Tuesday, October 21, 2008

kategoriku adalah zapin

hello, kawan2.

untuk sesiapa yang sudi menonton aku, tri, syafiq dan anis nanti, slot yang wani ardy berikan pada aku adalah pada jam 9.45 mlm. terima kasih, wani. terharu sekali diberi ruang kemuncak sebegitu.

jadi pada kamu2 yang rasa hendak pergi ke perasmian Hujan di planet hollywood jam 2 petang yang sama,
sempat.

*senyum*

tempoh hari, kami berempat melakukan cubaan bunyi di hartamas. betul2 di tengah taman permainan perumahan pusat manusia2 mewah kota metro.

terasa sangat best dan kool, meski pun yang meramaikan tontonan adalah para bangla yang duduk di belakang kami.

dan seronok juga bila mendapat tepuk tangan mereka2 yang bukan tahu pun beza indie atau mainstream.

yang mereka dengar, muzik.
universal.

*masuk topik lain*

tak macam kita yang sibuk memberi kategori sebagai prioriti untuk membuat pilihan suara kegemaran kita.

"aku gotik"
sambil budak lelaki tingkatan empat itu membetulkan pewarna hitam arang di atas bedak yang diniatkan untuk memucatkan wajahnya, yang sebenarnya lebih menampakkan imbas MGR berbanding wajah mamat korea death note kegemarannya.

tak perlu dipersoalkan, dia berada di tingkat paling atas sungai wang, mengecualikan kebiasaannya melepak di times square setiap hujung minggu.

"wa pang, beb"
kata remaja lelaki yang sedang menahan tidak selesa bulu pubisnya yang terselit di kelengkang seluar skinnynya. rambutnya yang ala2 balung ayam itu menjadi kebanggaannya kerana semakin ramai anak2 muda yang mengaku indie sudah semakin meniru wajah mereka. dia bangga kerana dia merasakan dia pioneer kerana sudah lebih lama sedikit memakai fesyen ketat sendat itu.

dia itu sedang menunggu gadis berbadan sekeping, chenta hatinya sambil rokok tak putus di jarinya. mereka mahu jadi sid dan nancy yang seterusnya, mungkin.

"hipap, yoll. nahhhmeannnn, nigga?"
jeritnya yang separa kuat, persis awang hitam yang sengaja mencari fasal sama polis2. dan "nigga" yang diajukan adalah kawannya yang juga, sepertinya, melayu. dan pertuturannya yang begitu melampau hebat dalam bahasa antarabangsa itu rupa2nya puas dihafal tadi malam, kerana sesungguhnya, dia haram tidak reti bahasa itu.

kelakar, sebab dengan cuaca dijilat api kita ini, anak itu dengan megah memakai baju fubu yang gelobos, siap dengan jaket berbulu di hudnya.

"aku indie. hidup ni palat"
bayangkan wajahnya yang konon2 tidak peduli. begitu tidak peduli kerana dia tidak peduli mainstream yang biasanya wajib dipedulikan. pakaian vintagenya begitu kool. mahu jadi lain dari lain.

padahal, kau patut sedar, kalau seluruh bazaar sudah jual pakaian yang serupa, pemakaian kamu itu sudah boleh dikirakan fad atau fesyen kontemporari. bermakna, dalam 10 orang anak seusia kamu, ada 7 orang yang memakai itu.

maka kau sudah menjadi antara majoriti.

kesian.

malas aku terangkan siapa yang gemar mengaku penyataan2 di atas.
dah terlalu ramai.

siapa yang mulakan genre?
aku mahu teka, dia adalah tuan punya kedai muzik.

memudahkan dia menyusun andai dicari pelanggan, aku rasa.

indie? fak mainstream?
kau bikin aku ketawa lah, joni.

1) memangla. kau sekadar grupi. takkan tiba2 kau mata dunia bertumpu pada kau? tiba2 grupi jadi mainstream, tak pelik ke.

2) kau sekadar layan genre tertentu. ok. padanlah kau...:
----- a) depresi, sebab kau goth dan kau mahu sentiasa mahu membunuh diri kau seperti seorang kafir.
----- b) pemain perempuan, sebab kau hip hop pimp yang hidupnya hanya di kelab yang ada kolam renang.
----- c) pakai songkok tinggi gila, sebab kau minat zapin.

kau indie atau ska atau rock, kalau hidup itu palat, memang palat juga.

yang sibuk berbaju macam malaikat maut agama salib dari jepun tu, kau pernah betul2 cuba buang nyawa kau belum? kalau setakat telan pil, bagi salam sajalah. itu pun dekat depan jalan yang akan ada orang lalu-lalang. sebab kau mahu jugak diselamatkan.

kan?

