Wednesday, October 8, 2008

gitar dan suamiku

jam 1:09 pagi.
tri sedang mengkompos bunyinya.

seperti biasa, aku akan mencelah dengan hormoni sendiri.

dia juga penulis cinta.
penyanyi jiwa.
suka bertanya dalam ritma.
gemar berbual dalam lagu.
lebik banyak kalinya, dia bercakap dengan aku sambil bernyanyi dengan suara falsettonya.

"hari ini orang ramai"
merujuk manusia yang datang makan di kedai la tu.
"sayangku yang cantik jelita"
itu bila dia memang tidak ada apa yang dia mampu fikirkan.

seumpama itu.

tri masih hanyut dengan petiknya. sebentar. aku tulis apa bebelannya.

-----

selamat tidur.
selamatlah kekasihku

adakah cinta akan terus sinar
adakah hujan membasahi kita
adakah rembulan tetap menyepi
adakah engkau sudah jauh pergi

dalam hangatan
wahai bidadari syurga
sambut tanganku
pejamkan hatimu sayang
agar semua hilang

tidurlah kekasih
tidurlah si puteri berseri

oh mimpi buruk
pegang diri kau
jangan ganggu si dia

jauhkan kamu dari semua
ambillah kamu ketinggi bahagia

aah

*tri sedang naik sheikh*

selamat pagi
ku ucapkan terus ke matamu
selamat hari ini yang ku warna warni
selamat semua di atas tilam bahagia

aa

*aku dan tri sedang berdekah dengan perkataan tilam*

aku tak pernah dengar lagi lirik yang mengguna perkataan tilam.
haha.

maaf. tidak ada idea untuk menulis. diperangkap atas katil, tidak mampu bergerak membikin aku tidak mahu memikirkan apa2 yang lain.

*senyum*

aku perlu move-on.
pindah ke atas.
shift.

*merenung tri di sebelah yang sedang terpejam matanya bernyanyi2*

bertuahnya aku, wahai pengasih.
mama dan ayah sampai naik rimas, asyik berseloroh:
"mana2 mesti melekat"

*senyum*

waktu paling membahagiakan aku adalah setiap kali pintu terkuak dengan jemari tri di pintu, baru pulang dari kerjanya.

betapa melangit.

haihhh...
berkahwinlah, teman2.
sesungguhnya tiada apa yang lebih mengindahkan.
selain cinta.

bukan kasut baru.
bukan baju mewah.
bukan kamera hebat.
bukan kereta gagah.
bukan semua2 itu.

cinta lama2, kalau sudah takdir bukan milik kamu,
bukan juga.

:)

aku dah macam makcik2 kan sekarang?
haha.

alamak,
tri dah letak gitar.
aku perlu tutup laptop sekarang.

hehe.

29 comments:

SayaBudakPemalas said...

shcweet..

nak kawen jugak tapi ibu kekaseh suh kumpul duit dulu..bila la dpt sambut seruan kak fynn..

:)

ZieRa said...

kahwin itu indah???
ya!! mungkin juga...
dan aku juga ingin jadi seperti kamu.. insyAllah disember ini... ameenn :))

Anonymous said...

Kalau dulu-dulu, tulisan kat puisitepijalan ni selalu buat saya rasa nak menangis..

Lama sikit lepas tu, isi puisitepijalan ni buat saya rasa bahagia sungguh menjadi seorang Fynn Jamal.

Then, bila baca entry malam ni, sungguh-sungguh rasanya buatkan saya nak ada suami! ;p *tapi, mana nak cari? huhu..*




~ShiE~

amosss said...

kak fynn, cerita kamu buat saya kemaruk mahu kahwin!

tiap hari saya bermimpikan untuk bersuamikan dia. tapi, hingga kini masih tiada ketentuan.

akan tibakah saat itu?

indahnya berkahwin dengan orang yang dicintai.

cemburu. aih.

- izza

Mell L. said...

kamu nakal Fynn.aku cemburu.tp aku haru dan mendoakan yg terbaik buatmu sntiasa.kamu temui cinta kamu.

Rhona Rozlan said...

tersenyum bila baca ini.

Ainul Anne said...

belum pernah pun sekali,
bilamana saya baca entri² kak fynn selepas kahwin;saya tak senyum.
:)

rasa seronok dan teruja itu tak pernah hilang.
sungguh :)
gembira betul tengok kehidupan kak skrg.
semoga kekal,amin..

