Monday, November 24, 2008

aku ni buruk. buang aku dari senarai kamu2.

aku mulakan entri hari ini tadi dengan ini:

rentetan ketaksuban pendakwah khas puisitepijalan di bawah nama anonimous, aku dengan hati dipaksa akan meletakkan beberapa pautan website2 muslim muslimah yang punya potensi untuk disekolahkan.


harus kau tahu, mereka ini lebih memerlukan didikan dan bimbingan.


*setelah aku fikirkan, kau carilah sendiri ya. tak susah. di youtube ada berlambakan. search saja apa2 keyword berbaur lucah dan dalam bahasa melayu, akan kau dapatkan. kombinasikan hijab, tudung, projek, terlampau. apa sahaja.


kemudian aku baca semula.

mau bunuh diri? entri begini akan memanggil kontroversi lagi. akan memaksa manusia membising tentang aku seperti jahiliyah, bodoh sombong, pendek akal, dan macam2 lagi akredetasi pada seorang fynn jamal, sejak beberapa lama dulu.

elok, aku struktur semula perkataan2 aku.
lebih molek kalau aku adun semula entri2 aku.
jauh lebih bagus kalau aku olah semula diri aku.

baru orang suka sama aku. baru orang boleh terima aku. baru orang selesa sama aku. baru orang hendak kawan sama aku.

tapi nanti, ada orang akan kata aku ini lalang. asyik ikut dan membuntut orang. tidak ada pendirian dan pandangan terbatas memenuhi ekspektasi semata2. orang yang lantang menjadi kuda catur sahaja2.

oh dilema.

paling kerap, orang katakan aku ini suka bermegah.
*gelak kecil*

pastinya, mereka tidak pernah sampai ke entri di awal tahun ini. di waktu aku betul2 hancur dan devastated sama kehidupan. hampir putus nyawa. sedikit lagi mahu racau kepala.

kenapa tidak ada sesiapa yang melihat aku di situ?

tidakkah mereka sedar yang hanya mereka2 yang pernah merasa lapar akan mengagungkan roti keras yang semut pun tidak hingin. hanya mereka2 yang tidak pernah punya ibu bapa akan merasa indahnya dikasih orang tua. hanya mereka2 yang sentiasa corot di dalam kelas akan bersorak ketika mendapat C+.

aku mempamer bahagia kerana sudah puas merasa dironyokkan.

ramai di antara teman2 puisitepijalan yang menulis surat rahsia pada aku lewat email. aku dibisikkan beapa aku memberi harapan ada pelangi di hujung hujan. ada harapan di setiap kesiksaan.

aku rasa puas.

andainya kau rasakan aku bermegah2 dan jerit aku itu terlalu lantang, mungkin khilaf itu tidak aku nampakkan. mungkin silap itu milik aku, kerana sibuk mahukan teman2 mendapat rasa ini dengan lebih mudah. tidak seperti aku yang harus jatuh bangun, baru menyedari ia tidaklah sesusah mana.

aku kisahkan yang dahulu aku tidak mampu untuk memuaskan lapar bahagia aku kerana sifat2 yang aku pasti bukan aku sahaja yang punya. aku iktibarkan yang begini begitu harus kau hanyutkan untuk lebih tenang. harus abaikan mimpi2 tidak logika dan hidup di alam nyata.

aku cuma berkata.
tidak mahu dengarkan, aku tidak pernah paksa2.

tentang isu2 agama, benar. aku bukan yang selayaknya. kerana itu aku tidak pergi ke mana2 surat khabar dan tulis di kolum 'bicara sama mufti'. dan aku tidak pernah memberi hukum itu haram ini haram. itu kerja tuhan. celakalah aku kalau aku niatkan untuk membongkak semata2.

aku tuliskan soalan.
apakah itu. apakah ini.

dan bukankan bertanya2 itu lebih bagus? tidakkah itu menunjukkan kita seorang yang masih belum bijak tentang sesuatu, yang kita soalkan dan minta dijawabkan?

isu aku membuka aurah masih dibualkan. aku tidak marah. aku tidak sangkal. tapi, tidakkah kau pernah bacakan entri2 lepas, yang betapa aku hendak sekali memakai hijab segala? di entri2 yang membuai aku di muhasabah jiwa.

aku hendak sekali tanya sesiapa yang sudi jawabkan:
pernahkah aku menghasut engkau2 untuk membuat kejahatan?
untuk membuka aurah, menjadi pelacur, memakan babi?

di banyak masa, malahnya, aku tuliskan kekurangan diri dalam perbualan aku sama suami. aku catatkan teguran2 suami aku itu dan menunjukkan yang di banyak masa sebenarnya aku ini masih manusia yang tidak tahu.

