Sunday, May 13, 2012

selamat hari ibu


menemui mak.

terima kasih sebab bersusah-payah menanggung mati 3 kali untuk anak2 mak. terima kasik kerana memilih kami berbanding mencari penawar untuk kanser mak. terima kasih kerana redha dengan takdir mak yang akan pergi tinggalkan kami sehingga nanti bertemu semula. terima kasih kerana menjadi kekasih abah dari kali pertama bertemu hingga sekarang dah berbelas tahun mak pergi dari mata dia. terima kasih kerana memastikan kami semua percaya pada cinta.

menemui ibu.

terima kasih sebab tak pernah walau sekali mengizinkan kami lupakan mak. terima kasih sebab tak goyah walau anak2 abah ini ketika remajanya adalah terpaling onar. terima kasih kerana tidak pernah membanding kasih kami antara ibu dan mak. terima kasih kerana tak pernah meminta apa kecuali cinta. terima kasih kerana tak pernah membuat kami ingat yang ibu cuma bonda kedua.

menemui mama.

terima kasih kerana melahirkan lelaki paling sempurna dalam dunia untuk menantu mama ini. terima kasih kerana sentiasa memanjakan fynn lebih dari anak mama sendiri. terima kasih kerana selalu meleset dan bergurau senda tak kira di mana dan dengan siapa. terima kasih kerana mendidik anak mama menjadi lelaki yang paling menghormati wanitanya. terima kasih kerana menjadi gagah. terima kasih kerana setiap cintanya.

kerana mak,
angah belajar cinta itu segalanya tentang berkorban.
kerana ibu,
angah belajar cinta itu segalanya tentang meredhakan.
kerana mama,
fynn belajar cinta itu segalanya tentang kemanjaan.
 

angah adalah perempuan besi--
kerana angah mendapat 3 wanita ini.

selamat hari ibu.
*pause*

alhamdulillah.
akidah masih tak lari.

jadi tak salah angah lafaz semua ini--
just because everywhere many mothers everywhere are getting love confessions, notes and shouts--
for that matter,
i do not want you guys to feel left out.
hehehe.

ps: 

this DEGIL-- 
i got from ALL three of yous. 

ahahahahahahahaha.

3 comments:

Sofia Nin said...

:')

Sarah said...

Kak fynn sebijik macam mak la! serupa sangat. comel. =)

Saya doakan semoga suatu hari nanti, akan ada suara kecil yang bisik selamat hari ibu untuk kak fynn. Amin.

take care.

Anonymous said...

kak fynn
betul kak sebijik muka mak :)
patutlah ayah kak fynn terdiam n terus keluar ms mula2 tgk kak fynn dlm bilik pengantin tu :)
wish you happiness alwiz n forever <3