Thursday, November 13, 2008

apa barang layan indie. kita layan family life la. hehe




kemaskini:

1) aku sedang demam yang agak teruk. maka aku terpaksa berdiam selama beberapa hari. batuk yang agak mengganggu nafas. rasa lemah tidak ada maya.

2) pada sesiapa yang masih belum dapatkan buku merahnya, harap khabarkan. setakat ini, saya ada beberapa teman yang masih belum terima. mungkin ada posmen yang malas menghantar dan menyembunyikan bagasi amanahnya (seperti berita dalam suratkhabar)

3) sesiapa yang hendak buku merah, versi kedua, sila email ke fynnjamal82@gmail.com. saya ada banyak masa untuk bikin. tarikh tutup adalah minggu hadapan.

4) saya sangat capek dua tiga hari ini. harap2 ada isi. hahaha. ah, kun fa yakun. keluarga aku semua suruh nanti2. suruh aku bercinta lama2 sedikit lagi sama tri. atok cakap, "buat apa cepat2. onjoi dulu"

hahahaha.
onjoi.

oh, aku ada kisah cinta teman2 untuk kalian layankan. sedang demam begini, tiada yang lebih menyegarkan selain dari cerita manis.
kan?

bermula begini.

dua minggu sebelum aku sepatutnya terbang, seorang kawan baik lelaki meminta aku hubungkan dia sama seorang kawan baik perempuan aku.

yang lelaki sudah puas turun naik bangunan cinta.
semua hampa.

yang perempuan sudah puas menunggu yang sempurna.
mana ada.

aku kenal kedua2nya. maka aku takut.

aku ini paling tidak mungkin menjadi cupid. kerana aku tidak berani mengena2kan sesiapa. kalau jadi, mungkin rezeki. takut tidak jadi. yang mana pada akhirnya akan menghantuk kepala aku juga. macam2 kemungkinan dalam kepala. bisa putus kawan, kot.

sang lelaki itu amat notorious dengan reputasi keluar masuk kisah cinta. sang perempuan sangat famous dengan expectation taraf universe. di dalam definasi dunia sempurna, mereka jauh dari selesa.

terdetik, harus aku bikin apa ya?

wajib kalian tahu, yang ketika itu, aku sudah terlalu sangat hampir untuk pergi ke negeri orang. dan kawan lelaki itu sangat karib dengan jiwa aku. pernah bergaduh bertepuk kepala. setimpal banyaknya dengan gelak ketawa menyejuk jiwa.

di masa hancur dulu, sempat juga aku pinjam dada dia buat mengelap airmata.
sama seperti ketika ranapnya, dipinjam bisik semangat dari bibir aku ini juga.

maka aku fikir, nanti bila aku tiada, bagaimana si tongong itu nanti.

aku hulurkan salam dia pada teman perempuan aku yang telah aku kenal dari hari pertama orientasi universiti dahulu. begitu rapat, sehingga ibu bapa kami saling kenal kami ini walau tidak pernah jumpa.

rapat yg on-off on-off, ibaratnya.
haha.

aku tanyakan, kau masih ingat sama fotografer rasmi aku ketika nikah dulu?
dia ingat2 lupa. tapi sangat pasti jejaka itu kacak.
sambil gelak, aku sampaikan suara hati lelaki itu yang sebenarnya hendak berkenal sama sang perempuan, tapi malu kerana baginya, insan secomel itu pasti sudah ada yang pegang geran hakmilik.

dan semua berterusan dari situ.
yang penatnya aku. dua2 tidak mahu terus berhubung.

secara rajahnya:

A mesej aku.
aku tanya B.
si B jawab. dan bertanya.
aku unjurkan pada A.
A memberi respon pada aku.
aku sampaikan pada B.

begitu, berulang2.

dan minggu sudah, mereka khabarkan yang mereka akan bertunang di bulan akhir tahun ini.
yang mana kelmarin pula, mereka bilang mereka hendak diikat dalam nikah!

oh betapa indah!
satu lagi cinta selepas dihalalkan.

arghgrhrghrgrhrgrhrgrhgrrghh!!!!!
*menjerit melompat2*

kalaulah kalian bisa robek dada aku dan lihatkan jantungnya.
sedang menari2 ia dengan degup beritma.

aku memang junky cinta.
apa2 romansa adalah dadah aku.

