Friday, October 17, 2008

kawan abstrak

wani ardy kata:

Hari Bintang Jatuh's pre-sale tickets are now available at THEY artstudio @ Annexe CM & The Super Sunday @ Monorail Bukit Bintang. Go, go, go! ;)

maka, ayuh.
kalau pun tidak mau masuk, tunggu saja di luar. kita bual2.
:)

yelah tu.
haha.

untuk sesiapa yang hendak tahu, pada malam persembahan itu, saya akan diiringi tri yang akan bermain gitar, syafiq dengan ceillonya, juga anis (dari kumpulan sedang melonjak naik sundae) yang akan bermain biola.

entah apa bunyinya, mohon ampun terdahulu sebelum kurang kamu suka.
tp, kami akan cuba dengan sebaiknya.

satu sahaja perkataan yang aku mahu tulis tentang kami sebagai rangkuman:
kimia.

kami tidak langsung selalu ketemu. syafiq itu adalah salah seorang teman paling tri cinta (satu lagi adalah azim). tri tidak suka ramai2. dia rimas. dia suka diam.

dan aku sedar kenapa tri kasih sekali sama syafiq dan azim.
mereka membuatkan istilah "berusaha memenangi hati sahabat kekasih" terlalu mudah.

menjadi seorang isteri dan kekasih, setiap perempuan akan rasa hampir separuh mati untuk menarik perhatian teman2 sang pasangannya. semuanya untuk mendapat kredensi dari juri2 awam itu.

"ok"
atau "nice la"

beserta anggukan.

kerana pada semua orang, kawan bawa ke mati. kekasih bisa diganti2.
jadi perlu dan wajib untuk menambat hati kawan2.

selain dari ibu bapa mereka.
dan adik beradiknya.

lebih sedikit markahnya andai jiran2 tetangga bersetuju dengan kita.

begitu fahaman aku yang konon2 bijak itu.
dasar cetek.
haha.

rezeki aku.
satu: tri tidak peduli kata orang.
dua: dua teman yang paling penting itu kool sama aku.

maka tidak ada masalah.

syafiz dan azim, dua2 manusia luarbiasa dri segi seninya. azim bisa kamu cari di lamannya yang terselit di antara muka puisitepijalan ini. tulisannya, aduh. menggoncang. syafiq? jujurnya yang hanya tuhan sahaja tahu. benar2 kawan yang kau patut tanya tentang apa saja.

kecuali tentang materi.
mereka sumpah tidak akan tahu jawabnya.

bertiga, mereka manusia musik yang indah.
dan mereka tidak pernah peduli kalau pun insan lain tidak mengerti suara bunyi mereka.

mengenali mereka banyak mengubah aku.
aku yang terlalu mengejar anggukan orang.
aku yang gila mahu senyuman setuju.
aku yang hanya okay dengan kesempurnaan.
aku yang serabut kalau ada yang tidak suka.
aku yang dulu2.
yang itu.

bersama tri, azim, syafiq dan anis, aku bebas mahu bicara tentang apa2 saja. seperti indahnya bermain hujan, simbol2 dalam filem yang teraplikasi dalam hidup, hitamnya langit dibanding putihnya awan, cinta, adorasi, kesumat dan apa saja.

kalau bertemu, tidak pernah sekadar sejam dua. harus (dan kadang2) membawa ke sehari suntuk.

berteman sama mereka tidak sama dengan rakan kecy. jangan silap tafsiri, kecy itu masih di dalam hati. utuh selamanya. cuma kadang2, ada masanya kita perlu untuk bersama lingkung sedikit lainnya.

maka semoga ini menjawab soalan seorang manusia yang mempersoalkan tentang siapa teman baik aku.

baik mana atau tahap mana seseorang itu dalam rangka kasta sahabat aku bukan didasarkan frekuensi pertemuan.
tapi setebal mana kesanggupan bersusah senang bersama.

kalau pun bertemu hari2, tapi di masa gering tak terluah mahu meminta bantu, aku kira itu bukan istilah sahabat yang sebenar, kan?

sentiasa tanyakan soalan ini pada diri:
"andai jahanam kereta kamu di tengah pekat malam,
dan kamu cuma ada talian selama dua minit.
siapa yang akan engkau carikan, yang tidak malu untuk kau mintakan,
yang pasti akan datang meredah ribut dah hujan, demi menghulur jari untuk kamu"

aku tahu, untuk aku ada beberapa sahaja.

yang sebenarnya, aku rasa kita semua tahu siapa itu yang layak digelar kawan, siapa pula dipanggil lawan.

cuma selama mana kita mampu,
kita layankan.

demi menjaga hati.
demi mahu dikasihi.

yang mana akhirnya, yang binasa kita juga.

