hari ini aku mau berbual tentang satu perkara paling normal tapi sungguh tidak layak berlaku di antara manusia.
sebagai klu,
merak jantan akan memperagakan ekor berwarna tiga dimensi.
moose jantan akan berlaga tanduk sehingga salah satunya patah batangnya.
ayam jantan akan berlaga taji demi untuk menunjukkan hendak.
hypothesis hari ini adalah:
bergaduhdebik untuk mendapat pasangan.
arakian, entri kali ini akan dimulakan dengan soalan ini:
adakah kita begitu terdesak?
benar2 begitu sekali?
wow.
*baca dengan mata tanpa emosi, tona bahasa: sinikal*
tidak ada perkara yang lebih berjaya membuatkan aku senyum sumbing dengan sedikit dehem gelak selain daripada melihat waima sekadar mendengar kisah2 hina lelaki bergaduh sama2 lelaki untuk merebut seorang gadis. setimpal kelakarnya dengan perempuan bertikam2 sama perempuan untuk memenangkan hati seorang lelaki.
yang mana, dalam majoriti situasi, perempuan atau lelaki yang dipertandingkan itu:
a) jenis sosial yang memang terang2 bukan kategori yang elok dinikahi.
b) sedang memandang peluang lain selain dari yang bertanding.
c) tidak peduli sangat pun.
sudah terlalu ramai bertumpah darah, berpaling muka, berputus saudara kerana cinta bersegi ini. tetap, masih terlalu ramai juga yang mendambakannya.
dan lebih bodoh kalau salah seorang peserta mengajukan soalan:
"sekarang pilih satu antara kami"
perhatian:
pertanyaan ini langsung tidak digalakkan andai:
a) si penanya adalah lebih inferior (seperti lebih hodoh dan kurang kaya) dari calon seterusnya.
b) seluruh keluarga si-yang-dipertandingkan itu menyukai calon seterusnya.
c) si penanya adalah yang melebih2 dalam hubungan tersebut.
kalau kau minta pendapat aku, senang sekali jawabnya.
berambus saja.
kerana manusia yang memperdagangkan cinta adalah kejam dan berhati ais. dan golongan itu sesungguhnya tidak menghormati suatu perkara yang kita agungkan tinggi, maka selayaknya, mereka tidak harus merasa apa yg kita usahakan untuk mendapat rasa langit itu.
oleh itu, kenapa kau kejar manusia sebegitu?
untuk membuktikan kau mampu? menunjukkan kau juara? membuka mata semua nilai engkau? yang tanpa kemenangan itu, kau rasa tidak ada harga?
cinta monyet pertama aku (yang terus aku tahankan selama enam tahun) pernah menduakan aku. alasannya, aku jauh dari dia.
fakta pelik:
gadis kedua itu tempatnya beza sekadar setengah jam dari aku. di kl. manakala si lelaki itu di johor bahru.
cis.
ketika aku diberitahu tentang adanya segi dalam kisah kami, aku dengan tenang dan selamba, pergi pada perempuan itu, yang konon2 tidak tahu (padahal bunda lelaki itu sudah terang2 memberitahu, tapi tidak dipedulikan semata2 kerana cinta).
aduhai.
sampai di depan matanya, dia terus menangis tersedu2. aku terus tanyakan: "adik mau terus sama dia, kah? kalau mahu, kakak pergi saja. kakak tidak minat mahu ramai2".
percaya atau tidak, aku katakan dengan senyum.
dia kata dia mahu.
aku kata ok.
lelaki itu serba salah.
pilih aku.
aku kata sukati.
dan tak perlu dipertikaikan lagi, bermula sejak itu aku mula membuka pintu perkenalan sama sesiapa yang aku rasa menarik.
hati perempuan, tuan2, bagaikan kaca.
sekali terhempas, memang boleh kau tampal2 semula. tapi ingat. retaknya tetap ada.
di situ selamanya.
arakian, penyataan
hell hath no fury like a woman scorn.
betapa ganas.
*senyum*
bagaimana menjaga seorang wanita?
senang.
dan susah.
seolah memegang sabun.
jangan digenggam terlalu kuat. nanti gelincir.
jangan dibiar terlalu longgar. nanti gelungsur.
bicara setia sangat susah.
maka nanti2lah.
cumanya,
andai engkau diperangkap orang dalam permainan berbucu2 ini, larilah sepantas mana kau termampu. ia satu permainan yang paling mengilukan. lukanya tidak terang, tapi perlahan2, akan membunuh engkau.
ingat juga:
engkau yang memilih untuk menjadi mangsa.
seperti aku dulu yang meranap. itu pilihan aku. kerana aku ini makanannya adalah keserabutan.
kerna sesungguhnya, hanya di waktu2 begitu kita mahu kembali pada tuhan.
kan.
percayalah,
memilih untuk menjadi yang terseksa adalah suatu yang bodoh.
kerana tuhan ciptakan kau untuk suatu yang lebih mulia.
maka kenapa turunkan darjatmu dan hinakan dirimu dengan sengaja?
