Thursday, February 5, 2009

entri sarat

hari ini aku nak bawa kau faham beberapa perkataan yang sangat rajin digunapakai di berita perdana baik di majalah, jurnal atau peti tv.

martabat.
bermakna kedudukan pada mata masyarakat.

darjat.
pangkat.
tingkat.

memartabat pula memberi pengiktirafan darjat itu, pangkat itu, tingkat itu.
kata kunci di sini adalah: di mata masyarakat.

masyarakat.
kumpulan manusia yang hidup bersama.
di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

kalau mengikut definasi literal yang aku dapatkan dalam kamus itulah, awal2 lagi kita tidak boleh nak klasifikasikan sesiapa dalamnya.

sebab dewasa ini, semua orang hidup dalam individualiti.
kau kau.
aku aku.
jiran sebelah mati pun tiada siapa perasan.

"ai ingat dia ke kanada"
"masuk je la. takde orang nak tegur la. semua org buat hal sendiri kat sini. orang elit. we alls very the professional"
"they tu siapa nak masuk campur? mami dedi ai kata derang okayy je ai kena tangkap basah"

mana ada masyarakat.

tapi kalau diabaikan maksud literal itu, dan kita anggapkan kita ini masih satu entiti, maka mari masuk ke dalam perbincangan kepincangan kita.

kecoh hebohnya hal sains dan matematik, samada perlu atau tidaknya bahasa inggeris itu sebagai bahasa mediator.

kita perlu patriotik, katanya.
ye.
sepatriotik kita bisingkan latihan komando.

ini malaysia.
dan kami sangat menitikberatkan human rights.
yu ingat kita ni siapa nak buli2 kita.
yu ragging kita.
yu jahat.
yu yu yu yu yu yu.

dol,
tolong buka kamus kembali.

komando.
bermakna unit atau anggota khas dalam angkatan tentera yang dilatih khas untuk melakukan serangan mengejut terhadap musuh.

minta beri tumpuan ulangan perkataan 'khas'.

dalam puisi, teknik pengulangan memberi efek penegasan. penekanan. maka cara panyampaiannya kalau ada performasi, perkataan yang dibalik semula mesti dikuatkan tonanya. lebih banyak kali disebut, lebih kuat.

melambangkan kekuatan perkataan itu sendiri.
menggahkan kepentingan perkataan itu sendiri.
maksudnya, perkataan 'khas' di atas sudah berdiri dengan sendirinya.

bukan biasa.
bukan.

orang kita kalau cakap memang tidak reti fikir.
sentiasa hendak bikin translasi ideologi barat pada kehidupan kita.
mana boleh.

tidak boleh diterjemahkan fikiran orang buta2.
apa yang sepatutnya, kita adaptasi.
mencedok idea dan membancuhnya dengan acuan kita.

human rights my ass.
benda itu betul.

tapi kenapa perlu diaplikasikan pada latihan komando itu?
habis kau nak beri apa?
kelas ballerina?
kelas buat kek cawan?

aku bangga jadi anak tentera.
aku bongkak bila aku cakap aku pernah kena sebat dengan batang paip.
aku senyum besar ingat abah selalu hantuk kepala aku dengan achik sebab bercakar hari2.
aku sengih megah tiap kali nampak tangga rumah, ternampak diri aku kena sepak sampai jatuh tergolek ke bawah.

sebab kalau abah tak buat semua tu, aku takkan faham makna jangan mencuri.
aku takkan reti makna sayang adik.
aku takkan tangkap makna menjawab secara hormat pada orang tua.

dan jangan jadi bodoh kalau fikir abah aku buli aku gitu2 saja.
sebab tiap malam dia akan sembunyi2 masuk ke dalam bilik, pakaikan ubat gamat, lumurkan di badan aku, ketika dia dah 100% yakin aku dah tidur, walhal aku memang pandai berpura2 nyenyak.

aku tahu aku bukan seorang saja di sini.
ramai anak2 zaman 80-an yang pernah rasa didikan semacam ini.
dan kita tidak kisah.

tidak percaya, tanya mereka.
rapat tidak sama mak abah mereka?

maaflah.
tapi aku rasa, mengadu tentang latihan itu kejam, memang sialan.

kau fikir kalau musuh sudah dapat tawan kau, dia cuma nak geletek kau sampai keluar rahsia kerajaan ke?
kau rasa kalau musuh sudah dapat tawan kau, dia cuma nak garu perut kau sampai kau menyerah ke?

oh kamon la!

maka kerana itukah perkataan 'patriotik' kau itu cuma mampu kau praktikkan pada bahasa yang digunakan?

bahasa jiwa bangsa.
betul.
habis, apa tubuhnya?
apa yang menjadikan kulitnya?

