Saturday, November 1, 2008

selamat jalan dan cepat pulang, pemuisitepijalan.

selamat berkenalan kepada kalian.
yang sangat ribut memperkenalkan diri secara terpaksa akhirnya, kerana buku merah.
selamat berjabat jiwa.

kamu tidak tahu betapa tersentuhnya batin saya dengan kamu2 yang bersusah2 menelefon mengucap selamat, memberitahu betapa saya memberi kesan ke dalam hidup kamu yang luas. akan hadirnya saya yang besar selumpar ini, sedikit2 ada mendetik salam dalam suasana kektik kamu.

terima kasih.

dan di setiap teguran di sms, juga di kotak2 komen di bawah, waima suara di talian, pasti akan kalian sebutkan "padahal tidak pernah jumpa, tapi mengapa ya", pasti akan membuatkan haru dalam lubuk hati saya.

benar.
kita tidak pernah bertentang mata.

tapi apakah itu penting?

andai hendak dibandingkan, teman2 di realiti yang berkoyan2 itu sebenarnya lebih sedikit tahunya tentang kita ini, kan?

kerana di dunia maya ini, kita dikenal dari tulisan, yang kita susun satu persatu bahasanya secara perlahan2, dengan seelok kosa kata yang tepat, maka tidak wujud fahaman yang tersilap dan khilaf. sepertimana kita akan sekali-sekala terlakukan pada kebiasaan.

di sini, kita tidak takut untuk membuat salah.

aku ini sedemikian.
elok begitu.
buruk begini.
teruk yang itu.
sifat yang ini.

perkataan yang kita baitkan adalah dari bahasa yang paling sempurna perkataannya.

dan kalau pun bercela, tidak kita risaukan.
kerana di sini, tidak lahir langsung prejudisan.

selain dari dengki dan hasad manusia celaka yang tidak suka kita atas sebab2 yang dicipta mereka yang busuk hati.

mungkin kerana itu kita selesa di sini.
berbual seperti ini.
dan tidak berapa peduli sangat untuk membuat perjumpaan,
yang mana akan berakhir dengan stereotype persahabatan.

bersua muka, lama2 selalu jumpa, rasa meriah,
sekian lama, mula ada terasa2, kemudian menyampah.

mungkin kerana itu kita selesa begini.

saya rasa sangat terima kasih kerana dipandang sesetengah kamu berjuang untuk kita2.

untuk sekalian yang merasakan adanya kepastian bangkit selepas ranap.
untuk kalian yang dingin dengan keluarganya.
untuk kalian yang merasakan sudah terlalu fakap dengan dunia, dan apakah masih ada sinar untuk kembali semula.
untuk kalian yang disampahkan orang.
untuk kalian yang mahu cari hidup lain, tetapi tidak tahu bagaimana mahu mulakannya.

padahal, saya sekadar hidup untuk diri saya.
nan saya ceritakan manual jalan kisah hidup saya ini sekadar untuk peringatan diri.

terima kasih kerana sudi berjalan ke langit bersama saya.

sesungguhnya kita manusia yang pernah tersasar, atau disasarkan.
kita hilang secara asing2.
dan beramai2, kita akan jumpa pelangi di hujung kaki awan.

ah sebak sekali.
kenapa ya?

tidak pernah jumpa.
tapi kenapa ya?
terasa lebih peduli di sini.
berbanding manusia2 di luar sana.

betul.

seperti ini: saya lebih selesa menceritakan tentang hati saya di sini, sehinggakan teman rapat pun terpaksa ke mari untuk mencari apa yang saya sedang fikirkan.

begitu sekali.

entri ini untuk kamu2, sekalian teman2 di puisitepijalan.
dan adik2 atau kakak2 atau abang2 kamu yang kamu paksakan menjadikan tempat ini satu terapi.

tiba2 saya rasa seperti terlalu relevan.
tri juga tanpa semena2 menjadi bermakna untuk kamu2.

tanpa kita sedar, kamu sudah kenal dunia saya yg kecil ini.

tentang abah saya.
kedua2 bunda saya.
adik2 dan abang saya.
kawan2 saya.
hidup saya.

