Tuesday, May 15, 2012

kisah burung di zaman nabi ibrahim

beribu tahun dahulu,
nabi ibrahim alaihissalam dibakar kaumnya.

ketika api marak mahu menelan baginda,
semasa tidak ada daya apa2 bantuan dari siapa2,
seekor burung berulang-alik menyimbah air dengan harapan terpadam jua.

berulang alik--
dengan air dicedok dengan paruhnya.
itulah dibuatnya.
berkali2.

tingkahnya diperhati makhluk lain yang cuma mampu bertanya:
apalah guna kau berlelah2, berbolak-balik--
bila api yang menjilat ibrahim itu takkan langsung terluak walau sejentik.

tenang--
burung itu menyahut:
benar.
takkan langsung terluak walau sejentik.
tapi aku lebih gerun pada tuhan kerana dia akan bertanya;
apa yang telah aku lakukan--
bukan apakah hasil perlakuan aku itu nantinya.

:)

berhenti risaukan apa yang orang kata tentang tuhan yang serba jahat.
tuhan kita terpaling baik.
walau sezarah--
tetap dia kira.

*senyum*

maka--
hari ini--
apa perkara kecil-takkan-langsung-terluak-walau-sejentik kita?

6 comments:

japierah said...

semoga adik dirahmati dengan kebaikan iman..dan teruskan menulis walaupun mungkin ada yg mengkritik kan? :)

Nabi juga dihina, dicaci, dibaling najis, tapi masih terus berdakwah dan :)

diode s said...

terkesan.

Ayyman Rahim said...

Dalam ya? Teruskan mendalami saya.

Ahmad Arba'in Ali said...

mungkin satu cara fikir yang paling susah saya tanamkan dalam diri. walaupun dahlama saya sedari. :(

ayeen:) said...

*pause*
*nages diam-diam*

Syahril Maki said...

Nice..
Salam Ukhuwah..?