jujur aku kata, kalau kau nak kutuk polis ke apa ke, aku memang tak kisah. lantaklah. sebab memang hendak tidak hendak, itulah dia. walaupun tidak semua.

eleh. tidak usah pura2 baik lah. kalau kau ada pakcik yang kerja polis trafik pun, kau minta dia kowtim saman kau.

tapi kalau kau nak pertikai tentera malaysia, memang jahatlah.
mereka tidak hidup untuk berada di antara kita, tapi mengeliling kita.
menjadi penjaga kita.

lalu kalau benteng kita lemah, siapa yang kau nak minta harap?
kalau ada orang hendak rempuh pintu tanah kita, kau rasa mereka akan biar kita terperangkap?

pakcik, kalau betullah tidak suka sama latihan itu,
kenapa tunggu sampai pencen baru hendak bising?
apa motif engkau?
mana sumpah perajurit engkau?

'manusia biasa yang menjalankan latihan luar biasa'
kau lupa falsafah yang kau hafal?
aku sedih.
sedih kalau ketenteraan yang aku banggakan dari dulu rupanya hancai.

hancai boncai, kata abah.

orang kita memang lembik.
gayat.
goyang.
lalang.
tak boleh digertak.
terus longlai.

dulu, ketika aku mewakilkan tanah kita ke bengkel teater melayu asia, aku malu. di kursus seminggu itu, semua negeri akan menunjukkan ritual latihan pementasan. dari vokal, ruang, perojeksi, macam2.

program itu adalah untuk mencari mungkin ada apa2 yang terlepaspandangkan.
mungkin, dengan membuat majlis sebegitu, dapat kita kongsi2kan faktor x yang tidak ada.
supaya kita saling melengkapi.

hendak tahu bagaimana latihan kita yang dipamer?
bayangkan kelas latihan persis di akedemi fantasia, cuma dengan kertas kerja yang lebih terperinci.

okay la kan.
bagus apa.

tapi bila aku dengar kekeh seorang kawan baik aku ketika itu, yang datang dari riau (ganni namanya), aku tanyakan kenapa.

"lalu yang cuma kau dapatkan adalah fizikal seorang penyampai. bukan jiwanya"
"oh ya? jadi bagaimana hendak mendapatkan jiwa?"

ganni ceritakan pada kami tentang latihan di tengah 3 pagi, dengan hujan pejus, mereka disuruh mencari rasa panas membahang.

dia juga kisahkan latihan menjaga suara dengan berbaring dengan angin yang ditahan diperut, yang kemudiannya sang guru akan berjalan atas pusat mereka.

semua latihan di atas, adalah untuk lelaki dan perempuan.
tidak ada pengecualian.

seoang kawan lagi, perempuan, aku tidak ingat namanya. dia gemuk dan gagap teruk. ya. jenis perlu ditunggu 5 minit utk difahamkan inginnya hendak tanya khabar.

pelik, dia teraju utama, memegang watak puteri jelita yang digila2 semua orang istana. aku skeptikal pada asal pengetahuan itu. tapi bilamana dia masuk ke dalam ruang pentas, aku berani sumpah, tidak ada satu perkataan pun tersangkut2. dan sedikit2, aku mula yakin dia tidaklah gemuk mana, dan memang dia adalah puteri itu, yang jelita itu.

itu, tuan2 dan puan, adalah magnifisi.

maka tanpa aku lengahkan, aku cadang sama delegasi malaysia untuk cuba itu. mendapatkan jiwa sebegitu. tapi mungkin kerana aku datang sebagai pemuisi, nan bukan aku di situ untuk teater (apa tajuknya aku tidak ingat), maka cadangan aku ditempelak.

"kau gila kah?"
"mana mungkin!"
"kau buatlah produksi sendiri"

aku lupa ketika itu.
yang aku borakkan bersama itu adalah orang kita.
orang lembik.

dan perlu aku nyatakan, meskipun produksi malaysia ketika itu gah dengan props yang beribu ringgit malaysia (bayangkan material mewah, dandanan hebat, ada pokok besar hikmat memakan hampir separuh ruang), tak akan sampai darjatnya dengan performasi budak2 berkarat dari riau itu, yang cuma memadamkan semua spotlight dan menggunakan lampu suluh kerana kebiasaan latihan.

pentasnya yang sepatutnya menghidangkan suasana istana cuma ada kotak dalam tiga empat ketul. baju pun cuma baju biasa dengan kain batik lepas yang difesyen2kan.

tapi mungkin aku sudah dipukau, aku dapat lihatkan sebuah mahligai.

haih.
itulah dia.
mungkin cuma aku.

