meluat dengan orang. serasa mahu saja aku pekik2 pada dunia yang manusia itu ramainya yang pembohong.
ke muka kita, kita diolok2:
yang kononnya kitalah teman sejati.
yang konon2nya kita ini mau dibawa mati.
teman susah senang.
teman di masa kejatuhan datang.
*ludah*
tahi lah engkau.
bukti paling kelakar dan menggeletek lubuk jiwa aku adalah tangisan plastik ketika aku nyaris terbang keluar dahulu. lafaz cinta dan kasih, penafian izin aku pergi, berontak takdir yang membawa aku pergi.
najis.
dan di sini, selapas beberapa minggu, semua itu bagai tidak pernah diukir di langit. seolah kata2 yang diluah dulu, semata2 klise filem melayu kita.
wajib disebut, demi melengkap plot cerita.
na
jis!!
aku memangnya bajingan kerana masih melutut di depan pintu memuja nasi engkau yang pernah disuap ke mulut aku. aku memangnya tetap si anjing bacin itu yang masih setia pada budimu.
andai aku tahu, aku jahitkan kerongkong dan biar sahaja kering paru2nya.
kalaulah hidup yang selepas itu kau cincang2 jujurnya.
wah. aku tepuk tangan sambil berdiri menyorak kebaikan sekelumit engkau, yang telah ayahanda aku ajarkan untuk julang. sehalus mana baik seseorang manusia, katanya, wajib aku bayarkan sama nyawa. kerana setiap yang baik itu, kalau tanpanya, akan merubah takdir walau sedikit ada.
sayang. yang lupa ayahanda aku khabarkan adalah, kadang2 kebaikan itu tidak diniat pun pada kita. dan ada masanya kita tidak perlu menjelir lidah, menggoyang ekor dan berguling untuknya.
mungkin cebis makanan itu tercicir dari celah gigi dia. yang kita dapatkan dan makan dan hidup atasnya.
tidak menjadikan dia tuan pada kita.
terjengkel benar aku dengan turun naik hati engkau. yang pada hendaknya, aku kau tatang. setimpal ketika pada luatnya, aku kau terajang.
tapi rasa ini bukan untuk kau tanggungjawabkan!
dan itu yang lebih menyebalkan!
fooled me once, shame on you.
fooled me twice, shame on me!
dan ini bukan juga ketiga kelapan keseratus!!!
*hembus nafas panjang*
dengan lafaz istighfar, aku putuskan sifat kemanusiaan aku untuk engkau2, manusia2 pembohong dan pendusta. kalau aku ini terpaksa kau telankan sabar seolah hanya engkau manusia sempurna, semoga kau tenang dengan duniamu.
dan semoga ini pengajaran untuk aku, seorang perempuan yang tidak pernah serik untuk mencinta alam dan insannya, yang berteman jauh2 lebih elok dari bertentang-temu mata.
kawan2 puisitepijalan. jauh dari aku.
semakin kau kenal diri ini, semakin jelas jeleknya.
*airmata berlinang pantas*
terima kasih, cali. puisi ini sentiasa memujuk hati kakak kamu.
*renung mata dengan ucap terima kasih berlayar dari hati*
kehadapan bintang jatuh
dari cali
kehadapan bintang jatuh
jatuhlah bersama mereka yang mampu menyinar
jatuhlah bersama mereka yang mampu menyinar
jatuhlah jangan bersama mereka yang kelam
kerna aku tahu kau siapa berbanding mereka
kau bintang pujaan kami, kamu dan juga saya
kehadapan bintang jatuh
tiada lagi kau jatuhkan baju tshirt hujan untuk ku
tiada lagi kau jatuhkan pesanan bait tuk ku baca
tiada lagi kau jatuhkan jeritan manja di kafe untuk ku
tiada lagi itu semua. telah ku simpan jadi memori
kehadapan bintang jatuh
jatuhlah dengan selamat disana
jatuhla dengan diri yang kuat dan teguh
kerana aku tahu tidak mudah bagi kau lepaskan kami yang lain
kau bintang pujaan kami, kamu dan juga saya
kehadapan bintang jatuh,
jatuh la kesini terus ke dalam hatiku
agar dalam ku bingkiskan segala kenangan bersama
kerana mustahil dapat aku melupakanmu
biarkan mereka atau kamu tidak setuju
kau bintang pujaan hatiku yang satu
kehadapan bintang jatuh,
jatuhla kamu ditempat yang baru
dan semoga berkembang menjadi bintang batu terhebat
supaya mampu ku tersenyum indah di tingkap
pabila melihat kau satu-satunya bersinar bangga
diantara mereka semua, insyaAllah.
*diam*
kenapa aku rasa puisi ini indah?
kerana dia jujur dan tidak bohong.
dan yang penting, tidak selalu bertemu aku.
aku mau putus sama sesiapa.
4 comments:
haish
miss fynn
kadang kadang. kita x nampak kesalahan kita.. perangai kita yg org jelek
tapi kita.. walaupon nampak.. tahu perangai jelek mereka.. kita tolak tepi.. sebab kita anggap mereka kawan kita.. biarla hidung senget seblah ke.. ketiak busok ke.. kita abaikan aja.. buat x nampak.. walaupon bile org lain ngutuk.. kite senyum aje.. "ah. biarla. dia mmg camtu.. nnt cool lah"
tapi bile kita buat silap.. org seabih abihnya nak pertikaikan.. nak jadi isu "kau perlu ubah perangai kau"
tetapi kenapa kita x meminta sebegitu? kerana kita sayang setiap manusia. kerana mereka ini setiapnya unik.. kita hargai keunikan mereka..
jangan kita buat org. biar org buat kita.
jangan meminta pada org. kalau kita x boleh beri
jangan harap pada org. tapi jgn lokek kasih syg kita.
mereka yg rugi. x dpt rasa keindahan kasih syg cik fynn..
bila tiba bab rakan-rakan,
selalu berjumpa, banyak masalah.
jarang berjumpa, kurang masalah.
kenapa?? *fikir*
kak fyn.
sy nk mengadu.
nnt sy pvt msg di myspace.
regards,
puspa.. emm
kenapa ni? marahkan siapa?
"selalu jumpa bukannya bestfriend, tak jumpa bukannya tak peduli"
ingat?
Post a Comment