Thursday, October 9, 2008

mari melankolikan fikiran

betapa sukar menjadi seorang wanita.
lebih pahit kalau engkau seorang penulis.

tidak kiralah picisan atau profesional, seorang yang mengekspresi melalui tulisan, lakonan, lukisan, segala cara yang mungkin wujud, adalah manusia komplikasi.

terpanggil untuk menulis kerana terlalu bingung dek wayang semalam.
reign on me.

aku peminat besar adam sandler. boleh kata semua filemnya aku tagih.
kecuali zohan.
terlalu mencuba untuk jadi kelakar, mungkin.

tak berapa jadi.

plot yang berkisar tentang hidup seorang lelaki yang kehilangan isteri dan tiga puterinya dalam kapal terbang berhantu september ke sebelas itu. tidak langsung aku berniat untuk membincang politik pincang di sebalik peristiwa nanah tersebut, cumanya aku terkesima untuk berbual tentang karektor sandler.

bayangkan.

hilang yang tersayang sekelimpas itu.
begitu2.
patah tak mahu menumbuh.

dibajalah, disimbahlah,
haram takkan mau mencambah.

dan seperti biasa, aku akan melarutkan diri dalam situasi begitu.
dengan sengaja, aku membayang yang paling bukan2 dan menserabutkan diri dengan penuh bahagia.

bagaimana andai terjadi itu pada aku?
yang terbangkitnya aku di suatu hari, tidak ada lagi apa yang aku ada hari ini.

mampukah aku bangkit dan berlagak biasa?
menyahut suara teman2:
"bangunlah dan move on"
atau "get a life"

cakap memang senang.

seperti ketika pmr dahulu, yang aku cuma mampu mendapat 5A dan 3B.
"oklah tu"
"bersyukurlah. dari aku yang cuma 2A"
"lain kali cuba lagi"

kau bukan binti jamalludin bin abd hamid.
yang mengunci diri dalam bilik tidak mahu bercakap selama 4 hari.
kerana padanya, dia tahu aku sepatutnya mampu untuk menghentam seluruh subjek.

atau ketika aku menjadi pelajar degil yang bangun dari kerusi dengan muka kering ketika motivasi sekolah, semata2 kerana penceramah bodoh itu mengatakan "hilang mak bapak bukan alasan kamu untuk hilang semangat untuk belajar. jangan terlalu terbawa2 dengan emosi".
"kau emo sangat"
"rilek lah"
"kau beriya kenapa. mak kau kan dah lama takde"

cuba mak kau mati.
nanti kau cerita apa kau rasa.

*diam*

bicara manusia2 macam air paip tandas awam.
keluar tanpa peduli.

tapi bukan salah mereka pun.
niat mereka mahu menolong.
seperti aku hendak memberi jemari pada kawan2 yang dalam susah.
kadang2 keluar juga kata2 memandai2.

kita manusia memang kerabat menyibuk.
atas konsep saling bantu-membantu.
walau sebenarnya, ada masanya kita patut beri ruang pada manusia lain untuk mengikhtiar.

bantuan:
diminta baru dihulur.
dirasa perlu baru ditanya.
tidak boleh dipaksa untuk diterima.

malangnya karektor sandler itu dipaksa mandatori untuk menerima bantuan.

dia, yang hilang maksud bahagianya (dan lebih kejam, bualan terakhirnya adalah pertengkaran tipikal suami isteri tentang hal langsung tidak relevan seperti perihal dapur) pada hari kematian isteri dan 3 puteri comel itu, meneruskan hidup dengan melupakan yang dia pernah hidup.

menghilangkan dari memori yang dia itu dahulu seorang doktor.
menghanyutkan dari ingatan yang dia dahulu hero 4 perempuan.

dan manusia2 lain sibuk mahu dia kembali seperti dulu.
hidup seperti dulu.

seorang doktor.
hero.
bezanya tiada 4 perempuan itu.

ingat dan akukan semua itu.

lafazkan dan lakukan seolah tiada apa yang patut diperbesar2kan.
mungkin mereka mahu dengar:

"keluarga saya sudah mati dengan dahsyat kemarin.
saya sedih sekali.
tapi sekarang saya sudah okay.
jom kopi secawan"

kalau tidak,
disumbat ke hospital gila.

gila.
gila kejam.

apa makna hidup,
tapi sekadar mengenang.

*diam*

sialan.
aku sudah terlalu meleweh dengan situasi cereka itu.

*terdiam memandang langit*

jangan risau. aku tetap pegang iman pada qada' dan qadar.
haih...

cuma terfikir.
sekadar menyerabutkan diri.

*diam lagi*

kasihan menjadi seorang wanita.
kasihan menjadi seorang penulis.

tapi kan,
lebih kasihan lelaki yang terpaksa hidup sehingga mati bersama wanita itu.
kasihan tri.

aku kena berhenti tonton astro.
dem.

12 comments:

nota.kematian said...

mungkin dengan tulisan,
ia bisa menenangkan dan mengekspresikan segala rasa,


hidup ini kompleks, kan?

bila gembira, kita takut, suatu masa kelak kita akan sedih,

bila sedih, kita berharap harap bilalah menjelma kegembiraan,

harus bagaimana,
kita hanya mampu menadah tangan meminta dan terus meminta dari DIA,
bersyukur dan redha saja dengan ketentuan DIA...

Sue Anna Joe said...

Reign On Me, nanti mau tengoklah. Sounds intriguing.

Yeah, sebelum nak kawin dulu pikir, sempat ke aku kawin, dah kawin ni, pon terpikir, sampai tuakah kami. Haih. Selalu risau.