maka tentang bahasa apa yang hendak dijadikan lingua franca matapelajaran sains itu, aku serahkan pada kalian semua fikirkan.

kerana mungkin cuma aku yang berfikir sekurang2nya mereka ada tiga matapelajaran utama yang mereka gunakan bahasa inggeris. bahasa inggeris, matematik dan sains.

subjek lain masih melayu, kan? sejarah, agama dan lain2.
tidak cukupkah?

untuk belajar bahasa, perlu ada sekitaran.
kalau bukan di tiga bahagian hari itu, aku berani kerat jari, hanya sebilangan yang akan menyebut perkataan dalam bahasa itu.

bukan hendak kata apa, tapi lihatlah budak2 yang tinggal di bahagian bandar.
ramai di antara mereka yang merojak inggeris dan melayu.
tidak banyak, sikit, mereka boleh cedok2 bahasa itu dalam sehari2.

hendak difikirkan cicir, siapa patut menanggung salahnya?
aku kasihan juga sama guru2.
anak murid bodoh, dia kena.
kalau pandai, tidak pula disebut dia.

hentikanlah menyerabutkan orang dengan hal remeh ini.
lebih banyak bagus dibiarkan dalam bahasa inggeris.

ada perlunya.
orang luar sedang belajar bahasa arab untuk menjatuhkan agama kita.
apa salahnya kita belajar bahasa mereka demi pengetahuan?
kau fikir orientalis menulis dalam bahasa kita?
kau fikir semua blog menanahkan agama kita dalam bahasa ibunda?

sampai bila hendak hidup dalam kebodohan?

dulu jurus aku hampir ditutup di fakulti.
bahasa inggeris itu bahasa kafir, katanya.
nasib baik ada pensyarah yang menjawab:
syaitan itu bahasanya apa?

aku tak perlu menggunakan perkataan mana2 negara utk menunjukkan aku benci.
sini, tengok kepal jari aku yang aku tunjukkan ini.
atau kalau aku keluarkan jari tengahnya.
semua faham, kan?

kalau aku gabungkan perkataan melayu seperti anjing, babi, sial, celaka, klitoris, buah dada dan punai, apakah ia masih memberi darjat pada bahasa itu?

bilalah orang akan faham, yang lebih ada makna adalah konteksnya.

maaflah orang singapura, tapi bahasa melayu yang kalian pamerkan di peti tv sangat menjelekkan. apakah begitu sekali kita hendakkan, baru diiktiraf kita ini menghormati bahasa ibunda?

(meski pun jelas kedengarannya membingitkan kepala)

ar-par khar-bar o-rang mar-lai-si-ar!!!!

satu soalan,
malaysia atau meleisia?

i rest my case.

ini tulisan panjang aku pada februari ke lima di tahun 2009,
seorang graduan ijazah sarjana muda bahasa dan kesusasteraan inggeris,
yang sudah bertahun menyampaikan suara akalnya lewat bahasa melayu.

dan bukan bahasa melayu biasa.
bahasa melayu yang bagus.
bagus kerana aku tahu asalnya, betapa jauhnya bahasa ini telah berjalan.
dari siapa kita ambil atau pinjamkan.

apa tidak cukup lagi aku memartabatkan bahasa yang sedia ada ini?

it's not the dress,
it's how you dress,
silly.

48 comments:

C.E.@ said...

mungkin sbb ini aku rasa selalu dibuang orang.Sbb aku tak pernah paham apa disebalik kelambu hidup harian aku...

meraba dalam terang,merangkak dalam trek lumba orang.

Aku juga mahu lihat spt mana kamu.

Bobby Nuurri said...

ada benar. rakyat lalang. sendiri mau ingat lah.

Anonymous said...

salam,
saya sangat suka dengan cara anda menulis,tak sangka kamu adalah pelajar BEN di UIA.sangat bangga dengan kamu.tahniah.teruskan menulis.

p/s:saya pun bekas pelajar UIA:)

her royal highness said...

terus teringat lakonan impromptu kak fynn dgn abg botak kat HS.

smart gile smpai sume org pay attention dan tepuk!

=)

awi.prt8 said...

memang panjang berjela2.agak lenguh mata aku membaca posting ko kali ini.neway aku mintak izin utk adds ko pnya blog dlm blogslist aku.

Anonymous said...

salam...
kak fynn,

org pun penah kena bantai ngan papa n ibu..
huhu kalau kenang balik zaman tu, rasa x sanggup nak ingat..
but when think back, bersyukur lah sgt...
dgn bantai, herdik & marah tu lah, kite jadi manusia...
alhamdulillah..
kalau semua tu x de dulu, mungkin jd org jugak tp x tau la merempat kat mana..

anyway..congrates kak fynn,
suke bace entry2 kak fynn..

gud luck to u..

salam

uni.uni said...

akak..
hari ni sy ade kelas kenegaraan and hubungan etnik..bile bace akak pnye entri ni,teringat pulak kelas tadi..lecturer sy pun ade ckp isu yang sama..isu bhs melayu and bhs inggeris ni..tp,serius ckp,kelas kenegaraan payah woo..