kau hendak soalkan rokok sama aku? kasihan sama kau. bila kali akhir kau temu sama aku, kalau pun pernah bersua. kalau semata2 kau lihat video2 dulu, usahlah leretkan lagi. kau bukan siapa2 untuk aku khabarkan. malah, aku kira ramai yang di sini cuma tahu aku membakar berpuntung2 dari sumber2 yang bukan dari tulisan aku. di video, di performasi, bukan di sini.

dan kau janganlah terlalu bangga bila aku katakan aku sudah lama cold turkey dan sudah tidak ada hati untuk membeli sampoerna hijau kotak besar setiap hari. maaf. bukan kerana engkau. kalau aku hendak kata kerana fatwa pun, aku cuma membohong engkau dan aku. kerana tak usah bohonglah, masih ada pak imam yang masih mengasap. dan bonda teman aku sampai sekarang masih tidak mampu berhenti.

*sebelum aku pergi jauh, tolong ye cik anon. aku tak kata fatwa tu salah. jgn putar belitkan*

aku berhenti kerana damien.
*senyum*

kerana tri tidak suka kucing. aku terpaksa lepaskan cinta asap untuk menyimpan damien. kan, azim? hahaha. mesti kau ingat muka aku waktu aku sedar i gave up smoking for this friggin cat, and my husband denied my rights to make other offers. hahaha.

tapi sudah lama pun aku hendak berhenti.
ketika aku disahkan ada isi dalam perut pun, sempat aku berhenti. kemudian ketika gugur, aku kembali. insyaAllah kali ini aku sudah betul2 tidak mahu lagi.

entri kali ini aku akan berikan info keburukan aku. mlm tadi ketika aku bualkan ttg entri aku bingit lagi, dia dengan suara terang dan tegas berkata:

"lepas ni, tulis yang buruk2 sahaja. tengok apa pula org kata."

tapi itulah dia yang aku pelikkan.
bukan dari dulu aku selalu cerita kesedihan aku ka?

aku dah mula tak paham.

48 comments:

Az Azwa said...

ala kak fynn persetankn je org-org yg mcm 2..

dina said...

fynn, bagi aku apa pun yang kau tulis itu isi hati kau, luahan kau, cara pemikiran kau... kau pedulikan anynomous yang suka ati nak menyalak tu... mereka tak ada bahan, tak ada kerja nak buat selain dari mengkritik orang lain yang sentiasa tak betul. walau bagaimana pun perangai kau, keburukan kau, itu hak kau sebagai seorang manusia. aku pun kadang2 terpikir kenapa mesti ada orang yang sentiasa tidak puas dengan diri orang lain? sedangkan apa yang dia fikirkan itu kadang2 membuatkan hati orang lain rasa terkilan, terseksa, tidak puas... tapi pendapat aku, kau adalah kau untuk menulis apa jua tentang kau, tentang sekeliling kau, pandangan kau tentang apa pun itu adalah hak kau, ini blog kau... jangan kisahkan apa yang diorang ucapkan...

panjang aku merepek...

najuwaju said...

nevermind what others say kak fynn.

tak payah susah2 nak menyusun semula ayat or explain2 macam ni. your friends don't need it, and your enemies won't believe you anyway. siapa tah cakap ayat azimat ni. saya pun dah lupa. =)

ala, ni rumah kakak kan? suka hati kak fynn lah nak susun kerusi meja macam mana pun. hempuk je kepala orang2 yang sibuk condemn mcm mana kakak susun perabot kakak tu.

ferienza hezra fara said...

seburuk2 manusia di dunia inilah yg mungkin disanjung tuhan kelak.
kerana dgn adanya mereka2 ini,tuhan disanjung minta dikasihi. [ingat]
akan tetapi
bagi mereka2 yg lawa dan berada baek segala serbi kehidupan inilah yg acapkali lupa akan tuhan padahal
mereka2 ini tuhan kurniaankan pelbagai nikmat biarpun tanpa kesyukuran.

benar kata org
buruk itu mulia
lawa itu hina

kenapa???

lihat shj wayang dunia ini.
yg buruk ini menggambarkan teguhnya iman mereka menghadapi dugaan.
*tabah*redha*syukur*

akan tetapi
yang lawa menunjukkan rapuhnya iman mereka di dunia sementara ini.
*alpa*leka*riak*

inilah yg dikatakan wayang tontonan di dunia.
pelbagai isu dan perkara yg masih menjadi pertanyaan

jelas,
keburukan seseorang itu tidak boleh di ukur kiranya di mereka tidak sehebat org laen.
*sesempurna*
kerana tiada yg sempurna di dunia.
yg sempurna ialah ciptaan tuhan iaitu manusia yg sebaik2 kejadian drpd manusia.

buat kakak fynn
fara bukanlah seseorg yg pndai membahaskan sesuatu isu.
tetapi fara melihat isu mengenai kehebatan manusia anoy ini sudah melampau.

