tuhan mahu menguji aku.
menguji siapa seorang aku.
bukan si fynn jamal.
bukan si angah.
tapi sebagai seorang isteri.
semalam, dengan perasaan yang sangat meriah, aku dan tri diiring keluarga kami beramai2 berlegar di KLIA. haru, seronok, sayu, riuh bercampur-baur dalam hati, yang mana sedikit2 ada masanya terkeluar ke riak muka.
bertiga, aku, tri dan ayah terus ke kaunter. niatnya mahu hendak check-in bagasi dulu baru bersalam-salaman.
semuanya nampak seperti warna2 air buncho yang baru dibancuh.
sebegitu rasanya.
sehinggalah gadis bertugas bernama sharifah membisik:
"tak lepas".
dunia jadi sunyi.
"hazrilfitri tidak lepas. isterinya okay"
tri terus diam selepas itu. wajahnya terus mati. mata dia yang dari tadi berombak2 dengan perasaan, kini sudah kaku.
tuhan,
satu lagi dugaan, ya?
dulu tri seorang pramugara. dan selepas tamat bertugas, passportnya ditukar baru atas faktor rosak. maka di dalam sistem, seorang hazrilfitri mempunyai dua identiti.
lalu bercanggah.
ayah yang punya kuasa di klia turun naik sana dan sini. mama sudah terdiam. abah risau dan senyap. ibu cuma memandang. achik, along dan lain2 cuba memberi senyum pahit dengan harapan dapat memancarkan simpati.
aku dan tri melekat di jari.
berbual dengan sentuhan.
kerana aku tahu, di waktu ini tidak ada apa yang bisa aku pujukkan.
di masa2 begini, ketika nasib malang melintas, bahasa tidak ada nilai.
teringat tadinya aku telefon semua kawan2 mengucapkan selamat tinggal.
teringat tadinya berpelukan berdua sama achik mengucap akan rindu.
teringat tadinya dikucup along di dahi, dengan erat dikasih.
teringat tadinya adik masih tidak mahu memberi izin pergi seluruh hati dia.
ralat.
tiket di tangan, berharga gaji pensyarah selama dua bulan setiap satunya tiba2 aku lihat bagaikan tisu tandas.
resit hotel sementara yang akan menjadi pengantara mendapat rumah sudah menjadi kain lap meja.
semua hangus.
mungkin itu yang difikir tri.
serba salahnya pada semua, rasa tidak mampu dan mengecewa.
kasihan suami aku, tuhan.
aku tarik dia dan ajak duduk berdua.
aku bisik: laa haula walaa quwwata illa billah.
tiada yang lebih ada kekuatan selain Allah.
mana ada yang mampu melawan kuasa dia. tri cuma diam. masih mati seperti sejurus tadi. dan aku tiba2 diberi kegagahan mengharungi situasi itu.
seorang fynnjamal pasti sudah akan mengekspresi jiwa dengan kemarahan atau tangisan.
tapi semalam, aku adalah seorang isteri.
dan sebagaimana aku bilang pada tri, aku mahu menjadi khadijahnya. yang tetap setia di sebelah sang suaminya. susah dan senang.
susah dulu. baru senang.
bukan senang dan susah.
mujur sekali aku dikurniakan keluarga aku. dan tri dengan keluarganya. yang sangat memahami dan mengasihi kami. betapa kasihnya tuhan pada kami yang mengurniakan kami untuk sesama kami.
ketika aku ucap maaf pada semua kerana menyusahkan diri hadir, yang aku dapatkan dari bibir mereka adalah:
"sebenarnya lagi suka kamu berdua tidak pergi"
"yes! maknanya cuti hujung tahun ini kalian ada"
"dalam hati memang tak izin awak pergi"
"kamu yang hendak sangat pergi, takkan tidak dibagi"
"tolak sajalah kerja sana. sini pun banyak juga"
"entah2, sampai sana, abah jadi apa2. mana tahu, nanti macammana mahu balik?"
seumpamanya.
semalam, tidak ada sekali pun yang aku soalkan tuhan atau keadaan. hati aku sgt redha dan menerima. aku sendiri tidak percaya.
selepas mengucap selamat pada abah dan keluarga aku, aku dan tri masuk ke bilik.
kami masih tidak banyak berbual. 2 beg deuter kami masih terbiar tidak diusik. sengaja dibiarkan. tangan masih terlekat. masih berbicara sesama mereka.
berdua, mengunci bilik dan berbual bersama.
dengan suara paling perlahan.
seperti mimpi yang makin jauh.
"ada la tu hikmahnya" adalah frasa paling kerap sepanjang hari.
mungkin yang pelbagai.
yang mungkin lebih baik dari perginya kami ke sana.