*senyum*
berubah, ya?
kalau yang kau kejarkan itu tidak mahu pada kamu,
pasrahlah.
pasti ada yang menunggu di balik awan biru.
:)
bodohnya aku dulu2.
haih.
kalaulah aku bisa tekankan ctrl+alt+del untuk folder kenangan.
sudah lama aku lakukan.
kawan2,
jadilah seperti harimau.
sekali bersama, sampai ke mati kekal dengan yang sama.
kan comel?
33 comments:
kak fynn...
sangat tertusuk hati baca entry kali ini. :'(
sayalah yang tergolong dalam golongan itu.
yang bodoh.
yang tau parahnya luka yang menanti,tapi tetap tak mau berhenti..
shit.
saya benci begini kak fynn
tacing lah bace entri ni.
hati pompan mcm kace,
dah expect akan kate ;
"sekali terhempas,.."
tapi tak expect;
"..kau boleh tampal2 semula. tapi retaknya tetap ade"
betapa singkat fikiran sy pasal sikit hal dunia.
kak,
terima kasih.
sebab selalu mahu kongsi cerita, rasa dan jiwa.
terima kasih.
:)
Aku baru saja meranapkan cinta setia 4 tahun aku. Baru kenal dgn si dia sebulan, sudah mampu buat aku kikis kasih 4 tahun.
Seperti kes kamu Fynn, kenalnya sekejap dan terus kawin. Aku mencontohi cinta kamu dan letak di blog aku. dan kamu pernah tertawakan aku di blog aku kerana masalah cinta singkat yang sama. Tapi cinta aku bersegi. Dan aku sedang belajar tidak membandingkan antara 2. Sebab aku tau aku sudah memilih dan aku harus hidupkan pilihan aku. Agak rumit, Fynn..
Bila baca entry kamu, aku tak tau nak rasa aku ni hina memangsakan manusia, atau aku mampu katakan itu takdir hidup aku. Aku anggap segala itu beri pengajaran pada aku.
sinis...
fuhhhh.
yup..pnah mcm ni dulu..
and sy pun buat mcm u, kakak =)
buat ape nak berebut kan?
wah....menarik!
"lelaki itu SIAL"
itu ayat aku buat lelaki begitu...
warghh...memang sakit bila dfikirkan.
tapi...Allah sayangka kita kn...Dia hilangkan itu dan berikan yang lebih baik dari itu.
kann..
mmg comel.
kak fynn,thanxs sgt.sumtyme those ur entry open up my mind.
n si bodoh lelaki y menduekan kak fyn tu pasty nyesal.
n pasty kak fynn xpena nyesal,tri kan ade. (:
entri akak kali nie wat orang touching . hati perempuan tak de laki yang faham
agaknya blog ini yang agak hot...
tunggu komen yang lain2
apa2 pown...
im support u...
touching pon ade
terkena pon ade
cinta aku rumit atau diri aku yang rumit
aku pon tak tahu sekarang nih
cinta aku bersegi?
kenapa begitu?
mcm ne pon lately aku selalu dengarkan "puisi perempuan curang"
tenkiu fynn.
dulu,aku bodoh.memang,perasaan sakit tu,dah sebati.dan best dari segi yang tak pasti.
sekarang,sudah ditampal.cuma retaknya masih ada.
ah-
apa yg ada sgt? aku kan masih budak.
apa yang mau diretak sgt? aku kan masih mentah.
apa yang nak disakiti lagi? hidup masih pjg .
tengs kakak. entri ni kali yg keberapa ntah yang syah dpt relate dlm life dan kekuatan kakfynn tu,mcm separuh dah serap dlm hati.jadi mcm "berambus saja".
/jumla gi egip.egip best.bleh main2 pasir dan tgk piramid. :)
haha dulu kan saya pun mcm tuh gak.
tmbh tmbh lg baru kapel 2,3 bulan my bf leh t'pakse b'tunang ngn pempuan lain.warggh damn.mmg sialan.tp saya lepaskan die dgn rela.terima da takdir.x smpai 2 3 bulan die putus tunang dan merayu mahu kembali pada saya.dan saya m;beri peluang kedua.alhamdullillah da dekat setahun hubungan kteorg.jarang gler gado ngn die.haaa ily syg.hahaha.thnx god.
sayalah antara yg bodoh itu.
tapi kes saya lain sikit.
sebab dia mahukan saya kembali.
entahlah.
saya amat bersetuju akan perumpamaan hati perempuan dan kaca.
mungkin perlu saya menyuruh manusia yg bertanggunjawab atas torehan di hati saya itu membaca entri ini. semoga dia faham.
apapun, terima kasih. saya tiada kawan hidup di sini. membaca entri kak fynn ini seolah wujudnya seorang kawan yg berada di sisi; bercakap soal hati dgn saya.
terima kash kak fynn kerana 'menemani' saya.