kakak seorg yg kuat.
kakak kene lawan.
jgn lah mengalah dgn mereka.
kakak bkn menegakkan benang yg basah
tapi
kakak hanya menyuarakan pendapat dan segala persoalan yg berada di dlm diri kakak.
e2 shj bukan?

kakak menjadi sumber inspirasi bg teman2 yg mengunjungi blog kakak ini.
teruskan perjuangan kakak tanpa rasa bersalah.
kerana salah atau benar bukan hak kita sebagai manusia untuk menentukannya.

kakak
ampuni fara dgn komen yg berjela ini.
sekadar memberi harapan dlm diri kakak.
komen ini hanya untuk tatapan kakak.bukan semua.
sbb fara takot kene hentam.hahaha
yes fara mmg penakot!

kesimpulan
tak payah publish komen fara.
;)

thanks serta ampun.

ferienza hezra fara said...

kakak ampun ya.
sekadar menyatakan pendapat ttg entri kali neyh.
fara pinjam tajuk entri kakak untuk post pendapat fara di blog fara.
ampun.
tade izin fara akan delete entri itu.
tade ksh.
krn fara curik tajuk kakak.

ainfazrin said...

konsep jadi manusia ni bukan lah complicated mana pun.

guna akal yang diberi, jaga dan tambah iman yang dah dianugerahkan, betulkan niat untuk buat amalan seharian. jaga hubungan dengan Tuhan, bukan nak kena jaga dan tatang hati si polan-polan.

tapi, ada je yang berlumba2 nak korek busuk dan hitam orang lain, biar hasad dan dengki dalam hati yang sekelumit tu, tersebar dan makin menebal.

mmg semua org ada hak nak bersuara, nak kongsi pendapat. tapi kalau dah sampai nak menghukum org sana sini, rasanya diorang yang tak berapa nak kenal konsep kehidupan yang Allah jadikan. yang layak menghukum hanya Dia. kalaupun ada entri-entri yang dibaca tak begitu 'islamik' pada pandangan sesetengah kita ni, kan kita semua dianugerahkan akal. ambil saja lah yang berguna, yang tak boleh pakai, jangan dipedulikan. memang lah isu halal haram takleh disangkal. tapi Allah tak minta kita-kita yang catit amalan di bahu kiri dan kanan manusia lain. niat dan amalan kita, tu antara kita dengan Dia shj.

mmg manusia ni fitrahnya mudah lupa, harus diingatkan sentiasa. dan menyoal tu kan tandanya kita terusan berfikir, bukan nak mengikut membabi buta.

biarlah kak. lumrah dunia. pada mata manusia ni, kalau jadi baik pun kena kutuk konon hebat. jadi jahat lak mmg terusan kena laknat. sesetengah ni lupa kot ada Yang lebih Berkuasa untuk menilai kita-kita ni. yang harus kita selalu nilaikan, amalan sendiri.

dan rasanya pengikut puisitepijalan bukan lah kalangan 'dzahiri', yang membaca dan terus angguk tanpa berfikir 2-3 kali.tak timbul isu kak fynn/blog ini jadi contoh baik atau buruk. yang jadikan sesuatu tu baik atau tak, diri sendiri gak.

nak faham lebih-lebih pun, diorang ni yang tak faham betul2 konsep mudah ni kak. dah dia pilih nak fikir pusing2 begitu, terangkan macam mana pun, kita jugak yang disumbat di lokap pesalah.

kita tau apa niat kita dh cukup..kan? :) jadi, akak layan je lah damien dengan tri. sure diterima tanpa prejudis. lagi best. :P

Anonymous said...

keep blogging kak fynn.. kami sentiasa membaca, punya byk kata kata ilmu dalam setiap coretan kak fynn..bangga punya blogger seperti kamu, mereka? biarkan mereka.. mereka cemburu melihat tulisan kamu yg unik..
Regards,
cik beskal...

budak cari hari said...

'tidakkah mereka sedar yang hanya mereka2 yang pernah merasa lapar akan mengagungkan roti keras yang semut pun tidak hingin. hanya mereka2 yang tidak pernah punya ibu bapa akan merasa indahnya dikasih orang tua. hanya mereka2 yang sentiasa corot di dalam kelas akan bersorak ketika mendapat C+.'

mereka belum pernah rasa.tu yang jadi macam tu kot akak..

ShiE J. said...

kak fynn, biarkan je la semua anon2 tu.. lumrah dunia, bila ramai yang suka, tentu x sikit juga bilangan yang x suka. Biarkan je la....

Kami ni, yang dikatakan pngikut kak fynn xpernah amik peduli dgn dorg tu semua. Kami syg kak fynn sbb siapa kak fynn yang sebenarnya. So, bg Shie, tak payah la kak fynn penat-penat nak ikut susah payah kehendak manusia2 pengecut yang cuma pandai malantangkan kata-kata. Yes, apa yg dikata ada betulnya. Tapi, siapa mereka nak menghukum sesama manusia. Suruh fynn jamal cermin diri, konon.. Dorg tu bagus sgt ke?

