ritual internet aku sangat mudah dan senang.
begitu tersusun prosedurnya, sehingga kalau tri yang bukakan tingkap2 mukasurat, dia tahu butang yang mana untuk diklik.
1) blogger
2) gmail
3) myspace
elok molek aku rapikan di bookmark tabs.
aku pasti aku kini salah satu daripada jutaan manusia accute cyberworld junkies. sehari tanpa perhubungan maya, mati. buka mata, teringat entri. sebelum tidur, teringat email yang masih belum dibalas.
niaya betul.
seperti aku, pasti engkau juga bagai dibakar api tanpanya. menggelitik bila lebih 5 jam tanpa nyawa virtual. dan seumpama lebih 5 dari 10 orang di luar sana, kita sudah lupakan buku2 tebal untuk makanan mata. skrin terang dan menyilaukan sudah jadi prioriti.
aku sekarang hanya menyelak naskah suratkhabar lewat pautan2 yang aku klikkan.
untuk seorang aku, itu sudah suatu yang hebat. aku benci membaca sejak dahulu lagi. kalau bukan kerana peperiksaan, tidak ada hingin langsung memegangnya. cara aku belajar dari dahulu adalah tumpuan dalam kelas (atas faktor ini, aku sentiasa jadi cik bedah yang paling depan, sibuk mengangkat tangan bertanya itu dan ini).
cikgu wani, kamu jengkel tidak sama pelajar seperti saya?
:p
bila difikirkan semula, akulah itu yang memang dari dahulu lagi merimaskan sesetengah kaum. bukan pada guru2 (syukur atas itu), tapi disalahfaham beberapa golongan yang tidak kenal manusia ini. akulah itu yang tidak akan berhenti bertanya selagi aku tidak puas. akulah itu yang degil hendak tahu kenapa kalau yang aku ertikan pada awalnya sedemikian2 tapi berakhir dengan sekian2 yang berbeda.
haha.
aku.
aku paling ingat sekali itu yang aku angkatkan tangan dan menyangkal salah seorang pensyarah yang paling digeruni, Dr. Shahibuddeen dari iraq. dia, ketika itu, sedang ajarkan tentang sovereignity. tentang daulat.
dia yang sedang menghujah ttg daulat seorang raja di sesebuah negara perasan jemari aku yang menjangkau angin di atas kepala.
dia tenung wajah aku, senyum sebelah.
*versi translasi*
"ya?"
"ini di luar topik. tapi saya hendak tanya, sebenarnya apa fungsi seorang raja, sultan, et cetera. saya tahu sejarah, doktor. cuma saya tidak faham"
"di mana yang kamu tidak dapat tangkap?"
"di bahagian mereka dapat wang kerana menjadi ketua negara"
"itu masalahnya?"
"ya. kerana saya orang miskin"
kelas ketawa kuat.
untuk pertama kalinya, pensyarah itu gelak di hadapan kami.
"siapa suruh atuk kita bukan raja2, kan? atuk kita patut disalahkan"
:)
haha.
dan aku juga teringat sama Prof Qayyum dari bangladesh, ketika aku minta dia jadi penyokong permohonan master dua tiga tahun lepas. aku ini dari kecil memang paling tidak tahu bagaimana hendak mengendeng superior. satu2nya waktu aku berinteraksi sama guru2 adalah di dalam kelas. (kerana itu pelajar aku sentiasa aku amarankan untuk tidak sekali2 menggedik dan berbaik2 sama aku semata2 untuk menjadi teacher's pet).
terketar2, aku tanya:
*masih versi translasi*
"prof, maaf. saya tahu prof tidak cam saya--"
bersahaja dan pantas, dia potong suara aku "--oh saya cam kamu"
"betul?"
"kamu pelajar pertama yang berani berdebat sama saya"
*sengih*
dia seorang pensyarah lelaki. tapi seorang feminis. dia mengajar kami sastera dunia, dan hari itu sepesifiknya, kami berbincang tentang satu tulisan dari iran. hujahnya pada hari itu adalah pemakaian tudung secara paksaan.
aku tidak salahkan ia kerana dia dari mazhab lain. budaya mereka bukan seperti di malaysia. dia katakan di dalam kelas aku, pemakaian tudung pada perempuan sepatutnya atas kerelaan hati, dengan ikhlas, blablabla.
dan ingat lagi ketika aku pangkah dia.
hahahaha.
dem.
aku sangat ingat.
dan aku paling tak akan lupa provokasi dia. debat dan debat, namun setiap kali aku hendak berhenti, dia suruh aku sambung membebel lagi.
sejak itu, kalau aku angkat tangan, dia sudah tahu. mesti ada sesuatu. sehingga kadang2 dia akan tanya, "ada soalan untuk hari ini, anak muridku?"