"sayang, sori ya?"
"tidak apa"
"awak sudah patut di sana. tapi kerana saya..."
"tempat saya di sebelah awak"
*dua2 diam dengan airmata terbiar lalu tanpa dikesat*
di sebelah engkau, tri.
di mana2.
kerana bahagia itu,
bersama kamu.
67 comments:
smuanya ada hikmah insyaAllah
betul tuh.ade hikmahnya. mungkin kita tak tahu. sabar yer kak fynn dan tri :)
oh. aku ade dua perasaan waktu membaca entry ini.Sedih dan gembira
Sedih sebab semangat kau yang berkobar-kobar untuk hidup di sana, terbantut. Aku simpati.
Gembira sebab kau masih di sini.
Tak mengapa rezeki kalian pasti di lain hari..
hahahaha mcm dlm drama. selamat pulang!
Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
=)
- amosss@ izza
Kak Fynn & Abg Tri,
tok sah sedih.
cheer up okayy.
ada hikmah.
cuma kita je tatau hikmah tu baik atau tak untuk kita mengetahuinya.
be strong.
as long as both of you always together,
it'll be fine.
:D
everything happens for a reason, okay kakak.
sabar banyak1
every cloud has silver lining kak.
n man proposes God disposed kan?
hmm..
btul2..
smua ada hikmahnya kakfynn..
sabar la..
mgkin sni lgii bnyk yg mnanti.. =)
sedih + gembira=???
:)
pasti ada hikmahnya!
(sila baca msg di tepon)
itulah meset samada masih di malaya ataupun di nu zelen.
/syah sgt bercuti.
kalau kfynn punya entri tidak dikomen,maaf ya?
belum masa.
nanti smpai waktu sebenarnya,
tinggal sekejap sama kami di sini, ye kak?
lea suke bace blog fynn dan tri. buat lea rase tak sabar nak jage suami sendiri.
padahal stil kecik lagi :)
semoga berbahagia ya :)
aduh fynn,
takngape,esok lusa klo d izin Tuhan masih ada kan.
mungkin ramai yg lebih gembira dgnberita ni.sbb fynn masih d siniiiiiiiiiiii yeay!
jd kesimpulan nye akak jd pergi??ngeee...sy senyap2 bc blog nie..kagum sgt dgn penulisan yg lahir btol2 dari hati...
jengukla blog sy klu sudi..its nothing.. not much to say from the heart..coz heart is stuck by sort of thing that is not necessary..
nice to know who is fynn jamal..;O)
err..boleh tak saya nak melompat seronok dulu??=)
kak fyn,sy kagum dgn sikap saling faham kalian.moga sy dan partner akan jadi begitu juga.pasal problem kak fyn takleh terbang tu,betul lah tu..memang ada hikmah dan sebabnya yang di luar kotak fikiran kita.
kamu tetap di sini..kan?yayyy!!!^_^
sedih aku baca entri ini... sebagai isteri aku memahami kamu...
kita sama, mahu menjadi sesetia Khadijah... InsyaAllah, segala apa yg jadi punya hikmah yang ditentukan. Dia lebih mengetahui....
alamak.. terharunya aku baca Fynn :( ko mmg sorg isteri yg baik. tabik spring skit... Anggaplah bukan rezeki. Redha jer...
aku turut simpati..
"awak sudah patut di sana. tapi kerana saya..."
"tempat saya di sebelah awak"
*dua2 diam dengan airmata terbiar lalu tanpa dikesat*
...
"tempat saya di sebelah awak"
agung.
agung.
Tuhan tahu apa yang lebih baik untuk kalian, semua sudah siap diatur lama dulu..
bertenang, & bersabarlah..
yang dikejar tak semestinya baik, yang dicicir tak semestinya buruk.
salam.
takpe, perancangan Tuhan tu banyak. ni salah satunya.
*hugs kak fynn lagi*
insyaAllah, nanti mesti ditunjuk jalan arah mana yang lebih sesuai dan mudah utk kamu berdua. :)
ujian tuhan itu untuk hambanya yang tersayang..
redha,sabar atau di maki tuhan itu.
semua itu refleks yang Dia mahu uji.
kamu itu tabah ya kak.fyn...
tenang saja.
hikmah tuhan itu besar.
kerana Dia yang maha kuasa.
Kesiaannya, banyakkan bersabar. Ada hikmah disebaliknya =/
semua kita ini sayangkan kak fynn & tri.
ada hikmahnya, benar kata mereka.
mungkin rezeki itu di lain hari bukan?
apa yg berlaku semua ada hikmah.