WNRD said...

lega membaca entri ini selepas mengajar kelas bahasa.

terluah segala.

joegrimjow said...

still kabur, tapi dapat sesuatu walaupun bukan keseluruhan. sokong math n sains dalam bahasa bi. lambat laun, peringkat yang lebih tinggi, guna juga bahasa tu. sebab ape? sebab bm bukan lagi bahasa dunia. hanya digunakan oleh orang melayu, tu pun xsepenuhnya. naikkan martabat bangsa dahulu, bahasa akan datang kemudian. nak ke mat saleh belajar bahasa melayu kalau tiada kepentingan bagi dieorg..

LaDy_ZeRa said...

boley tahan sarat gak entri ni..

penuh ngan penaakulan bahasa yg berbagai2..

go go kak fynn martabatkan bhasa kita!

note: tabahnye jd komando~

ZieRa said...

btol ape yang kamu cakap tu.
kebodohan kita menyebabkan kita semakin ditindas bangsa-bangsa lain di luar sana.
tapi kita tak sedar kan??
dan melayu semakin hari semakin mengada. x boleh diusik jetik sedikit pon.

ZieRa said...

btol ape yang kamu cakap tu.
kebodohan kita menyebabkan kita semakin ditindas bangsa-bangsa lain di luar sana.
tapi kita tak sedar kan??
dan melayu semakin hari semakin mengada. x boleh diusik jetik sedikit pon.

kitt said...

terima kasih fynn..

anda banyak nyatakan "isi" di sini.

sekurangya untuk menjentik naluri aku sendiri.

Jabber said...

i love ur idea & luahan isi hati..

ye teringat masa dulu ku di sepak terajang oleh bapak sampai keluar ke pintu rumah.

most of ur statement are true colours.

ade manusia mmg tiada akal untuk berfikir lebih bernas...lebih kepada persepsi yg d lihat terlebih dahulu.

tiatyot said...

fynn ke akak fynn yg patut aku gelar?
aku suka semua yang kau tulis..
dulu pun aku kena bantai dengan bapak aku..
arwah dah..
aku rasa memang patut pun dia bantai..
sebab dia bantai aku tak banyak buat salah..
tipula kalau aku kata aku tak buat..
tapi aku rasa bila dia bantai,
aku jadi orang berbanding adik aku yang tak merasa dibantai bapakku..
haih..
sedihnyer..
kla ciao dulu..
papehal post ar lg..

Anonymous said...

saya seorang askar sukarela. Kenapa sukarela? kerana sy tak cukup syarat utk memohon sebagai askar tetap.

Sy tau latihan askar itu teruk. Kalau tak mau teruk baik duduk di rumah. Mental kena kuat. Itu yang paling penting. Kalau fikir mati, dalam rumah pun boleh mati.

Sy sedih kerana ramai yang tak faham tugas askar. Tempat mereka bukan di bangunan bertingkat-tingkat, ada air cond dan kipas angin segala.

Tempat mereka, nun jauh di hutan banat sana, tak der telefon, tak der hiburan, tak der jalan, tak jumpa dgn anak bini berbulan-bulan...

Kita di luar hanya berani mencebik. Kalau tiada askar ini, mana mungkin orang-orang di luar sana mampu mencebik. Menangis mungkin?

Lebih baik mati kerana negara, daripada mati di jalan raya.

er... sory, teremo pulak.

EsLemOnTeA said...

-dan kerana ini saya jatuh kasih sama kamu.bukan kerana paras dan rupa tapi pada ilmu bahasa kamu yang langsung tidak kamu segan laung-laungkan.saya jatuh kasih pada kuat nya akar umbi bahasa yang kamu miliki.dan untuk itu kamu jadi inspirasi saya untuk punya kata-kata sehalus bahasa kamu-

Princess Ayang said...

salam...
i'm ur silent reader..
sgt suka nukilan kak fynn...
tabik spring sama kak fynn...
dh byk kali cube nk tulis psl bhs inggeris nie, tp xpenah jumpa perkataan2 yg sesuai..harap2 org yg 'patriotik' sgt dok menentang 2 baca nukilan nie..

Lily Cartina said...

salams kak fynn..
hehe. i had this conversation with my driving instructor at the driving school earlier today. regarding the topic of science and maths in english. and if i'm not mistaken, the main argument is that most people are saying that by using english in science and maths, we are downgrading bahasa melayu.

