Sunday, October 5, 2008

senyum pahit

ramadhan dan syawal datang tanpa aku sedar alirnya.
terlalu pantas.

mengerikan.

ramadhan lepas, abah yang memang ada penyakit kencing manis diserang hypoglycemia, atau lebih mudah dikenal sebagai insulin shock. situasi di mana pengambilan gula terlalu dikawal sehingga kadarnya terlalu rendah.

begitu rendah, sehingga abah mula hilang ingatan dari masa ke semasa.

*diam*

untuk seorang yang mengagungkan bapanya, yang memandat sang ayah itu sebagai satu2nya hero yang tak mungkin ada penangkis kebalnya, ini adalah suatu yang terlalu membunuh.

*diam lagi*

abah, yang tidak langsung ada kurang, yang sangat sempurna di mata aku, yang keterlaluan gagahnya, kini mula hilang. aku jadi takut.

abah harus terus kebal.
mesti tetap gagah.
hidup sehingga beratus tahun lagi.

abah aku superhero.

*airmata aku terlalu deras sekarang ini*

achik cerita pada aku, ada ketika yang abah tiba2 menyusun2 barang seperti anak2 kecil. ada juga masanya yang dia tiba2 berhenti memandu di tengah2 jalan dan tidak mengerti apa2.

ibu kisahkan pada aku, ada sekali itu abah diserang teruk, kalau tidak disedarinya, pasti sudah koma atau lumpuh.

aduhai tuhan...
kalau ini harga bahagia aku,

ambillah semula.

*diam*

kerana tidak ada manisnya hidup andai dikorban punca nyawa,
kan?

...

tapi alhamdulillah, sejak semakin dijaga dan dirimaskan dengan desakan aku supaya abah tidak lagi berpuasa dan bekerja kuat, dia semakin elok. tidak pulih sepenuhnya, cuma tidak lagi diserang hypo.

cukuplah.

tambah pula dengan berita membahagiakan satu hari raya lepas. datangnya kepastian akan tiba seorang permata dalam 9 purnama lagi.

...

*diam sebentar*

cuma yang aku sedang tangiskan sekarang ini,
adalah kemungkinan yang aku dan tri harus tunggu lebih lama.

aku ini manusia tidak kuat.
begitu juga anggota aku.

satu per tiga ratus ibu2 baru akan berhadap dengan pendarahan dalam trimester pertama. kemungkinan aku akan kehilangan permata itu.

kelakar,
aku adalah salah satu itu.
dan lebih kelakar,
perkataan yang digunakan adalah 'kehilangan'.

seolah ia suatu barang yang boleh kita hilang dan kemudian jumpa.

*senyum pahit*

tuhan, mesti kau ada plot lebih indah, kan?
aku sedang redha ini.
terima kasih kerana kau bisikkan semangatmu melalui sang suami yang tak berhenti menguatkan aku.

menatang aku.

ada masa aku rasa dia tak peduli ada atau tidak kandungan ini.
biasalah, hati wanita tolol seperti aku yang amat provokatif.

"apa tak kisah langsung kalau hilang dari kita?"
"bukan begitu"
"habis?"
"saya masih tak mampu bayar pada tuhan atas kamu yang dihadiah pada aku. takkan aku mahu minta2 lagi? mendapat kamu sahaja saya masih belum habis berterima kasih. sabar, sayang... tuhan ada cerita untuk kita... kan...?"

aku diam.

ada rezeki, ada.
kalau hilang,
harap2 jumpa semula, kan..?

*diam*


kun fa yakun.

sangka baik pada tuhan.
sememangnya dia maha baik.

maha.

27 comments:

Marina Ina said...

Kuat kan semangat, kakak!

obor obor said...

akak, tuhan tidak akan menguji seseorang di luar kemampuannya.. sabar ya..
insyaALLAH, selepas pahit,ada manisnya

fara rasep said...

berdoa kak fynn.minta padaNya.
insyaAllah selamat.

yang baik2 hendaknya utk kak fynn.
amin

Anonymous said...

satu aje.

adat kat dunia -
takde bende yang kekal kat dunia ni.

pagi gembira, mlm bersedih.

sedangkan nyawa kite kat dunia ni pun sementare aje kan?

sabar kak fynn.ade hikmah.

y u z said...

woah.

kalau dikisahkan mengenai abah,saya ingat lagi kita berbalas komen di youtube,di Puisi Buat Ayahanda - dan fynn bertanya "kamu anak ayah,ya?"

