Monday, November 3, 2008

aku tidak ada kerja, maka aku menjawab.

1) anonymous:
mungkin ada hikmah.mungkin tuhan suruh kamu re-check amalan kamu di sini..mungkin lebih baik nasib kamu disini dari di sana (yang kamu megah2 kan sebelum ini).
//selamat pulang//

sudah aku muhasabahkan tentang itu. berbual panjang sama ramai. sama keluarga. sama suami. sudah. sangat sedar. dan sangat kenal diri sendiri.

cuma tolonglah; tolong beritahu aku apa yang aku megahkan?
sebab aku betul2 tak faham. ada pernah aku hina2kan hidup engkau?

kau siapa untuk menentukan apa dalam hati aku?

kalau benar aku lelong2kan kebahagiaan aku, kenapa ketika aku hancur dulu tidak ada pula sesiapa menjerkah aku memegah luka?

apa hidup engkau benar2 najis sehingga tidak ada hendak kau bernafas tanpa menghiris manusia lain?

apa ini amalan yang kau maksudkan? yang aku harus re-check? supaya aku menjadi seumpama kamu yang menghendap dan membaling tahi, bersembunyi tangannya sebaik terjelepuk lendir itu ke wajah aku?

sudah aku bilang, aku tidak kisah pun.
di mana2, yang penting sama suami aku.

andai benar aku bermegah, bukankah aku harus malu dengan jadinya ini? boleh saja aku menukar sim card dan bersembunyi. nilai bukanlah tempat yang besar. takkan orang tahu kalau aku diam2 di sini.

bukan?

andai benar aku bermegah, pasti aku akan pergi sahaja ke sana dan ikut saja rancangan asalnya. dan tunggu saja kedatangan tri untuk datang selepas beberapa bulan. semua sudah tersedia di sana. buat apa pedulikan suami.

begitu?

kasihan engkau. pasti hidup sunyi tidak ada makna. kau bangkit dengan tidak ada tuju yang pasti. sembahyang kalau pun cukup, ada besar mungkinnya sekadar dilakukan. ke mana luhurnya erti kau bertonggengsujud itu andai perasaan hasad itu terlalu berjahit ke lubuk hati?

kasihan engkau.
kasihan.

ya, aku bukan sempurna.
tidakkah kau baca?

hari2 ada saja turun naiknya.

kalau aku hendak sangat bermegah, aku tak fikir aku akan khabarkan hal2 jahanam, kan?

think, pig.
think!


2) tipah kembang:
klise pun u tetap tak tolak jugak gak kan pelawaan diorang tuh. kalau dah tau martabat nak direndahkan sebegitu rupa buat apa terima jugak? U sendiri boleh tolak apa. kata putus dari u.
//the hoppers & ahli musik//

aku sudah terangkan dalam entri itu juga.
kontrak.

dan kontrak itu sudah ditandatangani sebelum pergambaran dimulakan.

komplikasi adalah bilamana aku ini tidak ada pengendali. tidak ada representative. pengurus. aku hadir atas dasar kawan2.

ya. mereka itu asalnya adalah kawan2 sendiri, atau kawan atas kawan, atau kawan yang dikenalkan dari dunia indie gigs. maka aku percaya sama mereka ketika diminta menjadi karektor jemputan. yang akan mewakili puisi jalanan.

dan aku tidak pernah menyatakan aku sesal meneruskan siri itu, cuma yang aku sesalkan adalah klise harus mengikut citarasa semua yang mahukan setiap kisah terpapar mesti ada hal cinta.

tidak salah mahu menjadikan cinta suatu perkara sentral. tapi biarlah digarap dengan kemas. cara penceritaan kita balik2 begitu sahaja.

aku menulis tentang cinta. benar. klise. tapi tidak nampakkah biasanya tulisan aku adalah dari sudut dan perspektif yang jarang dibualkan? yang susah orang mahu bincangkan?

kata putus untuk memutuskan kontrak memang betul dari aku. tapi aku manusia, dan aku sudah diajar bertoleransi.

kerana itu, karektor aku yang sepatutnya bermula dari melaka sehingga ke penghabisan siri itu aku minta dipotongkan. makanya aku akan sekadar ada untuk beberapa siri.

maafkan aku kerana terlalu bertimbangrasa atas faktor teman2.
aku tahu, kau bukan manusia begitu.
kan?

ps: kepada kyoko, che fungus adalah teman asal saya. dan dia mmg sgt simple. baik sekali. saya kagum sama akalnya. btw, dia sgt genius. *senyum*


