Saturday, October 18, 2008

the hoppers & ahli muzik

anda pernah terpandang iklan the hoppers & ahli muzik di 8tv?

tak perasan?
klik sini.

namanya separa realiti.
tapi aku mau khabarkan:

ia bukan kebenaran.

aku akan ada dalam episod ketiga dan seterusnya. dan watak aku dipupukkan sebagai pecinta salah seorang hero dalam siri itu.

jadi, jangan terkejut andai kamu lihatkan aku tersipu2 dan tergedik2 sama itu lelaki.
itu lakonan semata2.

:)

cintaku tetap untuk kamu, tri.
*senyum*

aku diminta bersama mereka dalam produksi sebagai seorang fynn jamal, si pemuisi gila yang rata2 sudah tahu bagaimana sifat aku ini. aku dimahukan untuk karektor diri aku. dengan nama sebenar. benar2 diri aku.

sayangnya, dipertengahan, watak aku dikehendakkan untuk menghendakkan bobo.
semata2 kerana pada sesi suaikenal, aku dan bobo busking bersama, dan bunyinya mengindahkan suasana.

argh!

kontrak kontrak kontrak.

akhirnya, watak aku cuma si gadis yang gilakan jejaka, dan lari di pertengahan kerana cintanya dipermain blablabla.

klise klise klise.

sampai bila?
sampai bila watak perempuan hanya untuk menadah?
sampai bila setiap karektor perempuan menjadi betina?

urgh!!

bila skrip hebat akan muncul agaknya di malaysia?
yang kisarnya tentang perih seorang bonda kehilangan hak anaknya yang pernah disentuh secara seksual oleh sang bapa?
atau mengenai payahnya hidup sebagai seorang kurang upaya yang mana berakhir dengan kejayaan yang logikal?

betapa kita suka kebasian.

kalau dia itu miskin, bukan main hinanya. rumah paling buruk dalam kampung. baju paling sikit dalam dunia. hina yang dilempar ke muka macamlah dia itu paling anjing dalam kawasan.

dan bila jahat itu, melampau sekali jahatnya, sampai berbunuh2 macam tidak ada polis dan tentera. melakonkan watak jahat, habis seluruh bibir meliuk2 menyentil fitnah, macamlah jiran2 kita kalau bersifat dengki itu akan menunjuk2 wajah dengkinya.

yang paling penting,
kalau dia baik, dia rosyam noor.
kalau dia betina, mesti wan maimunah.

kalau watak perempuan, mesti gilakan cinta lelaki.

tapi the hoppers & ahli muzik ini aku boleh katakan okaylah. idea sudah ada. aplikasi itu biasalah, abstrak.

mengambil sampel, filem 'cuci' punnya idea yang mantap. cuma mungkin genre hatrik yang sama dari geng2 'cilok' sudah mula basi. jadi kita yang pada asalnya berdiri bertepuk tangan menonton filem afdhlin, kini hanya senyum dan berkata "okaylah, tak rugi jugak rm10. bolehlah..."

(perhatikan titik2 selepas perkataan 'bolehlah')

sama juga seperti filem prof madya. (aku rasa semua bloggers ulung pernah quote nama beliau). anak mami the movie? ok. kelakar. tapi setelah berulang2 efek yang sama, lawak yang sama, muka yang sama, naik jelak.

tapi tidak boleh disalahkan mereka juga.
ramai sangat kita2 yang gilakan hiburan murah.

marah?
terpulang.

tapi perhatikan.
berapa ramai kita2 yang lebih kenal siti nurhaliza berbanding damien rice?
mariah carey berbanding iwan fals?
memalukan.

kita lebih gemarkan sesuatu yang ringan dan mudah. disuap sua dan dibagi percuma.
aduhai.

ye, aku tidaklah bijak mana. bukan saintis seperti ezane, apatah lagi seorang peguam seperti shikin. langsung tidak.

tapi aku benci manusia yang tidak berminat untuk belajar. dan belajar di sini, bukan semata2 ilmu kurikulum. tapi ilmu hidup.

apa lagi cara yang lebih mudah, selain dari menonton dan mendengar?
membaca?
haram...

malangnya, di tempat kita, susah benar mau mencari siaran yang benar2 berniat untuk mendidik pengetahuan am (selain dr tv pendidikan)

ye. memang ada. rtm ada banyak. tapi...
bosan.
B huruf besar.

contohkan national geografic.
asian food channel.
travel channel.
discovery.

adeh.
sukatilah.

yang penting, aku tak cinta bobo dalam the hoppers & ahli muzik.
eww.

