Wednesday, May 23, 2012

hutang

ramai meminta aku berikan pendapat tentang debat ptptn malam tadi.
secara jujurnya--
aku tak tengok.
sebab aku tidur.

BUKAN tak tengok kerana rebel "fak ol disshit, aku tanak masuk campur" kinda thing.
sbb sekarang sudah ke arah summer.
jadi tempoh malamnya sedikit. siangnya lebih panjang
(tolong jgn beri hadith ttg kiamat nanti siang akan terasa panjang-- sebab ini MEMANG cara summer).
dan kerana klimat yang baru untuk aku ini, tubuh asia kita akan lekas letih dan lembam sekali.
jadi aku tidur.

tapi.
untuk memberi respon kepada soalan itu,
aku balaskan dengan ucapan:

"saya kasihan pada kawan2 saya yang masih tak mampu bayar. mesti sekarang ini mereka menyesal kerana sepanjang zaman belajarnya, mereka gila main kereta, main hotel, main clubbing, main2 masa belajar, main game, main asal boleh sahaja-- dan tidak fokus pada pelajarannya.

dan saya pasti kawan2 saya yang belajar rajin dahulu dan tidak peduli ketika kawan2 yang kaki main itu ajak untuk main2 itu kini sedang hanya pandang dari jauh dan tidak mempunyai komen selain 'aku takde masalah, bro'."

peribahasa arab mengatakan:
"siapa bertani, mendapat hasil"
peribahasa melayu mengatakan:
"kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"
peribahasa aku:
"siapa malas-- bodoh"

aku harap respon aku cukup untuk menjawab. macam biasa. aku tak ada parti. aku jawab dari belah logik akal semata.

abah aku pernah pesan:
"abah tak ada harta untuk anak2. tak ada tanah. tak ada duit. tak ada hutang. pelaburan abah adalah pada pendidikan anak2. pandai2lah guna-- nak kaya ke nak terlingkup ke"

masa itu aku tingkatan 5 (atau baru2 matrikulasi). aku sedikit lupa.

apa pun juga, sebolehnya aku hendak ikut resam abah.
tak ada tanah. tak ada duit. tak ada hutang.
beli barang cash sahaja.

abah pernah cakap:
kalau barang itu kena beli hutang--
kita perasan.

perasan kaya.
perasan mampu.
perasan hebat.
berangan.

yelah.
cuba fikir.
duit masuk bulan2 rm 2500.
tak tolak bil2 overhead lagi.
boleh beli dslr harga rm 4000.
atau iphone rm 2300.
tak ke berangan tu?

ptptn mansuh ke tak mansuh ke--
aku tak mau ambik tahu.
apa yang hak--
aku kena ganti.

orang tersompekkan kereta aku pun, aku mintak bayar.
apa lagi kalau orang pinjam duit aku.

bunga tak bunga,
riba' tak riba--
semua aku sedia maklum.
bukan aku kena tipu pun.
dia dah kabo akan ada interest.

contoh:
member datang nak pinjam rm 1000.
dia desperate.
dia akan cakap "nanti aku bayar bulan2 rm 400"
pastu sebab risau tak dapat, dia sambung "yang lebih rm 200 lepas tu takpe la. aku kira belanja la".
haaa.. tu akad la tu.
kira dia tau.
tak salah.

tapi kalau nak fikir itu pun zalim, boleh saja.
cuma--
for all that matters--
pada peminjam patut faham ini:
"AKU pun zalim sama sebab menzalimi diri aku sendiri."

ngelat tak ngelat,
tipu ke tak tipu rakyat--
itu dia punya cerita la kat akhirat.

aku taknak kena tahan kat pintu sana,
lama2,
sebab kat atas tu,
audit dia garang bro.
sesen pun dia akan tanya
"dan apakah amanahmu yang tidak terlunaskan di dunia?"

gua serius tak berani tanya:
"ala... settle kite same kite leeeee"