:)
buku berhati merah sudah diterima. tengs!!
walau di mana kamu berada... moga kejayaan dan kebagiaan milik kamu. :)
saya menangis..
sentiasa mentari menunggu disebalik mendung.
sabar ya fynn.
Tuhan telah atur elok kehidupan kamu.
redha saja ya?
sabar ya kalian berdua...insyaAllah.. rezeki x kemana..
aku berharap kau sentiasa bersabar di atas segala dugaan-Nya...
seih gembira bercampur baur. sedih kerana harapan kak fynn mau ke sana tak tercapai. gembira kerana saya ini, belum mau melepaskan kamu pergi. seprti di entry kak fynn yg lepas, 'tak kenal, tap mengapa ya'
btw, buku merah sedang berada di depan mata ni. :) terima kasih byk2.
:):):):):):):):):):):):):):):):):):)
Saya menangis :) mungkin gembira. mungkin jua sedih. Kak fynn dan Tri, tabah ya. Kakak juga yang bilang, Tuhan punya cerita untuk semua makhlukNya.
*peluk*
selamat pulang kak fynn.
as you said... kuasa tuhan tidak perlu dipersoalkan :')
it shows that maybe the buku yang ade lambang hati merah itu tidak mencukupi tuk mengganti kamu dlm hati kami. we want to be able to watch you, hear you and be with you. reading you is just not enuff. ehehhe
be strong kak fynn.
mungkin ada hikmah.mungkin tuhan suruh kamu re-check amalan kamu di sini..mungkin lebih baik nasib kamu disini dari di sana(yang kamu megah2 kan sebelum ini).
pasti dan memang ada hikmah.
sabar ya kak fynn & abg tri..
stiap perkara yg berlaku tentu ada hikmahnya.
cuma kita saja yg tak mengetahuinya..
Gembira sebab kakak akn terus di sini.
Mungkin ada rezeki lain buat kalian..
:)
slamat kembali ank msia :)
Kak Fynn,abg Tri
Sabar okay ? Cheer up. Takpe (: Ada hikmahnya tu. Jangan sedih sedih (;
Be strong as kitorang yang selalu baca puisitepijalan ni will always pray for you both (:
kak fynn, peluang itu masih ada. cuma sekarang belum rezkinya.
tunggukan saja. :)
selama ini hanya membaca.
tapi hari ini tertarik untuk komen.
Rezeki kalian masih di sini. Tabah kan hati. :):):)
kak fynn,
ini saya cik kyoko fukada.
hehe.
just nk bgtahu buku merah bersimbol hati sudah selamat ke pintu rumah saya hari ini dan sekarang sudah ada di genggaman tangan saya.
membacanya-helaian demi helaian.
ternyata sangat indah bahasa kamu ,kak.
kak fynn dan abg tri ,
mungkin belum masanya utk kamu berdua tinggalkan bumi malaysia ini.
ada hikmah sebenar di sebalik kejadian itu.
dan memang benarlah,tempat isteri ;itu--disebelah suaminya.
senyum selalu ya kak.
oh ya.
cis kata nya episod ke-3 the hoppers & ahli muzik,kak fynn ada.
menunggu juga lah,tapi tiada pun kamu.
kamu dalam episod mana kak?
tak apa.sabar menanti.
lagipun ada encik fungus utk mencuci mata.
ehehehehe bagaimana bekerja dengan dia kak?
dia baik tak?
*bergurau saja.
ok lah kak.
mahu sambung baca buku merah bersimbol hati lagi:)
hi Fynn..
saya menangis baca entry nih.
Menangis sebab tersentuh dengan cinta kamu berdua.
So saya tak pasti la saya menangis sebab ape, but i do know, that what u wrote, touched my heart.
Think of the best things dear.
:)
*diam*
sedih?
gembira..
2 rasa pahit dan manis bercampur..bagaimana rasanya kn..
sy ada termimpi tentang akak..
ternyata ia benar..
cuma brbeza keadaannya..
n kisah y sy tulis tentang kamu..berada d tgh2..
"sayang, sori ya?"
"tidak apa"
"awak sudah patut di sana. tapi kerana saya..."
"tempat saya di sebelah awak"
*dua2 diam dengan airmata terbiar lalu tanpa dikesat*
sungguh ia meruntun hati dan jiwa saya kak..
maka,ayat pertama yg trkeluar dri bibir ini adalah,
'begitu agung kisah cinta kak fynn dan abg tri'.. :)
dan ini merupakan permulaan utk saya lbih mengenali dan mengerti
jiwa kak fynn bersama kisah hidup kakak...
lalu saya tersenyum,dan berharap suatu hari nanti,saya juga bisa melakukan ini kpd suami saya..