22 comments:

Mrs. Syakir said...

wahh..
fynn dah jadi artis lah skrg..
hehe

Kiubrubik said...

nak sain...

Shakina Amirudin said...

mesti besh
haha
;)

Anonymous said...

wow..
kak fynn nak berlakon..
pasal citer prof madya tu mmg betul...
dah muak..
asyik lawak yang sama..

»Mr Bintang« said...

nak tengok esok... ngeee... tp fynn nye appearance next 2 weeks... huhu...

Farah Rosni said...

ahh, saya sgt suka national geografic dan discovery! malangnya rumah tiada astro :(

di the hoppers dan ahli muzik pula ya? akan ku tonton.

syda ibrahim said...

ok2.first skali nie la cite yg most wanted. first time tgk kak fynn blakon nie.
ok bab yg bwh2 tu, btol gak ape kak fynn ckp. malaysia ni cam kurang plakon n idea utk wat filem.kalo kat tv mesti cite psal org kaye n cinta,cinta,cinta.
dan sume plakon msti muke cantik walaupun x de bakat langsung. yg huduh nie x maen la. kata mereka la.
syg kan,pengarah muda yg byk idea menarik tp x dpt ketghkan bakat mereka.mslah bajet,modal.susah2.malaysia dah maju tp fikiran malaysian masih mundur.
apa boleh buat? sy tak ada kuasa. kata2 sy pun takkan didgr kan?

Unknown said...

1.) anak mami? ok la. lawak?bleh la.lepas tu,fesyen muka sama,skrip sama,adegan pun boleh baca.
2.)syah ske afdlin shauki. teet
3.)national geografic,asian food channel,travel channel semua syah suka.dgn history channel. lame? i know.
4.) thehoppers&ahlimuzik,poster premier di 8tv,jejaka baris ke2 paling kiri, kacak. ok bai
5.)harus tonton sebab masa tayangan kfynn da gi nu zelen

obor obor said...

ye.. ye.. sokong kak fynn!

farahfarahsakura said...

tak sabar nak tgk..hehe

Sue Anna Joe said...

Someone in the industry once told me that over 90% of the film and music industry is about love.

Dan boleh katakan kebanyakan dari puisi kamu pun berkisarkan cinta bukan? But of course la, kamu punya itu tulus. So tak harus dibandingkan.

Love itself is klise. We just can't help ourselves but to fall for it.

I rasa yang paling tertekan ialah orang yang industri perfilemanlah selain politik. Some people come up with great scripts, tapi ada plak manusia yang nak ubah, nak tapis, nak tambah sana sini, director buat lainlah.

And that is where indie films come to the rescue. Tapi tulah, mana boleh nak buat duit sangat kan.

In the end, its about what sells. Sucks huh.

Patut kamu rahsiakan perkara ni, until episod kamu ditayangkan, baru cam, eh betul ke miss fynn berchenta ngan laki tu? Ahaha.

Kamu ni potong stim la.

Tapi, I bet mesti je ada nanti kat myspace tu, tanya soklan camtu nanti. Ahahaha.

We'll just wait and see.

Anyways, still seems interesting. Like you said, idea semua tu dah ada, cuma dicacatkan oleh hipokrasi tv. No doubt, waaaay more interesting than anak pontianak, kan? Ahaha.

p/s: kamu tahu, ramai yang tanya pasal kamu.. 'eh hana, kawan hana sorang tu masa kenduri kawin tu, pelakon kan?' . ahahaha.

ainfazrin said...

kak fynn,

pasal tapis/edit skrip sesuka hati sampai terpesong sikit mesej asal tu mmg btol, gile tensen kan. sbb the producer (selama yg kite keje la kan) mmg nak menjual semata.

"ain, muka casts macam ni baru boleh jual. ain, cerita macam ni baru boleh dapat rating tggi.ain, kite ni nak jual product kite,"

argh.

anyway, im looking forward for the series. tak tahan gile seh hari2 kena ngadap benda yang 'melobi-lobi ' sesetengah pihak tak habis2. i have no freedom even tho im doing what i really like at the moment. sigh.

i think we shud have produced more indies films/drama/tv material. tetap suka cerita yang tak bermuka-muka. i mean, show the real drama of life la, kan? ;)

the loco's said...

aha...
kan ku tonton...

can i be ur followers.?

pjoe said...

wahhh
fiksyen ke?

turn off betul!

and spoiler betul
tk nk tk la
tgk pun sebab ada lagu band member masuk

erghhh!

mahu featuring dalam our next video blog?