3) kaukenalakufynn:
fynn,the world does not revolve around u,kau pon siapa sgt nak panggil org sana sini sundal,hanya sbb perempuan lain dpt cinta yg kau nak dah cukup memberi lesen utk kau label org sundal?kau ni cepat melatah.
//tri itu suami aku, binatang//

pertamanya, aku memang kuat melatah.
tanya kawan2 aku.

keduanya, aku ini seperti sesiapa saja yang akan memanggil perempuan2 hina di luar sana sundal kalau dia berani menyentuh cinta aku. dan bukan perempuan sahaja, lelaki yang tidak reti nilai cinta aku, akan aku gelar bangsat.

maaf kalau kau dulu salah seorang sundal atau bangsat itu.

untuk memanggil sesiapa dengan nama apa2, tidak perlu diminta lesen. mungkin kau tidak pernah jumpa teman yang punya ayah yang menggatal sama betina gedik, atau kakak yang berada dalam cinta dengan suami orang (atas kelemahan dengan bahasa cinta dan janji2 sialnya).

sebegitu.

katalah aku apa saja. tapi kenapa fokusnya pada aku? sebentar. aku ulang semula. kenapa bila ada kejadian2 seperti ini, si mangsa tidak bisa mempertahankan diri?

aku sudah muak dengarkan tangisan gadis / lelaki yang disampahkan:

"kalau aku lebih banyak keluar duitnya, pasti boleh berjaya"
"kalau aku lebih cantik, pasti tidak dibiar"
"kalau aku buat sekian sekian, pasti tidak jadi begini"

silapnya sang mangsa adalah keterlaluan menghina diri sendiri. yang kelakarnya, tidak pula ada sesiapa yang marahkan mereka di keadaan begitu. semuanya sekadar memberi pandangan kasihan dan menepuk bahu, sambil membisik "sabarlah..."

sampai bila?
bila di setiap hubungan, asyik2 begitu sahaja.

buatllah apa sahaja. kad cinta. puisi rindu. rambut baru. seluar mahal. semua. bila datang sundal dan bangsat baru, senang2 sahaja kita dibuang seperti kertas a4 yang tersilap cetak.

mungkin akukenalkau (atas nama itu), tapi aku rasa nama kau sepatutnya lain.

kau bangsat itu.
kan?

---------------------------

sampai bila aku perlu layankan manusia2 dengki ini?
sampai bila?

penatlah.

kenapa kau benci sangat pada aku.

44 comments:

Anonymous said...

aku selalu tidak kuat mahu melabel si betina yang mengusik cinta aku-sundal.

mungkin kerana sibuk menjaga hati2 manusia,sehingga si sundal pun menjadi kawanan.

sungguhnya,aku ini mahu kuat seperti kamu k.fyn.
menjunjung cinta dengan tangan sendiri.
aku mahu gagah.
supaya dapat bertentang mata pertahan hak sendiri.


*pernah terlihat kamu melatah di bintang jatuh tempohari.huhu.
itu fakta yang kamu melatah.
dan aku sudi jadi saksi.hahaha.


bagaimana pun keadaan kamu.
aku tetap berpadu sokong di belakang.

Marina Ina said...

aduhh, kasihan kakak kan. biasalah, manusia eji memmg begitu. mesti ada hikmah kakak tak jadi kesana.. mungkin juga bukan skrg.. :)

dyla rosli said...

biarkan saja, kak.

bila kamu sudah ada 10 bibir manis,

pasti ada 1, 2 yang akan berbual najis, kan?

:D

Syhra Sepeai said...

kacip bersirip : saya juga ta kuat na panggel orang sundal. Hati saya terlalu lembut. mudah memaafkan kesalahan orang. sibuk menjaga hati masyarakat sekeliling hingga akhir terlupa diri sendiri.

kak fynn, mulut orang ta pernah na tutup. saya percaya nanti akan datang semula comment mereka membidas kenyataan ini dan tentu sekali selepar terkena lendir itu di muka kakak, mereka akan menyembunyikan diri.

*buku merah bersimbol hati sudah sampai :)

jiwa kacau said...

btol.btol.btol.....mmg fynn kuat melatah....

aku pown mau jd saksi sama kacip bersirip...hahaha!!!

Anonymous said...

tutupkan sahaja mata dan pekakkan sahaja telinga

blabla said...

sabar..