=)

barangkali di situ saja sudah cukup terzahir buak kasih memiliki seorang Abah.

semoga kamu sekeluarga sejahtera selalu~

[siti] said...

saat kita mula rasa bahawa sudah sampai masa bapa kita hilang kudrat, hilang kuasa yang sedikit2 bakal memamah nyawanya, kita akan rasa makin kasih dan cinta kita pada dia. Yang bernyawa pasti akan pergi, tapi rasa takut kehilangan pasti akan tetap dirasai. dan tidak mahu kalau bisa!!

ingat waktu bapa saya di wardkan? waktu tanchap sahabatkan kalau tidak silap. Terima kasih atas kata dorongan dr kamu. Antara teman2 yang tidak lah akrab, tp mahu juga titip sedikit semangat saat jiwa agak goyang. Thanks fin.

ajal maut, jodoh pertemuan.. semua urusan Tuhan. Kita ini hanya bisa meminta dan merancang... ketentuan akhir tetap di tanganNya. InsyaAllah.. jika bukan hari ini rezeki kita, dihadapan nnt ada yang menanti.

all the best for u my dear.

hatrikirana said...

Tuhan punya rencana-Nya sendiri bt kita hamba-Nya...
sabarlah...
wpun gembira itu cuma seketika...
Tuhan itu maha adil dan lagi maha berkuasa...

nuridrin said...

doa2lah..
semua mendoakan yang baik2 saja..

Anonymous said...

aku ; sedang senyum

Azhan said...

hai fynn, its me Abg Azhan.

I found your blog. And it is wonderful, i mean it.

But I am sorry that I found your blog when its latest entry is about your greatest sadness.

b strong. Think of Him. Yeah, sangka baik pada Tuhan. I wouldnt know how it feels like, but every soul on earth is His.

Luv.

-icha03- said...

sabar fynn
kuat!!

Cool said...

sabar fyn, Allah tarik satu yang berharga, digantikan 10x ganda yang lebih baik.

Kita hanya buta pada yang amat nyata.

cik puan daun said...

fynn..

tabah ya?

SayaBudakPemalas said...

risiko tu mmg ada tp insyaAllah..rezeki ttp ada untuk org yg igt kpd Nya.

jaga diri dan kandungan baik2. :)

goblogbyfarah said...

minta yang baik2 saja dari Dia

Hanafiah Ghazali said...

ciptaan Dia Maha Agung
puisiNya Maha Indah
masih kita enggan mengerti

Sue Anna Joe said...

I don't know what to say. :(

Again, saya mimpi kamu lagi semalam. Pasal benda ni. Tengok tu, sampai terbawa ke dalam mimpi.

Yeah, we know semua ada hikmahnya kan. And I think that's the beauty of Islam, kita belajar bersabar dan redha.

Hmm. I always say, you're strong girl, lagi-lagi ada Tri, keluarga dan sahabat yang menyayangi. Let's just pray for the best.

When God closes one door, He will open another.

*peluk kuat kuat*

didi said...

like k.sue anna joe cakap, semua yang berlaku ada hikmahnya.
kakak kuat kan?

Tuhan pasti bersama orang2 yang sabar.
Insya-allah semuanya akan pulih.
banyakkan berdoa.

:)

Tyna Aizat said...

tabah ye kakak!

Anonymous said...

sesungguhnya ALLAH itu tak akan menguji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita tanggung.

doa, moga yang baik2 aja.

Suka Bebel said...

takziah lah ye? sesungguhnya kamu disayangiNya sebab diuji berat begini. insya'allah ada rezeki nanti

Anonymous said...

fikirkan yg positif fynn.

aku faham ape yg kau rsa (berkenaan abah), sbb itu juga yg kami sekeluarga sedang hadapi skrg (mama aku).

tapi sabar la ya. kuatkan semangat, bagi sokongan pada dia.
pandanglah hikmah disebaliknya.

dan jgn lupa ada nyawa dlm perutmu yg perlu dijaga.

rahiza said...

fynn! sudah berisi kah?
tahniah!
*jeles jeles*

:P

. said...

kak fyn.
tenang ya.
kalau tk tenang.mkn ice cream.
sbb ice cream sejuk.
sejuk itu tenang.
kalau tk tenang juga.peluk tri
sbb dia pil penenang kak fyn.

kak fyn.
kuat ya.
Tuhan syg org yg kuat.
remember.
Tuhan syg org yg tidak cpt putus asa.
kak Fyn yg puspa kenal.
selalu kuat.ikhlas.

Puspa selalu doakan kakak.
ALWAYS.

kakak pn kena selalu berdoa oke ..

*kissssss.

akuanakkecil said...

kak fynn! kuat kak fynn :)
kamu kuat.
sejujurnya aku kagum dgn kamu..
kamu kuat kamu tabah.

kak fynn hidup ni mudah...
kita manusia yg selalu membuat hidup ni nampak susah..

kak fynn dunia makin kejam..
kak fynn bertuah punyai kekasih yg sentiase melindungi kak fynn..

mungkin ade hikmah semua ni...
sabar dan redah dengan semua ketentuan DIA....

iralee

jiwa kacau said...

sabar, tabah, tenang, redha...

btol...Allah x menguji seseorg d luar kemampuan hamba Nya....

sementara ada masa...buat la yg terbaik...untung kamu masih ada kesempatan itu....

moga2 Allah senantiasa memberkati kamu dan keluarga....amin.


*Al-fatihah buat ayahanda tersayang

Syhra Sepeai said...

allah tu selalu duga kita :) just be strong. sbb dia ada cerita untuk kita.