seorang tanpa nama menulis di blog tri:
"sudahla. ingat kau berdua je ke yg dah kawen. orang lain kawen pun tak dela nak bangga2 macam kau. mcm bini lawa sgt."
*senyum sambil kepala ini aku gelengkan*
ye. aku bukan maya karin. apatah lagi erra fazira mahupun ifa raziah yang sangat jelita itu.
dan aku tidak kisah pun.
sowat.
sebab sebenarnya, yang menulis itu tidak faham tri. dan tidak ramai yang kenal suami aku.
masih, aku tidak kisah pun.
tapi jangan kurang ajar.
masuk ke rumah orang, tiba2 kau mahu kritik hiasan rumahnya. kau mungkin gila kalau kau fikir tuan rumah akan senyum dan jamu kau makan.
kau wajib disiatkan bibir dan dihiriskan pipi.
aku tidak lawa. aku sedar sekali. tapi, cuba lihatkan dari segi ini:
tri mencintai aku seadanya.
aku yang tidak sempurna ini.
aku yang sentiasa merasa kosong ini.
cukup untuk aku.
cukup untuk dia.
dan seperti slogan di kepala blog ini,
"tidak relevan dan picisan. tapi jujur"
tidak ada kena-mengena sama kau.
tapi ini kami.
menulis tentang apa yang kami mahu.
kerana kami tidak reti menulis tentang membeli-belah. atau muzik terkini. atau hiasan deko. atau motor terhebat di pasaran.
terutamanya tri yang memang sangat susah untuk membuka mulut bila dengan orang lain. walaupun untuk bertanya sesuatu yang sangat penting.
kalau itu yang dia rasa, biarkan.
kalau kau tidak suka, jangan sibuk2kan.
susah sangatkah?
semua orang pernah tulis tentang ini.
mengenai sialan tanpa nama ini.
anna baru saja terbitkan pendapatnya akan hal yang sama.
kenapa binatang2 bangang ini tidak mahu faham?
bukan aku paksa kau sibuk2 pun.
ini tempat kami dan kawan2 kami.
teman fizikal dan virtual.
ini rendezvous kami.
sanctuary.
dan ya.
memang aku dan tri nampak terlalu melebih2. macamlah orang lain tidak punya perkahwinan seperti kami. macamlah orang lain tidak begitu mencintai seperti kami. macamlah tri itu sempurna. macamlah fynn itu terlalu dipuja.
ya.
ya.
ya.
*diam*
tapi aku ingat lagi. tri pernah katakan pada aku:
"sayang, kita sekarang sudah suami isteri. sudah tidak perlu fikir hal2 remeh2. langkah seterusnya adalah mencari wang untuk bakal anak2 kita. bayangkan, di waktu kawan2 kita masih pening kepala mengurus hal cinta yang belum tentu berakhir di pelamin, kita sudah jauh di tahap yang lain"
aku sangat setuju.
betul juga, kan?
haih.
pada sesiapa yang tidak kenal tri secara peribadi, takkan kamu tahu bagaimana dia. tanpa bertemu mata sama dia, kau takkan lihat kelembutan dia. yang akan kamu pandang berdasarkan tulisannya adalah betapa dia itu manusia keras.
terpulang kamu, si tanpa nama.
aku lebih selesa dia tidak dikenali. sudah serik dengan sundal2 di luar sana yang gemar menyegikan cinta. pantang lihat orang bahagia.
bencilah kami kalau kebahagiaan yang kami rasai ini terlalu tidak ada logiknya.
yang kamu dapat cuma benci.
yang kami rasa, tetap cinta.
tidak memberi kesan.
tri tetap manis di setiap pagi yang dia bangkit dengan muka sembab sambil bertanya jam berapa dan berakhir dengan penyataan "lima minit" dizikirkan sehingga tertidur semula.
tri tetap manis bila dia mengajuk bunyi2 yang didapatkan dari televisyen atau radio dengan harapan dapat memujuk aku yang asyik merajuk.
tri tetap manis kerana setiap kali aku memasak, dia akan menjadi manusia yang paling senyap dan menghadap paling lama, dan ditamatkan dengan satu wajah paling pancit dalam dunia.
tri tetap manis kerana dia sentiasa menggelabah dan serabut melihatkan aku yang menangis di depan cermin bila mencuba pakaian yang aku kira menampakkan aku gemuk dan gelebeh.
tri tetap segalanya bagi aku.
