Sunday, November 30, 2008

kebenaran jelas yang dipilih utk dikaburkan

lagi tentang tudung.
kali ini, hentaman pada tri.

menghina suami aku dayus tidak mempeduli aku yang tidak menutup aurah.

*ternganga mulut*
berani betul, kau kan?

terima kasih anon yang sekadar memberi nama pseudo 'ezam' (kejap ezam, kejap ezan). for all i care, u are the same anon with different online names, like the previous ones of annur, ridwan, etc. aku tidak percaya ada sesiapa di zaman moden ini online semata2 membaca blog orang. oh, come on.

tapi aku tidak faham.
aku jahat, suami aku dicaci.
aku jahat, abah aku dikeji.

pulak.
aku yang jahat,
kerana akulah.
kenapa perlu ada sebab orang lain?

sama seperti engkau.
jahat mulut engkau itu, sifat bangsat tidak ada bahasa itu, adakah ajaran bapa engkau yang bangsat sebagaimana atuk engkau didikkan bapa engkau supaya menjadi bangsat?

nah.
bagaimana aplikasi logik itu?
sakit, bukan?

ish.
mari istighfar dahulu, kerana biar kita berbual hari ini bukan atas dasar hasut syaitan dan sensitiviti yang tidak sepatutnya.

kepada teman2 puisitepijalan, biar nanti komen2 pedas kejam ke atas saya, kalian diamkan sahaja. tidak mahu nanti meleret2. cukup kamu faham saya. ya?
dan untuk pasukan anon / manusia bernama pena, kalau keterlaluan bunyinya, aku tidak akan terbitkan. senang sebegitu, kan?

(aku rasa puisitepijalan patut diswastakan, atas setiap klik dapat aku dapakan bayaran. pasti menguntungkan. haha. silly)

sahabat2,
kebaikan dan kejahatan itu suatu pilihan. dan setiap pilihan itu dicanting dari apa jua yang relevan di dalam hati. dan sebagaimana ramai yang masih tidak akan setuju dengan klise ini, hanya tuhan yang bisa menghukum kamu.

aku tidak menghalalkan apa yang haram. aku juga tidak memetik penyataan basi artis2 kita yang aku akan pakai bila masanya tiba. aku hanya berdiam diri, dan inilah aku.

yang tidak aku selindungkan buruknya.

tudung.
tutup aurah.
semua aku pernah.

dari tingkatan satu sehingga lima, masuk ke alam universiti, semua institusi agama. semua wajib tutup aurah. semua mesti pakai stokin. semua ada usrah. semua ada tazkirah.

tapi dari tempat2 sebegitu juga yang kali pertama aku dikenalkan dengan cerita kakak2 senior menggugurkan anak, di situ aku berjabat tangan dengan kisah seks sebelum kahwin atas dasar cinta dan itu tidak apa kalau lelaki itu bakal kita kahwini, di pusat sebegitu aku diberitahu di depan ibu bapa kita patut pakai hijab dan di belakang tidak apa.

ya. di tempat itu yang aku lihatkan si tudung2 labuh mendera mental seorang juniornya.
di situ juga yang aku pandangkan seorang abang berkopiah sedang berkucup di belakang tangga sama adik freshiesnya.
di pusat yang sama yang aku tenungkan surat yang aku terima dari seorang ustaz mengenai cintanya pada aku, spesifiknya di bawah apa yang telah aku tutupkan dengan kain tudung aku sebagaimana disuruh dalam kitab Nya.

aku hilang hormat pada luaran.
bagi aku, semua itu lakonan semata2.

bayangkan,
22 tahun aku hidup memakai hijab. elok dan molek. kemas dan rapi.
17 tahun lamanya, begitu manis bertudung dengan baju polos punjabi.
5 tahun terakhir hanya di hadapan abah, itu pun dengan kesal dalam hati.

muncul aku di depan dunia bagaikan sumpah2. di keliling manusia ini, rupa aku begini. di keliling manusia sana, ku pamerkan wajah yang mereka suka.

hendak dijadikan cerita, ketika usia aku 23 tahun, di masa aku putuskan cinta dengan kekasih pertama selama enam tahun (dia mahu dua kekasih dalam satu masa, dan aku cari pengganti baru sebagai jawapannya), dia hantarkan gambar2 aku yang sedang memakai baju bertali halus pada abah.

takkan aku lupa kata2 dia.
"kau sayang sangat bapak kau, tengok bagaimana aku pisah2kan kau dengan keluarga kau"

dia kotakan janji dia.
tidak cukup dengan gambar2 yang dia pos,
dia telefon abah.
tidak memadai dengan hasutan dan penambahan cerita,
dia datang rumah.

bahananya tidaklah teruk mana.
(aku sedang membohong)
itu adalah tahun paling serabut dalam hidup aku.

aku ingat sekali malam itu, sesampainya aku di depan pagar rumah di kota tinggi. pagi tadinya abah telefon aku di tengah2 kelas. tengkingannya begitu menghalilintar sehingga gadis di sebelah dapat dengar suara abah di range paling tingginya.