seorang teman pernah memanggil saya ke pentas atas nama "malaikat cinta" kerana tidak pernah jemu berbual tentang cinta.

mungkin benar.

kerana saya rasa, tanpa cinta, kita tidak ada.
kan?

kita ada sekarang, adalah atas dasar cinta ayahbonda.
meski pun sekarang tidak terjelas cinta mereka. tapi dulu, pasti pernah mencinta, yang makanya hadir kita. (percayalah, ini hal orang sudah berkahwin. *senyum*)

juga atas cinta tuhan.
yang tak akan ada persoalannya. kerana sememangnya, dia itu maha mencintai. atas kasihnya.

kemampuan kita untuk terus bangkit, atas cinta sahabat.
dalam rupa seorang kakak, abang, adik, keluarga, juga dalam bentuk seorang kawan itu sendiri. dan mungkin juga seorang sahabat itu munculnya dalam keadaan seekor binatang yang kita peliharakan.

cinta.

bukan semata2 cinta2 bodoh, wahai bodoh.
yang tidak reti2 berambus dari sini,
atas dasar dengki.

selamat jalan, adik2.
dan kakak2. dan abang2.

aku pergi bersama suami.
mencari hidup untuk dimulakan.

tidak tahu pulangnya bila.
kerana perginya kami ini, atas judi sama tuhan.

ada rezeki, lama.
tidak ada, pasti ada hendaknya dia untuk kami tetapkan diri di tanah malaya.

rindulah aku, sahabat.
kerana aku pasti rindukan setiap kamu.
walau aku tidak tahu kewujudan kamu.
walau kau tidak kenal siapa aku.

saya tidak mahu bilang jam berapa perginya. saya tahu ada yang sanggup meredah laut menghantar saya.

itu yang saya dan suami mahu elakkan.

kami tidak mahu lambai selamat jalan.
tapi ditunggu pulangnya.
agar didoa pulangnya.

ah.
rasa hancur sekejap.

kerana risau, untuk sesiapa yang mahu menanya2, nanti pada siapa..
untuk sesiapa yang ada serabutnya, nanti bagaimana hendak cerita.

selamat, sahabat2.
selamat.

selamat hidup.
selamat terus.

selamat.

doakan aku dan tri selamat.
dan doakan kami didatang penyeri sekali lagi.
doa yang lebih makbul adalah doa yang tidak diketahui penerimanya.

tahu, kan?

assalamualaikum.

60 comments:

#23 said...

kak fynn, selamat jalan. jaga diri baik2 di sana ya. dan terima kasih yg tak terhingga utk buku merah itu. jgn berhenti menulis di sini, kita semua ingin tahu kehidupan kakak di sana pula. :)

Qia Rosli said...

selamat jalan kak fynn.
jaga diri yaa.

.ieLah. said...

kak fynn..
menitis air mata..

semoga selamat pergi dan kembali..
semoga hidup kak fynn dan tri sentiasa di bawah lindungan Allah..

jaga diri..

dyla rosli said...

semoga selamat pergi dan selamat pulang ya, kak fynn.

*sob*

semoga ada tulisan untuk kami sepanjang di sana

*sobb*

Anonymous said...

have a safe journey fynn...

Z.A said...

selamat akak di sana:)

.*. said...

buku merah bersimbol hati saya baca setiap malam.
untungnya saya dapat beli waktu bintang jatuh tempoh hari
:)

kak fynn, selamat jalan.

abg tri jaga kak fynn elok elok ya?

kami di malaysia mesti akan rindu bangat sama kalian.

zoora qushairi said...

k.fynn . .i agree wit u. even x pnh bersUa, tp dgn susunan ayat2 yg tuLus dari hati *dalam bLog ni* buat semua saling kenal.
akan kujadikan blog fynnjamal blog terapi otak ini (^_^).
muah2.take care.semOga slalu bahagia disamping kekaseh*suamimu tri*

tata ~

Mrs. Syakir said...

all da best for fynn and tri..!
memang betul.
persahabatan alam maya memang unik.
walau tak bersua, kesannya terdalam.
rindunya lebih dalam.
andai dapat menghantar kalian, pasti air mata takkan henti berjujuran.
tak perlu risau fynn, rezeki tetap ada. InsyaAllah.
bak kata fynn, tuhan pasti ada cerita yang lebih baik. mungkin yang akan datang lebih baik sifatnya..aminn..

