hari ini dalam kelas eksperimen gred 4.
umur 10 tahun.
budak nakal yang aku mark dari hari pertama kini sudah berada dalam keadaan nakal paling ekstrim.
sorang perempuan.
sorang lelaki.
aku berhentikan lesson.
aku senyum.
aku jemput dia ke pintu.
aku kata:
"nah. pergi main kat luar. nak gi kafetaria pun boleh. biar cikgu
tolong kaver line. sebut je. nak pergi mana. because all i want is for
you to be happy"
tak nak pula.
seorang cuma tunduk dan pejam mata.
seorang pergi ke corner.
berdiri membenam muka ke dinding tak tau nak buat apa.
aku senyum lagi.
"serius. keluar la."
aku tak marah.
aku masih senyum.
tak nak jugak.
aku tak marah pun.
aku siap cakap aku tak marah.
aku siap tunjuk aku senyum.
aku serius nak derang hepi.
sebab ada 9 anak murid lain yang khusyu'.
kerana mereka berdua, kelas asyik tertangguh--
nak layan mereka saja.
susahlah kalau seringnya begini saja.
jadi aku tanya la apa yang boleh membuat mereka bahagia.
masih senyap tak memberi respon.
"ok", aku cakap.
"takpe".
biar aku yang keluar.
biar aku kasi muka.
dan aku keluar.
pergi sambung kerja lain.
aku ada banyak kerja lain.
mungkin aku patut layan kerja lain.
aku kena fikir benda lain.
buat sementara.
tekun aku hadap kerja aku di bilik aku.
sibuk2kan diri dengan ini itu.
senak dada.
berdenyut kepala.
nak angin, lah.
keluar kejap, lah.
tiba2 aku tertoleh.
satu perempuan.
satu lelaki.
berdiri di belakang aku punya kaki.
menangis.
minta maaf lagi dan lagi.
aku tak marah.
kenapa cakap sori?
aku suruh mereka pergi.
jumpa di kelas lain hari.
dan mereka pergi.
*pause*
masalahnya--
kenapa aku menangis sekali?
8 comments:
comel :)
hati si guru ;)
sgt istimewa..hati guru tersentuh dgn ungkapan maaf yg ikhlas dari si murid..
hati seorang ibu dan juga seorang guru . memang begitu . maafkan walaupun tidak engkau marahkan walhal " kau nak marah tapi tak jadi nak marah kerana keramat maaf " ... :D
guru..hanya guru yang faham..:)
saya suke entry ni..!!
seriously..
=>
suka sangat sangat
that's it.. kalau nak deal dengan cara marah2 memang diorang lama2 jadi mangli..good job.
Post a Comment