"kau balik sekarang ni, yanti!!!!"

1) dia tidak pernah menggunakan kata ganti nama "aku kau" sama anak2nya.
2) memanggil aku dengan nama "yanti" bermakna dia sudah habis2an bengkak sama aku.

malam pertama hentaman pada wajah sahaja. tidak ada cakap banyak. malam kedua menyasarkan tubuh. dan seperti malam sebelumnya, tidak ada sekali pun aku minta abah berhenti. aku biarkan dan redha kerana aku tahu sememangnya aku patut dapatkan sebatan2 itu. yang aku mampu, cuma membiar airmata menyejukkan bahang pijar tampar pukulnya.

di kedua2 malam, akan dia katakan sebagai penyudah: "kau jangan ingat dah habis. kau jaga esok"

bagaikan sudah biasa, aku terima kata2nya dengan angguk.
aku gagah.

sehinggalah malam ketiga, yang aku saksikan sendiri abah terjelepuk kerana kepenatan membantai aku. tiga malam aku dikenduri hebat dengan kepal tangan bekas askar itu. dan kekebalan aku luntur tatkala aku tonton abah yang terduduk menangis nasibnya yang tidak dikurniakan anak sesuci anak2 orang yang mulia pekertinya.

dia meratap memikir di mana silapnya.

dan untuk pertama kali, aku bukakan bibir untuk berkata2. aku terangkan yang kekasih aku yang konon2 baik dan luhur pekertinya itu bukanlah manusia di tahap dewa2. aku beritahu abah pertama kali aku buka hijab adalah atas mintanya, pertama kali aku lepak minum di mamak di jam 1 pagi adalah bersama dia dan kawan2nya.

dia tidak percaya. teman lelaki aku itu bagus. sudah kawan sekian lama. sembahyang penuh. ibu bapanya baik2 belaka. masakan dia ajar aku menjadi yang tidak baik.

aku minta ibu kukuhkan dakwaan aku, menjadi alibi penyataan aku.

sebaik abah mula bersedia buka telinganya, aku bilang sama abah:
"abah, angah mengaku angah memang tidak pakai tudung"
"habis selama ini?"
"angah berlakon. achik pun berlakon. kami jadi apa yang abah nak kami jadi. kerana kami sayang abah"
"kenapa bohong abah?"
"sebab abah cuma nak nampak apa yang abah nak nampak. abah kata kita patut bincang tentang semua perkara, tapi baru hendak cakap jujur, abah sudah marah2. jadi macammana"
"habis, jadilah anak yang baik"
"tapi anak2 abah bukanlah baik mana"

abah diam. aku diam.

"abah... bagus juga benda ini jadi. sekarang angah dapat tanya, abah nak angah terus bohong abah, boleh. tapi kalau abah tanya hati angah, angah hendak kita jadi kawan baik. angah tak mahu takut sama abah. tapi hormat pada abah"

abah senyum sedikit. dan kami berpelukan dengan aku tidak henti2 meminta ampun kerana berbohong tentang siapa aku selama itu.

"angah akan pakai tudung kerana tuhan. bukan kerana abah."
"abah gagal, ngah"
"tak, bah. angah yang gagal"

aku yang gagal.
bukan kerana abah.
bukan kerana tri.

api neraka sudah tersedia untuk aku. aku tahu. tapi tidak ada satu hari pun yang aku bangkit tanpa mengharap aku ini akan dibantu hatinya untuk kembali pada pencipta. kerana aku tidak mahu berwajah muslim tetapi bangkai hatinya.

kerana aku terlalu hormatkan sesuatu yang kau namakan tudung.

bukan sekadar penyeri fesyen busana muslimah.
bukan sekadar menutup mulut2 mak limah.
bukan sekadar seperca kain.
bukan sekadar main2.

kalau kau masih mahu tinggal di bumi malaysia dengan denial yang hanya gadis2 bertudung sahaja yang ada maruah, terpulanglah.

dalam setandan pisang,
tidak semua busuk.
bukan setiapnya cantik.

aku ada ramai sahabat yang bertudung. menjaga diri dan tatasusila. tidak mungkin aku tidak hendak jadi seperti mereka.

panggillah aku apa2. aku halalkan.
tapi kalau kau libatkan mak abah dan suami aku,

kau kurang ajar.

