Saturday, November 22, 2008

menjadi bunda

ada masalah dengan dunia kemanusiaan lagi.
entah ke mana hilang jus ihsan dalam kita2,
argh!

sebelum aku berikan mukadimah, biar aku amarankan kamu yang setiap perkara itu sudah pun ditentukan tuhan. tiada satu pun yang tercipta tanpa izinnya. yang apa2 jua, wajib kita ma'lumkan haknya adalah dari pencipta.

dan sesungguhnya dia maha pengasih hambanya yang mengikut kata.
tetap, dia juga maha penyayang hambanya yang bukan pengikutnya.

*diam*

orang tua2 kata, kita tidak mungkin dapat sesuatu yang kita paling hendak. atau kita paling hendak sesuatu yang kita tidak mungkin dapat.

aku kelu hendak mula berkisah.
maka biar aku tanya sesuatu sebelum apa2.

apa yang kau cari dalam hidup?
harta? rupa? jiwa?

apa jua, semua itu berpaut sama.
dia mahu wajah jelita supaya lebih mudah mencari kesenangan, kerana yang dia mahukan adalah masa hadapan yang jelas dan tidak kabur.

different needs which lead to one desire.
hujung hari yang dipermudah.

untuk siapa?
aku bisa kerat jari, dalam 10, lapan dari kita akan jawabkan "untuk anak2 kita juga".

ada juga 2 orang itu yang tidak mahu?

*ya, aku pernah jumpa seorang perempuan yang dengan megahnya mengatakan dia tidak mungkin hendakkan zuriat. kerana seorang anak itu satu beban dan menyusahkan. kerana dia lebih gemar hidup dengan macam2 emas berlian, dari mengorbankannya untuk sesiapa. walau anaknya*

itu kata seseorang yang mampu mendapatkan, tapi dengan sengaja tidak menghendakkan.

semoga nanti bila dia sedar ditarik jasad tanpa sesiapa meneman sisi sebenarnya terlalu menghiris dan pedih.

dan aku punya seorang sahabat yang lahir tanpa keupayaan melahirkan. lebih tepat, dia diadun tuhan tanpa organ untuk merumah bayinya. tiada rahim.

bayangkan bagaimana perihnya untuk belajar menerima hakiki itu.

bertahun juga teman itu mendidik hati untuk senyum dan memberi redha. bangkit di setiap hari mengharap ada yang sudi menerima dirinya dengan perasaan kurang. apa ada yang mahu? apa ada yang sudi merangkul aku?

lama.
masa diambil untuk membuka mata di pagi hari dengan rasa pasrah sama ketentuan ilahi.
masa diambil untuk menguatkan jiwa merentas suara2 negatif di dalam hati.

begitu lama.
namun betapa pantasnya kegagahan itu dirampas kembali.

dan di sinilah klimaks entri hari ini.

beberapa hari lepas, ketika sahabat perempuan aku itu pergi ke seorang doktor untuk pemeriksaan medikal (atas prosedur kerjaya), kondisinya disemak profesional taraf A itu.

jelas, doktor lelaki itu dapat lihat yang sahabat aku lahir tanpa kemampuan melahirkan.

soalan2 yang sudah bisa diagak, kalau kau tanya aku. soalan2 seperti:
1) apakah bakal suami tahu
2) bagaimana nanti masa depan
3) blablabla

entah kenapa dan di mana, di hujung soalan2nya dia ketawa. terkekeh bila menanyakan tentang teman lelakinya.

seolah bualan tentang gadis itu bernikah di ketika nanti2 adalah suatu perkara hilarius.
bagai tak mungkin.
tidak logik seseorang seperti teman aku itu diberi izin untuk merasa alam perkahwinan.
tidak layak, mungkin, pada hemahnya.

oh, manusia!
dasar!

aku senyum dengan kesombongan engkau yang memikir engkau itu terlalu megah dengan kesempurnaan.
aku tepuk dan sorak engkau itu yang merasa terlalu hebat dan penuh dengan kemuliaan.

dan engkau namakan diri itu seorang doktor, yang secara universalnya dihormati atas etika kamu.

tidak perlu aku ceritakan, teman perempuan aku itu ada sedikit bergegar kekuatan diri. siapa tidak? kalau aku...

haih.
entahlah.

nak tulis apa lagi.
manusia ada macam2 rupa. tidak semua org seperti kita.