*senyum tapi menangis*
suka entry ni
kwn2 sy ramai yg mcm tu
kejarkan benda yg belum pasti(ataupun pasti x dpt)
i shud let them read this entry
and tell them ur story
i like the way u write.it gives me strength
thanks kak fynn
wow,,, it kinda true,,
hati wanita bgaikan kaca n so on,,
seriously
i dunn0 y my x dump me,, whenever i try to move on and stand upfor maself, he still manage to make me slipped down again
life is full of craps aite???
alangkah best..
kalau suami ku turut baca..
ttg hasil tulisanmu kali ni fynn..
:(
cinta boneka ada di mana2.
bertahun lama bercinta, pengakhiran tidak ketahui bagaimana.
kite merancang, Tuhan menentukan.
i bercinta selama 11 tahun dan minggu lepas sudah dikatakan ada org ke3 dlm hubungan kami.
11 tahun yang sia2.
11 tahun yang luluh.
i cuma pasrah dan belajar utk menjadi kuat.
entri ni membuatkan gua rasa nak komen.
memang betul menda lu kabor tuh.
bodoh pergi berebut buat menda?
berebut barang elok takpa lah juga.
kena yang jenis tak senonoh apa gila lagi mau berebut?
suke sgt part ni
"seolah memegang sabun.
jangan digenggam terlalu kuat. nanti gelincir.
jangan dibiar terlalu longgar. nanti gelungsur"
kalo tau jg xsusa pn kn..
lumrah hidup y sume org kne face~
permainan cinta itu seperti layang2
makin dilucutkan talinya makin galak ianya terbang
makin kita tarik, makin ia meronta untuk pergi
cinta dan nafsu kadang-kadang menjadi kabur dek kemahuan diri yang melangkaui logik akal pada setiap akal
cinta bisa bikin si jantan jadi bodoh
vice versa
cinta juga bisa robohkan sebuah empayar besar, apatah lagi sekelumit hati manusia yang sentiasa meronta untuk mencari sesuap kasih sayang
hye tuan rumah..=) saja singgah,bagus tulisan kamu.mahu minta izin untuk link.
aku dulu pernah bazirkan 2tahun masa remaja untuk menanti seorang lelaki yang sebenarnya tak layak pun untuk aku.haishhh...memang sakit,dan memang perit.tapi ia mengajar aku erti kehidupan dan menjadikan aku lebih dewasa.
cerita begini, cerita keserabutan yang kite cari..
mungkin kita da tahu ape yang patut kite buat..
tapi takut..takut pada semuanya..
maka keserabutan..dan kebodohan..
lalu..penipuan..penipuan pada diri sendiri..
"aku pon penah bodoh dulu..."
kakak.
entri kau memang menyentap jiwa.
melepas lelaki yang tidak mahukan kita,memang mudah.
tapi untuk melupa,kau tahu bagaimana sengsaranya kan?
apa2pun terima kasih kerana kau berjaya buat aku rasa sedikit tinggi.
aku harap semoga ranap aku akan berakhir spt kau.
:)
kak fynn.
terima kasih.
hanya terima kasih.
minta izin utk link...?
wua..wua..*nangis neh*..hehe..
xdalah..thanx akak..lastly..ada jgk org y berfikiran sama cm apa y sy fikir..thanx coz shout out..biar org terfikir..n sedar..selama neh rata2 manusia xsedar..
setuju:"hati pompoan cm kaca"
n sukar d fahami..
diam xsemestinya moody..
marah xsemestinya benci..
tawa x semestinya gembira..
nangis xsemestinya sedih kn..
p/s: masih tertnya2 knapa aku mau lari..
lari dari sume..
terima kaseh kak fynn
its true.
kesetiaan time cinta xsemestinya ke jinjang pelamin.
kdg2 masing2 cuma mau nmpk hebat sebab ade kekasih.
boleh menunjuk2..
ahh..
berkawan je dgn sesiapa saja.
yang terbaik pasti tak ragu-ragu untuk memimpin kamu terus..
comel. ataupun, seperti african kissing fish. jika pasangannya mati, takkan dicari yang lain.
blog ini sgt best.
fynn, your words are truly amazing...for god sake,it is very beautiful, beautiful words..saya betul2 touching baca entri ni.
fynn, this entry means was so *wow*
thumbs up girl.
fynn,
aku laki tapi hati aku macam kaca juga :p
relaks!
Post a Comment