*bengang*

aku tak marah kau nak pegang ideologi apa. tapi apa salahnya kalau sekadar2 sahaja? kenapa kena sujud dengan setiapnya?

contoh.
kalau engkau skinhead, tahu tidak asalnya pada 60an, mereka2 itu terang2an membantai anak2 asia kerana kita tidak setara sama taraf meskipun sama anjing mereka?

atau engkau2 yang kononnya memakai skinny jeans kerana mengikut ahli muzikmu yang memakai begitu kerana mahu menjadi lagenda muzik mereka. tahu tidak antara manusia terawal yang memakai skinny adalah seorang koboi yang menginspirasi karekter zorro pada tahun 50an?

juga engkau2 yang gila dengan pakaian ala2 flash dance atau tank girl.
urgh!!!

ini tak perlu aku sebutkan kes2 memakai pakaian seumpama dengan tudung.
adui.
hanyut!

susah la kalau mahu bualkan tentang ini.
kerana ini adalah sesuatu yang kita gelarkan fascism.

fanatikus.

aku mengaku, aku ada satu dua skinny, dress serba hitam, rantai2 couture, seperti2 itu. tapi pernahkah aku memberi label atau genre pada diri sendiri?

seingat aku,
memang tidak.

tapi benar, dari segi tulisan, aku rasa aku ada termakan sedikit gaya goth yang agak gelap dan mengilukan. ada unsur sadism juga masochism. tapi cukuplah setakat itu.

bila hendak keluar sama kawan2 gadis, aku selesa berseluar pendek dan tee tanpa lengan.
bila hendak menonton performasi kawan2 di tempat eksklusif, aku akan memakai dress manis.
bila hendak melompat dalam gig, pasti aku pakai skinny dengan rambut lepas, senang moshing.
bila hendak keluar bercinta, aku pakai yang paling cute untuk senyuman tri.

maksud aku, pakaian harus kena bila masanya.

bukan skinny kalau sekadar hendak pergi kedai untuk beli ubat nyamuk.
bukan celak hitam kalau sekadar mahu masuk kinokuniya.

seperti: takkan sampai mati mahu meloncat dalam gig, beb? sekali-sekala aku rindu teater. aku tonton wayang. ada masa, aku tidur dengan lagu keroncong. kadang2, aku melukis.

hidup ini perlu kepelbagaian. kalau terusan dengan satu2 perkara spesifik, boleh muntah mabuk.

kalau hendak ditulis, meleret2.
aku langsung bukan manusia yang selayaknya untuk menulis tentang ini.

aku tidak ada kolum dalam junk. atau klue.
aku tidak pandai minum arak sambil berbual peredaran industri muzik bawah tanah luar negara.
aku tidak reti lapsap, apatah lagi mengetahui apakah trend terkini anak remaja luar malaysia.

aku cuma tahu,
kalau aku nak pakai baju itu, aku pakai.
kalau aku nak lepak situ, aku pergi.
kalau aku nak tulis begitu, aku taip.
kalau aku nak dengar muzik itu, aku download.

siti nurdiana ke, scoin ke, emilia torrini ke, projek pop ke, krai tong cha ke,
yang penting kalau kau rasa best, kau layanlah.

kategori tidak patut ada.
kerana ini semua akan memulakan perkara2 seperti racism, sexism, nationalism, begitu2.

dan kita akan hidup dengan perasaan takut.

kita semua sama la.
sama.

darah kita tetap merah.
gas kita sedut tetap oksigen.

cuma aku tetap takkan suka siti nurdiana dan scoin.
sori
:)

puas aku cuba.

24 comments:

n u r i d r i n said...

sudah lama tidak ke pentas menarikan zapin..
rindu..
=)

nur'atikah said...

hye kak fynn ,

saye tertarik dengan hasil tulisan akak yang nie . betol ckap akak, budak sekarang pelik. saye pon golongan remaja, tapi skrang sume remaje nak mengaku die budak indie . pelik laa gan mereka :)

nota.kematian said...

betul betul bwtul (upin dan ipin)
sangat betul...

kesimpulan, jadi diri kita sendiri.
err.. atau dalam bahasa org puteh,
be yourself.
huhu

Mrs bubu (boo) said...

haha
setuju
entri besh kak fynn
biase la konon menjadi femes la
di khalayak org ramai.
sdgkan kosong jek
indie ke hardcore ke electro ke same jek.
tade beza.
terpengaruh sgt.hihi
kdg kdg smpai dekat headline "hidup ini mmg palat esok masih ada"
then kt album myspace xkan hlang indie di dunia.
fuck!sungguh menjengkelkan.
haha
;)

Syah Saliman said...

psl eyeliner tebal dan skinny jeans hny utk ke kino mmg betul.
selalu nmpk,sbb syah suka baca buku kt kino.kalau ada yg menarik,belilah satu dua .selalunya akan baca sophie kinsella's :D

aduh,zapin dan keroncong tu dah ada dlm darah org johor kuat kot.ntah mana2 pelusuk merempat gig atau pesta kalau tergengar lagu keroncong dan zapin,boleh jatuh cinta.jatuh cinta dan menari on the spot. kan?

hehe

lis said...

salute to the writer!!

gadisjahat said...

kak fynn. awin nak jumpa. boleh tolong belikan tiket untuk performance nanti tak. awin takut tak sempat nak beli. awin nak tengok sangattt. sumpah rindu.

rindu masa MMU voices.