So, kak fynn, biar ape je yang org kata.. Lantak kan saja. Be yourself, ok? Sayang kamu slalu! :)

HANA bUdaK cEkElAt said...

positif kak fyn.. positif.. jgn stress.. cool..yang baik dari mereka kita ambil, yg buruk kita jadikan tauladan.. semoga tuhan memberimu kekuatan dalaman yg luar biasa

;p ;p

vidadarisakura said...

pedulikan cik anon tu..
kita punya hak utk cerita apa saja..
selagi ia x salah dan dputar belitkan..
kalau pun sala..kita masi bole betulkan yg salah kan..
n pembaca takkan pecaya 100% n dats y la ruangan komen disediakan utk membincangkan apa yg perlu.
n to cik anon:
-suka-baca
-x suka-jangan baca
sekian..

badakbiru said...

takyah peduli apa org rasa,ini blog kau..suka hatilah nak tulis apa.
manusia sekarang suka jump into conclusion.tak bertindak berdasarkan akal.tak kaji sedalamnya sebab musabab org itu begitu.just be urself....in fact, aku faham dan jadikan kau idol utk berubah..;)

Anonymous said...

"pastinya, mereka tidak pernah sampai ke entri di awal tahun ini. di waktu aku betul2 hancur dan devastated sama kehidupan. hampir putus nyawa. sedikit lagi mahu racau kepala"

cha sokong yang ini
entry kamu yg dulu dulu
takde la sebanyak ini yg komen
hanya dalam kumpulan kecil

masa kamu sedang jatuh
masa kamu sedang ranap
masa kamu sedang menggila
hanya segelintir yang dengar
hurrmm, saya masih igt pada ketika itu
saya kirim kan kamu lagu "matahari"
saya mau kamu tau,
saya; yg kamu tidak kenal ttp saje berharap kamu kuat.

jadi saja diri kamu sendiri fynn
kamu lebih indah begitu
lebih dekat dengan kami; penggemar kamu.

*fuuhhhh
dah lama x komen di sini
rindu pula

jage diri fynn
jage hati
;)

syda ibrahim said...

tuhan cipta kita dengan apa adanya.
silap pandang orang buat kita nampak buruk kan?
semua orang pun ada silap.
kak fynn adalah kak fynn.
masing2 pun masih mencari diri sendiri.
hal rokok,bukan kak fynn saja kan?
ramai lagi kat luar tue.
pengorbanan kak fynn untuk seekor kucing?
pelik gak tu.
semangat ada nak ubah diri.
apa salah nya.
abaikan kata orang.
biar kita kritik diri kita sendiri.
jangan jadi macam setengah manusia,
kritik orang diri sendiri terhuyung-hayang.

oh,pernah ada isi ya?
kenapa tak dikhabar?
kalau rezeki Allah kembali lagi.
khabar sama kita!

C.E.@ said...

Mereka bicara seolah engkau pernah laung engkau sempurna.Tidak paham.

Mengapa tidak mereka timbang itu degan ilmu?

Jika kamu itu buruk maka aku ini yang sejijiknya.Jika kamu perlu dibuang aku ini perlu dihapuskan.

Siapa tentukan semua itu?Mereka?

Kita dan semua memang "MANUSIA YANG PENUH KELAS KESAH" jika mereka tidak,itulah firman Allah.

Rubina Yunal said...

".."lepas ni, tulis yang buruk2 sahaja. tengok apa pula org kata."

tapi itulah dia yang aku pelikkan.
bukan dari dulu aku selalu cerita kesedihan aku ka?.."

------
Komentari saya adalah berdasarkan pemahaman saya tentang statement di atas.
------

What to do kak, rakyat Mesia kan malas membaca. Kalau baca pun, dia baca part mana yg dia NAK je, part lain dia tutup mata.

Adatnya, kita ini suka yang sensasi, yg provokatif, yg senang untuk dimanipulasi.. well, mungkin sekadar ingin dijadikan modal berbual di kedai kopi saja agaknya.

Mungkin sekadar sekali lalu saja bacaannya, entahkan paham atau tidak entry-entry kakak(sedangkan saya sendiri terpaksa baca 2-3 kali untuk betul2 fahamkan apa yg kakak cuba sampaikan..) semata-mata mahu be able to say "Aku follow FynnJamal nye blog lahh.. (bermakna aku ini berkawan sama org-org yg ada nama gitu, jadi itu bermakna aku cool!)"

Follow blog hanya kerana kakak ini somebody. Bukan kerana intipati dan pengalaman hidup yang ingin dikongsi.

Shame that.

Kalau kakak ini bukan orang yg besar namanya, mungkinkah mereka-mereka ini akan terus mengikuti? Pedulikah diorang dengan hidup kakak?

