malam sudah larut.
badan penat, hanya tuhan yang mengerti.
bermula jumaat lepas, aku dan tri turun ke melaka sebagai escapism dari riuh rutin. untuk beberapa hari, kami mahu menjauh dari apa2 normaliti. sebagai usaha membalikkan semangat yang sudah mula lari2 sejak terpatahnya ia dua minggu lepas.
pada asalnya, kejanggalan mentsutnami degup jantung.
semua rasa pelik.
kolam renang atas bangunan itu terlalu moden untuk kami. ini, bagi kami, bisa sangat didapatkan di kota2 besar biasa.
maka kami menapak suku bahagian jam ke jonker street. berjalan ke arah senja meleret kerikil di kiri kanan untuk mencari bau sebenar badan kota melaka.
berbaloi.
aku seperti biasa, kalah dengan aksesori vintage yang begitu mudah diperoleh di kaki jalan jonker terus tersengih2 seperti anak2 kecil dirasuah jajan untuk berdiam.
memang tempat demikian untuk aku.
habis setiap pelusuk kami sapu rata, tri memberi cadang untuk merasa dikayuh beca. seumur hidup aku, meski pun separuh darah aku adalah dari bangsa bugis melaka, tidak pernah sekali pun aku sudi melecehkan diri memanjat basikal tiga roda itu. bagi aku, dua puluh ringgit malaysia aku terlalu mahal untuk dibazirkan ke basikal berserabut bunyi disko cina jinjang.
namun entah atas fasal apa malam itu kami hendak.
dan kami pilih beca yang paling tidak ada hiasan deco, dan yang penting, tidak wujud radio bingit memecah fokus. malam itu terlalu indah untuk dibingit dengan suara2 penyanyi separuh bogel walau dari mana2 negeri.
abang din, beca nombor 52.
dan aku rasa tuhan sangat baik pada kami. abang din bukan sekadar mengayuh, dia mengajar kami sejarah2 yang tak akan kita jumpa dalam buku teks. kisah2 orang2 lama. cerita2 lagenda. dia kayuh, kemudian berhenti, dan seterusnya berhikayat.
seperti cucu2 nakal, kami terjahit mulut dan mendengar dengan seluruh telinga pada opahnya.
abang din sudah kayuh basikal 16 tahun. becanya diberi ayahandanya yang terawal dulu sudah berzaman mengayuh juga. bila dia tua nanti, dia mahu beri beca itu pada adik lelakinya kerana dia tidak punya putera. abang din tidak mahu hias becanya. dia kata, dia mahu bercerita.
dia pencerita. bukan sekadar pengayuh.
bagus.
kerana tidak ramai manusia lahir dengan upaya menghikayat.
lewat malam itu, azim datang sama bajau. dia bawa kami makan di pak putra yang dikenal orang kerana nan keju sama bayam kejunya. satu sahaja perkataannya: dem.
lama melepak sama azim dan bajau. sempat juga ke studio untuk main2 muzik bodoh sama2. aku suka sekali bila tri dapat ketemu azim. dia akan jadi sangat riang. dia comel begitu. selesai, semua merempuh ke bilik hotel dan sessi menjana muzik diteruskan.
tri, azim dan bajau.
jari mereka memang lahir untuk memetik puisi lewat gitar, mungkin.
dan kelmarin, aku tidur dengan dialun suara gitar yang digilir2 mereka. entah bila pulang, aku pun tidak tahu.
---------
tentang semalam dan hari ini, nantilah aku khabarkan.
aku mahu melayan azim, tri dan bajau bermain muzik lagi saat ini.
bezanya, kami sekarang di pahang.
*gelak besar*
oh ya. tadi terserempak sama salah seorang teman puisitepijalan: aida dan seseorangnya di sunway lagoon.
*kenyit*
terima kasih kerana sudi menegur.
:)
betapa dunia ini kecil.

10 comments:
oh, saya nak cari pakcik beca itulah bila singgah di melaka nanti ;p ;p
kak fynn~~~
sy di pahang
penuntut yang jauh merantau demi ilmu di bumi pahang ini
betapa ruginya sy tidak dapat ketemu dan berkenal sama kamu
sy juga pencinta bahasa,memuja hasil garapan kamu
harap ketemu di lain hari
saya tak pernah mahu naik beca. kasihan pakcik itu yg mengayuh sebab saya berat..hu hu hu.
pahang dimana puan fynn..saya juga dipahang
mau di cari pak din itu jika ke melaka. :)
Cemburu.Cemburu.Cemburu.Halaman aku penuh warna.Walau kalanya ianya kelam,kamu lapik dengan dengan kilauan hati.
indahnya..pasti seronok bukan mendengar hikayat dari pakcik beca itu...
kamu telah ditagged. rajin2kan diri kamu ke blog saya untuk mengambil tag tersebut. ;)
kak fynn tido tiap malam mesti nyenyak...
ada suami yang mengalun melodi indah..
:)
mereka yang memberi gembira sememang layak di ganjar lebih.
kerana gembira itu tak terduga singgahnya.
fynn,tido kamu tiap malam pasti nyenyak kerna ada yang setia dodoikan.
;)
jeles daku.
harus cari jugak nih.
heheh
Post a Comment