69 comments:

Anonymous said...

ayah itu indah bukan ?

........................

syda ibrahim said...

kesian kak fynn.
hal2 peribadi diungkit balik.
ingat tuhan saja kak fynn.
yang baik dibalas baik,yang jahat ada balasannya.
kenapa agaknya alasan anon sampai kak fynn harus cerita yang lepas2.
kita sesama kita mahu jatuhkan sesama kita.
sabar saja kak fynn.
saya selalu baca blog kak fynn.
dah macam kenal sangat kak fynn.
;]kuat!!!

EsLemOnTeA said...

-kerana kita hidup dalam kelompok yang pada mana,luaran itu disandarkan.-

-kerana kita hidup dalam masyarakat yang gah mengatakan luaran itu penanda aras budi pekerti diri-

-ada apa pada luaran ya?-

myhann said...

I like it.
But lets say our dad asks us to cover our aurah, he just wants to help us. I think we should do what he adviced, because its a good thing. Plus, Allah mewajibkan kita menurut perintah bapa kita kan. Tapi tukar la niat tutup aurah tu, tutup aurah kerana Allah, bukan kerana bapa.
Hihi

Tujuh Kaki Dalam said...

Assalamualaikum

sabar fyn.

nampak sangat kejahilan org yang menegur tu.

apa yang mereka paham dalam "menegur?"

tengok luar sahaja tanpa terus melihat ke dalam?

siapa lebih tahu hati org?

melainkan Dia?

kan?

:)

Bobby Nuurri said...

fynn,
terima kasih jadi diri sendiri.
terima kasih kau tolong sebarkan kata hati.
terima kasih kau tahu erti kata hati.

Tuhan, Dia sentiasa ada.
walau kau begitu perihalnya, aku pun begini jadinya. asal hati kita putih. bukan mahu jadi pretentius dan menjadi jahil.

buat baik sesama manusia, itu cukup indah.

hal hijab dan aurah. Insya-Allah nanti tiba. bila hati benar-benar sedia.

jangan kau paksa, kerna paksaan takkan kemana.

jadi diri sendiri, denagn hati putih suci. lebih indah.

cukup makna kata. kau tahu siapa diri kau.

moga kau tabah kawan.

hatrikirana said...

lama tidak meninggalkan jejak di sini...kdg hanya berpeluang bersembang sekejap dgn k fynn di telefon...kakak, hanya Allah yg tahu apa yg makhluk2-Nya lakukan...walaupun kita sdg berbuat baik pun, pasti ada org yg akan bersangka buruk pada kita...
kita jgn sesekali bersangka buruk pada yg lain, biar lh apa org nk kata ttg kakak...kerana Allah sentiasa adil terhadap setiap makhluk-Nya...

Amak said...

saya pun teringin nak pakai tudung satu hari nnt. Hari2 lepas solat pinta Allah beri hidayah dan kekuatan untuk bertudung.

Pelik. Kenapa aku perlu minta tuhan beri aku izin pakai tudung sedangkan tudung itu memang wajib dlm islam?

Hari hari, saya termenung sebelum lelap di malam hari mengenang nasib yang semacam dah dapat di ramal di 'sana' kalau esok harinya saya tak bangun-bangun lagi.

haih...

dan fyn, marahkan saya tapi maki mak abah saya pun membuat saya jadi naik hantu juga.

nak ikutkan hati, saya nak maki mak bapak mereka balik.

tapi dah memang resmi kita bukan macam tu. Kan?

ABSOLUTE said...

sabar eyh. :)

Anonymous said...

*touched&cried*

Anonymous said...

kak fynn,
betapa sayangnya abah kak fynn pada kak fynn.

bonda dah terang-terangan tunjuk kasih sayang pada anaknya.

cuma kasih sayang seorang ayah itu, macam terlalu bernilai untuk di tulis.

macam terlampau indah. sebab mereka itu lelaki gagah.menangis mereka itu sebab kesan torehan dalam hati mereka sangat dalam.

kan?

saya sayang ayah saya yang selalu travel jauh2 buat saya risau.
jaga abah kak fynn baik2 yer?org tua makin tua makin sensitif. mama saya cakap la. :P

Ad Lee said...

kakak!
i dunno why people keep hentaming you back to back these past few days but i just hope things will stop and you can lead a happy life, the happy moments when u married tri and that it will last forever.

oh ye. tadi bukan main ramai gile msg diri ini katakan kamu blakon di tv dan betapa hepinya mereka tengok kamu. pelik ya. barangkali mereka tiada medium hendak terus ucapkan pujian kepada anda, jadi mereka tujukan pada aku.
dan itu membuat aku sedar sesungguhnya kakak aku ini masih disayangi ramai walau ribut badai datang melanda.

psst. cali rindu sama kakak! :)

Syhra Sepeai said...