Jatuh bangun kakak?

Ikhlasnya, saya bukan mencari FynnJamal yang di pentas atau di TV itu. Yang saya cari ialah pengalaman hidup seorang yang bernama Nur Affina Yanti, dan saya mahu belajar hidup dengan lebih bermakna menerusi pengalaman-pengalaman itu.

Macam saya katakan dlm comment utk previous entry, buruk itu cantiknya lebih dari cantik yang dibuat-buat, buruk itu humane dan tiada salahnya, buruk itu tersendiri..

Dan tersendiri itulah yang saya (dan patut kita) laparkan.

Yang tak mahu sehaluan dengan ini, boleh duduk tepi diam-diam atau cari jalan sendiri. Hehe.

Salam.

Anonymous said...

kak fynn,

dalam dunia, ramai org mendengki, terutama org melayu.

bile nampak kita senang sikit, dia kata kita berlagak, bila kita tulis entri yang memerlukan pemikiran dan justification yg dalam, diorg kata kita cube memesong akidah dan sukati nak halal n haram kan macam2.

Allah dah kurniakan akal dan fikiran, pandai2 la korang fikir ape yg betul dan tidak.

kak fynn,
just be yourself. buat apa nak ikot org. once bila kak fynn dah ikot diorg, suka la mereka. megah la mereka kerana ada org tunduk pada mereka.

mereka itu bukan nabi utk dijadikan ikutan. mereka itu juga tidak lepas dr buat dosa. hanya ALLAH yang ESA yg harus kita tunduk padaNYA.

.aina said...

kak.
kau bebas menjadi diri sendiri.
org yang membenci kau itu adalah org yg dengki di atas kelebihan kau kak.

sungguhpun aku tidak mengenali mu dgn lebih deket, apatah lagi bersua mata dgn mu, aku yakin kamu itu lebih mulia dari org yang bertutup litup.

pahala dan dosa manusia, bkn urusan kita kan kak?

aku sendiri penah mengalami sendiri rasa itu.kwn aku yg burok di mata org, rupanya sgt mulia di hati kak.

aku suka membaca tulisan mu. teruskan menulis. kelak akan ku baca lagi. (;

Anonymous said...

jgn cepat melatah..
cik anon itu tujuan nyer utk memberitahu dn membetulkannya..
bkn nyer jd cik anon tujuan membenci malah cik anon menghormati kamu..
berbanding dgn yg terang2ngan dgn identitinyer asyik memuji kamu shj..
kita sama2x manusia..
aku xreti memuji..
tp aku tau memuja..
berkata x semestinye benci..
tp berkata cuma utk membetulkan.

rahiza said...

kena pandai menangani perasaan.

*aku nampak buku kaler merah dari jauh :P

Maira Adreanna said...

fynn. biarkan mereka berkata2. kerna kita tak mampu untuk tutup mulut mereka. yang penting kamu tahu apa yang kamu buat. mendapat kepercayaan suami mu, keluarga mu. persetankan mereka yang sentiasa punya hasad itu. kamu punya hidup kamu sendiri. apa mereka bisa fahami andai kamu saket? sabar sahaja. menyakiti orang laen mungkin sememangnya kebanggaan mereka. dengar, maseh ada yang bersama kamu .

Sarah H said...

** Pakaian atas badan bukanlah pembaris tuk mengukur keimanan seseorang, kan fynn

Anonymous said...

tak semua macam si anon tu kak, kalau sorang pun tak suka 10 kali ganda suka.pedulikan saja.





p/s:oh btw, damien tu memang coomeell!teringat si moy. kak fynn tahu macam mana nak bersihkan gam dari bulu kucing?

eza erneza said...

fynn sabarlah ye..

penah dgr tak pepatah ni??

sebab utama kenapa kita dibenci orang adalah kerna orang yg membenci kita mahu menjadi seperti kita..

trust me..mmg btl benda ni..sebab sy penah laluinya..

sy dikritik kerana sy berpakaian seksi..sy bole terima kalau dia kata pkai seksi itu dosa besar..

tp setelah siasat, sy dikritik olh seseorang sebab sy seksi adalah sebab dia tak dpt pakai apa yg saya pakai.

kan ke pelik org mcm tu. kdg2 manusia mmg mcm tu.

cemburu dgn kelebihan org lain.
cemburu dgn kebahagiaan org lain.

sebab dia tak ada apa yg kita ada.

saya selalu kena mcm tu. jalan terbaik adalah buat tak tau saja. sampai dia penat.

kalau org tu btl2 tak suka fynn, buat apa dia sibuk follow blog fynn? pastu bg komen guna nama rahsia.

pikir je sndiri. org tu sebenarnya cemburu dgn fynn, sebab tu dlm benci dia masih nak amik tau perkembangan fynn. dalam benci, dia masih nak amik tau penulisan fynn.

org mcm ni ada masalah penyakit hati yg memerlukan rawatan segera.

sesungguhnya manusia itu tiada yg sempurna.

yg jahat tak semistinya jahat
yg baik tak semistinya baik
kerna..
yg jahat ada baiknya
yg baik ada jahatnya..

i lov ur blog walaupun i tak kenal fynn..

biar tuhan saja yg tentukan kejahatan dan kebaikan hambanya, sesungguhnya tuhan itu maha mengetahui dan maha adil..

ok?

