ada seorang bertanya pada aku tempoh hari:
dh lame sy nk tnye. tntang puisi "anak naga dan dermaga" tu. sy still tk paham! naga ape kakfynn maksodkn?
*senyum*
apa fikir aku ketika aku sayupkan rasa lewat puisi anak naga dan dermaga. apa agaknya. semuanya kerana anak2 renjes di layar tanchap bunga di tahun 2007. puspa, enot, fad, adik2 lain sibuk menolak2 aku di ruang penonton.
"pergi la kak"
"kak fynn kan biasa perform"
"selamba la kak"
haih.
anak2 nakal itu.
layar tanchap itu.
performasi pertama aku yang aku beranikan diri meluah apa saja kosa kata yang melintas di kepala. julung kalinya membuat freestyle di gelanggang puisi, di kala ramai orang masih skeptikal dengan sastera genre ini.
dan musik pengiring (yang sehingga sekarang aku cari dan mahu tahu siapa itu) mula menjentik tali2 gitarnya dengan tona yang paling dalam dan menggetar.
nan tiba2, di saat setiap denting tali gitar bass pemain musik malam itu menekan2 deria dengar ini (yang turut diiringi hasutan gitar solo temannya itu sekali bersamanya) aku jadi mahu bercerita ttg rasa di dalam hati.
lalu aku jadi sayu.
sebak mengenangkan keseringan zikir aku melagu "mana naga aku".
hendak luah tentang itukah?
maka inilah, yang sedang aku ceritakan pada kalian ini, yang aku kisahkan di malam itu.
siapa sang gila?
siapa anak naga?
kenapa di dermaga?
sang gila itu:
aku.
kerana aku ini satu kepelikan.
begini.
kau dan aku melihat satu benda yang sama, namun yang tertafsir di pandangan aku adalah sesuatu yang tidak terlukis di mata kamu.
ia seperti tampil ke depan kelas ketika di darjah 6 Setia dahulu, ketika cikgu ramlah mokhtar jerkah nama aku untuk membaca karangan yang ku bikin di rumah pada semalamnya.
"sedikit2, lama2 jadi bukit".
aku tidak lupa tajuk tulisan sial itu. di ketika murid2 menulis tentang usaha seorang Ali atau Rahim yang bekerja keras, yang secara pastinya berakhir dengan kejayaan, aku melorek tentang indahnya perumpamaan itu, seperti mana mampunya air setitik yang menitis di atas batu sepemeluk di dalam sebuah gua di hujung kampung mencipta lekuk di tengah2nya.
bermakna, sesuatu yang selemah2 air sepercik itu, kalau dibiarkan lama, tersompek juga. seolah luka yang kecil, andai diabai sahaja, bernanah akhirnya.
bahana menulis itu, aku dipanggil untuk menghadap anak2 di dalam kelas semata2 untuk diolok2kan.
'yanti batu lekuk'.
cantiklah tu.
sudahlah gemuk.
dijolok nama batu lekuk.
aku salah kerana memandang dunia dengan terlalu puitis, di masa itu.
aku salah kerana aku seharusnya bercerita tentang Raju si anak miskin, yatim piatu, tapi berjaya menjadi seorang peguam kerana usahanya (walaupun tidak jelas dari mana dia dapatkan wang kuliah dan di daerah mana dia belajar, kerana mengikut fiksyen itu sepatutnya nampak mudah. yang penting, usaha yang sedikit2 itu mesti menjadi bukit. tidak perlu cerita tentang kemungkinan isteri Raju untuk curang dan anak2 Raju menjadi remaja sosial di malam tahun baru).
aku salah kerana aku gemar menebuk sabar dengan provokasi tidak logik.
aku salah sama sekali kerana tidak gemar menjadi normal.
aku songsang dalam mengharung hidup yang sepatutnya majestik.
maka aku dijatuhkan hukuman memakai tanda nama "si gila"
dari dahulu,
sehingga sekarang.
terutama sekarang.
kerana dalam cinta pun, aku begitu spesifik.
