semua orang fasih kisah pelacur dan anjing itu.
semua orang begitu memegangnya tak mau lepas.
kerana kita semua pendosa.
dan deep inside;
kita kata--
if there's a hope for her--
there would be one for me too.
kita semua pendosa.
takkan teringan bahagian kita--
kalau ditunjuk2 dosa orang akan beratnya.
takkan termulia darjat kita--
kalau disua2 hinanya orang di mata agama.
kita semua pendosa.
darjat kita,
hakikat kita,
itu bukan hak kita untuk tahu.
runsing sangat syurga tak muat.
kenapa, agaknya?
kita semua pendosa.
berpahala itu ujian.
berpeluang mendosa itu ujian.
markahnya--
tak pernah ditampal di mana2 papan kenyataan.
kita semua pendosa.
maka berhenti jadi tuhan.
1 comment:
suka yang ini :)
Post a Comment