*angkat2 kening

atas permintaa kamu, saya dengan rasmi mencabar miss (atau puan) fynn untuk manyahut cabaran gambar WTF?!

selamat berposing sakan! dah post sila habaq mai. tarikh tutup malam esok!

p/s - i'll link u.. and harap u will do the same. haha

rahiza said...

fynn, bila terbang ke luar?
sempatkah jumpa kamu?
hit aku balik. ada benda serius.

Si Penanya (?) said...

aku percaya generasi kita ada yang berfikir jauh lebih menarik dari prof. madya itu.. dan sudah ada skrg yg mula menunjukkan perubahan melalui filem2 yg agak berat dan kontroversi...

negara kita belum bersedia untuk keterbukaan dalam bidang ini.. barangkali itulah punca saiful apek bahagia memeluk fasha sandha dan NASHA AZIZ yang aku gilakan kadang2... mcm tu boleh plk...

_Vu-JiE_ said...

waaa tak sabar nak tgk lakonan kak fynn..
*i can call u kakak kan?he3..*
harusnya sentiasa ada depan tv klau mcm nih..
hik3..

the artist and i said...

Ok. Kalau ada yang terasa, sorry ek.

(sebelum tu, selamat berlakon Fynn. Ms Weed suka juga berlakon, tapi tak berpeluang.)

Semalam ada tengok TH&AM tu, ajak Mr.B sama. Dia macam malas-malas sebab kami jarang sangatlah tengok cerita di RTM,TV3 dan seangkatan dengannya, tapi disebabkan ada Kombi VW, nak tengok juga rupa kombi tu.

Diulang, nak tengok rupa luar dalam Kombi tu. Sebab kami pernah beli 2 kombi. Satu bawa dari Kedah sampai ke Kl. Lepas tu jual. Lepas tu beli lagi, lepas tu jual sebab Mr.B nak sambung belajar. Mr.B memang gila kombi, sampai buat research, luar dalam, print out dari internet banyak, apa saja yang berkenaan dengan bus tu memang dia gila lah. Aku menangis juga la sebab jual! (kombi pertama kitaorang berlakon dalam arahan Hakim-janggut untuk Kontot film dulu tajuk 'Kuala Berlumpur Blues' - dengan kombi 1st tu)

Tapi selepas dia tengok semalam, dan mengkritik, dia telah membuat kesimpulan,

"ah budak2 ni nak menunjuk saja. tadak 'soul'. habislah, lepas ni jadi trend"

heheh.. jangan marah ok (orang tua kehilangan kombi sebanyak 2x memang lagu tuh! haahah). (tapi memang fake sebab satu scene tu mamat tu tidur atas perut dia ada camera. hello? hahahah)

-bab lain memang setuju dengan fynn terutama tentang malas nak membaca atau research.

-sebenarnya Malaysia ni jauh ketinggalan dari Indonesia dari sudut ilmu. Indonesia sumber ilmu sangat lah tinggi. Banyak translet buku2 dari luar untuk rakyatnya.

aCe+ said...

well, i have to admit, mmg betui pn.. mesia pny muvi, boring.. sbb tuh suma org lg prefer inter muvi.. tp lets face it, eventhough boring bg kita tp statistic says otherwise.. cita2 prof madya still box office.. first week tayang dah 3 4 juta collect, so org still nk tgk lawak2 bodoh ank2 mami tuh.. no offense to org2 utara ok.. aku pn org utara gak..png lg..kalu nk muvi or show yg fresh n unique try tgk muvi2 dr red com production.more teen alike.. company yg produce KAMI, Gol n Gincu, GODA, Realiti.. its good n fresh.. take KAMI for example.. its has become a phenomenal among malaysian youth... try r jgn kat mana2 jumpa teen tny tgk, pnah tgk KAMI x? kalu dia jwp x[enah, luku pala dia..

Anonymous said...

bobo?! xsesuaiii.

Anonymous said...

klise pun u tetap tak tolak jugak gak kan pelawaan diorang tuh. kalau dah tau martabat nak direndahkan sebegitu rupa buat apa terima jugak? U sendiri boleh tolak apa. kata putus dari u.

LurvelyLynn said...

owh! baru tau! ingat bebetul, rupenye hanya lakonan huhuhu...
naseb bek hang habaq!