*senyum panjang*

selamat mengikrar kasih, sahabat2. tiada yang lebih indah selain cinta yang tuhan berkahkan.

selamat pengantin baru, pok arm dan eeman.
kan sudah aku bilang, cinta lepas nikah itu best.

:)

pok arm dan eemang.

sang badots


bulan 12.
dari bulan 10.

3 bulan terus nikah.
sama la kita.

wargrhrghrhrgrhrghrghrhhhh!!!

46 comments:

Unknown said...

"aku ini paling tidak mungkin menjadi cupid."

tapi akhirnya kau jadi juga.
haha. tahniah buat kau dan mereka berdua. :)

dumdum said...

waaaaaaaa....sronotnyaa,itulah namanya jodoh kan kak fyn..=) kenal,bercinta bertahun-tahun pun belum pasti akan bersatu nikah.

saya faham perasaan kak fyn yang melonjak-lonjak gembira sebab saya pernah merasa seperti itu.penghubung,akhirnya mereka bersatu bahagia.indah sangat perasaan menyatukan dua hati.

D said...

bahagianya melihat mereka serta kak fynn dan abg tri.
moga2 suatu hari nanti saya juga bertemu kebahagiaan seperti kalian.

p/s: kalau ada isi jangan lupa khabarkan berita gembira itu ya.
:)

eRmAbuTAng said...

wahh congratxxx
hehehehhe
psai buku merah tuh
mcm berminat jew,,,,
hehehhe

Anonymous said...

hurm...
indahnya...

.*. said...

seronoknya ada life mcm kak fynn.
hehe

kak fynn,
bekenaan buku merah versi kedua,
sama isi ke ngan versi satu?

Nurul Binti Ibunya said...

sangat indah pabila cinta itu di redhai..

*peace*

cepat2 la dpt baby!
(muka penuh berharap)
nur seni-klasik

RedAnna said...

eman nak nikah???!!!!! biar betul...
adus.... x bole jadi begini!!!cik fyn, tolong cari sorang!

Anonymous said...

buku merah b'simbol hati versi ke-2...
wahhh!! akak..sye nk .. :))
me.tiqa @yahoo.com

Tyna Aizat said...

wah.
pencari jodoh.
hehe.
bdw gile syok tgk piccas karok.
is it ur dad kakfyyn?
rawk ah.
=)

Luna Abdullah said...

oh..pok arm rupe2 nyer..hehe...

Unknown said...

bagusnya~
bertemu sesingkat waktu...
hati dh pun bersatu..

haih..tggu kapan masanya waktu itu utk saya..

umrahani said...

waahh ,
mcm bminat pule kt buku merah tuh ,
ade detail2 x sal buku merah tuh ?

chik star said...

ohh!
saye suke gmbar yg last. !

HANA bUdaK cEkElAt said...

"saya sangat capek dua tiga hari ini. harap2 ada isi."

amiin..
sama mendoakan

;p ;p

Khad Raof said...

waa..
indahnye cnte!!
=p

Khad Raof said...

waa..
indnhnye cnte!!
=p

Nore said...

kak fynn,

syifakallah.

abah tri sangat kool.hahaha

yanaLiy said...

Pictures tell a thousand words.

Saya pernah di-cupid-kan, berjaya tapi berakhir di tengah jalan. Akhirnya orang yg meng-cupid itu rasa serba salah. Hati-hati ye.

Pembaca baru.
Mintak izin meng-link blog ini di blog sy ye!

Anonymous said...

"saya sangat capek dua tiga hari ini. harap2 ada isi."
kalau nanti sudah berisi, khabar-khabarkan di puisi tepi jalan ini.

"tiada yang lebih indah selain cinta yang tuhan berkahkan."
sgt ingin rasa ini. hahah. tapi sekolah ada lagi setahun. hehe.


gambar terakhir eeman sama pok arm semua comel. gambar di mybox tu cool gilaa haha.

ouh ye, isi versi keduanya pasti lain kan dari yang pertama? akan saya kirim kan email.