I hereby would like to ask the person who made that statement in the first place.

Are you downgrading bahasa melayu??

because if you yourself are not downgrading bahasa melayu then i suppose you would never have thought that bahasa melayu had been downgraded.

I mean, it is all about the people.Not the language the subjects are taught.

If the people think that the language has been downgraded, then it shall be downgraded.

Another think kak fynn mentioned, someone told her that english is Bahasa kafir.

my dear brothers and sisters,
our Almighty Allah is lovely.
He is the kindest.
He is the the most forgiving.
and one thing for sure,
He does not discriminate.
regardless what race,skin colour,or what language we use,
If we love him,if we have faith in him,then love us He shall.

it is only Allah the Greatest who has the right to decide whether or not something is good or bad for us. and I am sure that he never said that English will harm us,his followers. He too never said that English is a kafir language.

So, to those who said that english is a kafir language, who are you to argue with Allah?

Anonymous said...

woohooo!
tajam!
pedas!
padat!

yeah kak fynn..
i've been thru that too..
Alhamdulillah i've turned out to be who i am today..

dulu memang rase dorang xsayang kite..
tapi bile dah besar..
ya Allah..
baru kite sedar kasihnya mereka tak berbahagi..

jijah montel said...

fynn.. terima kasih untuk entry ini. selama ni aku ikut kamu dalam diam. tapi kali ini, kamu telah memberi aku sedikit kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa supaya cekal hadapi dunia yang makin kasar.

Sara Musfira said...

Terbaik kakFynn!

:)

~miszmiera~ said...

sudah jatuh cinta dgn blog kamu..heheehe..walaupon kdgkala bahasanyer sedikit tinggi tp stil nk teruskn membaca..so impressed with u,xsangka plak 1 kampong..org kota..hehehe...

azhari azmi said...

yeah what u wrote above is so true..
bout the english language for math n science thingy are so obvious..right now bahasa ilmu is english. so kene r follow. kau x follow, kau ketinggalan. kalau kite bangsa malaysia powerful mcm zmn melaka, x perlu kot blaja english coz org yg akan blajar malay language. entah la. actually, we as the fresh minded generation have a lot to do if we are about to build up this country..pokoknya mentality kot. nak ubah mentality tu yg makan mase..it's possible, but need time..btw, nice one!

PerverdZ said...

pov yg menarik & berisi.
cool/sejuk!

PerverdZ said...
This comment has been removed by the author.
------- said...

akak. sy sgt berbanga ngn apa yg akak tulis.. kebenaran mendahului kebatilan.. anak2 melayu skang sgt manje.. di jentik ngadu pada ayah.. di piat telinganya ngadu pada mama.. pelik bukan.. zaman kita di piat ayah bertepuk tgn.. di jentik mama bedansa gembira.. kerna mereka tahu kita di perlaku begitu ada sebabnya.. ada silap nya.. mereka tau kite di didik utuk menjadi manusia seperti sekarag..

memartabat bangsa melayu.. adakah anak2 sekarg begitu.. apa yg mereka tau.. hanya berperang dgn amarah sendiri.. mereka tidak sedar akan kelemahan sendiri.. kelemahan yg di cipta sendiri.. kerna bahasa mereka melenting.. konon tidak bagus akan bahasa melayu.. tp sedar atau tidak.. melayu akan hilang jika tiada ilmu.. bangsa lain mengkaji bahasa alquran tuk kemajuan mereaka.. tuk memusnahkan kite.. knp kite tidak terfikir.. kiter hanya berfikir di dalam kotak tp tidak diluarnya..


p/s:maaf kak komen pjg sgt..akak sgt seronok.. bahase canyek sgt.. hehehehe..

Anonymous said...

kak fynn
pjg sungguh entry kali ni
apak saya pon askar darat
mak askar laut
saya penah joint wataniah masa kolej
saya bangga

kepada pakcik yg xtuf lgsg tuh
L=loser

Anonymous said...

i)meremang baca entry ni,. tapi betul kakak. kita yang dibesar era 80-an walau dipukul, dihalau keluar rumah tapi kita tidak pernah sekali tinggi suara pada orang tua, apa jadi sama budak2 sekarang yang dibelai penuh manja tapi senang2 melawan kata.

ii) biarkan je la math n sc in english. hari tu iye2 tuka, billion duit abih, pastu nk tuka balik? lagi la besar jurang anak bandar dan seorang yang berasal dari desa seperti kita

iii) benl hampir di tutup? rubbish la!!