*senyum sumbing*
"sikit2 orang gila. memang perangai pun jadi dah macam orang gila"
"hati mana boleh paksa?! dia saiko"
"kau lihatlah, dengan gila kau ini, satu hari nanti, kau akan hidup seorang diri"
"ee. mapuh kawe nok teruh samo dio. mum kesiye mum gi aa kak dio. jago dio molek. eee"
*kesat mata yang masuk habuk*
ya.
ketaksuban dunia sentiasa berakhir dengan kehancuran.
jangan jadi pelik.
jadi apa yang diharapkan kau jadi.
sentiasa gembira, ceria, dan memahami.
setiap masa perlu sabar, yakin dan percaya.
sporting.
"kamon la yu ni. ai keluar beramai2. bukan berdua sahaja"
"oh plis. kenapa sama kamu. sikit2 mahu sedih2. sikit2 mahu nangis"
"cuba tengok gadis si Abu. memahami. tidak kisah pun Abu keluar sama teman baik perempuannya"
sporting tahi.
*diam*
bagi aku, cinta itu sesuatu yang dimiliki mak dan abah.
rasa itu.
cara memandang itu.
ungkapan manja itu.
belaian lesetan itu.
semua itu, aku mahu.
namun satu fakta yang aku lupa adalah aku terlalu kecil untuk mengingat siapa abah dan mak sebagai satu entiti.
aku masih seorang anak mentah. pastilah setiap inci gerak tubuh mereka aku agung2kan. mestilah mereka berdua aku junjung2kan.
mereka manusia biasa. sudah tentu ada rajuk marahnya. cuma mungkin mereka bukan dari golongan yang bertempik bila berselisih rasa, maka tidak aku tahukan apa2. tapi sejauh tercecah pandang aku, sekali pun tidak pernah aku nampakkan cela cinta mereka.
dan aku mahu itu.
dan aku tahu ia mustahil, ketika aku luahkan di malam berlatar musik malap itu.
semustahil terpandang naga terbang menembus langit di horizon pantai malam.
pernah ada yang tanya, kenapa aku gemar sekali memberi persona pada barang2 alam; seperti awan, langit, bintang, matahari, bulan, kelip2, nyamuk, angin, segala antero lagi?
mudah.
jawabnya, kerana aku tidak mampu melukis bahasa sesempurna tuhan ciptakan ciptaannya.
aku boleh menulis berhelai2 tentang indahnya rasa memegang embun di bening pagi, tapi tidak mungkin tepat selagi tidak kau rasa sendiri.
aku boleh menulis berjela2 tentang damainya bermain hujan lebat di tengah pantai, tapi tidak mungkin tepat selagi tidak kau cuba sendiri.
dermaga; kerana aku cinta pertemuan tanah dan air.
kerana aku cinta lautan yang penuh rahsia.
kerana aku cinta pasir2 yang ramai dan sentiasa landai dan damai.
aku pinjam bahasa tuhan lagi dan lagi.
kerana aku masih kurang perkataannya.
dan merujukkan cinta istimewa ayahbunda aku kepada naga itu tidak sepatutnya ditanyakan kenapa.
cinta yang aku hendakkan itu, yang pernah wujud di depan dua bola mataku itu, bagi ramai orang, adalah mitos semata2. tidak ada logiknya.
namun indah itu sesuatu yang tidak munasabah.
seperti mencuba memahami sebuah seni visual di kanvas, kau harus berayun2 ke kanan kiri mencari sudut untuk kau relevankan mengikut suara hati engkau.
dan suara hati aku mengatakan apa yang memang aku percaya selama ini.
mitos terjana dari fakta yang diberi penekanan hiperbola.
yang dibesar2kan.
lalu kalaulah naga itu sebenarnya ular air biasa yang tersalahpandangkan, biarkan aku.
dan abaikan juga nelayan bodoh itu yang menganggap duyung sememangnya berseparuh gadis jelita meneman sepinya di tengah samudera.
manusia hidup dengan mimpi.
dan mimpi selalu menjadi pelampung di masa bah.
kalau mimpi mampu meneruskan hidup, kenapa diapa2kan?
namun syukur, kita punya agama untuk membataskan sesuatu sebelum menggergasi sesuatu yang memudaratkan.
*diam*
siapa mahu percaya kalau aku pernah lihatkan adanya cinta agung seperti itu?
siapa mahu percaya seorang aku?
aku orang gila, apa sahaja aku kata, hanya orang gila juga yang akan percaya.
dan tidak ada manusia sudi merendahkan dirinya.
apatah lagi bersetuju tidak selari sama fikiran insan sekelilingnya.
manusia penuh takut.
takut dipanggil bodoh.
takut digelar sundal.
takut dinamakan buruk.
takut dipandang hina.
padahal jauh dalam hati, tuhan lebih tahu engkau siapa.
takut hilang nama.
hah.
aku ingat wak khalid membebel di satu seminar:
"itu apa?"
dia tunjuk lampu phillips di atas siling.