. said...

gf arm comel ;D. bestnya. semua org kawennnn. i wantt toooo ;). miss yu kakak ;D (hug)

N said...

suka baca cerita manis ni. rasa bahgia.sungguh!
nak juga jumpa cupid yang menjadi.
:)

aaina said...

such a sweet kapel laa dorunk!!
kak fynn,u pown pandai men peranan oke!
kalau x,tader makne menjadi..
*winks ;)

p/s:seem like life afta marriage sgt indah bukan?

Anonymous said...

moga cepat sembuh kak fynn. kite pon demam =(

Anonymous said...

keeman nak kawen????

so hepi for her!!!!

bahagianya kamu2 semua...

- izza

[siti] said...

eeman? dgn pok arm. wah. tak sangka.


*pernah nampak kamu sama eeman.. saya beratur di belakang kalian. beratur nk amik exam utk skills. masa taaruf week. i remembered coz u guys are talking bout no cute guys around. hahaha.

*kepingin mau juga cinta begitu*

Sarah said...

chumel la diorg kak fynn!!
soo sweet.
mmg match sgt2.

waa,besnyee..
tp lmbt lg la turn sarah.
hahahahaha..
:p

Anonymous said...

wah ,
cerita cinta pok arm + eeman menarik .
kmu pandai bermain watak .
(=
pham kenapa kmu begitu gembira d'kala ini .

arap2 k'capetan kmu itu ada isi ya !
aminnnnn .

sy mahu beku merah itu !

NanaNeriza said...

sis..errr, sgt suke gambar ur friends yg last tu..black n white..can i keep it??huhuh...

Anonymous said...

eh itu dekat medan ke? sebab dulu rasanya tempat yang ada batu-batu tempat suami kak fyn duduk tu macam sama dengan ku pergi rombongan universiti dahulu. hehe

IamYonna said...

gambar last tu sangat best! :D

Ayyman Rahim said...

Haha, post kita sama la pasal indie. Hebatnya kalau jadi indie :p

Unknown said...

ekceli,masa mule2 baca igtkan S.A dengan ehem2. tp bila tgk gambar.. ooo.. hehehe

honestly, saya jadi macam kaku.stone.betapa romansa atmosfera kakak indah. haha

gmbr kfynn hug abgtri tu best.sbb mata korang sama lah... jeles laaahhh..

Rubina Yunal said...

manis :)

Lelaki Bersut said...

Comelnya ayah Tri. Ahahaha Semangat nyanyik.

And so happy for Eeeman. And rasa unbelievable! Rasa macam semalam baru dia kata nak kawinla, nak carik orang nak kawin.

Thanks to you, now she is getting what she wants. Ahahahaha.

Ntah-ntah nanti Eeman dapat baby dulu dari kita. Wahahaha. Insya-Allah, rezeki dia kan.

And very soon, suma dalam Girls Night Out, akan berstatus PUAN. Wahahahaha.

Haih sungguh excitingnya. Eeman must be super happy now, terima kasih Fynn dahlingk. What are friends for kan? :)

Laser laser dia pon.. (gelak sinis) haha Eeman Eeman. ;)

Sue Anna Joe said...

Wahahah. Babe, I komen terpakai account Pitt. Bodoni. Wahahahaha.

Amira Zafirah said...

kak fynn bule jadi cupid jga akhir nya :))

eh, buku merah versi kedua, isinya sama jgk ke?

Hanna Rabittah said...

fynn
eeman nih slalu swimming ke kat female sports comlex uia tuh?
aku rase aku slalu berbual dgn eeman nih kat swimming pool

fynn. kenal kan la aku dgn siapa2 pula..kekekekek..
aku pun baru putus cinta..
makan hati

#23 said...

akak, buku merah versi dua tu apa bezanya? isi di dlmnya berbeza atau tak?

ayunimadarina said...

wah.. carikkn jugak tuk kite sorg ;p
rasenye akak nye gf tuh pnah terbace pasal die dlm blog kak anna... yg ladies nite tuh, yg time akak boyish tuh.. heee.. akhirnye btemu gk jodoh... :)

iYda Juhar said...

daku terus senyOm dan tersengih bila baca entri ini.

doaku biar kalian semua bahagia.amin.

yer,cinta lepas kahwin amatlah indah.kerna,itu adalah cinta halal.
(even aku blom merasainya lagi)
;)