IamYonna said...

kakak.
kalau boleh stop smoking ok :)

i'allah akak boleh.suro hubby akak encourage akak byk2 ok :D

Sarah H said...

Harap entri "Andainya dunia" aku membantu =)

pjoe said...

sesunguhnya orang yang bersabar itu adalah orang yang berada dalam landasan kemenangan

:)

pjoe said...

sesungguhnya sabar itu adalah kemenangan

LiLohOnEy said...

sabar kak fynn..

kami slalu d blkg akak oke :)

Anonymous said...

fynn,
tak minat nak komen pasal si anon.
sbb di mana-mana pon mereka ada.
dimana-mana pon mereka je hebat.
dimana-mana pon mereka patut dipuja.
bosan. kan?

tp fynn, im really really really sorry psl ur kandungan. jgn risau. sooner or later, akan tiba waktu nya. jaga diri oke fynn..

:)

Anonymous said...

Hah ni la pompuan, org tego sket die melenting, tego sket habis keburukan org die bukak, pkai tudung buat 2 buat ni, habis la ni salah smue salah, die je yg betol sume salah, haish x paham aku.. Ye betul ni blog ko, klau ko xnk org bace tulis la dlm diary.. Tu pun nk kne bgitau ke... Yg lain2 nganggok je mcm patung, hape la, tobat la ye... Insan marah

WNRD said...

sayang, i feel you.

and reading this has made me write this:

http://senikatawati.blogspot.com/2008/11/tolol-kasihan-dunia.html

Sarah said...

kak FYnn..

tak mengapa..
biakan saja mereka.

teruskan menulis wahai kak fynn ku.
:)

sarah akn slalu tunggu tulisan kak fynn..
:)


syg kak fynn.

Anonymous said...

er, aku rasa begini.

macam ni. aku setuju dengan si anonymous yang kat atas tu. aku rasa anony2 yang bagi komen yang bertentangan dengan entri fynn bukannya bertujuan menghentam. kalau dilihatkan, mereka takde mengutuk apa. cuma teguran. mungkin ada sedikit sinikal dalam teguran, tapi itu biasalah.

aku tengok ramai yang fanatik fynn ni... sokong berjela. sedangkan ayat pakai yang sama. mcm takde modal. mcm tengok tv pulak, pakcik2 yang tengah hangat berdemonstrasi. sorang cakap semua sokong. (alamak gerun aku nak cakap mcm ni. kang kena hentam plak)

nak sedapkan hati fynn, jangan bagi panadol yang sama je.

aku, bila dah jadi mcm ni, rasanya aku cangkung atas pagar je lah. nak kata fynn salah, ada yang betul. nak kata 'pendakwah khas' tu salah, ada jugak betulnya. setiap orang ada pendapat sendiri. baik sekarang semua balik dan fikir, buang yang keruh dan ambil yang jernih. habis cerita.

peace no war :)

Anonymous said...

Hangat sungguh entri kali ini..
Bukan nak sokong sesaper... Tapi inilah pendirian ikhlas dari diri sendiri..
akak juga bukan manusia yang sempurna...mungkin ade benar ape yang dikatakan anoy dan mungkin ade yang salah...
Yang baik tu kita ambil jadikan panduan untuk perbaiki diri..
Yang salah tu kita maafkan sebab dia pun manusia biasa, masih belum sempurna...
Wassalam..

*EMM*

Anonymous said...

salam..

saya nk komen sikit..bab anon ape2 ni..

klu kita nak tegur org atau nak berdakwah..ade caranye..tegur secara hikmah..lembut..

jagn kita tegur org dgn kasar atau membuka aibnye..

lagi lah org tu akn lari...sebaliknye..kita kene ceritakan fadilat2 kelebihan sesuatu yg baik itu..maka org yg di tegur akn lebih tertarik dan suka utk berubah..

maaf..sy bukan nk hentam sesiapa..klu ade yg terasa sy minta maaf..

anyway..saya tak menyokong mana2 pihak..yg mana yg baik jahat itu tuhan yg judge..kita tk boleh nk label org sesuka hati kan?

-jua-

Daisy Biru said...

cik anon, see, kamu pula yg cepat melatah. Kan kita semua kat sini dah tegakkan, nak tegur tu tak salah, tapi biar kita semua kat sini tahu siapa yg menegur.