Anonymous said...

Selamat Jalan ye dek...

Tak kira di mana kita berada, selagi hati ini masih ade cinta...cinta pada Allah, pada keluarga, pada teman2, pada sekalian mahluk di muka bumi ini..kita akan bahagia.

Setiapnye akan mendoakan kita...
Take care. Selamat mula hidup baru..moga2 dapat babe NZ nanti..

Jangan lupa khabar berita kamu di sana..hati2

Walau tak kenal tapi tetap sayang...
Salam sayang buat kamu berdua..

K.EMM

dumdum said...

kak fyn..
jujurnya,memang sangat baru saya kenal fynjamal dan tri.tapi saya sudah betul-betul rasa seperti sangat dekat dengan kalian.dan perasaan ni takde alasan apa-apa,tiba-tiba je ada.dan saya fikir,mungkin itu namanya ikhlas.saya doakan kak fyn dan abg tri terus bahagia hingga akhir hayat,selamat terussss berjuang dan struggle di bumi sana..jgn berhenti menulis sebab kami menanti setiap khabar berita kalian.huhu sayu sangat rasa...;(

dan ye,saya aminkan sepenuh keikhlasan untuk doa kak fyn di akhir perenggan.**senyumm tahu**..=)) luv you sis..

Azira Anhar said...

kak fynn.
selamat hendaknye perjalanan.
=)
semoga apa yg dicari cepat ditemui.
=)
rindu kakak.

iYda Juhar said...

waalaikumsalam.

pagi ini daku bangun awal.
ari ni ari minggu,terus daku buka ruangan ini,tak sabar nak tahu update pasal buku merah bersimbol hati.
tapi laen pulak yang daku jumpa.
:-
herm.rupanya kamu ke negara kiwi ya fynn,bersama suami mu.
agak sedih jugak.
tapi daku tetap doakan dikau selamat pergi,selamat sampai,selamat disana,dan juga selamat pulang nanti.
Yupp!!!
Pergi kamu kerana ada perjuangan yang belum selesai.
Faham.
Daku doakan semuanya berjalan lancar.
Semoga kita semua terus berhubung dialam yang tidak bertentang mata ini.
........ :)

note:doakan aku jugak yer !!!!huhuh

Nurul Binti Ibunya said...

kelu lidah tanpa bicara,
air mata tertahan sudah,
fikiran sengal meracau-racau.
jari-jemari kejang d kebod
*diam*
selamat jalan..
doa sy tuk semua makhluk-Nya

ochs widdle said...

salam kak.fynn.
saya doa agar kamu cepat kembali.
walau saya ini bukan siapa2,
tapi,
ramah kamu saat kita pertama kali bersua sangat menyentuh hati.

saya akan ingat semua pesan kakak.

cinta kamu menghidupkan cinta saya.
pesan kamu menguatkan hidup saya.

teringat saat kenalnya saya pada kamu;
sedari meratib cinta pada matahari,sehingga sekarang bahagianya kamu disisi tri.

kamu itu inspirasi diri.tahulah.
cuma satu.
jangan lah berhenti menulis,kerna walau jauh kamu itu beribu batu,
gadis ranap ini pasti bangkit dengan setiap hembus pesan kamu.

terima kasih kakak.

diana ghazali said...

Hampir menitis air mata saya membaca. Kak Fynn, percayalah, kami semua doakan Kak Fynn hepi di sana. NZ mmg sgt best, tapi selama mana di sana, seperti sy dahulu, sgt ingin pulang ke tanah air juga.

Sy pernah rasa disampahkan, tapi melalui lagu akak, sy bangun dan sampahkan org yg sampahkan saya dulu. hihiks. TQ.

Thanx for the book ya!

mlyna said...

kak fynn!! goodluck and all the best tau! :)

rasa sebak pulak.sbb nnti dah tk boleh tgk kak fynn perform lagi.hanya tgk dkt youyube sajalah.