Sarah said...

kagum aku melihat ketabahanmu kak fynn..
sungguh aku begitu ingin jd kuat sepertimu.
:)

Tkah said...

jangan dilayan manusia begitu kak fynn, mereka semua berhati kan iblis yang tak boleh tengok anak cucu adam senang :)

Anonymous said...

fynn...nak buku merah...bleh?? ade lg ke? klu xde xpe... :))

marhaen vintaj said...

kadang kala manusia itu sungguh pelik,
dan kebanyakan waktu manusia manusia itu sungguh menakutkan,

dan hampir semua waktu, aku berasa ngeri dengan sikap sikap manusia.


*mari sama sama tabahkan hati

Farah W. said...

ps: kepada kyoko, che fungus adalah teman asal saya. dan dia mmg sgt simple. baik sekali. saya kagum sama akalnya. btw, dia sgt genius. *senyum*


kak fynn..kamu manis macam gula.
ah mungkin lebih dari itu.
dan ini ikhlas .
bukan sbb fungus.
*senyum sambil kedipkan mata

kak,hari itu saya ada menulis tentang the hoppers & ahli muzik di blog saya.dan ada juga la cerita tentang fungus dlm entri itu.kemudian,ada anonymous komen entri itu lantas memberi url blog fungus.

entah kenapa,saya fikir orang anonymous itu sama manis macam kakak.
^_*

dan pasal mereka yang kurang akal dan bermulut busuk itu,yang memberi komen yang entah apa-apa kepada entri-entri blog ini;

mungkin dpt disimpulkan mereka tak faham jiwa fynn jamal;yg ikhlas dan jujur bercerita.bukan bermegah,bukan menghina,bukan membenci,tapi bercerita seadanya tentang hidup seorang fynn jamal sebagai seorang isteri,anak,dan sebagainya.

dan mereka tak faham tentang itu.

pelik.dan yang lagi pelik,mereka tak faham tentang makna ber-blog.kalau dah tak suka,buat apa membaca blog ini lagi kan kak?

haih pelik.
biarkan saja mereka kak..

ferienza hezra fara said...

kak
ak sememangnya seorang yang menyanjung cinta sejati...

akan begitu...

sesuatu yg berlaku dlm family ak ari ni atas dsr cinta yg tak patot terbit dr insan bergelar suami

samasekali.....

musnahkan semua keserian family ak.
ak benci semua org yg masih tdk sedar2 kn diri idop d dunia yg tumpang ini.

kak
sesungguhnya ak nk jd setabah kakak.
e2 doa ak tiap2 ari kak.

hanya ayat "kunfayakun"
yang jd penguat ak hadapi semua ini.

='(

y u z said...

baru pulang kerja, dan hatrikirana menyampaikan yg kamu terhalang ke new zealand.

*terdiam.

belek mel yang terhimpun di meja sisi pintu - seimbas pandang sudah kenal siapa si pengirim.

Alhamdulillah, buku merah bersimbol hati sudah mula diulang baca, kali ini lebih tekun dan mendalami.

*senyum.

fynn,

orang hanya boleh bilang apa saja, sangat percaya yang kamu dan tri telah redha. bukan rezekinya. belum lagi, buat masa ini.

hidup ini sentiasa rahsia Tuhan yang tak terfikirkan, bukan?

*peluk kamu.

kuatlah!

Nurul Binti Ibunya said...

kalo dulu org ckp..
lidah tu lebih tajam dari pisau
tp skunk tulisan lebih tajam dr lidah..
sialan org2 seperti itu..
Hnya Dia y satu bisa membalasnya..

si mereka2 itu kurang kasih syg dari Dia y satu..
bkn mkhluk y terpilih oleh-nya utk d uji..
*dugaan itu tuk org y d kasihi n terplih sja bukan?*

Aishah Rahim said...

kak fynn..
aisha bangga kerana kenal kak fynn..
kuat & gagah!!

biarkan mereka tu kak fynn...
sekurang2nye, kak fynn bahagia..
mereka?? tak dapat ape...

:)

akubisikdisini said...

si bangsat dan si sundal adalah sampah..munkin dia terasa, tu psl dia bising..hahahah...

suka ati dia la mau cakap ape..nk panggil orang ape...haiiihhh..busuk2 pon..cakap la cani.."ish..tak baik tau panggil org macam tuh." kan comel je bunyinye...ahakss

Anonymous said...

berkata mudah, tanggungnya payah. manusia seperi itu di ceruk mana pun, pasti ada. mau dilayan, habisnya entah bila. tak dilayan, maka dilabel sombong/pengecut/etc. maka apa perlu di buat?

saya bkn seorg gagah menangkis semua ini walau saya selalu menegaskan 'aku tak peduli apa kau kata. kau tak kenal aku. jadi jahit mulut kau. busuknya aku tak mahu hidu.' apa yg akan saya buat kala ini terjadi. seperti pnh saya kata di entry previous, meraka tetap ada sampai bila, jd persetankan aja.

saya mahu mempersoalkan di sini, anda itu yg menanyakan (kaukenalakufynn), ada lesen ke anda merpersoalkan apa yg manusia blog ini tulis. tak suka, jgn singgah, jgn lihat, jgn pergi.



maaf lah kak fynn. hari ini pun mood saya kurg baik. itu lah keluar nya kata2 di atas. tak mengapa. kami ada di belakang, walau tak pernah bersua.