"lampu"
"mentol"
"lampu phillips"
"lampu kalimantang"
"silinder panjang"
macam2 cubaan anak2 di lantai mendengar.
"itu kepala bhuto"
wak khalid hilang akal kah hendak mencarut di universiti penuh dengan ekstrimis itu?
dia sambung
"kalau aku nak panggil puki anjing pun, kalau dah kerjanya menerang gelita malam, tetap disanjung juga kerja murni tu, kan?"
*sengih*
kau memang kool, wak.
dan aku hendak jadi segila itu.
orang gila yang tidak ada runsing tentang hati orang yang jijik pada dia.
orang gila yang tidak peduli pendapat orang yang geleng kepala depan dia.
kalau aku gila kerana terlalu yakin sama apa yang aku nampak di dermaga itu, maka biarkan.
kalau kau masih tidak mahu percaya, teruskan.
kerana di akhirnya, lihat sini,
aku sedang hidup sama naga aku.
biar pun di dasar laut,
ini bahagia aku.
34 comments:
Setuju benar..kalu jentayu itu pun telurnya di langit dan jatuh ke bumi,tetap hidup sebagai jentayu.
I believe. I strongly do.
;)
puitis sungguh
saya terkesima
*senyum meleret-leret tanda puas membaca*
totally awesome!
pure awesomeness!
6 setia? kelas saya jugak dlu. :)
Saya kagum dengan akak! :) U got the talent and u boleh pergi jauh lagi!
"siapa mahu percaya kalau aku pernah lihatkan adanya cinta agung seperti itu?
siapa mahu percaya seorang aku?
aku orang gila, apa sahaja aku kata, hanya orang gila juga yang akan percaya."
maka biar saya jadi orang gila,
yang turut percaya akan kakak,
percaya akan cinta agung yang diceritakan,
yang belum dilihat dengan mata kasar.
:)
ya, ramai dari kita pengecut untuk menjadi diri sendiri...
sikap gurumu itu...buat aku senyum panjang.
mungkin dia patut baca was if aufklarung!
kakak sangat gila. kerana itu saya sangat sayangkan. =)
Ikhlas saya rasa puisi Kak Fynn yang spontan itulah yang paling menyentuh dan menangkap emosi saya. Kata-kata spontan itu jelas paling jujur dari hati kerana tiada 'second thought' sewaktu perkataan demi perkataan mengalir dari bibir. :)
ada org ckp awak keling. depan ckp lain belakang ckp lain. saya pom rasa awak keling. saye bebas bersuara.! awak mmg gilo babi. org johor peragai mcm cilaka.
kuat main. pantat busuk. gila saiko batang konek.
p/s: kesian tp xkesian jugak. sbb suami kau pom bangang jugak. dpt pantat longgar.
for sure tak approve! tp mampus ar. bodoh punya johor. ko ingat ko bagus. keci tahik. aku menyampah dengan cerita rekaa kau. macam palat.
yg benar.
hang Jebat!
Oh ya, teringat semasa belajar di kelas 6 Cempaka, ketika menulis karangan "Aku Sekaki Payung", saya turut tersasar dengan imaginasi saya yang macam-macam. Sepatutnya menceritakan tentang payung itu sendiri sebagaimana format karangan biografi.. saya leka menulis imaginasi saya tentang payung yang punya kuasa luar biasa seakan-akan superman untuk membantu orang (mampu terbang untuk menyelamatkan orang dari lemas dengan cara terapung di atas air, mampu menyelamatkan orang yang terperangkap di dalam kebakaran dengan melindungi anggota badannya, mampu menyelamatkan mangsa-mangsa perang dari dibunuh oleh tentera US dengan membawa mereka terbang dengan payung.. ah.. dan macam-macam lagi). Entah apalah yang saya fikirkan ketika itu. Mujur juga guru BM saya sangat baik hati, memuji saya sebagai kerana 'kreatif' namun kemudiannya menasihatkan saya supaya mengikut kebiasaan karangan bentuk biografi yang biasa ditulis orang. haha.
