Friday, November 28, 2008

...

sudah tengah malam.
suami, kekasih, cinta, nyawa dan jiwa aku masih belum pulang.
untuk kali ke berapa.

sebak benar.

hari-hari selama dua minggu lebih tri pulang lewat. sejak akhir2 ini, tri hingar dengan berjuta tanggungan untuk dia jawabkan. mama dan ayah nampaknya semakin mendambakan tri. kasihan sama dia. berulang-alik cuba memenangi semua orang.

dan yang paling menyayukan hati adalah setiap kali dia pulang, terus dia akan berlingkar di dekat aku. tidak bercakap. cuma memandang. dengan ekor mata yang mengadu "penat, sayang".

kasihan.

di masa2 begitu aku akan rasa seluruh langit menghentam aku. apa yang mampu aku perbuat selain berada di sisinya? cukupkah? legakah?

sejak tidak jadi ke negeri orang, tri tidak berhenti bekerja. wang tiket, kos sara hidup di sana sudah lebur begitu2 sahaja. ada sekali itu anon dgn sengaja berkata aku sekadar bual2 kosong ttg ke sana, mengatakan permasalahan aku itu dicipta-reka semata2.

gelak sahajalah yang aku bisa lakukan.

kalau hendak marah pun, bukan kembali setiap sen. tak mungkin aku bersahaja2 ke klia mengangkut keluarga memalukan diri. betul tidak?

tapi sedikit2, hikmah tidak jadi berhijrah sudah mula nampak bayangnya. nantilah kalau sudah jelas, akan aku khabarkan juga. (dan bukan. saya belum ada tanda menjadi bunda. doa tetap terus, ya)

oh ya. tadi salah seorang kawan yang benar2 aku kasih datang bersama kekasihnya, yang juga baik pekertinya sama aku. kareem dan alia. telah aku anggap bagaikan adik dari darah-daging aku sendiri. dari jauh, ke ceruk rumah aku demi bertemu setelah sekian lama.

*aku sebak*

petir dari tadi mengokol2. gempita menerajang waspada aku.
takut.

tuhan, mana suami aku...

aku tidak selera menulis.
aku hendak tunggu di pintu.
seperti biasa.

dan tuntun dia ke kamar,
untuk membobok dia.

seperti biasa, dua tiga minggu ini
yang terlena dia dalam rangkul aku
yang aku eratkan dari belakangnya.

kerana ada masanya,
lelaki juga hendak dipertahan dari dingin malam.

maaf.
entri malam ini kalut.

tuhan,
redakan air awan.
aku takut.

19 comments:

iYda Juhar said...

fynn..
sayu nyer entri kamu malam ini.
betol.penantian situ siksa. tapi penantian kamu itu berbaloi.
sungguh indah pahala nya sabar menanti suami pulang dipintu rumah.

yer.daku terusan doakan kamu untuk menjadi bOnda.

(;

Shakina Amirudin said...

sabar kak fynn doa byk byk suami kak fynn selamat selamat aje.mugkin die sibuk skg ni.kak fynn contact la die.
hehehe atleast bleh kurgkan kerisauan kak fynn dekat die.

afy sufy. said...

ksian sma kak fynn..

sabar yahh kak fynn..

bdoa dan trus bdoa..

Anonymous said...

insyaallah semua slmt kak...

*peluk*

KhairulAqmal said...

tuhan merahmati hambaNya yang tabah
setiap berlaku ada hikmah
moga semua apa yang kakfynn hadapi ada hikmah besar yang menanti.
kan?
tabah kakfynn

KhairulAqmal said...

pasti apa yang terjadi pada kakFynn punya hikmah yang tersendiri.
moga hikmahnya indah.
InsyaAllah
akan berlinangan air mata kami dengan kabar gembira darimu.
tabah..

Gurik said...

kata-kata fynn buat rasa selesa bila membaca... alangkah bahagianya bila hubungan itu sudah sah.
bahagia untuk dapat selalu dekat dengan soulmate kita.

ah.rasa nak terbang. :)

Maira Adreanna said...

chenta kamu indah. penat lelah tri pasti terbalas nanti.

Kiubrubik said...

harap2 bini aku baca entri ni satu ari nnt.

Amak said...

sayu nya...haih. Bila anon mula bersuara nista, lepas ni kita senyum ja.

Unknown said...

Bile bc,rase nk kawen pon ade..
Gatal btol aku ni.
Haiz~

aina syaqilah said...

semua kan ada hikmahnya
loveyou laa kak fynn !
=DDD

Nunu said...

touching... :(

Rubina Yunal said...

Mahligai terindah di jannah sajalah yang paling layak untuk isteri-isteri mcm kakak.

Cemburunya.

I crave for married life :|

p/s: Mudah-mudahan sentiasa dalam lindungan, redha dan kasih sayangNya. Aminn..

ohvee said...

fynn,
cinta itu sentiasa ada.
jumpa dlm diri aku sendiri =)

thanx for the books, i received it on last friday.

love,
zeela

gila gambar said...

sedey baca :P

Thenadi said...

comelnya. x sbr2 nak tunggu kat depan pintu gak (*
mcm mana ey rasa dia

uni.uni said...

sabar kak fynn..
doa byk2 ye,smoga cepat2 jadi bunda..
katanya,doa sejurus selepas azan dimakbulkan..insyaallah..

Anonymous said...

salam kak fynn,
i love reading your entries. rasa mcm nk kawin pon ada tp kena tunggu habis study dlu, which is still a good 3 yrs to go :(

ada hikmah di sebalik semua ni..
god wont burden you with things HE know you can't handle..
jadi tabahlah.
:)