AdiNang said...

fynn..

insyalah..aku nak tengok ko perform weekend nih.. uh.. bon voyage after that. harap2 nnti dpt jumpa lagi. bestnya duk nujilen. nnti bole bela kambing as a pet ;))

pjoe said...

saya akan hadir ke event itu
ada 'kawan' yang turut baca puisi
:)

tentang pengkelasan genre, bak kata fynn, ianya kerja tuan kedai
atau juga kerja para jurnalis majalah muzik yang memberikan pandangan peribadi
term, grunge, emo, gothic, post rock merupakan term yang dicipta oleh para jurnalis majalah muzik
untuk menyenangkan para pembaca membayangkan bagaimana runut bunyi yang dihsilkan oleh band atau penyanyi itu sendiri.

dalam segi pemilihan, kebanyakkan hanya mahu fit in dalam sub-budaya tetentu.

mereka mahu pehatian. perasaan belonging di dalam sesebuah klik yang bisa buat mereka rasa penting.

kudos to you for such a good entry

i like dikir barat
a lot!

menarik tertarik said...

you are right all the way la kak fynn!!:)

it is good ade orang yang berfikiran macam kak fynn, and saya pun selalu pikir macam ni..

diorang sanggup mengetepikan agama sendiri semata-mata memuja lagu,atau group2 yang datang dari sana.

malahan ada pemuzik2 yang mengutuk pemuzik2 lain yang diorang lebih underground, dan mainstream adalah f*&k!mereka lebih tahu group ini, lebih tahu group itu. so childish.

i tought music should be universal,kan?

dan ketahuilah kamu semua, yang kita sangatlah ketinggalan, let's say 50 tahun kebelakang?, dalam arena2 macam nie.

dahlah malaysian, masa untuk bangun. jangan tunjukkan kebodohan kamu semua.

jom layan zapin!

susu dalam botol said...

Budak darjah enam yang lelaki pun berskinny jeans juga. Hebat mereka skrg.

KhairulAqmal said...

hahaha.

inilah budak kita sekarang.
fak mainstream.
fak itu
fak ini.
siap buat website ala-ala nama bahan buangan, lepas tu pandai kritik² ala-ala professional.

terlalu fanatik.
taksub.

hidup sebenarnya indah, ketaksuban menyebabkan palat mereka datang. haha.

cherasepeai said...

kak fynn. saya salute anda :)) scene mcm ni dpt tgok dgn jelas lg dkt sekolah. budak budak makin pelik. f*ck ini,f*ck itu, support ni, mgaku itu.. padahal they r nthng. main agenda dorg hanyalah untuk jadi hebat di mata rakan rakan mereka.

afy said...

kak fynn.. =)
tabik springg to u..

nana said...

tiap orang ade pendapat sendiri.
dan pendapat kakak, same pula kebetulan yang saya punya.
:DD
tapi kalau saya yang buat entri ini, mungkin lebih emosi.
akan ade pernyataan ; 'sungguh agas orang itu.'

tapi kan kak fynn, ade satu pendapat akak yang tidak serupa sama saya.

saya suka siti nurdiana :))

capullet360 said...

insyaallah...
kalo tiada aral melintang...
pasti sampai..

~mademoiselle hana~ said...

saya keroncong..boleh tak?
(perlukah berkebaya jawa dan berkain batik selepas ini untuk ke mana2?)=p

tynaizat said...

haih kak fynn.
siti nordiana n scoin.hehe.

xclly totally agree wit u.
my bf tu suke kategorikan drinye.
bile kdg2 sy lyn lagu lame2,dy mengerutkan kening.if best,lyn sajelah.
ckan evrytyme maw hardcore kan.matilah sy.
hehe.
sy berjiwe puitis,kdg2la.

neway,suke entry ini.
akn cube pki zapin.
msty cantekk. (=

cikyin said...

cuma aku tetap takkan suka siti nurdiana dan scoin.
sori

--> aku pun tak suka hahahah termasuk la spoon, spin dan adik bradiknye tu.

nway, who cares kan ;p

Sarah is the One said...

masih layan KRU sampai sekarang. boleh pulak orang nak kutuk. suka hatilah kan

Farah Rosni said...

xkesah lah, keroncong mahupun punk rock. jika sedap di telinga, saya terima aja.

saya juga rindu zapin, lama tidak menarikannya. :) hanya step asa yg ku igt.

Miko Yamaguchi said...

saya x kesah, asal muzik best, apapun saya layan. :D

bin filem said...
This comment has been removed by the author.
farha ni said...

kak fynn, damn agree dengan entri ini.

why is it these kids addicted dgn indie, kononnya?

let's just be ourselves ok. and promote peace to the world.

kak fynn hebat. :)