Mereka itu juga salah didikan ayah mereka kerana begitu lantang melontarkan kata-kata jahat. Apa sahaja yang ada dalam fikiran mereka.

Saya juga memakai tudung, tapi tidak lama kemudian saya tekad untuk tidak memakai. Semuanya kerana saya berpendapat perangai, kelakuan saya sama sekali tidak seiring dengan apa yang diluarnya, dengan apa yang dilihat orang. I dont wanna be the worst followers of a great and best religion.

Orang itu sendiri yang perlu menukar perspektif mereka dan cara mereka menilai orang lain. Tidak semua yang berskirt pendek itu jahat, tidak semua yang berhijab itu baik.

Mulut orang itu mungkin sahaja tidak akan pernah berhenti selagi kakak tidak memakai tudung.. Ahh orang mcm iu juga ada. Pelik sungguh kedengarannya.

Itu lah manusia. Jarang mahu meraikan kegembiraan dan kesenangan pihak yang lain itu bersama, sebaliknya mereka lagi senang melemparkan kata kata sinis. Minta Tuhan kuatkan semangat kakak dan keluarga serta hindarkan saya dari perkara sebegitu.

Manusia juga jarang mahu berkata tentang kebaikan seseorang itu selagi mereka masih di hayat. Mereka lagi senang untuk umpat caci maki fitnah dan bagai lagi. Pabila sudh mati, barulah mahu dikeluarkan cerita kebaikannya itu yang selama ini kau kata bohong tiba tiba saja jadi ikhlas.

*geleng kepala*

Mungkin orang yang berkata tentang keluarga kakak itu tidak berfikir panjang kerana dgn jelas sekali semua ini hanya menambahkan kebencian orang terhadap diri mereka lantas mereka mengambil keputusan untuk sorok tang setelah lempar batu.

Kuat kakak :)

Shakina Amirudin said...

kak fynn meleleh air mata baca entri yg ni
hurm kdg kdg kita terpaksa menipu ngn org tua kita sendri kerana sayangkan die
jaga ati die
sdgkan ati kita tuhan aje yg tahu
yeah kak fynn biakan aje anonymous tuh
slagi bernyawa slagi tuh la x abis abis nk m'hukum org lain
kenapa la dorg x sedar alangkah bagus nya klu dorg menghabiskan sisa sisa hidup dorg dgn m'betulkan diri sndri dan melengkapkan amalan or whateve yg x cukup lagi tok bawak ke sana nnti
kan itu lagi bagus
haih manusia manusia

tidak dikehendaki said...

Minta maaf ye. sy nk ckp pun x reti cara. sbb bahu kiri sy pun lebih berat dari yg kanan. br jap td sy google bnda bwh ni. kita buat renungan bersama;

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita
dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya
didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang
yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu,
dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan
diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan
tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke
neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr
menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Maira Adreanna said...

i undrstand ur feeling. situasi yg same. just still tak kuat untuk jujur pada ibubapa. anon itu mmg kurang ajar .

Anonymous said...

tidak suka jika orang memandang rendah hanya kerna tiada tudung di kepala..
konon konon yang bertudung itu semuanya baik belaka padahal ada saja yang lagi teruk dari yang tak bertudung...
tak ape kak fynn...
at least suatu hari nanti kak fynn pakai tudung kerana hati diri sendiri, bukan sebab orang lain ingin kak fynn begitu...

Gurik said...

kak fynn, seriusli...
i donno how to deal wid ex bf yg sanggup nak kucar-kacirkan famly org laen..
sdgkan kita sikit pun tak kacaw famly dia.

i hav the exact same experience bout the ex bf...but worse.
sedey jugak kan when kita buat slh wid our parents yg tatang kita mcm minyak yg pnuh.

hurm...
anything pun... sabar je kak fynn. sume ade hikmahnya..kan.

Si Mata Hitam said...

sabariah sahajalah!

pjoe said...

dalam blog
aku pun dah kena mcm ni
bagi aku
org yang insult ibubapa atau suami, isteri
adalah kurang ajar

the loco's said...

sis..
dia bukan guru agama atau ustaz untuk mengajar orang, lantak dengan anon yang selalu 'busuk hati' dengan kegembiraan orang lain. dan dia hanya berani atas nama 'anonymous' sahaja.

sabar sis....

always support you...