*senyum*

sudah sudahlah menampung berat orang.
tatang dulu hati engkau.

manusia itu ibarat serigala.
yang makanannya adalah jiwa.

sekali disuap, selamanya menanti di muka pintu mahu disua lagi.

kalau mau sangat menjaga dan menjadi yang elok,
bikin jariah pada anak2 yatim dan orang2 miskin.

lebih banyak faedah.

*renung mata kamu*

aku kawan betul, tau.
sini, salam.

*hulur jemari*

hehe.

9 comments:

nota.kematian said...

ya.
memang betul.


genggam erat jemari, pandang langit biru,
senyum lebar lebar.

n u r i d r i n said...

ingin sekali pergi,
tapi belum ada rezeki bertemu,
satu masa nanti mungkin,
soal kawan-kawan,
andai kak fynn tahu siapa mereka-mereka,
itu sudah memadai..

sAfFiYaHnAjLah said...

bisa saya sambut jari itu..
sy mau..
g.luck f.fynn..da check jadual..
bnyk harus d kerjakan..demi tiket meniti pelangi.
g.luck!chaiyok2..
t letak la kat u-tube..huhu.
*sengal*
bisa d lawat jika rindu menjengah..

lis said...

sangat setuju!
friendship is not based on how often we meet..
kadang2 jumpe sekali pon dah bawa makna yang sangat besar..
n i've experienced that..

bak kate orang "jauh di mata, dekat di hati"
;)

nice post kak fynn..
i mean really..

Farah Rosni said...

"baik mana atau tahap mana seseorang itu dalam rangka kasta sahabat aku bukan didasarkan frekuensi pertemuan.
tapi setebal mana kesanggupan bersusah senang bersama."

saya setuju dengan konsep ini.berapa banyak hati yang sanggup susah senang bersama? sikit. dan itu pun kepayahan mencari nya.

Ruchiano said...

sy setuju
bila dalam kesusahan paling susah nak cari kwn yg biasa kita lepak.

sy igt lagi masa kereta accident.bila call minta tolong,ramai yg tiada.semua sibuk.cuba kalau ajak pegi karaoke,semua nak luangkan masa

kalau dulu menjaga hati org lain tu satu kemestian,skrg sy selesa dgn menjaga hati sndiri.itu lebih penting.blh gila tau pk negative sgt :)

i love ur writings

Syah Saliman said...

dpt relate.
setuju.rapat persahabatan bkn dgn jumlah frekuensi pertemuan.dan sahabat yg mampu redah hujan/ribut kerna kereta breakdown,aku juga punya beberapa sahaja.x sampai 5 jari.

*sedih.senyum*

zarithSOFEA said...

kak fynn.
sy sgt setuju sama kak fynn ttg kwn dan kekasih.
sy kdang2 kecik hati dgn dia.
terlalu protective smpai tak jaga bahasa.
especially kpd kwn lelaki.
seperti tak percayakan segala.
tidak percayakan sy dan kwn yg lain.

ingin sekali putuskan saja.
tapi, kasih dlm hati masih ada.
masih boleh berunding dan berbicara.
alhamdulillah.
sekarang semuanya baik.
cuma belum ketemukan mereke semua besama.

seronokkan kalau kwn dia, kwn sy juga dan sebaliknya.
bagaimanapun caranya, sy akan cuba.
sy tanak hilang semuanya.


C=

yanot said...

da beli tiket.
=)
harap dapat ketemu kakak dan mereka yang lain.
=)
kak fynn rasenye perform jam berapa?
=)