*diam*

ada orang, dapat bayi, kemudian buang2kan.
ada orang, ada anak, dera2kan.
ada orang, ambil anak angkat, dapat anak sendiri, abai2kan.

celakalah mereka yang memporakkan amanah tuhan.

kalau tidak sudi punya anak, ramai yang hendak. cari yang mahu. lebih elok dari kau pukul2. dari kau siksa2. kau beri orang; mereka senang hati, anak itu bahagia, engkau lepas dari neraka.

entahlah.
tuhan... bisa kau beri izin aku untuk menjadi seorang bunda?

*diam*

ada sesiapa yang hendak beri aku anak untuk aku jaga?
aku sudi.

18 comments:

C.E.@ said...

Fynn..Sabarlah...
Jika tertulis di Luz Mahfus janji mu sebagai bonda pasti terjadi juga.Teruskan meminta denganNya.

Ingin aku pengang bahu hulur semangat seorang sahabat.Aku masih daif pengalaman berbanding yg lain dan tiada layak aku berkata banyak.

Carilah syurga dunia yang buat mu bahagia sebagai bekalan di hujung hari...
Sesungguhnya aku sayang padamu.

HANA bUdaK cEkElAt said...

kak fynn...
sungguh menusuk hati ini bila membacanya..
semoga hajat akak diperkenankan..
insyaallah, saya akan cuba tanya-tanyakan pada rakan.

;p ;p

Anonymous said...

teruskan meminta..teruskan...jangan berhenti..

jangan mengalah..

ferienza hezra fara said...

tuhan selalu mendengar rintihan dan doa2 hambaNya.

in'allah...
kesabaran kakak pasti membuahkan hasil.

Anonymous said...

cilake punya dokter!

may Allah bless ur friend..
n u as well..
dan semua yang berkehendakkan dan mencinta zuriat..

amin!

bulan. said...

dasar bangsat doktor itu.

iYda Juhar said...

InsyaALLAH.
Jangan sekali-kali putus meminta kepada-Nya.
sabar yer..
ini dugaan-Nya pada umat yang disayangi.
(;

pjoe said...

saya tengah fikir, bakal isteri saya sedang buat apa?

hehe

Snow, said...

kak fynn, yg buku merah tu ape ekceli? mcm best la pulak :)

nuridrin said...

sabarlah..
teruskan berdoa.
kami2 pon doa2kan.
:)

LiLohOnEy said...

smg tuhan mendengar luahan ati akak..

sbr ye kak =)

Anonymous said...

saye tahu cerita ini..dan siape..=)

buat teman kakak itu,juga teman saye,juga kakak saye,

ternyata,atau mungkin dia tak sedar yang dia juga kuat sptmana dia rasakan saye kuat mengharungi hidup tanpa mama n ayah sekarang kan?

Sarah said...

sarah akan slalu doakan kak Fynn dgn abg Tri akn cepat2 dpt anak.
supaya sarah bisa lihat betapa comel dan indahnya zuriat kak Fynn..
:)

.ieLah. said...

k fynn pasti akan jadi ibu yang baik nanti..
sabar ye kak..

J u l i a 。.゜✿ said...

simpati pada kawan fynn tu. semoga dia tabah. kalau dia ada jodoh & berkahwin pun, mesti boleh ambil anak angkat. insyaAllah.

susudalambotol said...

fynn. kalau boleh tukarkan kaler font. agak kabur untuk dibaca. terima kasih :)

Anonymous said...

some people are just so friken mean. some just cudnt imagine themselves being in others' shoes. some who had had already a taste of others shoes, wud still go on being even meaner than before!

lets completely pretend these ppl dont exist, thats the most u can do to save ur sanity..

Syhra Sepeai said...

Tuhan itu adil bukan? Pasti datang bahagian akak nanti.