Anonymous said...

alah bisa tegal biasa
tiap mana ada insan yang bahagia,pasti ada yang pandang hina
kerana apa....
mereka cemburu tapi tidak mahu mengaku
mereka begitu tapi tidak mahu mengaku
biarkan lah mereka-mereka itu meneruskan bicara
sekiranya mulut tempayan sudah lama ditutup rapi agar tidak terusik
mulut manusia,jari jemari manusia,sampai kapan mahu dihalang
anggaplah kehadiran pencemuh-pencemuh itu sebagai 'balancer' dalam dunia blog ini
yin-yang...

-pejalan senyap di puisitepijalan-

waras said...

kpd anonymous: nota ringkas

mereka anonymous kebarangkalian ada masalah
*kesunyian melampau
*kebosanan melampau
*tidak suka melihat kebhagiaan org lain
*masalah keluarga/bf/gf/tempat kerja
*mahu buat org marah sbb diri die tgah marah
*perasan sempurna
*melihat keburukan org lain walha diri sendiri zero
*stalker
*obses
*mental prob/jiwa dalaman ....

P/S:jadi jgn melepaskan jiwa amarah kamu kepada org lain sedangkan masalah diri sendiri..dan jangan menghina org lain hanya setakat kenal melalui tulisan. kita tidak layak . kamu siapa, dia siapa , aku siapa utk mengubah org lain .

amosss said...

ini cakap2 org yg dengki, hanya mahu dia saja yg bahagia.

pedulikan saja kak fynn. org2 mcm ni lah yg suka merosakkan kebahagiaan org lain.

kak fynn, salah satu perkara positif bila tidak jadi ke sana - mungkin kita dpt bertemu, berbual2 di kedai mamak? keke

Amak said...

dia camni fyn, semakin banyak orang suka kita, semakin orang dengki.

kadang kadang noe pun goyah gak ngan kecaman camni. Tapi sekadar mampu buat bodoh je.

Ad Lee said...

cant you people just leave kak fynn alone? bangang lah korg nie. da da la tuuuu. go pick someone else.. arghhh! ape lagi bangsat2 dan sundal2 tu nak?

LittLe PeLaNgi said...

it's o.k kak..reality kehidupan slalu pny +ve n -ve..but whoever pn dengki dgn akak nisbah mereka yg dengki tu lebey ckit dari yg menyokong akak..bukti pn da adekan..

tuhan tu maha kaya..'dia' akan balas jahat pade umat 'dia' yang jahat..simple thing that ppl know from the day they know ABC...

:O)

Anonymous said...

irihati ada di mana2 kak fynn..

sabar sajalah

:)

Daisy Biru said...

kah kah kah..anonymous memang kelakar, berani dalam sembunyi, tak berani pula memperkenal diri.. korang pengecut r weh

dumdum said...

macam MM selalu cakap dan pesan,amalkan sikap "aku tak peduli".hidup kita akan sia-sia kalau dihabiskan dengan berfikir tentang manusia-manusia yang berhati busuk ni..

chik star said...

fynn,
sye same juge.
tetap akan mengelar dye si sundal.
kerana telah mengangu hubungan kami.

sye ade hak mencarutkn dye.
kenape maw di jge hati perempuan seprti itu.

*fynn segale jawapan yg kamu bg memg bole bikin mereke panas! haha

ooh !
sye juge pnh liht kamu melatah.
kiki

Lexy Rollo said...

ada ramai yang sayang kamu.
biarkan saja sekerat yang membenci.

fynn chill saja ok..=)

mochitsuki said...

fynn.. buku tu da trima..
semalam aku dapat..
thanks ye..

btw..
aku benci perkataan sabar..
aku..
punye suami yg ada kekasih yg laen..
saket kan...
sgt saket..

buatllah apa sahaja. kad cinta. puisi rindu. rambut baru. seluar mahal. semua. bila datang sundal dan bangsat baru, senang2 sahaja kita dibuang seperti kertas a4 yang tersilap cetak.
stuju ayat di atas...

Ayyman Rahim said...