Anonymous said...

hai. gilee nebes aihh nk taip. ha-ha. nk buku itu juge. mcm comel. nak :)

ayuniayuJR1@yahoo.com

sory. tk ltak link sbb mmg tkde pon. dulu ader add kt fs tp skrg da dlte sume acc. sy bukan anonimus yer ;p

Anonymous said...

wah...
kakak mahu tahu..
from the way kakak bercerita...
membuat kan saya sgt teruja untuk nikah secepat yang mungkin.. :(
its seems so excited..
aaaarrrrrrrrrrrrrrgggggggghhhhhh..
tapi....


saya baru sahaja berumur 19 tahun..

ada sesiapa mahu kawin dengan saya?!
kita bercinta selepas nikah mahu?!
:p

Anonymous said...

iskkk
dengki utk kesekian kalinya.
nape begitu mudah utk orang ketemu pasangan sejiwa nye ye.

well fynn, aku emel kamu jugak, mau buku merah itu.

akma....L said...

huk2.. jeles nye,.. nk mcm ni jgk.. kak fynn dgn tri mcm dcipta sepasang kn?? nmpk sesuai antara 1 sama lain.. sweet sgt.. cemburu saye.. moga bhgia dunia akhirat.. amin.~ =)

Anonymous said...

Saya tahu ini memang blog Kak Fynn... Saya mahu komen tapi bukan khusus untuk Kak Fynn, tetapi Kak Fynn boleh baca dan kalau boleh mahu Keeman juga baca...

Ya, ini memang blog Kak Fynn - TATAPI bila saya terlihat photo Keeman saya ada di situ bersama seorang jejaka kacak - reaksi pertama saya - tidak lah hairan sangat - lagipun tahu Kak Fynn and Keeman - memang saya klasifikasikan mereka sebagai teman rapat - so tidak hairan jika photonya ada di blog Kak Fynn...

Melihat pula hasil penulisan Kak Fynn untuk entri kali ini - reaksi kedua - jantung saya degup laju-laju pastu tetiba jadi makin slow - rasa macam nak terus berhenti - tangan jadi sejuk bila di baca setiap patah perkataan yang ter-type - walaweh - Sister! Saya sangat happy...HAPPY NEH!~...

Saya terus capai phone yang credit nya memang tinggal ciput (tetapi saya tak peduli - mahu call juga) - dial number Keeman lalu berbual sambil tangan masih sejuk...Kata Keeman - mahu cakap sama Kak Fynn - saya kata takut - tetapi sebenarnya saya segan - HAHA - sebab dah lama tak jumpa saya dah jadi pemalu sama Kak Fynn...Mahu cakap sama si suami Keeman - saya cakap takut juga - sebab my Mama says ; DUN TALK TO STRANGERS...HAHA!(sebenarnya saya memang pemalu orangnya - ye ke?)...

Ya, saya happy tetapi saya memang kurang pintar nak susun kata-kata happy saya walau untuk sesiapa pun - Keeman memang tahu tentang hal ini - sebab dia kenal saya... Keeman kamu faham kan? Mesti Keeman tidak dapat gambaran jelas yang saya happy untuknya SEBAB saya memang tak pandai nak gambarkan dengan kata-kata...Tangan saya sejuk ok?...

Tapi ini memang pengajaran untuk wa dari kakak Keeman wa...Dulu - wa kasik dia surprise (beberapa tahun sudah) - tahun ni dia kasik wa surprise balik...elok la tu...like sister like sister...hehe... =)

I'm happy for you Keeman - serious sayang you sampai mati - WELCOME ABOARD...Sangat mengalu-ngalukan - sangat happy neh!...Saya ingat saya seorang je yang tunggu green light dari family di zaman saya itu yang Keeman tempuhi kini - rupanya Keeman pun sama - what to say - like sister like sister...

Ok, Kak Fynn - saya sudah selesai me-ngomen - komen panjang untuk Keeman tetapi Kak Fynn boleh baca - saya nak satu dunia tahu...Terima kasih kerana sudi memberikan ruang untuk saya komen - Take care ya kamu ber-empat...Ke dah ber-enam?... HAHAHAHAHHAHAHA!...

Love Love,
Apple itu Farha...