-benl student-

nani said...

yes. our rakyat is lembik. very the very. manja. mengada!

but kak fynn,
the students in my school, mmg susah sgt nk tangkap bahasa inggeris in science and maths. really kesian, because they org rural sgt. and english is so alien to them. kdg2, menyusahkan. but then again, i will not give up. i noe, there will be changes one day.

sy dibesarkan sekitar 80 an dan 90 an.
penyangkut baju selalu patah di badan saya.
dan dengan itu sy terima kasih pada mama abah :)

Mrs. Syakir said...

bagus entri ni kak fynn,
sangat membuka minda. jumpa sabtu nanti. ;)

||alis|| said...

ayah bukan askar;
tapi hanya kerna markah matematikku merah masa tahun 1,
ayah hentak kepala aku atas meja.
esoknya;
aku demam, gigi aku depan 2batang patah, dahi aku lebam di tengah mcm org nan warak tiap hari solatnya 80rakaat.
trauma seh!

ibu juga bukan askar;
tapi bila aku balik rumah pukul 11pagi hanya sebab hendak berlama2 dirumah jiran sebelah, kepalaku (sekali lagi) direndam lama selang 20saat dlm kolah air yg penuh.
aku hampir lemas, adik2 menangis mintak ibu "jangan rendam kepala kakak lagi!"

aku pon bukan askar;
tapi pernah jalani 2kali latihan ala tentera. relahati. mak aih. itu saja aku mampu ucap.

ko benar fynn, sapa2 anak 80an, dia pasti pernah merasa begini.
aku sendiri kalu punya anak, tak sanggup buat macam ibu ayah aku buat kat aku dahulu. kesian.

tapi..
waktu kau usia 14tahun, pakai tudung sekolah pun tak betul lagi, senget sana senget sini. lipat bulat ikut raut muka! (*ini kes aku laa~)

tapi kau lihat saja anak2 sekarang..
usia 14tahun, apa yg mereka TAK PANDAI nak buat...

Suri said...

"aku tahu aku bukan seorang saja di sini.
ramai anak2 zaman 80-an yang pernah rasa didikan semacam ini.
dan kita tidak kisah"

which is true.. aku sendiri pnah kena sebat dgn tali pinggang hijau askar yg tebal tu, kena sebat dgn hanger sampai patah.. but like uve said, abah aku ckp kt kami adek beradek.. "Kalo tak, tak jadi orang korang sume.. mcm skang"

and im glad tht he did tht :)

Anonymous said...

entri yg sgt membuka minda.

aku mungkin tak penah dipukul bapak, dilempang mak. abih2 pun ditarik telinga aja.

tapi,
dipsiko dari segi mental.
semata2 sbb aku dpt nombor top 5 dari blakang utk ujian pertengahan tahun, ayah tak bertegur sapa seminggu. dibuatnya aku tak wujud dlm rumah tu. berselisih di tangga mcm berselisih dgn bayang2.
itu cth sebahagian. tp cukup mengajar. dan aku berterima kasih krn itu.

dan aku mmg nyampah kalo ade org saman menyaman sbb latihan tentera yg mendera kononnnye!

ttg PPSMI itu, tah la fynn.
btul spt kau kata.
orang kite lembik, penakut utk mencuba dan menghadapinya.
ttp bila anak graduate tak dpt2 keje, dibilangnya majikan terlampau memilih, nk yg perfect dan fluent bahasanya.

abis tu, ajar sendiri la anak kau speaking di rumah!

Anonymous said...

100 % setuju kak fynn. well done. really proud of you.

- silent admirer @ graduan ijazah sarjana muda bahasa dan kesusasteraan inggeris uia^.^

Edna Sinn said...

kakak...
pernah rase kene sebat dgn tali pinggang baju celoreng tak???
yang tebal,hijau, buckle besi besar...
sakitkan...

the farisian community said...

salam kak fynn..

sy seorg anak polis..
dulu, mase kecik2, slalu bangga..
''bapak aku polis..''

sekarang, bile org ckp sal polis, sy jd takut..malu..

bukan nape..
byk masalah yg org laen timbulkan..
habis satu pasukan kena..

but now, after reading ur post..
i want to shout with all my hearts..
''AKU LAH ANAK POLIS!! DAN AKU BANGGA!!''

trimas kak fynn..

dan

maths n science in english should not be abolished

sy salah seorg drpd kumpulan pertama yg gna ppsmi..

trimas lagi kak fynn..