:)
kurang asam.
*tiba2 terdiam*
eh. entah2 selama itu dia cuma menjolok komunikasi. saja2.
shit.
qayyum, you're the best, sir.
aku rindu zaman itu. zaman belajar. zaman ilmu itu masih subjektif dan terbuka untuk diskusi. salah, dibincangkan. betul, dikongsikan.
waktu di keliling mereka2 yang gila membaca. dan hanya dengan berbual ketika minum teh di petang2, aku dapatkan informasi2 di luar jangkau telaah aku.
scott. mengenai cinta pentas.
sheena. bual puisi dan ideologi.
tg sarah. ttg hati halus.
anna. seni dan kreativiti.
eddrey. fesyen.
ramai lagi.
banyak sangat bertanya ada pro dan kontranya. dapat ilmu, itu sudah pasti. dapat musuh, ada juga sekali2. sebab orang banyak bertanya itu leceh.
aku pun ada masa rasa mahu sepak sesiapa yang bertanya pensyarah soalan teh tarik. paling rasa hendak tampar adalah bila persyarah baru sangat beri penjelasan. seperti:
ali hendak makan di kantin sekolah petang ini.
*soalan bodek*
1) ali hendak makan di mana, prof?
2) bila ali hendak makan di kantin?
3) ali makan apa, prof?
4) prof suka warna apa?
tak perlu aku highlight kejengkelan bila soalan2 sebegitu diajukan dua saat sebelum kelas tamat.
*pusingkan mata ke atas*
tadi dr fadhilah kamsah (mertua sahabat saya :p) ada sebutkan di stesen radio mana entah aku tidak perasan.
intipatinya begini:
cakap yang salah pada masa yang betul --memang silap.
cakap yang betul pada masa yang salah --memang nahas.
cakap yang salah pada masa yang salah --memang bunuh diri.
mesti: cakap yang betul, di masa yang betul.
sang penanya merujuk pada beliau tentang percakapannya yang menimbulkan kemarahan orang.
aku tersentak kerana ketika itu, di dalam menung aku di dalam kereta sambil menunggu tri, memang itu soalan aku. seram. jelas, bukan tingkap sahaja yang sudi mendengar hati aku.
*senyum*
engkau memang selalu cool, wahai tuhan.
sentiasa bijak mendatangi akal aku.
walau itu kebetulan.
kebetulan aku menggodeh2 radio, sedangkan aku benci menukar2 siaran.
kebetulan itu soalan terakhir untuk sessi kaunter tanya sama doktor.
kebetulan baru sejurus tadi aku luahkan pada tingkap di lengan kiri itu.
halus.
:)
bukan sekali ini soalan2 aku terjawab dalam rupa2 demikian.
*diam*
mulut aku.
provokasi aku.
pertama kali dibenci orang kerana bibir ini, adalah di darjah enam.
kerana petah seorang budak gemuk tidak secomel petah seorang anak genit.
"dah lah gemuk, banyak cakap"
*sengih*
akulah tu.
tingkatan empat dulu, habis buku sekolah, kerusi dan meja aku diconteng orang. menulis tentang nur affina yanti. yang paling biasa adalah "gemok" (yang sekarang sudah tidak), "emo" (yang ironinya menjadi punca ramai yang sudi menjadi teman aku), "saiko" (yang memberi impak gagah pada tulisan aku), banyak lagi.
satu hari nanti, orang akan faham sebenarnya bagaimana seorang aku ini.
*diam*
kesan dari entri lepas, ramai yang bergaduh2. menghina2, bertengkar caci segala. maafkan aku kerana tulisan itu. yang kenal aku, akan faham apa yang aku terbitkan adalah soalan semata2. yang tidak faham, terus hendak membetulkan. lalu bersimpang-siur.
terbawa2 pelbagai perkara.
relevan dan tidak.
ah. sukahatilah.
tapi aku hendak kongsi apa yang diberi seorang sahabat yang bernama ain fatehah.
terlalu indah, yang kalau disimpan, pasti jadi rugi.
seorang gurunya bertanya:
"kamu semua nak masuk syurga?"
terang, setiapnya menjawab "ya"
"bagaimana dengan neraka?"
tidak mungkin ada sesiapa yang mahu.
