku dah terpengaroh nih.
:)
Post a Comment