*tgk the hoppers & ahli muzik.. i see u sis.. nice act.. :-)*

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

kakak.terharu baca entri ni..
saya pun tidak bagus mana padahal punya mak ayah yang sangat mulia..lagi pula..ayah sudah tiade.. perasaan bersalah tu tetap muncul..kenapa kita tetap melakukannya ya?? saya dididik dgn penuh sempurna.. tp...mcm kakak cakap.. kakak yang salah bukan suami mahupun abah..sama juga saya.. diri sndiri yang salah... mcm mana saya mau berubah..
betul kata kakak.. manusia tidak boleh diadili samada berhijab atau tidak ia.. terserah apa orang mau kata.. yang penting kakak tau apa kakak buat.. biar kita ikhlas kerana Allah bukan... semoga semuanya baik2 untuk kakak dan suami

Tkah said...

hye kak fynn
dah lame tak comment ape-ape pade entri akak.

mengenai tudung tuh,
ade betol nyer.
bia kan si polan-polan tuh mengata.
bia kan mereka menambah dosa-dosa mereka
sementara itu akak menambah pahala-pahala akak :)

Anonymous said...

sori 2 say,x sume org pki tudung tu 'baik' dan x sume org x pki tudung tu jahat..yg penting kite tau sp kite dan ape kite buat..smoge fynn dan keluarge akan sentiase dilindungiNYA..

obor obor said...

akak, kau mmg hebat

-kembar ain fatehah

the artist and i said...

bukan berkenaan entri.

Anda pernah menyanyi lagu Creep di..Lost Generation kan?

Anonymous said...

Doa.

"Ya Allah, berikan aku ilham dan pertunjuk dan jauhkan aku dari kejahatan diri sendiri"

amin.

d.sapphire

Sabrina said...

kak fynn, entri ini buat saya menangis.

terima kasih.

=)

budak cari hari said...

kak fynn,
semakin banyak kisah anon2 itu menghentam kak fynn,semakin saya ingin kenal sama kak fynn. (:

Aishah Rahim said...

hilang kata-kata....

dina said...

aku pun speechless... tak tau nak kata apa... insaf2

Anonymous said...

kakfynn...
berdoa dan berusahelah...
kite semua tak perfect..
dah litup bertudung masih ade maksiat2 laen yg still xleh tinggl..
da settle maksiat2 laen, mslh aurat pule yg masih xsettle2...
ssh nk jadi baek, tapi kite semua nk jd baek, kan... ;)

p/s:kakfynn 'logam' yg baek tuk islam, saye doakn kakfynn akn terus sukses...iAllah...

Anonymous said...

*nangis*
kak fynn ,
tabahkan hati , ya ?

najuwaju said...

(aku rasa puisitepijalan patut diswastakan, atas setiap klik dapat aku dapakan bayaran. pasti menguntungkan. haha. silly)

kak fynn patut try nuffnang. ;D


si penghentam, kita manusia. jangan buat kerja tuhan. meng judge manusia lain. sekadar mengingatkan, dah cukup.

Sara Musfira said...

KakFynn, jage dinding2 kamu yang kuat itu. Biar pergi apa orang lain mau bidaskan tentang hidup kita. Kita tgk nnt di kemudian harinya, ntah ntah apa yang orang orang itu katakan, berpatah balik ke mereka. Masa tu pun, kakfynn just biasa biasa saja.

Sabar yaa kakFynn, sabar.
Istighfar banyak banyak
=]

C.E.@ said...

Aku bukan menimbang.Kita serupa.Sama lara dalam genre yang berbeza.

Mengapa berdoa minta kekuatan yang kamu telah ada?

Kamu sudah miliki kekuatan itu.Aku nampak.

Minta hidayah hanya pada kata walhal hakikatnya,ia perlu dicari bukan ditangisi kerna tiada.

Terus ikhlaskan hati kamu.InsayaAllah kamu tahu.

Anonymous said...

sabar je r wak...tp...tu r kenyataan dier...dosa sorang is3 ditanggung oleh suami...dosa sorang ank pompuan ditanggung oleh ayah sindri..fikir2 kanlah..

Farah Rosni said...

seorang ayah selalu ingin yang terbaik untuk anak-anaknya, yang gadis terutamanya. benarkan?

sabar. dan diamkan. itu sahaja yang mampu dilakukan untuk diamkan si anon sebenarnya.

aina syaqilah said...

jadi diri sendiri lagi bagus dari jadi ahli hipokrasi
persetankan mereka kak fynn
tuhan sentiasa di sisi
semoga kak fynn cepat mendapat hidayah dari tuhan untuk pakai tudung
=DDD

Rubina Yunal said...