:)
Kuat ye sayang...
ALLAH sayang kamu dan tri..
DIA telah aturkan yang terbaik buat kamu...
Sabar yerr...yg ptg kamu harus disisi TRI dan TRI harus disisi kamu..
Itu sgt penting....kita buat perancangan baru yeerr..
TAKE CARE...
K.EMM
kak fynn..
kuatkan semangat!!
yang penting, kak fynn masih ada keluarga & suami tercinta..
kuatkan semangat kak fynn!!
:)
kak fynn, pandang semua dengan mata hati, percayalah, semua ini pasti berhikmah.
we all love you...
all the best kak fynn and abang tri!
haih.
taktau nak cakap cane.
terharu.
apa yg aku nk cakap kan, dah orang lain cakapkan. sama saje.
mmg itulah hakikat yg kita tak boleh ubah : setiap yg jadik tu ada hikmahnya. lambat laun korang akan nmpak sebabnya.
yg penting,
hargai masa2 yg ada ni bersama keluarga. dan kamu pembawa budak fynn. itupun mungkin salah satu tanda hikmahnya.
sabar ok. senyum selalu.
shuke shangat
kakak x jd pegi.
bkn e2 yg d doa.
tp ya mungkin
ada hikmah atas yg berlaku.
maap kakak.
fara merimaskan kamu.
tri n fynn
be strong :).
-kimi-
fynn.
saye rase sye tidak lah sekejam mne.
tpi terus terang.
sye lebih suke kamu xpergi jaoh.
*harap satu mase kite bole berjumpe hehe
hi kakak..agak sibok dengan exam.tidak online ataw ape2.rindu jugak pada kakak dan cerita2 baru.fikir kakak sudah di sana dan sangat sedih fikir kakak tinggal di sana.tapi bila bukak hri neh.sgt tekejot.tapi mungkin tuhan tu lebih tahu.ape yang terbaek utk kamu due.belom rezeki mungkin.ataw mungkin kos lepas.melepaskan sesuatu utk sesuatu yang lain.cuma tunggu.mungkin nanti ade rezeki lebih baek utk kakak dan tri.gembira kakak disini.muah!
fynn.. mcm mana leh lepas pi trip sblm ni??
sabar ok? kesilapan teknikal mmg ampeh.. berlaku disaat2 yang paling kritikal.. cehhh
sgt sweet..sedey bercampur baur ketika membaca cerita ni..
kuatkan semangatmu kak fynn.. Tuhan akan selalu menyebelahi :)
semoga pjg jodoh hingga akhir hayat bersama suami. =)
ceh..ayat jojie pon dh mcm puitis kak fynn..u're d best sis!
owh.begitu ceritanye.
hermm.
sabar.pasrah.redha.tawakkal.
InsyaALLAH,setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.
Kerana, seperti kata kamu fynn, susah dulu dan senang kemudian.
Biar apa pun, daku tetap doakan kesejahteraan buat kalian berdua.
Aku yakin kamu boleh.
Kerna kamu fynn jamal.
:)
ehhh..salah laki ni kot, kenapa tak mau cek dulu sebelum pegi. takkan bekas pramugara tak tau hal-hal imegresen ni...
cik pramugari,
tidak perasankah kami sudah ke thailand dan singapura atas dasar itu?
hendak bagaimana, sudah ditulis tuhan.
kalau sekadar meletak website org, tak usah pandai2 lah ya.
:)
maaf. tapi kau sekadar anonymous yang mengguna nama org. berambus.
so sweet...siyes...rs cm nk menitik air mate ni...
kaka kynn kesayangan ramai.
mahu saya bunuh tidak kaka pramugari ini? atau rogol beliau beramai-ramai?
sungguh berbau longkang bile die datang mengomen disini kan kaka?
eehehe
p/s:buku merah bersimbol hati telah ada didakapan ku =) teng kaka
fynn, kau masih di sini???
aku tidak dapat lagi buku merah :(
confirmation sudah dibuat melalui telefon.
memang ada hikmah..
syukur kami semua akan dapat terus membaca puisitepijalan..
:)
mungkin terlambat ni,jgn sedeh ye kakfynn.
tp sy pula y jd sedeh.
ntah kenapa lah,tulisan kakfynn
telalu dekat dgn hati.
itu y touching je.
hurm.
ade hikmah ye.
=)
;) setiap dugaan itu membawa hikmahnya. semoga terus tabah ;p
aku gembira kamu masih di sini fynn,walaupun sedih juga tapi mungkin ada hikmahnya kan..
Post a Comment