*salute2*

Anonymous said...

tak pernah pulak dengar kes askar ke bomba ke yang corrupt.

tp polis? sana sini corruption..

bukan nak prejudis..tp tu lah dia.

leeashroe said...

and again, i am awed by how you define yourself through the art of language.

saya belajar sains dan matematik dalam dua situasi. semasa sekolah rendah, belajar dalam bahasa melayu. bila masuk sekolah menengah, belajar bahasa inggeris.

sudah tentu rasa bezanya. sudah tentu rasa susahnya. saya budak sekolah luar bandar.

tapi, sesusah mana pun satu benda, kalau tekadnya tinggi, mesti boleh. mesti dapat.

tahu kenapa orang kita lemah? senang kalah pada keadaan? senang tunduk pada situasi? senang tewas dalam mengejar materialiti? senang lupa asal usul diri? senang lupa agama? kenapa orang kita langusng tiada jati diri?

kerana tak mahu belajar untuk hidup susah.

cuba bandingkat textbook zaman 70-an dan zaman sekarang. jauh beza. sekarang semua sudah lebih mudah.

alasan sama digunakan. sebab mahu pelajar luar bandar menguasai sepenuhnya sesebuah subjek. sudahlah silibus mudah, mahu mudahkan lagi dengan penggunaan bahasa yang mereka faham.

anak bangsa kita tak reti susahlah kalau gitu. sejak sekolah semua dah mudah.

sana sini kia dengar, tak usah risau pasal spm. sekolah tak perlu, yang penting, hidup.

ok. i am not suggesting one to be completely stressed out about his/her spm. tapi, bagi aku, belajar di sekolah penting. bukan untuk kau dapat A1 semata, tapi untuk kau latih otak supaya cekap berfikir. kau cakap, daripada belajar sekolah pandai-pandai, lebih baik keluar belajar untuk hidup. memang boleh. tapi, ingat sekali lagi. sekolah, walau ajar kau benda yang tak ada dalam hidup, tapi pada hakikatnya mengajar kau untuk berfikir. memang kau tak guna addmaths masa pergi pasar beli ikan, tapi bila kau teliti betul-betul, addmaths mengajar kita banyak perkara. mencari kaitan. menfaktorkan. mengekstraktif. banyak perkara. kau cuma perlu lihat, dan kaji.

sekali lagi, sistem pendidikan kita tak perlu dimudahkan. malah, kalua mahu disusahkan, susahkanlah.

sebab - ajar anak kita untuk hidup susah. dibantai macam fynn, baru jadi orang.

kerana sekarang manusia elit tak bantai anak, biarlah bantai mereka di sekolah. bukan force mereka untuk dapat 21 A1, tapi, gesa mereka relatekan apa yang mereka belajar dengan realiti dunia. pengaplikasian ilmu. zahirnya, macam tak releven. tapi, macama saya kata tadi, bila kita kaji, kita akan nampak.

penggunaan bahasa inggeris tak salah dalam sistem pendidikan kita. macam fynn kata, kita perlu tahu, supaya tak mudah ditipu.

mahu martabatkan bahasa? suruh dulu stesen tv dan majalah hiburan sana menggunakan bahasa melayu tulen. kalau tak baku, ikut loghat negeri pun takpelah, asal tiada dirojak. kalau mahu guna bahasa melayu, habiskan satu ayat dalam bahasa melayu. saya mahu makan. jangan rojakkan, campur perkataan inggeris dalam ayat bahasa melayu. ai nak eat.

bahasa tetap di jiwa, kalau anak bangsa punya jati diri.

jadi, ajar mereka jadi kuat.bukan mudahkan segala benda.

.ieLah. said...

askar dan bomba org tak bising corrupt,bukan tak ada.tak digembar gemburkan.
bak kata k fynn,askar itu sendiri bukan untuk berada di sekeliling kita.mereka untuk jaga kita.dah tentu la ikhlas.harus ke nak dirasuah untuk berkhidmat begitu.


saya bukan polis,juga tiada susur galur polis dalam keluarga.
cuma rimas dengan pandangan umum tentang buruknya polis.
tak dinafikan itu semua ada,tapi bukan semua.

vice versa.
yang lain juga bukan semua tak ada yang corrupt.

biasa la tu.dunia.

.ieLah. said...
This comment has been removed by the author.
BudAk hijAu said...

hmmmm... :)

ayobkelubi said...

salam

babe, gua tabik kat lu!.

yup, kalau tak nak larat nak tahan,jgn masuk askar!.

aku yang jugak anak polis..

p/s : ko baca ni kat maskara last week terus aku carik entry ni.

mochitsuki said...

aku pon anak tentera..
aku pon sayang ayah aku..
tapi..
ayah aku da tade..
:(
sedihh

Eerie Liuvyx said...

terima kasih ayah diatas caci makimu itu,
kerna ia mengajar aku erti berdikari.
terima kasih emak atas kasih sayangmu itu,
ia telah mengajar aku erti kesabaran.
terima kasih kak fyn atas entri sarat ini,
ia telah membuat mataku juling dan bukakan hati yang tuli ini.
saaayang kak fyn=)

theblabber said...