Saya rasa Kak Fynn jenis yang punya pendirian sendiri yang utuh dan keyakinan diri yang tinggi. Sebab itu, Kak Fynn mampu olah pengertian peribahasa mengikut kaca mata Kak Fynn sendiri. Saya rasa kalau diberi satu ungkapan baru, pasti mudah saya untuk Kak Fynn huraikan.. tapi bagi orang lain.. mungkin tergagap2 dibuatnya kerana sudah terbiasa berpegang kepada apa yang sedia diajar atau direkodkan dalam otak. :)
Way to go kak fynn.
You see with your own eyes.
You hear with your own ears.
You feel with your own heart.
Right or wrong,
it's not for others to decide but you.
*smile*
pada mulanya sy sendiri tak faham apa maksud anak naga tersebut.
tapi cara kak fynn terangkan tentang 'tersalahpandangkan ular air itu', sy rasa itu benar.
mungkin saja, bila tiba masanya nanti, kita semua ada kisah untuk di ceritakan.
kan ?
ohh,dan, sy sudah link kakak. mari bersahabat.
:)
sakitlah tengkuk bc. panjang.tp nk bc gak. haih
entri ini mebuktikan skala kematangan kau semkin bertambah
:)
anon bernama hang jebat:
lama tak nampak? aku ingat sudah penat.
aku sekadar mengiyakan kata2 kau. bukankah kau dari dahulu menggelar aku si saiko.
dan soalan anak itu adalah ttg puisi aku.
sudahlah. aku sudah penat layankan jiwa kamu. bukankah kau sudah terlalu bahagia sama gadis2 kool di luar sana. pergilah.
aku sudah lama pergi.
ps: ubahlah cara kau mengeja. "pon". bukan "pom". dan pilihan perkataan kamu masih seperti dulu.
kalau hendak anon, rekalah karektor baru.
nak belajar cara merekacipta? mari belajar sini. aku kan pereka kreatif.
ps lagi: tri kirim salam sayang. dia kata dia bahagia. hehehe.
dia yang rasa, dia yang tahu.
kan?
hai aku berminat nak exchange link ngn blog ko..klau ko pon berminat email aku kat hafisha2@gmail.com
ni blog aku
http://hfzkhazali.blogspot.com/
fynn,
kau tak perlu layan manusia yg gembira dengan kejatuhan org lain.
kau move on. aku akan sapot kau kuat2.
Blajar dgn si gila?kreatif?haha..ko mmg full of yourself..anyway this is my first time komen kt sini..sorry la si gila,tri?siapaan tri?haha..i dun have idea what r u talking about...ape pun si saiko, sang naga dan dermaganya adelah suatu cerita puisi buntu..aku hanya mengkritik dgn secara tidak sedar..apepun..bagi aku..ko hanya jiwa kosong..beginilah bila emosi mengalahkan logika..cinta agung?kalau cinta agung itu berteraskan ilmiah islam boleh aku terima..tapi sekadar cinta tidur di sini di sana..cinta nafsu semata mata aku rasa..agung?her her her..anon itu siapa?siapa yang terasa?her her her..aduh,aku terasa seperti nak berak..tait kepit sudah lama..anyway..kau hanya manusial di kalangan manusia yg ada..haha..wassalam
for sure xapprove! tp aku reply gak komen ko. si saiko. :)
hang Jebat!
sape plak hang jebat ni? apsal pikir macam orang dunia ke-3? nak mengutuk pun xde idea
cikgu ramlah mokhtar? berkaca mata kan?
saya macam rasa kakak sekolah di sekolah yg sama dengan saya dulu. kot? cuma tahun je lain2. heh. saya 6tekun dulu. heeee.
percayalah kak, sampai sekarang pun cikgu2 sekolah tu cuma pandang tinggi budak2 kelas 6cergas je.
indahkan punya dunia sendiri,dan yakin dengan dunia tu.
*im falling apart.
sis fynn...
sangat teruja dengan entri kali ini...
masih untuk hang jebat.
apa saja kamu kata;
ok.
*senyum lebar*
tgk. aku mmg dari dulu approve la.
kau memang betul.
semua kau cakap betul.
betul. betul. betul.
semua betul.