*diam*
tri. mari terus bercinta dan mengindah.
dunia tidak akan faham.
biarlah.
:)
53 comments:
sabarlah... anggap kata2 mereka itu hanya kata di angin lalu...
huhu fyn..memang patut tanpa nama itu dapat makian dari fyn dan tri.saya yg dengar pun mendidih hati.apakes nak kutuk2 hidup orang lain?kat blog orang tu pulak??tanpa nama lak tu??memang dasar bacul.hishh...
btw fynn,saya tetap doakan fynn dan tri bahagia,dengan cara sendiri,dunia akhirat..aminnn..
anonymous ni memang binatang. memang bangkai.
benci sangat-sangat. dengki.
anyway, bestnye dah kawen.
haih.
kak fynn...caiyok2..i'm amazed of tri's love to u..
this is your blog...say wut ever u wanna say...
biakn je "binatang2" tu mencacai xtentu hala...hehe...
biarkan la anon tu kak fynn
tak mati pun tade diorg
bikin semak je
sy tetap suka baca karya kak fynn n tri :)
ayat atas cam marah, skali kat bawah cair balik ingat kat laki.
ps : bila nak ada anak? lalala...
ya.teruskan bercinta. =)
biarlah apa org nak kata.
mereke semua yang hanya tahu komen dan mempertikaikan keindahan hidup manusia lain memang bangsat.
kita tidak perlu kelulusan mereka untuk bahgia, kan?
jadi biarkan.moga happy selalu :)
che puan..pedulik sama semua..
kamu jiwa2 yang indah untuk di liat..
saya suka..link kamu..
kak fynn. sabar yep. kita tak mintak pon dia dtg rumah kita kan. ape pon, sy sangat suka kalian.
pedulikan lah kak fynn..
fikirkan dan lakukan yang terbaik yang kakak dan tri fikirkan..
jalani alam rumah tangga sebaiknya..
kalaupun si tanpa nama mencela,
kamu di belakang ramai lagi yang menyokong dan mendoakan..
teruslah ke depan..
jangan toleh-toleh ke mereka,
jikalau mereka memporak peranda..
go. go. kak fynn & abg tri.
lantak pi depa yang bodo tuh.
ntah2 dia ckp mcm tuh sebab dia tak ada sesiapa yang suka padanya.
dalam ungkapan lain.
dia JEALOUS!
Bhahahaha! :D
tu yg dia ckp mcm tuh kat komen abg tri.
yg penting kak fynn & abg tri saling cinta antara 1 sama lain.
godd luck!
apeke jeles bebenor. sy suke je bace cerite kak fynn. rase mcm nak kawen jugak je.
biarkan mereka berkata-kata...
sesungguhnya itu menampakkan betapa mereka dengki pada kebahagiaan yang dari azali sudah tertulis milikmu dan suami.
biarkan mereka berkata-kata...
kerana kata-kata itu tidak akan menggoyahkan walau sikit pun bahagia yang kamu kecapi.
-pejalan senyap di puisitepijalan-
jelita macam ifa raziah??
=)
k fynn...
tu makhluk2 yang jeles la tu..
da menyampah toksah la bace kan...
tadek sape pun suruh..
haih..
persetankan aja makhluk2 yang sentiasa mau menyalak bukit... sudah tentu mereka tidak faham erti kebahagian halal yang hakiki... lucu jugak mengenangkan makhluk itu yang melempiaskan rasa 'cemburu'nya... maafkan aja kerana dia mungkin seorang makhluk yang singkat akal dan emosinya... moga kamu dan tri berbahgia selalu..
kita tau siapa kita. itu terpenting. yang lain, persetankan.
pedulikan. i've seen you perform. with the puisi. it was beautiful. beauty does not have to be so shallow and superficial. it's not all about looks. kak fynn jauh lagi cantik daripada itu, saya yakin. pedulikan anonymous.
saya cadangkan anonymous2 ni semua patut tubuhkan satu kelab.
minta2 suatu hari ditahan ISA.