fynn,
saya sedih. sy tak jumpa lagi mana-mana blog yg bersependapat dgn kita pasal PPSMI ni.

hmm..letih la. kalau betul nk memperjuangkan bahasa Melayu, knp tidak dari dulu? dari mula PPSMI diperkenalkan? masa pak samad muda lagi. Nak sangat mencontohi Jepun, hapuskan saja bahasa inggeris di uni2 tempatan. tu baru betul namanya memperjuangkan.

kesian, kesian betul tgk nasib anak2 kita yg kejapnya melayu, kejapnya inggeris. fikirlah,dalam seminggu baper jam je budak2 ni berbahasa inggeris? adakah dgn beberapa jam ini saja bahasa melayu akan pupus dgn mudahnya?

http://marimerepek.blogspot.com/2009/02/surat-kepada-beliau.html

WaN said...

Fynn said…

"jujur aku kata, kalau kau nak kutuk polis ke apa ke, aku memang tak kisah. lantaklah. sebab memang hendak tidak hendak, itulah dia. walaupun tidak semua.

eleh. tidak usah pura2 baik lah. kalau kau ada pakcik yang kerja polis trafik pun, kau minta dia kowtim saman kau.

tapi kalau kau nak pertikai tentera malaysia, memang jahatlah.
mereka tidak hidup untuk berada di antara kita, tapi mengeliling kita.
menjadi penjaga kita."



lttlgjh ; said...
"tak pernah pulak dengar kes askar ke bomba ke yang corrupt.

tp polis? sana sini corruption..

bukan nak prejudis..tp tu lah dia.

afiqah said...
salam kak fynn..

sy seorg anak polis..
dulu, mase kecik2, slalu bangga..
''bapak aku polis..''

sekarang, bile org ckp sal polis, sy jd takut..malu..

bukan nape..
byk masalah yg org laen timbulkan..
habis satu pasukan kena.."



Fynn..........

Semoga komen ini disiarkan ke blog ini.

Sy juga adalah anak zaman 80an.

Sy juga adalah anak seorg tentera.

Sy juga pernah lalui, besarnya nilai wang 10sen.

Sy juga penah 'nakal'.

Sy juga penah dibenci org kg,

Sy juga penah diberi bantuan polis dan dihargai dan

Sy kini turut berkhidmat membantu org

tp apa kan daya, beban kerja itu sebenarnya, tak terjangkau dek 2 tangan ini. Semoga semangatku tidak pudar, Amin..


jika dikatekan pasukan polis adalah korup... sy sama sekali tidak setuju kerna, sy juga salah seorg drp 'mereka', fynn, biar pun ada dikalangan 'mereka' masuk ke dalam 'lumpur' dan fynn perlu tahu, 'sesiapa' saja boleh masuk ke dalam 'lumpur'.

Rasuah bukan sinonim dgn polis. Rasuah telah wujud sedari dulu.

Sblum bekerja sebagai polis,sy juga berpandangan dangkal seperti itu, ttp slps dibantu oleh polis disuatu ketika di Kuala Lumpur akibat keterlanjuran org kampung masuk ke dalam Bandar yang Moden itu, mmbuatkan sy bersemangat untuk sama2 turut menganggotai pasukan polis dan mmberi bantuan semampu yg boleh..

selepas bekerja, ada sesuatu di dlm polis yg tidak boleh diperolehi di dalam kerja lain. berkhidmat kpd org...

Fynn,
tidak perlu digembar-gembur/ dikemukakan kepada kalian berkenaan fakta/bukti berkaitan
tentera, bomba, JPJ, PUSPAKOM, BPR @SPRM, kerani cabuk di Pejabat Daerah, VIP2, PBT. Bagaimana korup itu berlaku.

Akta rahsia Rasmi menjadi benteng pengikat kepada penjawat awam, saban hari... Bukan sekadar satu akta Fynn...

Semoga pandangan pembaca berubah sptmana ombak pantai.... kerja harian sy melayakkan sy mengetahui apa sebenar yg berlaku..

fynn jamal said...

azrul:

semua di sini sudah besar. dan apa jua pendapat, biasanya ada fasa2nya.

asal nama manusia, pasti ada kurangnya. kalau kamu sudah ketemu yang elok2, kamu untung. ramai yang di luar ini masih belum...

kalau saya ada bukti tentang dadah rampasan hilang di tengah2, bagaimana? contoh, yang dirampas 15 kilo. yang dikhabarkan cuma 11.

semua orang korup, itu point saya. kerana itu saya kata, kalau orang ada peluang, siapa sahaja yang mampu menolaknya. bukan?

semoga kita jauh dari itu semua.
selamat, kawan. selamat menjaga kami. :)