(harap kamu lebih tenang bila menang)
:)
untuk hang hebat.
loser betol ko.
ko benci kak fynn.
tapi
blog dia mau masih lawat.
entri dia masih kau baca.
kisah dia masih kau ambil tahu.
sebenarnya kau peminat dia in denial.
her her her (cube gelak mcm ko)
si gila jebat...
ada hal yang xsettle lagi ke..?
ini bukan zaman purba..
suka mengutuk orang....
jgn hiprokrit..
dan jangan suka memecah belahkan orang...
ini bukan dunia kau..
nyah dari sini..
capullet360
aku nak jadi anon gak r
hang jebat ni nape? macam org gila yang sakit je. nyumpah sana sini. kau ni kesian r weh. mengucap bebanyak.
siti A
kak fynn
boleh promote website ini? sbb ramai yg berkunjung ke blog kak fynn ini.
http://www.mohdrafie.co.uk/blog/2009/01/03/10p/
kak fynn perlu tgk apa content web ini dulu. kalau setuju, boleh la promosikan.
maaf, kalau kak fynn rasa dipergunakan. tapi, terlalu limit utk kita tlg mereka di tanah palestin sana, yg ada ini, boleh la kan?
mahu tulis email, tapi tiada jumpa emailnya. jadi terpaksa menumpang di ruangan komen.
x perlu approve komen ni. walaupun saya anonymous.
kalau dipromosi, tanda kak fynn setuju.
kalau tidak, tak mengapa.
niat masing². =).
salam.
dan komentar aku ini juga buat hang jebat:
kasihannn..dan kenapa aku kasihan?kerna kebodohan melampau kau sgt teserlah..beberapa perkataan kau di komen pertama amat jelas siapa kau..'gilo babi','pom','keci tahi'..ahhaha..such a lame words..haih..maseh ditakuk kebodohan lama kau ini..sudah sudah la..aku ingt cerita2 dulu sudah basi dan kau juga dabik2 kata sudah pergi..pathetic kau ni..bangga kata berani bersuara tp bacul juga selindung disebalik nama dan juga mengguna org lain sebagai komentar kedua..ahahaha..mungkin kau patut blajar lbh prihatin utk menyamar aku rasa..ahaha..yg terakhir,aku spt mau tanya apa manusia serupa kau tau ttg cinta agung berteras ilmiah islam?curios..hurmm..
*seperti byk lagi benda yg mau aku argue..tp aku tak mau menyama ratakan tahap kebodohan aku sama kau..kerna aku aku tau duduk benar semua cerita dan juga siapa kau sebenarnya..komen ini cuma sekadar membela tuan empunya blog yg serupa kakak aku dan juga aku menegak utk kaum perempuan kerna aku ini feminis..sekian~
makin dilayan makin dia riak , makin nampak kebodohan terjelas wahai hang jebat *jijik mahu sebut sebenarnya, nama macam pahlawan tp mulut ibarat puaka setan*
mahu tegur si tuan blogger buatlah secara ilmiah, dia hormat kita, kita hormat dia.. owh lupa, tidak smua orang berilmiah mahu berfikir panjang..
kesian ... tak ini sungguh2,kesian melihat sikap 'kemelayuan' ..
saya belum pernah jumpa kak fyn bertentang mata..cuma terpesona selalu dengan puisi dan lirih suara kak fyn. saya juga cuma mampu sengih2 melihat kak fyn di hoopers sambil jeles melihat aktor lain di keliling kak fyn yg juga sangat cool..TAPI kak fyn,melalui semua itu saja sudah cukup buat mulut saya lancar untuk berkata yg saya sayang kak fyn..pedulikan org lain!!
semalam ada 2 entri baru di sini. ke mana ia pergi ya? hehe
salam fynn...mungkin adik pada saya atau kakak atas saya? salam perkenalan...
lama dh kesini tapi ni je baru nak sibuk2 komen. teruskan apa yang tulus dari awak ye? mulut orang bukan mulut tempayan...bila dia lelah taulah dia mengalah...
encek jebat? kedatangan awak orang tak alu2kan pun dan kalau sudi nak bermastautin sekalipun takde yang marah mungkin. tapi biarlah bersopan bila bertandang tu ye? hang jebat memang dimurkai sultan tapi janganlah gunakan nama tu untuk kepentingan diri sendiri...bersembunyi sebalik orang...apa guna?
p/s: sori fynn...terlampau bicara pulak kali pertama ni...sy suka baca apa yang ditulis...
Post a Comment