Mereka tu org yang cemburu sama kamu dekk...
Biarkan apa mereka nak kata...tidak luak cantik di wajah kamu, tidak luak cinta yang tri berikan pada kamu..tidak luak bahagia kamu...
Syaitan sentiasa menggoda manusia, pangkat Sarjan sudah tiba untuk perkahwinan kamu...
Teruskan menulis untuk cinta kamu..Agar org lain bisa belajar menjadi pencinta seperti TRI..
manusia sentiasa dengki
x pernah puas
pape pun somaga kak fynn bahgia di samping suami tercinta
amin.
"sayang, kita sekarang sudah suami isteri. sudah tidak perlu fikir hal2 remeh2. langkah seterusnya adalah mencari wang untuk bakal anak2 kita. bayangkan, di waktu kawan2 kita masih pening kepala mengurus hal cinta yang belum tentu berakhir di pelamin, kita sudah jauh di tahap yang lain."
aku amat setuju!
fynn, yg sebenar aku mahu dekarasikan puisi aku untuk kamu bentangkan. ehehehe..
itupun kalau kau berkenan.aku di kota bharu skg ni, kebetulan adik suamiku bernikah sama tarikh dgn kau punya pertunjukan :P
* email kau yg mana satu? fynnjamal atau a_yanz?
kakfynn.. =)
tanpa nama tu jeless sbenarnyaa..
biarkan sajaa..
hurm...
biarkan sahaja manusia itu..
teruskan sahaja dengan hidup kamu..
saya link kamu...
persetankan saja si manusia tanpa nama itu kak fynn. tentunya dia cemburu melihat kehidupan indah kalian yang penuh cinta. jangankan si manusia tanpa nama, saya juga cemburu juga tau. semuanya indah-indah saja bagaikan dalam novel..huhu
semoga berbahagia selalu ya! =)
teruskan bercinta kak fyn..
mereka sememangnya takkan faham ;)
cinta yang pahit. benar.
cinta yang manis. palsu.
fynn, kamu betul sekali. abaikan yang tidak berani tunjuk nama. dia hanya mahu puaskan hatinya sendiri.
untuk kamu yang sudah ada tri dan hidup indah, aku doa berkekalan.
abaikan sang pendengki. dia tidak seberani mana.
fynn,
persetankan ape mereka kata
yang bercinta, berkasih, yang sudah berkahwin itu hanya kamu berdua..
yang tiada nama itu sampah yang tidak mahu mengerti ataupun busuk hati mungkin...
klu tak suka, jgn baca.
kalau benci, diamkan saja.
kak, dia memang sialan.
pedulikan saja.
em,da bce da kt entri tri.
yep.
manusia itu bodo.
die jeles pda org yg bcinta.
mungkin die blum jupe cinta die.
dan mungkin fynn pna menolak cinta die dlu.
dats y die jles.
wahwahh,
pndi mereka cte.
lepak je.
dats ur love story.
tade sape leh musnahkan.
yaa..sometimes they just dont get it. entah apa la kan.it's hard to please all the people.tulis sj apa2 kak fynn.sy suka =)
this is the sweetest wifey-hubby entry ive ever read !! syahdu seketika tatkala membaca perenggan2x terakhir ... and for u both two lovers,let the love grow ... persetankan mereka yg hanya hidup dialam fantasi mereka ... yg penting realitinya, kamu berdua dialam cinta yg nyata ...
w.. t.. f...!!!!
sial tol si tnpa nama..
cm bagus je..
lantak la..
nape?