kosentrasi pada jawapan ini:
"syurga neraka itu ujian. sama ada yang ditakut itu adalah Dia atau nerakanya. banyak dari kita takut sama neraka. kita lupa yang sebenarnya berkuasa itu adalah sang pencipta. kalau disuruh neraka itu sejuk, sejuklah. apa yang kita takutkan. nabi ibrahim tidak terbakar dalam api"
wow.
mudah dan tepat.
jahat kita sama tuhan, dia itu maha baik.
jahat sama orang?
dr fadhilah kata tadi, cara paling mudah untuk meminta maaf adalah sebelum apa2, solat taubat dan maafkan semua. kerana kalau hendak dilayan dengan cara kita mahu dilayan, kita mesti layan dahulu mereka dengan cara yang kita mahu dilayan sebegitu.
pening?
:)
jom.
maafkan orang.
25 comments:
kak fynn,
you yourself pernah jadi lecturer kan??
saya nak tanya as a student, is it ok bile student banyak tanya dlm kelas??
well, me myself suka tanya, kadang2 benda yang remeh, atau tak pernah org lain fikir, kdg2 sounds stupid and silly at the same time.
adakah saya di cop pengampu lecturer?
bole reply kat sini, atau buat entri berkaitan. thanks!
oh, and lagi satu, berikutan kes anon. saya rasa mereka sangat poyo and cuba untuk mendapat perhatian as being the "anon".
"diorang bukan baik sangat pun nak nasihat orang macam fynn nak nasihat orang tapi tak bertudung pun"
pulang paku serpih.
dunia akan lebih indah jika kita manusia maafkan sesama sendiri.
=)
pembeli buku:
sebagai seorang cikgu, kakak suka sekali kalau ada yang bertanya. kerana itu menandakan dia sgt ingin majukan diri.
yang biasanya para guru tidak gemarkan adalah:
1) soalan yang diberi akan mendapatkan jawapan informasi yang bari diberi. menunjukkan dia tidak kosentrasi.
2) soalan yang diberi jauh menyimpang. kalau ada masa, tidak ada apa. kalau silibus masih berlambak, besar kemungkinan tidak akan dilayan.
3) soalan yang diberi bertujuan untuk menunjukkan dia lebih tahu. kerana bila pelajar lain rasa jengkel, agak sukar untuk guru tarik semula tumpuan kelas.
byk lagi. tapi semua itu, secara jujurnya, boleh dikesan.
kalau soalannya ikhlas untuk bertanya, cikgu2 tidak akan marah.
dan terpulang pada cikgu juga. ada yang tidak minat menjawab langsung. kerana teknik ajarannya adalah hafalan semata2.
:)
jadi diri kamu.
tidak semua cikgu suka pelajar yg sama. hahaha.
beberappa hari ini ralit membaca,
entri dan segala komen sera debatnya.
saya,cuma geleng kepala~~~
dunia...dunia...
"kerana kalau hendak dilayan dengan cara kita mahu dilayan, kita mesti layan dahulu mereka dengan cara yang kita mahu dilayan sebegitu."
sangat setuju yg ini.
saya yakin,fynn juga sedemikian,kerana itu anda diberi hati yang pengasih dan pemaaf,Alhamdulillah.
jaga diri! =)
ohoh,
tiba2 sempat pula membaca komen balas utk si pembeli buku merah hati.
sekali lagi - i rest my case.
kerana jika jadi seperti saya yg mengajar di sekolah lelaki - lebih banyak yg lorat dari ikhlas meneguk ilmu!
=)
post yang penuh dengan isi2.padat.
suka :)
cikgu wani tak kisah kalau murid malas membaca tapi rajin bertanya.
cikgu wani tak kisah kalau murid malas bertanya tapi rajin membaca.
yang cikgu wani kisah ialah murid yang malas membaca DAN malas bertanya.
dan yang cikgu wani paling tak gemar bukan murid paling lembab, tapi murid yang berlagak pandai atau berlagak bodoh.
dan yang cikgu wani paling sedih sekali, ialah murid biadap.
bukan marah. tapi sedih. macam sembilu di tusuk halus ke dalam hati.
setuju, cikgu fynn?
Yeah =), keep on writing fyn, as long it is still in our capacity.. Myself use 2 be a teacher, not realy a gud 1 actualy..
But i did try 2 be the best, heh why im telling dis, argh wateva...
Anyway i wud like 2 mintak maap wat i wrote b4 on ur previous posting, biase la emo hehehe, 2 other bloggers as well ya.