Kakak,

Mcm yg penah sy katakan. Yang ditutup ini bukan rambut dan kulit semata. Yang ditutup ini sepatutnya membina perlakuan diri, personaliti dan identiti.

Mungkin yang terjadinya puak-puak yang bertutup tapi buat onar tu puncanya sbb tak ikhlas dan tak sedia. Cuma ikut-ikut kawan semata agaknya. Menonong tak tentu arah saja sebenarnya.

Jadi, pakailah bila sudah benar2 sedia, ok kakak?

Itu deal kakak dengan Dia. Takde sapa boleh masuk campur, cuma boleh beri peringatan saja.

(Nak peringat pun kena ada caranya.. mau halau lebah, jangan dirodok kasar sarangnya. Undang mati tu namanya.)

Semoga kakak tetap tabah. Macam selalu :)

Anonymous said...

kagum dan hormat pada kak fynn=)

apa yang kita rasa, hanya kita dan tuhan saja yang tahu, kan?

FatinSuhana said...

kagum dgn kak fynn.
bukan semua yang bertudung itu baik.
dan bukan semua yang tidak bertudung itu jahat.
rakan2 tidak bertudungku ramai yang menjaga tatasusilanya lebih dari mereka yang bertudung.
cuma masa,mungkin.
belum bukakan hati mereka.
jd, tidak perlu dipaksa.
kerana tuhan itu maha memberi.
jika mahu diberi hidayah,
pasti diberi.
kita sekadar manusia.
nasihat sudah mencukupi.
tapi bukan paksaan atau cemuhan.
manusia yang punya akal ku pasti,
tak akan bertindak sedemikian.
=)

p/s- i love yr writing soo much. it's full of something that makes us think. thanks.

Anonymous said...

hurm..cian kamo..
spatutnye hal2 cm2 x yh dibangkitkn..
xsemestinye yg x bertudung tu buruk..
n xsemestine yg bertudung tu baik..
huh~
terharu bce kisah kmu n ayh kamu
wuu~
saba eh kakak=]

ftn amirah said...

rase nk pecah muke yr ex bf tu

uni.uni said...

kak fynn,
sbr ye..ade benarnya.kdg2 sy sndiri trpkse menipu..
dan ye,utk mereka..parents kte..
sekadar menyejukkn hati mereka..
hmm..
tp,dgn izinNya..sy pn mahu memakai hijab sebetulnya..
ape2 pn,sbr ye..
org hanye tau menegur..

Anonymous said...

"api neraka sudah tersedia untuk aku. aku tahu. tapi tidak ada satu hari pun yang aku bangkit tanpa mengharap aku ini akan dibantu hatinya untuk kembali pada pencipta. kerana aku tidak mahu berwajah muslim tetapi bangkai hatinya."

api neraka sudah tersedia untuk aku?
aku tahu?

nauzubillah,kak fynn.
skali ditikam didunia.sakit dan trus mati.sakitnye hanye skali.
tp dineraka,seksaan nye xmati2 kak.
klau pun sakit didunia berkali2,akhirnye pasti ade penghujung,smada mati mhupun kiamat.
tp kak,akhirat sakit selamelmenye.satu soalan?sampai bile?sampaaaaii bile2
ya allah.
tggl 1 solat pun dok lm neraka slame 1huqub,huqub?
1huqub bersamaan 80tahun.
1hari diakhirat sama dgn seribu tahun didunia.ya allah.!!
mcmne ngnn dose2 yg lain?
brape lme lg kte nk diam lm neraka.
ya allah jauhkan kami.

mengharap untuk dibantu hati supaya kembali?
harap?hope?
p/s :perlu tambahan."harap dan perbaiki amalan."insyallah,sme2 kte perbaiki diri!!

dalam dunia,
ade yg berkte2 mgikut ilmu,
ade yg berkate2 mngikut perasaan,
ade yg berkate2 mgikut nafsu,
ade yg berkate2 mgikut pengalaman.
akhirat la jd tapisan nye.
kte xlayak ntuk surga dn xupaya hadap neraka nye.cume berusaha untuk surga nye dn jauhkan dr nerakanye!!
chayuk2.insyallah!!
kdg2 kte sendiri terlupe sape pencipta kte,kite terlupe kt die.

semoga kita sme2 dpt igt allah,buat ape yg disuro,tgglkan ape yg dilarang.pasti allah sayang.
huhu:p

Anonymous said...

kawan baik aku juga dihentami?
die anon die!
ko tidak layak hentam kawan baik aku!