Banyak bersabar dengan mereka - mereka ini =/

Fazra Ulala said...

Kak fynn..
Kuatkan lah hati ya ? (: Mulut mulut jahat manusia memang tak boleh nak tutup. Sabar ya,kak ?

:D

.L A L A. said...

kak fynn, aku bukan seorang yg mampu mnulis kata2 yg sgt dalam maksudnya.

cuma di sini, aku cuma ingin tumpang berbisik, bsabarlah.
persetankan mereka yg tidak suka. ramai tetamu yg mhukumi kak fynn , namun lagi ramai tetamu yg syg akan penulisan kak fynn.

kasihan mreka, membenci atas dasar iri hati, sangat kebudak-budakkan.

dn juga, salam.
ini first cmnt aku bagi blog kak fynn.
akan teruskan mmbaca.
menunggu cerita kak fynn yg kadang2 membuka mata.

:)

Anonymous said...

perghh...

"kaukenalakufynn" <-- sumpa malu ah dia. i mean, bila kita nak deny yang kita ni tak baiklah atau apa2 je yang berkenaan dengan 'lesen memanggil org sundal/bangsat' , sebenarnya kita lah yang selalu melabel insan lain.

fyi,78% penafian itu sebenarnya kebenaran. titik.( sebenanye,syah baca buku donald trumph.hihi)

budak cari hari said...

sabar ye kak fynn.
kalau kat dunia ni semua orang baik,
mesti tak thrill.
(:

saya dah dapat buku merah.
dah baca dah pun.
terima kasih!

Nurul Farhanna said...

rasanya saya dah tak payah hantar kata2 perangsang. semua yang nak dicakap, sudah diwakil dari orang lain. akak, nak tanye, mcm mane nak syg mcm aka dan tri? hihi

iYda Juhar said...

fynn jamal kuat.
namun kali ini, fynn jamal harus tambah kuat lagi.
InsyaALLAH.
Tuhan itu Maha Adil lagi Bijaksana.

dina said...

fynn... aku sendiri tak kuat utk menyundalkan si betina yg cuba menarik cintaku... kamu benar sepatutnya kita kena tabah. cinta kita tidak bisa digauli oleh mana2 penyundal atau si bangsat... aku patut tegar seperti kamu... tapi Tuhan itu maha adil Fynn.

Aku suka bahasa kamu... sangat hebat!

Anonymous said...

salam..
awk kne sabar dengan sume2 ni..
ni ujian ntuk awk..
Allah taw kemampuan awk..
Allah taw awk tabah..
tu yg DIA uji pelbagai cara..
Lantak dyrong r nak ckp ape..
mulut org..
cuma...sy harap..
awk dpt maafkn org..
coz..tulah yg terbaik..aty kte pun tenang..insya..

l.i.f.e said...

fynn, apa juga keaadaan dan situasi kamu sekarang, tabah lah ye. semoga semuanya baik2 belaka

[n] said...

It's just the price you have to pay for being out in the open. Ada yang menyanjung & ada juga yang membenci.

Maka, sabarlah.

iamstradust said...

dear fynn

pedulikan aja anak-anak bangsat yang tidak tahu apa2

mungkin dorang tak pernah jadi punk rocker kan

aku pun dah bosan, malas nak layan orang busuk ati ni..

see, kau ada ramai yang menyokong kan..so yang dengki dan khianat, boleh pergi mampos!

mardotti zaaba said...

kak fynn.sy bc blog ni diam2 je slalunya. tp bila baca part ni, rasa mau komen. ah kita semua jadi mangsa.dibodoh2kan org lain.semua org cepat melatah. semua org patut melatah.kta pnya hak utk melatah.n menegakkan hak kta.kenapa ad yg dengki.dan kak fynn, sy tak kira kak fynn bermegah. klu mahu bermegah, mungkin nyata2 kak fynn dah tepek jumlah harta kekayaan atau apa saja yang mencabar mata2 duniawi dlm blog ini. tapi tadak pon.kenapa ad yang dengki?mereka mmg manusia2 bermata lalat.melihat mana2 pon nmpk tahi sj.jgn mengalah kak fynn(bygkan sy dgn muka batu api yg tanak kalah)oh nway, lain kali ke jengka jemput la dtg rumah. kta mandi kolam,berkayak dan makan durian. awesome

Anonymous said...

kak fynn

pedulikan mereka
tapi adakalanya kita memerlukan parasit itu untuk meneruskan kehidupan
saya sentiasa sokong kak fynn
saya bersetuju dengan hampir kesemua apa yang kak fynn tulis