sebenarnya, senang mau kaya dengan berniaga di malaysia ini.
apa juga produk, sesungguhnya ADA cara untuk dijadikan laku.
kaedahnya?
suntik elemen agama.
kait dengan ayat2 quran sepotong dua.
menderu semua orang membelinya.
hendak jual kismis--
cari ustaz bacakan ayat.
jual.
hendak jual air mineral--
cari imam tiupkan ayat.
jual.
hendak jual susu formula--
cari bilal azan iqamat.
jual.
tengoklah.
menderu semua orang membelinya.
*pause*
aku bodoh dalam bab ini, jadi aku mau tanya.
kalau produk2 itu sebelum dijual atau selepas dibeli--
dilangkah2 atau dibubuh2 di tempat tak semenggah--
apa pula hukumnya nanti?
kalau hendak kata tak ada impak kerana ia cuma benda dibaca--
APA bezanya dengan berkat ada tak ada bila kita menggunakannya?
bukan aku kurang adab kerana skeptikal tentang ini.
aku cuma rasa kita terlalu taksub sama pengkorporatan ayat2 dalam produk2 kita.
kalau betul hendak berkat,
apa disuruh orang yang jauh mendoa2 orang yang tidak diketahuinya?
bukankah lebih manis kalau bawa air segelas, minta ayah ibu bacakan
surah2 sepotong dua-- khusus untuk kita-- dibaca penuh cinta?
haih...
geleng kepala aku tengok kawan2 sendiri yang terlalu taksub sama ini semua.
hadehh...
iqra' lah wahai manusia.
baca sendiri.
fatehah pun jadi--
kalau kita sungguh2 percaya.
*pause*
lepas ini,
aku nak jual karipap frozen,
yang aku bacakan yaasin untuknya.
bukan orang tau pun apa betul aku baca.
5 comments:
haha, suke =)
terima kasih kak, bukak mata sy utk tgk dunia dr sudut lain..
DEEP..
DEEP
betul kak fynn.orang sekarang obses dengan benda macam tu.takut syirik sebab percaya benda tu yang sembuh atau beri kebaikan sedangkan semua tu datang dari Allah.
senyum :)
agree!
Post a Comment