Monday, October 6, 2008

cukup.

ke hadapan sembah julangmu,
wahai tuhan pencipta alam.

aku menulis ini untuk mengucapkan rasa terima kasih atas setiap kebahagiaan yang sudah engkau kasi pada seorang aku yang sentiasa selalu setiap masa lalaikan cinta kamu.

wahai tuhan,
harapnya kau perasan suara aku yang membisik salam pada kau setiap malam. betapa aku ini begitu kau rahmatkan dengan kasihanmu.

yang pada kucupan di ubun2 aku di setiap berakhir solat jemaah bersama suami.
yang pada setiap puji dalam lagu2 dinyanyikan suami sehingga terpejam mata ini.
yang pada indah cinta abah ibu yang masih lazat di telinga setiap kali bertanya khabar.
yang pada kemurahan rezeki hidup baru yang sentiasa mendepang tangan melebar.

wahai sang pengasih,
maafkan saja bila aku ini tidak mampu menelah maksud dugaan engkau. terlalu lewat mengerti dan memahami bahasa langitmu. kelilingkan aku dengan keluarga dan teman yang mempu memasak tulang belakang ini. jauhkan yang menghenyak. hilangkan yang kejam.

aku perlu kuat.

tuhan,
bantu aku.

aku perlu gagah.

kalau bukan rezekinya kali ini untuk aku dan tri,
aku redha.

memiliki cinta lelaki2 itu sudah terlalu melangit untuk aku.
memiliki kasih abah.
memiliki kasih suami.

kenapalah perlu diajar kita2 ini tentang harga.
yang mendidik kita untuk mahu sesuatu dengan lebih.
dan sifat membanding2 yang disuntik dalam jiwa.

aku mahu itu. lebih banyak dari dia. lebih cantik dari yang itu. semua2 itu.
tuhan, maafkan ketamakan aku.

yang asyik meminta2 dan memahu2.

tuhan,
sudah cukup.
sudah terlalu banyak.

12 comments:

puthree said...

mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku.redha n bersabar jln terbaik.
kamu kuat kan?!
*senyum

wendy said...

mungkin aku tidak memahami bahasa puisi..tetapi aku sangat2 ingin tahu..adakah kerana kandungan kak fynn kah?

Beautiful_Unbreakable said...

tabahkan hati ya?

*sedih utk kamu*

harap kak fynn sabar dgn semua dugaan ini...Tuhan xkn mengambilnya dgn percuma...Akn digantinya dgn sesuatu yg lebih berharga & bernilai utk kamu...

Ingt ya,setiap yg negatif tersembunyi nilai positifnya...

p/s:harap kak fynn kembali senyum...

Suka Bebel said...

selamat hari raya fynn...terasa sayu baca tulisan kamu saban hari

msYuz said...

*seka air di tubir mata*

kuatlah,fynn!!

~~

Sue Anna Joe said...

Aku pun masih ada rasa nak itu nak ini, padehal banyakk dah dapat. And the more we have, the more we want things. Haih, pening.We can never have enough.

Takpa Fynn, take the time you have now sebelum tiba masanya kamu jadi ibu, and spend it with your hubby Tri.

I had an advice from a friend yang kawin dan dapat anak kurang dari setahun berkahwin. Dia nasihat, kalau nak baby, tunggu for the first two years.

But knowing you, memang kalau boleh sekarang gak nak anak. Aku pun tensen ni, asik kena 'mengawal' keadaan ketika berasmara dana. Haha, lagi-lagi si Pitt. Okay won't get into details. But you know lah kan.

So I guess, that should be the hikmah, tuhan nak bagi masa untuk kamu dan Tri, sebagai sepasang suami isteri yang baru. Lagi-lagi you guys baru berkenalan. A time for the both of you to spend together and enjoy.

Masih banyak masa lagi.. :)

Sue Anna Joe said...

Oh God, saya salah paham.... betapa dongosnya aku. Tepuk kepala sendiri.

I totally missed out on the 'kalau' bit. :( Uwaaaa.

Sekarang saya baru paham... takpa, saya akan b

jangandekatiaku said...

kamu ada mereka yang menyayangi & mengasihani.
ujian ini datang dari Dia yang Esa.
rezeki juga datang dari Dia yang Kuasa.
=)

harus kuat.redha.akur.

t.care:)

Hanna J. Potter said...

salam raya buat fynnjamal. =) nice entry. nice posts. i adore your works. keep it up~!!

aainachentak said...

kak fynn jgn sedey2 ya!
insyalah akan ader hikmahnya.
bitter&sweet.
it complete da life.
truskan perjuangan!

amosss said...

kak fynn,

kuatkan semangatmu. Tuhan takkan uji kita dgn dugaan yg kita tak mampu lalui.

sudah lumrah manusia begini, kita mahu kebahagiaan. saya juga berasa tamak dgn kebahagiaan saya ini; tiap hari meminta belas dari Tuhan supaya ianya bukan sementara, tapi kekal hingga akhirat sana.

saya doakan kak fynn sentiasa sihat dan selamat.

-izza

syahirah said...

kak fynn,
walaupun kerapkali hati ini bising,tak pernah puas dengan apa yang ada sekarang,
pasti akan disedarkan lepas baca entri akak.
thanks. =)