*haih*

mm.tkpalah.selamat jalan ya.jaga diri :)

semoga cepat pulang.

assalamualaikum

-lyn-

Farah Rosni said...

tidak tahu mahu berkata apa. tp yg pastinya, jgn lupa titipkan kisah kamu seprti biasa di sini. kerana kisah itu menguatkan jiwa-jiwa kami di sini. seperti kata kamu: picisan (mungkin), tp relevan.

kami menanti kepulangan kamu.

l.i.f.e said...

semoga selamat segalanya utk kamu berdua ye. sis doakan yg baik2 saja utk kamu. kalau ada dugaan dan ujian, anggaplah Dia sedang melihat & memerhatikan kamu. Tabah lah
Pulanglah pabila berkesempatan. kami tunggukan

Anonymous said...

selamat jalan ye kak fynn..nnt jgn lpe khabar dr sne lak~

Aida Zahrol said...

oh pasti akan rindu ruang ini...

safe journey kak fynn!!!!

shabella! said...

kak fynn, wish u all the best. insyaallah kak fynn akan lagi bahagia. saya doakan. :)

amosss said...

saya rasa seperti kehilangan seorang sahabat, seorang kakak yang saya dambakan selama ini.

ish. pelik betul, bukan?

walhal kak fynn pergi ke sana, masih boleh berblog bukan? tapi fakta bahawa kamu tinggalkan tanah kita ini menyedihkan saya.

rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan catatan kak fynn memberi sinar harapan pada kami yang disampahkan ini. seolah kak fynn saja yang faham, yang membantu kami bangun menapak setelah jatuh tersungkur.

saya setuju kata kak fynn. persahabatan kita semua ini unik dan bermakna sekali. saya lebih selesa membicarakan tentang soal disampahkan di sini tanpa rasa bimbang apa org mau kata.

hakikatnya, di luar sana walau ramai orang disekeliling, saya terasa sunyi kerana tiada siapa yg faham dan tiada siapa yg dapat 'reach out' hati kecil saya ini. berbeza dgn di dalam ini.

saya ucapkan selamat berjaya. semoga tercapai cita2 kamu berdua. juga saya harap tidak kak fynn lupakan kami di sini. kerana saya tidak akan lupakan kak fynn dan saat saya menghayati tulisan kak fynn. kak fynn memberi saya semangat baru tiap kali saya datang ke sini.

kak fynn seolah 'guardian angel' kami. tidak jemu melayan kami. doakan kami juga, ya kak fynn?

saya sayang kak fynn! *peluk*

qila, darl said...

ka fynn, im ur silent reader, tiba2 terdetik nak tulis komen. ;)
sy doakan ka fynn dan suami tercinta selamat pergi, selamat sampai di sana nanti. terus bahgia tau, sebab kisah kisah ka fynn yakinkan saya there's always a silver lining in our life. tak kira lambat atau cepat, mesti bahgia tu datang jugak. im still waiting for my 'kebahgiaan'.

p/s ka fynn,jgn lpa update tau ;)

Anonymous said...

Kak Fynn, walau di mana kamu berada, jangan sekali kamu berhenti menulis di sini. Terasa kosong hari-hari saya andai tiada entri baru dari kamu.

Hey, selamat jalan. Ada rezeki, kita jumpa lagi! *peluk*

Kirim salam pada suami, Tri. :)



~ShiE~

Anonymous said...

afina...

saya marah sebab awak pergi tak ucap selamat tinggal kat saya...

saya marah sebab awak selalu pikir saya buang awak dari hidup saya...

tapi yang buat saya marah sangat sebab awak sayang saya sangat dan saya pun sama...

saya tau saya jarang nak cakap soal perasaan dengan awak, sebab saya ego...

tapi saya tau awak kenal saya. dan awak tau hati saya.

kita jangan ucap selamat tinggal k. sebab kita akan jumpa lagi kan?

janji dengan saya awak akan jaga diri dan tri dengan baik di sana.

janji dengan saya awak tak akan lupa kami di sini.

dan janji dengan saya awak tak akan lupa segala pahit dan manis yang kita pernah lalui bersama.

terima kasih fina sebab mengajar saya erti persahabatan.

semoga tuhan sentiasa melindungi awak dan tri dari segala perkara yang tidak diingini. semoga tuhan sentiasa merahmati awak dan tri.

sayang dari saya, ainul fariza.