I hope to see you this Sunday. Ada hal sket berlaku, hopefully settled by tomorrow, saya mau sangat jumpa kamu dan tri.

And sori for my previous comment again, satu siap tertekan submit awal sangat, tu yang tergantung, was gonna say 'berdoa'.

Maaf, aku sungguh gelabah.

p/s: love you too. mwahs.

nasrah said...

salam fynn..
tak semua org boleh menulis. cthnya saya. hee..
tapi saya byk membaca. tulisan kamu byk memberi saya berfikir, bermuhasabah, bersyukur dan redha.

terlalu byk ayat "move on" utk diri ni. bukan tak mahu, tapi susah! tgh berusaha la ni.

izzah said...

kak fynn,
sya hanya mampu jadi pengikut sepi setiap yang diabadikan di sini.

segan untuk memperlihatkan diri di ruang kamu yang tak terkata ini:)

moga kamu bahagia sampai akhir nanti.

*baca2 dan senyum sorang2 atau tergenang air mata ketika membaca tulisan kamu dah jadi ketagihan saya:D

puspasari(= said...

kak fyn,
hmm..
kak fyn.
puspa ada kawan.yg.baik.
kakak tk knal.
tp kadang2 gurauan diorg.
kasi sy down.
kenapa sy sensitif kak fyn?
lately sy malas berckp.
sy juga malas membahan.
sy semakin sedar.
yg sy semakin sensitif.
kenapa?

*sigh =(.
p.s : reply saja d sini.nnt sy singgah page kakak lagi .
honestly,
sy benci rasa sensitif ni. ;(.
rasa .terasa. btul2 kasi sy down.sy tk tipu.sumpah. sy down.
.........

fynn jamal said...

satu perkara tentang konsep bergurau yang ramai orang tidak faham, adalah sebenarnya ia kejam.

gurauan adalah berdasarkan kebenaran, sebab kalau tak betul langsung, gurau itu tidak menjadi.

puspa, bersikap sensitif tu sgt normal. dan pada kakak, adalah hak kita.

orang yg tidak boleh terima rasa sensitif kita itu sebenarnya sangat pentingkan diri kerana mereka itu hanya mahu memikir kelakar yang dia rasa, tanpa mempeduli hati lain manusia.

ada dua pilihan. satu: beritahu. kadang2 ada mereka2 yang tidak tahu tahap biadap / kasar mereka, kerana tidak pernah ada yang menegur.

dua: diamkan. dan menjauh sedikit. bermakna kita akan terus dilabel sebagai emosi.

dua2 tidak ada beza pedihnya. kan?

tapi puspa, sebagai kakak, nasihat yang ada tidak banyak.

cuma, senangkan rasa hati puspa. kemudian hati orang lain.

manusia lain macam serigala. dan makanannya adalah jiwa kita. kalau sedikit kita beri, pasti dia datang lagi dan lagi.

puspa kuat ye dik..

amosss said...

kenapa saya suka tulisan kak fynn?

kerana bila baca, kepala saya berfikir. dan tak langsung, idea2 kak fynn yang tidak saya terfikir sebelum ni, masuk ke dalam otak. menambah pengetahuan.

sesungguhnya pengalaman yg ada pada saya seperti tidak sepadan dengan umur.

saya selalu berfikir benda yang sama apabila menonton cerita, atau mendengar cakap2 orang tentang pengalaman masing2 - macam mana kalau benda itu jadi kat aku?

dulu saya tidak begitu. dulu saya sangat optimistik. kalau ada yang buruk terjadi, aku pasti dapat harungi. tapi selepas dipijak, ditolak sana sini bagai binatang, selepas rasa setiap sakit dan pilu akan realiti hidup, saya sedar bahawa saya sebenarnya tidaklah sekuat mana.

maaf, sekadar meluah rasa di hati. kak fynn tak marahkan?

*kenyit mata*

- izza

sAfFiYaHnAjLah said...

teringat bait2 kata lagu wanita nyanyian ct..
aku wanita.. punya hati nurani..
hati utk menulis..mencurah y tersirat
hati utk berbicara..tnpa perlu berkata2..
hati utk bergumbira..tnpa perlu rasa sengal....
hati utk bahagia..tnpa perlu rasa sesal..
hati nurani..menjerit2..minta d lepaskan..
akak..
mungkinkah akn muncul pelangi petang selepas hujan utk sy?

fARHaNALiCiOus said...

"manusia lain macam serigala. dan makanannya adalah jiwa kita. kalau sedikit kita beri, pasti dia datang lagi dan lagi."

ayat ni beri seribu pengertian buat saya. thx kak!

farah rosni said...

saya seangkatan seperti puspasari. tapi perlu bagaimana. memang terjadinya diri ini untuk menyenangkan orang lain baru diri sendiri. biar hancur berkecai pun, orang lain tetap diutamakan.

betul, manusia ini serigala.

puspasari(= said...

thanks kak fyn.

skrng semakin faham.jiwa sensitif itu boleh rupanya.sy ingt sy teruk bila blh menjadi sensitif.=(.


orait kakak. sy akan belajar utk selalu kuat.dan tamau down. thanks again dgn kata2 semangat dn nasihat. .(huggggg).
(=

badakbiru said...

emm...saya juga seperti yg lain.ketagih dengan tulisan kamu.baca ayat pertama,ingin baca lagi ayat seterusnya.lagi dan lagi. sama dgn yg lain2, ayat kamu buat aku berfikir dan dijadikan panduan tempuhi hidup yang selalu bermasalah, dan mungkin juga kerna sensitif.tak tahu sama ada sebaya atau kakak..hehe..but i adore ur words.