Beautiful Disaster said...

sgt indah.

kdg2 org mnegur tnpe memandang diri sendiri dlm cermin..

slm singgah

ML; Mohd Loqman said...

i hope i'm not that kind of person.
kak fynn kuat.
jgn risau.
:D

cik.siti said...

ok. saya nangis ok baca entri ini. argh!

Anonymous said...

saya ada sesuatu ingin diluahkan.

mengambil contoh kak fynn. kata akak:
"22 tahun aku hidup memakai hijab. elok dan molek. kemas dan rapi.
17 tahun lamanya, begitu manis bertudung dengan baju polos punjabi.
5 tahun terakhir hanya di hadapan abah, itu pun dengan kesal dalam hati. "

5 tahun itu tudung dipakai demi menjaga hati seseorang yang bergelar bapa. supaya tidak terguris hatinya. supaya tidak terluka hatinya melihatkan hakikat sebenar.

jadi apakah yang terjadi selepas 5 tahun itu? tidakkah lagi terluka hatinya melihat aurat kamu terbuka sewenangnya?

ramai dari kita yang tidak bertudung mengatakan yang mereka hanya akan memakai tudung bukan kerana bapa, atau ibu, atau atuk, nenek dan sebagainya, tapi kerana Tuhan yang Maha Esa.

persoalannya.

kalau betul ingin memakai tudung kerana Tuhan, rasanya tiada sesiapa yang tidak bertudung sekarang. Allah menyuruh kita menutup aurat sejak dulu. jika demi Allah, kenapa masih lagi kita membuka aurat kita?
bapa suruh pakai, kita pakai. walaupun rasa takbes.
Allah suruh pakai, kita pakai jugalah, walaupun rasa takbes. kedudukan Allah itu lebih tinggi dari seorang bapa.

ya mungkin kita tidak ingin berhipokrit sesama kita. hati kata tak mahu, jadi tak mahulah..

tapi apalah sangat hati dan perasaan ini jika dibandingkan dengan hati dan perasaan mereka yang membesarkan kita dengan harapan melihat kita ke arah kebaikan, ke arah jalanNya?

ayah kak fynn membantai akak cukup cukup supaya akak sedar akan dosa itu. bantaiannya tak mungkin sama dengan bantaian dan azab Allah. itu yang ditakutinya. kerana dia sayang pada akak. dia ingin melindungi akak dari terkena azabNya. nauzubillah.

sedangkan jika ibu bapa memarahi kita pun terasa benar ingin menjerit balik, tapi ditahan dan diam dan akur saja demi menjaga perasaan mereka, kenapa tidak hal ini? menjaga perasaan mereka?

juga kepada Allah yang mencipta kita dan menyuruh kita tunduk dan patuh kepadaNya, tapi kita melawan.

tiada istilah 'tak mahu bertudung kerana enggan hipokrit, enggan bermuka muka, memakai kerana bapa atau ibu, TAPI kerana Allah'. jika benar kerana Allah, sudah lama kita memakai pakaian tersebut demi menutup aurat kita dari mata mata lelaki jalang yang ingin Allah lindungi kita dari mereka.

yang ada, hanyalah ini.
ingin memakai tudung kerana hati sendiri.

p.s. bertudung tak semestinya menutup aurat. ada yang bertudung tapi masih bisa menggugurkan iman manusia dengan pakaian sendat, tudung singkat, nampak segala lekuk badan. pucuk pangkalnya kita semua ini jahil, masih perlu banyak belajar dari yang berilmu. tolonglah, kita tak tahu bila tibanya masa kita tersungkur dan menghadap Dia.

saya berundur diri dulu. maaf jika ada salah dan silap sepanjang saya bertandang ke rumah ini. salam

BabyJane[The Juliet] said...

Yaaa Allah kak fynn
I'm so touched dgn entry kali ini
spttnya hal peribadi kak fynn tak perlu org itu ungkit
dia siapa nak mengata org
besar sgtkah martabat dia nak mengata org
tak mengapa kak fynn
rmai yg menyokong kamu dibelakang mu
mereka lebih mngenali siapa kak fynn yg sbnrnya
:)
entry kak fynn kali ini buatka saya sedar ttg sesuatu
saya menangis sebentar membaca entry kaka fynn
:)

Syukri Shairi said...

hebat.

iYda Juhar said...

fynn,
aku amat cemburu sama kamu fynn, punya abah yang begitu. jeles nih.

InsyaALLAH.
semuga lembut hati mu itu.