Dari komen-komen kamu yg lepas bg entry2 sebelum ni, bila kamu tegur fasal Fyn tak pakai tudung tu, kamu tegakkan apa yg Fyn tulis lain sekali dengan apa yg dia amalkan.


jadi, kami nak juga tahu kamu yg menegur ini, adakah akhlaknya baik, apakah bertudung litup sesempura apa yg agama suruh. kami nak kenal kamu sebab kami nak tahu apakah kamu cakap tak serupa bikin.

So, kami semua ini tak bodoh. Kami berakal. Kami bukan patung tunduk pada Fynn. Tapi, Fyn itu memang superb. Kau cemburu.

Daisy Biru said...

memanglah tujuan kau menegur, tapi cuba kau tengok balik, kau menuduh sebanarnya. Sebab itu semua org bengang.

Anonymous said...

testing..awat tak kuar post ku tadi

Rubina Yunal said...

Seriously, orang kita perlu cari cara yang lebih subtle dan creative untuk menegur.

Lagi-lagi jika sesama Muslim.

Saya kira, cara teguran tuan Anon yg mulia ini lebih kurang sama juga idea dan konsepnya dengan method menggunakan video "Sajak Kematian" utk kononnya mengajar budak-budak tentang kemurkaan Tuhan, tentang alam mati, supaya takut pada Tuhan matlamat utamanya.

Malangnya, budak-budak kecil ini lebih takut sama keadaan mayat yang ditunjuk itu berbanding dengan the idea of betapa seksanya alam mati, betapa azabnya neraka hasil kemurkaan Tuhan.

At the end of the day, si kecil ini takut lebih pada 'hantu' drp Tuhan itu sendiri.

Which leads to one point..

Good message. BAD presentation.

Perlu saya explain lagi?

Well, sekurang-kurangnya tuan punya rumah ini (kak Fynn) deserve barang sekredit dua kerana ikhlas menceritakan kesilapan diri, dan sudah terang niatnya mahu berubah.

Jadi tolong jangan bunuh niat dan harapan itu dengan teguran-teguran sinis dan tak berapa nak membina pun.

Tangannya minta dipimpin, bukan disentap.

Mungkin kerana kak Fynn orang yg besar influennya, jadi difikirkan "oh jika kita bisa mengubah org besar ini, kita bisa juga merubah orang-orang kecil yang memujanya juga.."

Apa? Strategi serampang sepuluh mata kah ini?

Betul. Mahu halau lebah, kena buang sarangnya. Mahu halau semut, perlu tutup balang gulanya.

Tapi kalau dirodok kasar sarang lebah itu, bukankah besar kemungkinannya anda disengat kembali (mungkin boleh sampai mati). Kalaupun ditutup balang gula itu, jika tak kena caranya.. semut kembali jua.

Cuba fikirkan kembali. Saya puji niat tuan Anon yg mulia, tapi saya terkilan benar dengan caranya. Pembaca-pembaca di sini saya kira cerdik belaka. Tau mana yg boleh diambil buat pengajaran, mana yang tak elok kita alih ke tepi atau buangkan terus.

p/s: Kami yang menggunakan nama atau ID sendiri ini bukan hadap sangat mahu diangkat (oh tidak sekemaruk itu kami pada fame dan publisiti murahan..) tapi apa guna bikin username jika tak mahu menggunakannya? Mengapa mahu pening-pening kepala membikin ID lain, atau memikir-mikir nama samaran yang boleh digunakan. Nak takut apa? Yang ada nama ini orang hidup, orang ada nyawa.

Bukan "orang-orang" virtual, maya semata.

Sekian. Sudah-sudah la tu.

Sue Anna Joe said...

Sayangku Fynn. We're so much a like. So sensitive kan? No matter how much we try to be strong, tapi haih hancur juga. Although it's just the internet, alhtough it's just some anonymous, susah untuk pedulikan langsung, we take it serious and to the heart. And mesti sentiasa akan terngiang apa yang dikata orang.

Some people say, pedulikan saja. Not easy for people like us.

Let's both try to be stronger. We've already got the love of our lives, what more can we ask for?

I think the theatre aura is still strong in us lah. Hehe.

Anonymous said...

ntahlah..
aku xtau ar manusia ni terlalu fanatik sgt..
reason nyer sedangkan org yg pakai tudung pun kuat menghasut org..
asyik2x duk ulang yg tu..
plz lah jgn lah jd kn mende2x tu alasan..
dh sekurang2xnyer dari segi zahir die ikut gak perintah Allah dgn pakai tudung..
jgn suka ati jer duk menidakkan mende yg memg wajid dlm islam..

ANAS said...