Anonymous said...

*senyum2*

azie said...

alaaaaaaa..kak fynn buat ai rasa mau kawin cepat,hikhik

Anonymous said...

hehe comel

Mrs.Mocx said...

bahagianya.
saya juge bakal berkahwen penghujung bln sebelas ini.
doakan kebahagian saya.
tak salahkan walau tak pernah bersua muke?

hatrikirana said...

indahnya...
aku terbuai mbaca entri mu kali ini...
oops! aku hampir terlupa untuk bersolat
"itu niat mula td sblm bca entri mu kali ini"
aku doakan kamu yg terbaik ya...
salam bahagia dr aku untuk kamu...

Anonymous said...

indahnya,fynn, menjadi kamu..
indahnya bila memiliki seseorang untuk dicinta seperti kamu..

aku pernah seperti kamu,fynn.
tapi tidak lagi..

yang tinggal hanyalah duka dan sengsara..

doakan aku untuk menjalani hidup,kerana aku tidak tahu berapa lama aku akan bertahan dengan kesakitan ini..

Adieyka Zainal said...

itulah keindahan yang tuhan janjikan pada manusia yang telah mencari laluan yang halal tanpa syak... ni yang nak kawin nih... aiyark!! tak cukup wang plak!!

tri said...

jahat!!!! awak curi2 taip repekan saya!! segan lah!

Anonymous said...

both of u sangat sweeeeeeeeeet la fynn. :)

^c.weeda^

»Mr Bintang« said...

*berkhayal sejenak*

*senyum*

:)

Perempuan cerdas said...

cemburu.mahu.malu.

am officially a member of ur harem now. :)

M

ledisordre said...

cakap kat laki kau jgn nak jadi damien rice sgt!

wey aku kat kedai ni, cepat dtg!

didi said...

*tersenyum lebar*

haih ! entry ini membuatkan didi ase nak kawin esok je. haha !

betapa indahnya sekiranya dapat kahwin dengan insan yang di sayangi.

happy ^_^

*senyum sampai telinga*

Suka Bebel said...

sapa la yg tak nak kawen fynn oiii...sedang menghitung hari lah ni.ada lagi 51 ari.hehe

obor obor said...

semogia bahagia hingga ke akhirnya......

aaina said...

seronok bce entri neh!
jeles neh kak fynn.
haha bila mungkin aku juga bahagia
spt kamu&tri?:)

Anonymous said...

sweet~

Pu3 said...

wow..
so sweet..
i like diz blog..
1st time terjenguk..
walaupun agak kabur tapi butir2 ayat tu terus menarik minat sy nak terus membaca dan menelaah..
indahnya kehidupan kamu..
sy doakan moga sentiasa berbahagia di sisi suami terchenta..
AMIN!!
Keep it up gurl!
(Oppss! Madam.. Macham xsesuwai jek.)

Tny said...

Sungguh menggambarkan kebahagian sbuah pkhwinan :)

Semoga korang bahagia selamanya bersama...

jiwa kacau said...

hari neh pertama kali bt lawatan sambil blajar d blog kamu.sangat menarik membuat kan sy melekat hampir separuh hari.

kawen....agak takot sbnr nya...sbb 2 la sampai skang still sorg2... ada yg menawar kan janji tp takut utk menerima...

ble terbaca kisah kamu m'buat kan sy terfikir "kawin?? not bad rasa nya...." tapi hakikat sebenar...x semua bernasib baik spt kamu....congrats mrs tri....

terus kan menulis...ramai yg mendoa kan kebahagiaan kamu...;)

chepsmore said...

umo sy 20..
sy mawu kawen la sama dia..
tp takot nk btau parent..

msti sonok kan?
no word can describe it act..
mukan apa,dr wat dosa..
bek kawen kan..
tp tula sidia pun mash blaja..
kami pna mmbincangkan hal ini,
kami depsredo mawu kawen..
uwaaa....

anyway,i'm ur silent reader:)
baru skang rajin nk bg komen..
ur ntry memang sume besh2..

tumpang bahagia untk anda..
semuga bahagia x henti mengunjungi anda :)~

zoora qushairi said...

hihi...btul la ...kisah chenta ini sgt cweet! sis...zOora akan bernikah end of this nOv. errrr...agak nervous berkahwin dgn uMur yg agak muda ni kOt...22 ;). tp lps bc tuLisan2 fynn jamal, sikit lega . fuh fuh +_+.