------------------------------
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.
defense:
-----------
1)
aku kata A.
orang faham B.
orang marah aku.
bila tanya "siapa kata B?"
orang kata aku degil.
tak makan nasihat.
soalan.
BILA aku kata B?
2)
aku tulis A ketika aku kiaskan B.
orang cuma nampak A.
yang setuju dengan apa aku kata tentang A akan puji2.
yang setuju dengan apa aku kata tentang B akan julang tinggi.
yang tak setuju2-- maki2 dan caci2.
penyataan.
PEDULI APA aku kau setuju tidak apa aku rasa.
aku menulis APA aku rasa.
3)
aku cakap A.
A itu aku.
rupa2nya ramai yang A juga.
tersinggung hati.
perasan aku kata dia.
soalan.
kau SIAPA?
kesimpulan
-------------
BENARLAH--
orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.
maka
------
janganlah perasan SEMUA BENDA dalam dunia ini berkisar tentang engkau SAHAJA.
kalau kau cari diri engkau dalam status2 manusia keliling--
kau MEMANG akan jumpa.
sebab kita manusia.
dosa kita,
pahala kita;
LEBIH KURANG sama.
cuma aplikasinya di lain2 situasi dan masa.
berhenti merasakan SEMUA BENDA adalah tentang kita.
No comments:
Post a Comment