Salam, aku sokong euccen ngn anonys, ape kene mengene tudung labuh dgn fatwa, aku rase langsung x de kene mengene pun....
Tapi Knapekah dia perlu buka semue keburukan org? Mengapakah semua blogger's fanatic sokong dia? Bagaimana dia expect org nk agree dgn dia, sdgkn dia hentam komen org? Adakah dia mufti? (maaf la kalau terasa hati, mmg niat aku pun) sila jawab soklan diatas, cheers.. Tq mwah

Anonymous said...

susah la macam ni. bila bagi nasihat, dikata persetankan saja orang begini. bila bagi teguran, dikata dengki, cemburu.

habis tu kalau ustaz ustazah kat sekolah menegur murid murid yang salah tu, mereka dengki dan cemburukah? adoyai. (bukan la nak kata saya ni ustaz ustazah)

ini komen dari Jua yang berada di atas:
"jagn kita tegur org dgn kasar atau membuka aibnye.."

kasar ke saya? mintak maaf kalau ya. sebenarnya saya dah banyak kali backspace dan tulis balik, backspace dan tulis balik, baca banyak kali sebelum tekan butang 'Publish Your Comment' supaya bunyinya tak kasar. tapi... hm mungkin salah saya tak pandai menutur kata secara lebih lembut.

dan 'membuka aibnya'. maksud awak, tentang saya sebutkan perihal rokok itukah? saya tak buka aib sesiapa. fynn merokok secara terbuka. ada video, kan? (tapi menurut fynn, fynn sudah stop demi damien. itu satu tindakan yang sangat perlu diberi pujian. saya pun suka kucing. sep.)

itu saja dari saya. takkan komen lagi lepas ni. maaf sekali lagi.

p.s kalau dah selalu sangat dipersetujui, datang sekali yang bertentangan, sudah pedih di ulu hati. inilah hidup. tak semua perkara yang dilakukan mendapat anggukan. biasakan diri. pesanan untuk semua.

AzhariSirat said...

Anon,

nawaitu itu antara manusia dengan tuhan.ko tak boleh letakkan hukum semata2 perempuan ini tak sama tahap takwa dengan kau.walaupun babi kurap sekalipon yang membuat kenyataan, kau kena terima dan kalau punya counter argument yang baik, sila kemukakan. salah untuk menyerang peribadi seseorang.kalau malaikat jibrail datang dengan rupa si pelacur sambil minum arak, kau tolakkah pandangannya semata2 jibrail berupa begitu?fynn tak kemuka sokongan atau bantahan terhadap fatwa itu secara terang2an jadi cukup untuk kita faham yang dia mahu ajak berbincang.ramai tak kenal fynn secara peribadi tetapi kerana kau dah membuka peribadinya mungkin dah ada yang tahu fynn ni mungkin teruk orangnya?itu sudah jadi fitnah.tak eloklah.lagipun macam kau anon, dia juga punya ibu bapa dan suami juga. jadi kau bukan saja mengaibkan fynn tapi juga mereka.apa yang dia buat salah, antara dia dengan Allah. dia cukup faham tentang dosa pahala.bukan begitu?

tak payah persoal pasal sanding atau tepung tawar kerana ramai sedia maklum itu mungkin haram.kalau kau rasa haram takpayahla buat.tak perlu tunggu ulama cakap.bukan rugipon kalo tak buat sumetu.kalau ragu tolak juga kerana atleast kau takut berdosa.dapat pahala jugak kalau takutkan dosa.ramai yang menyokong fatwa ulama yang yoga itu haram.itu jelas dan kemungkinan besar fynn juga menyokong(dia tak bagitau sokong atau tidak) jadi katalah dia sokong dan kau pula persoalkan dia yang juga punya sama sokongan seperti kau. kau tak rasa kau jadi punca pergaduhan antara umat islam dalm rumah fynn ni?

untuk anon (whoever or whatever you are) kau juga tak salah kerana itu pandangan kau.cuma tak elok meyerang peribadi seseorang dan menjatuhkan hukuman padahal fynn cuma mahu berkongsi pendapat. Nabi pun terima pandangan seorang yahudi terhadap islam jadi apa hak kau nak menghina fynn yang juga islam ni?

islam itu langitnya terbuka luas anon.ingat yea.


aku pilih untuk tidak berselindung
lifeasep.blogspot.com
zariesworld.blogspot.com

iYda Juhar said...

fynn,
inikan rumah kamu.buat saja apa yang kamu mahu.experesi kamu disini.tapi biasalah kan pasti ada yang suka dan ada yang tidak.dan susah nak puaskan hati semua orang.biarlah.

apa pun,hanya kamu dan Tuhan yang lebih mengetahui.

(;

iYda Juhar said...

anon,
niat untuk menegur itu memang baik.tapi nape mesti dilukakan hati orang?? tak elok begitu kan??

rasenye harus ditegur dengan lembut dan tidak harus menimbulkan prasangka yang lain.aib orang juga harus dijaga.kan?? ya,pasti kamu sudah tahu.

(;

Syhra Sepeai said...

manusia kak.. macam mcm perangai.