Njoy ur reading guys, keep well.. Mwah xoxoxo
sebenarnya memang saya ada ikut blog anda tapi tu lah, setiap kali masuk sini mesti nak Ctrl A! hahahhaa. Gila kena dekatkan spek mata kat monitor kalau tak buat lagu tu.
anyway, ok jugak kalau prof/lecturer lagu tu, ada lect yg ajar history of art dulu, pantang tengok muka masam mesti datang dekat dan cakap, "jom p karaoke, jgn depress, i ajar u nyanyi nak?" hahhaha. macam aram!
sebagai cikgu masa kini, saya juga sentiasa diterjah dengan soalan, "can u explain what is 'shemale'?" kat cikgu lain tak berani depa tanya.
sebagai cikgu masa kini di sekolah swasta yang semuanya kaya raya, soalan mereka tidak mencabar dan deep. semuanya bermalas-malasan. hanya tahu,
"i wanted to suicide la teacher..so boring.."
biasanya saya akan jawab, "oh really? tell me when u wanna do it cos i want to record and upload in youtube!"
hahaha.
cikgu wani,
saya sangatlah bersetuju.
:)
anas,
i suck at first impressions.
ah. saya pun selalu begitu. malah lebih teruk, kadang2.
friends?
*shake hands*
kan bagus selalu bertanya. dari tak tahu nak tanya ape then langsung tak faham apa yang di ajar .well im tht kind of person, tak tahu nak tanya ape. hahaha. fynn, live ur own way keyh .u're rock sis :)
i know..its you..
thanks a lot kak fynn, or should i say Puan Fynn?
haha!!
bole praktik bile masuk klass nanti.
but i've been wondering kenapa la DR2 yg ajar dalam kelas saya tak mesra alam?
mungkin status itu yang membezakan.
kalau ada lecturer macam kak fynn mungkin lebih mudah pelajarannya sebab bukan ilmu buku je, ilmu dunia juga di ajar sekali.:)
cikgu wani, your advices pun saya curik yer..hikhik!!
ingin sekali menjadi seorang pendidik
lecturer paling kurangnya
kerana aku suka bercakap
suka menerangkan
suka menanyakan soalan yang acap kali
didebatkan satu kelas
aku suka wujudkan suasana hingar bingar dalam kelas membincangkan soal ilmu
tunggukan dulu ya
Pelik kan?All of this time we keep assuming that forgiveness is bitter but when bergomol sesame sendiri is futile,it tastes sweeter than ever kan?
Just don't cross the fine line laa....
this is totally out of topic..
but..
terima kasih tak terhingga atas kiriman buku merah hati..
aku pasti wani bercerita macam2 pada kau.
-jasmin
Fren? No prob at all. eh how 2 link 4rm blog 2 blog ey? Hehe never know abt the blog things, really kampung. Hahaha
eh nvrmnd, i get urs from sarah sevier =) xoxoxo
Eh just realizd sumting, do u mind with all my cmnt? With xoxoxo's or mwah's? Its realy famous word in cape, heh. Dnt worry i know u r married... Hehe.. Take care.
salam dari Dublin.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :)
Nice and silly :)
bravo kak fynn..
mkin hari makin teruja mbaca entri2nya kak fynn :)
byk input yg mnarik yg even xpnh kte terfikir pown =)
"...cara aku belajar dari dahulu adalah tumpuan dalam kelas (atas faktor ini, aku sentiasa jadi cik bedah yang paling depan, sibuk mengangkat tangan bertanya itu dan ini)."
ya ya. ini sangat betul. saya bisa jadi saksi kejadian. haha.
omg,,
pe0ple always misunderstand me
BITCH?? slalu laa kna label,,
juz bcoz im being tru to my self n make face when sumthing is not right cross my mind
mayb im ignoring other,, [which is not go0d sum said]
but for me,, at least i say true where i stand and im not faking it
i hate hipocrite
i hate peolpe who never admit anything when thing goes wrong
n i say it str8
n dats y im a bitch
sy gedik dgn kwn2 laki sy
-yup2 ngaku : then sy laa bdk gedik n jht n yes BIACTH
tp klau bdk yg "baek" sgt do da same thing as i done : its ok,, psai dia baek eventhough its total fake
saket hati kn kehidupn nie
i blog my feeling,, i cursed n name calling,, pe0ple read it n make assumption [tp bkn ker blog tu sy punya?]
conclusion kehidupn pelik kn???
thanx for ur entry,,
feels like im not alone at bein misudersto0d :D
owh yer,,
sy akn cuba maafkn org pasni
mrh org lama2 p0n penat
ehhehehe
iyer.. prof qayyum mmg seorang yg sgt cool :)
Post a Comment