diri tu tertusuk duri dengki?
p/s: sy tetap doa kebahagian kamu..persetan kn aje si sial..wah..(aku marah!)
gudluck ini mlm..
ah..si tanpa nama itu ada di mana2..kerjanya buat kacau dan penuh dengki dendam...
hi,u sgt comel! suke tgk muke u , biasa la tu, ada manusia yg bergelar binatang ni xsuke tgk org melebih, mungkin die x berpeluang begitu atau die dengki kot, peduli setan sama diorg, =) semoga berkekalan hingga akhir hayat! amin~
dengan ini saya dengan rasmi menjadi peminat anda.
dan tri.
:D
boleh saya jandikan anda berdua pasangan contoh
*sambil buat senyuman manis*
sabar ye kakak.. tuhan sedang menguji.. :)
tergamam sekejap.
persetankan si tanpa nama yang mungkin tidak pernah keluar rumah itu.
aku bahagia untuk kamu.
kami yang belum sampai ke tahap itu tidak dpt merasakan indahnya lagi, tetapi penceritaan kamu cukup untuk menghiburkan kami.
thanks fynn. u make me believe in true love.
orang takkan pernah berhenti cakap. persetankan saja. saya yg budak kecil ( ya saya 15 :DD ) enjoy j blog kak fynn ngn hubby. untuk saya, u both sgt sweet. heee.
:) peduli ya sama itu org!
kak fynn,bile kah kamu akan berangkat ke new zealand?? dan kak fynn duk sane sambung master eh?lepas nih pastu rendu dengan puisi puisi kak fynn.
tadi tak sempat ke red bungalow utk tgk kak fynn.saye sedih! kepingin melihat persembahan kak fynn :(
oh...by the way kak fynn,peduli kan ape yang orang bercakap tentang kak fynn dan jugak tri. asal kan kalian bahagia, itu sudah cukup.
biasa la fynn.
tu ayat2 orang yg mungkin asyik kecewa dlm bercinta, tak bertuah seperti kalian.
aku pun dengki dgn korang, tp dengki aku positif. utk usaha dpt bahgia macam ko dan tri!.
1 mencaci nk menjatuhkan,tp masih ade 99 lagik mendoakan kebahgiaan kalian.
sabar ya.
manusia yang bertopengkan anonymous untuk kutuk orang lain adalah manusia yang tiada keyakinan diri
mereka mahu diri mereka wujud tanpa orang tahu siapa mereka
mental!
fynn,the world does not revolve aroun d u,kau pon siapa sgt nak panggil org sana sini sundal,hanya sbb perempuan lain dpt cinta yg kau nak dah cukup memberi lesen utk kau label org sundal?kau ni cepat melatah.
manusia.lumrah kehidupannya mcm tuh.dengki mendengki no satu.nk tunjuk high class pon xbertempat.so,xpyh dilyan org sebegini.=)
eleh.si tnpa nama tuh jeles sebenanyeh.tak puas ati. bir die.tuhan tu maha adil.
saye pon jeles.tgk cinta dan kemsraan kamu dueorang.heheh. semoga tuhan kurniakan saya satu nanti.heheh.kamu berdueorang,semoga teros bahagia.
amin...=)
kenapa makhluk pendengki ni tak pernah pupus?makin membiak plak.biarkan saja mereka dengan labu labu keegoan mereka
kamu dan tri merupakan separuh dari bentuk bintang. hanya kamu dan dia mampu bergabung menjadi satu dan terus bersinar indah.
orang lain tidak mampu merekah dan memecah bintang cinta itu. mereka hampiri, pasti akan terluka dek kerana buju2 tajam bintang kamu itu
teruskan bersinar wahai fynn dan tri :)
mmg sedap btol "die" kene.. bgos k.fyn.. sy sokong.. ape hal nak cbok kalo org happy2 dah kawen.... die jelez la tu.. sbb x dek org nak die.. die pon x sedo diri...haha..
p/s: i love your life..
from:mira
Post a Comment