Feng said...

selamat.
smoga selamat semuanya.

berhidup baeekbaek ya kakak.

nuridrin said...

selamat jalan kak fynn,
selamat kembali ke sini satu masa nanti,
titipkan kami kisah-kisah di selang masa yang ada..
semoga selamat semua,
semoga murah rezeki
*peluk*

D said...

kak fynn, semoga selamat dan bhgia di bumi sana dgn sang kekasih tercinta. walaupun tak pernah bersua, tulisan kamu betul2 dekat di jiwa. buku merah bersombol hati sentiasa menjadi pengubat rindu pada tulisan2 kamu.

jaga diri ya.

:)

ohvee said...

slmt jln dan jaga diri baik2 di sana.
smoga semuanya slmt.
:)

*rindu sama puisitepijalan kamu*

Ayyman Rahim said...

Kak Fynn, selamat jalan dan selamat sampai. Akan sentiasa doakan anda, insyaAllah :)

ML; Mohd Loqman said...

Kak Fynn & Abg Tri,
Take care tau!
Alaa.
Kita still bleh b'jumpa kan.?
W'pun bukan b'sua muka.
MySpace ada,
Friendster ada,
Blog ni pun ada!
Alaa.
Akak buat saya sedih.
:D
Pegilah Kak Fynn klau tu yg t'baik utk Akak & Abg Tri.
Apa salahnya klau nak luaskn pengetahuan.
Takkn nk t'perap kat bumi Malaysia sj.
Tp, jgn smpai lupa asal-usul dh la.
Have fun.
Take care!
:D

Mohd Loqman Mohd Noor Firdauz.
ML Amnesia.
<33

Anonymous said...

:) hav a safe trip.. cpt2 pulang ya

Anonymous said...

selamat jalan kak fynn.
semoga kalian jumpa apa yang dicari di sana.
(:

jangan berhenti menulis.
tulisan akak bantu saya kenal hati sendiri.
terima kasih kak fynn.
(:

-syahirah ismail-

mollyjinxed said...

mmg. fynnjamal.blogspot.com

mmg tempat saya mencari jiwa

ketika sedeh. ranap. puisi cik fynn la yg menjadikan semangat kepada saya.. kerana.. ada org di dunia ini yg merasai perasaan sedemikian.yg berfikir sedemikian

terima kasih krn sudi berkongsi kata kata di puisitepijalan

berkongsi secebis hati bersama strangers..

doa saya .ingin saya iringi bersama cik fynn n tri. semoga selamat sampai di sana.

take care.. thanks..

paperheART said...

fynn, please let me know of your exact location later on if you dont mind. i might just head there... or you can just drag your lover boy to sydney :)

have fun. take care.

love.

ainfazrin said...

*hugs*

kak, jaga diri. tri, jaga diri untuk kak fynn ya.

assalamualaikum.

:)

Anonymous said...

kakfynn..
terasa sedihh =(
nnti jgn lpa kongsi crita d sna yahh d cnii..
huhuhuu..
jaga diri baik2 kakfynn..

luv ya!! =)

-afy

ochs widdle said...

saya sayang kakak.

hiks.



*tersipu malu.

Perempuan cerdas said...

all the best kak fynn.
di sana ada biri-biri-
ada beri
ada tri.

insya-Allah okay.

jaga diri

M

sakibakidaki said...

babai kak fynn. nanti rindu makanan malaysia!

sekarang makanan malaysia mesti lebih sedap dari dulu2 kan? hehe.

jaga diri!!

Unknown said...

amin.....selamat hendak nyer....

Sarah said...

selamat jalan kak fynn..

terima kasih tak terhingga utk buku merah itu.
ianya sungguh bermakna.
menitis air mata ini..

teruskan menulis di sini ya?
saya akan merindui kak fynn.

salam terindah,
sarah..

-MiNt- said...

kak fynn.
best of luck in whatever you do..

take care..

Ili Khalil said...

Fynn, selamat jalan ya? Jangan berhenti menulis. Ya, kita terasa lebih dekat di alam maya kan?