(;

Anonymous said...

jgn salahkan ayh atau suami.jgn juge stresskan yang betudung,yang bekopiah.jugemental namenye. dan Allah juge melarang kite redha ke nerakanya.asalkn niat tu da ade...insyaAllah

hikayat aku dan mereka said...

kisah yg menyentuh hati.. benar..

Captain said...

reading this entry feels a little too close to home.

like a friend said to me, "selain ibu bapa, masyarakat juga membentuk anak-anak. "

yes, we should don the scarf on our head for God only, and not because we fear our parents. but sometimes we wander too far from the purpose we do it in the first place.

be strong. :)

Shemmi said...

jadilah dirimu sahaja..
bedal ajelah apa yg kau mahu..
kerna..aku kau dia..tetap sama di sisinya..

syurga neraka?

itu bukan pada jilbabnya!

Anonymous said...

persamaan kita, kita rosak disebabkan bf pertama yang disangka elok dan mulia.
saya boleh faham perasaan kak fynn sebab saya pun melaluinya. namun belum lagi sehingga ke peringkat buka tudung sepenuhnya kerana saya masih ingin menjaga nama baik ibu bapa. hipokrit? mungkin. tudung hanya dibuka apabila bersama bf dan jauh dari orang yang mengenali family saya... stupid? yup, i realize dt. tp yang jahat adalah saya, bukan atas dasar kurangnya didikan mak bapa. mereka adalah ibu bapa yang terbaik saya boleh dapat.

Anonymous said...

kak,

biar pakai ikhlas dari hati, untuk Tuhan. bukan kerana terpaksa, bukan kerana orang mengata.

lagipun, manusia memang takkan pernah puas lagi2 hal yang memburukkan orang lain.

anon suka mengata akak, tapi dia pun bukannya sempurna. dia manusia. dan manusia tak pernah sempurna.

sabar ye kak?

oh btw, saya salah seorang silent reader akak :)

<3nurul

Anonymous said...

owh manusia....
pandai brkata2...tuan rumah n sang anon2 yg brdiri d blakang tuan...kerana mulut badan binasa..islam dan logik umpama langit dan bumi...bodohlah manusia jika agama dilogikkan...brtanya dulu sbelum mngeluarkan kata2.....kerana esok mungkin hari ini jika adanya semalam

Anonymous said...

k fynn,,
sy pun schl agama gk smpi skrg.
org sll tgk di luar sj.
org fikir bila kte schl agama,,
xblh tgk laki
xblh dgr lagu
xblh itu dan xblh ini
sy penat.
sy penat bohong dgn org.
tp,skrg sy nak jd dri sy sndri.
jd,specifictly,
sy dah xkesah ape org nak kata.
betul kata k fynn,,
sy nak berubah krn mmg sy nk berubah..
"be wut we want to be,,
not wut others want to see."

Anonymous said...

sebelum ni ku baca entry saja.
and mmg obviously, i was touched. shahdu oke.

and baru sekejab td, ku baca komen-komen. utk entry ini komen-komen dari yg tiada link kebanyakannya buat ku menangis.

'tragedy'
'b.r'

antara nya.

yg paling menikam sekali dari azfarul.

terasa seperti ; jahatnya aku...
*sedih*


doa ku hanya yg baik-baik sahaja untuk kita semua.

Anonymous said...

mungkin ada baiknya jangan salah fahamkan antara kewajiban dan kepuasan hati.

menunaikan keWAJIBan itu adalah hak kita kepada Dia. sebab kita hamba :)

kepuasan hati? tepuk dada tanya diri. :)

hijrah itu memang susah, tapi nikmatnya besar. dan salah satunya adalah ketenangan.

-saya juga anon, tp sy sayang kamu walau tak jumpa, tak pernah kenal-

humairah

Anonymous said...

"...dosa sorang is3 ditanggung oleh suami...dosa sorang ank pompuan ditanggung oleh ayah sindri..fikir2 kanlah..."

renung-renungkan dan selamat beramal.

printing said...

kamu berani... untuk berterus terang dengan pak din.... kamu berani...

cik souLiish said...

nice to reach ur blog. i cried cause i remembered my dad ;)

Anonymous said...

its funny how im in this particular situation right now. parents aku tak pernah tau pun aku ada hasrat taknak pakai tudung.

tapi aku dah set dalam hati, niat ikhlas nak pakai tutup aurah untuk tahun baru ni. taknak pakai baju ketat2, taknak pakai lengan pendek. betul2 tutup aurah.

thanks kak fynn, its nice to know im not alone. :)

Anonymous said...

sounds like me.. :(