Anonymous said...

selamat memandang ke barat brkiblatkan pandangan timur

moga byk lagi cerita2 terapi dari kak fynn

xoxo

Daisy Biru said...

kak Fynn!

*sedey plak*

Teruskan update blog ya..

kami ikuti perkembangan kamu cuma dari sini

tata

Anonymous said...

fynn,
walau d mane jua berada.jgn tak update,siksa jadi penunggu pemuisi gila ni.hey,terima kasih utk "anak naga dan dermaga". paling kuat melekat d hati.
..
terkilan xdpt jmpe fynn kt hari bintang jatuh itu hari-sibuk.
..
jaga diri k!

Anonymous said...

Kak fynn,
Meski saya cuma silent reader di blog ini yang hanya membaca tinta-tinta penuh bermakna kakak, saya mampu untuk mengenali kak fynn dan dunia kecilmu itu.
Semoga pergimu dan pulangmu bersama suami tercinta selamat hendaknya.
Jangan berhenti menulis untuk kami yang sentiasa menghargai bait-bait cerita indah pahit manis kalian berdua.

Tina Johari said...

kak fynn~!
moga selesa, sihat dan murah rezeki di negeri org bsama suami tercinta.
ngeee
x sbr mnunggu buku kak fynn smpai.

updatekan khidupan kak fynn di sana ya ;)

atiqahashim said...

saya bahagia melihat gumbira mis fynn.

moga berjaya.

Luna Abdullah said...

oh..kak fynn,menitis air mata bila baca. moga kak fynn dan tri selamat di bumi tuhan ini.

jangan berhenti menulis untuk puisitepijalan ini. kami menanti tulisan kak fynn dan bicara hati kak fynn.

pasti saya akan merindui kak fynn nanti. menyesal sebab tak dapat lihat kak fynn di red bungalow hari tu. Rendu nak dengar puisi kamu nanti kak fynn :(

pjoe said...

rentasi bumi Allah dan laungkan kebesarannya

GOOD LUCK dalam apa jua perancangan kamu bersama suami

teruskan menulis!

Syhra Sepeai said...

kak fynn jaga diri.

*terdiam*

jangan lupa kami di sini. saya harap kak fynn ta lupa na menulis untuk tatapan kami di sini.

Amira Zafirah said...

kakak
*sumpah, mata berair okay.demit*

jaga diri elok2 okay. jauh2 dr negeri sendiri pon, tp internet masih lg worldwide.

update ye kak. sentiasa taw.

jaga diri elok2. tri, jge bini ye. guard her wth yourself.

and again, kita tak pernah berjumpa, tp sayang tu ttp ada :)

Fazra Ulala said...

kak fynn (: Selamat jalan. Jaga diri okay dekat sana. Semoga kak fynn dengan abg tri selamat pergi & balik :)

Jangan stop ye tulis2 dekat blog ni. Kami PASTI rindu kak fynn & karya2 kak fynn.

kami nak tahu jugak kehidupan kak fynn di sana (:

jujur,saya rasa dekat sangat dengan Kak Fynn bila saya baca blog2 kak fynn. Banyak kali saya tersentuh & menitis air mata dengan tulisan2 kak fynn. Even,tak pernah jumpa. Haih. Rasa rugi pula tak order buku merah bersimbol hati tu.. Kalau kak fynn membuatnya lagi,beritahu ya ? Saya mahu beli (:

Selamat ya kak fynn ? Semoga selamat di sana. Saya doakan kebahagiaan kak fynn dengan abg tri (:


xxoo

Anonymous said...

ilebiu kakak.

Syhra Sepeai said...

berair mata even saya baca byk kali. jaga diri :) ya saya ta penah jumpa akak. hanya telefon saja. kakak byk sedarkan saya pasal kehidupan. Terima kasih. Senang senang kita jumpa lagi. InsyaAllah.

amirulismail said...

memang cepat kamu pulang fynn.
termakbul kata kamu.

syda ibrahim said...

buku merah bersimbol hati memberi sy sesuatu yg begitu indah.
bait2 kata yg dialun. mcm mimpi pun ada. thanks kak fynn. sekarang sy pasti kamu idola puisi sy.