Wednesday, December 31, 2008

ajaran 2008.

achik sedang dalam perjalanan ke pintu rumahtangga.
hubungan dia dan bakal suaminya, masih jagung hijau.

dia juga, sedikit ada terpengaruhnya dari hidup aku, hendak mengikat kasih yang diberkah tuhan; prioriti dari normaliti manusia bercinta sepanjang musim tanpa ada janji apa2.

aku cuma senyum.
alhamdulillah.

teringat awal dahulu, ketika aku suarakan niat mahu bernikah sama tri. dia sebenarnya yang paling tidak setuju. dia terlalu sayang sama amy, seorang lelaki yang teramat mulia di mata aku, namun telah aku abaikan demi mengejar hidup jula-juli bersama sesuatu yang kononnya gah dan hebat.

*diam*

amy.

menginjak dewasa, aku kenali amy sebagai seseorang yang paling tepat untuk aku jadikan suami. lembut. molek. tinggi. setiap karektor abah, memang dia punya. kebaikan jiwanya, bukan hanya tuhan yang tahu, malah terlihatkan di mata kasar manusia kelilingnya.

dia menepati ideologi suami sempurna.
namun sempurna tidak sentiasa cukup untuk sesuatu yang bernama takdir.

rancanglah untuk membikin istana,
bancuhkan dengan setiap harta yang ada.
kalau sudah ditulis di awan memang bukan dicipta untuk didiami,
akan pasti datang sesuatu untuk meruntuhkannya.

mungkin sebesar2 ribut.
mungkin sekecil anai2.

jodoh memang jauh antara aku dan amy. lebih mudah proses penjauhan itu, dengan adanya partisipasi aku di setiap lalunya kelalaian. aku riuhkan waktu sama teman2, di masa dia menghingarkan masanya dengan hidup baru kerjaya dia.

selesa datang, selepas lama hanyut sendiri.
sangat tenang, selepas aku cantingkan bosan dikepung sepi.

dan malapetaka aku jemput dengan terlafaznya ingin aku untuk hidup didasar "engkau dan engkau. aku dan aku. tapi kita masih kita."

lalu episod siatan sesuatu yang murni, yang sebenarnya punya suatu masa hadapan yang mungkin mampu menggoncang maya merentet dari calar yang pada mulanya hanya sekelumit.

*diam*

tidak ada alasan untuk setiap itu.
ya. aku akui kebodohan itu.

melepaskan dia yang sudah cukup molek untuk sesuatu yang terlalu samar dan mengelirukan.

dia begitu molek, sehingga bila diketahui teman tentang terputusnya kami, terus dicari untuk diambil disimpan sendiri. begitu sekali.

tapi aku itu fynnjamal yang masih dungu dulu. yang masih belum panjang akalnya. yang masih bertindak mengikut rasa dan bukan akalnya. dan sesuatu yang samar dan mengelirukan itu misteri.

dan misteri itu seksi!

*diam*

aduhai, sang buta rupanya aku ini.
betapa buta, sehingga yang aku kejarkan dan namakan matahari rupanya bukan langsung, malah sekadar emas yang menyilaukan dan menenggelamkan indah gelap paya.

*diam*

tapi itulah. hidup ini sudah diatursiapkan.
dia mungkin si sempurna.
cuma sudah dilorek di langit bukan untuk aku.

dan kesilapan aku itu bersama bahananya adalah satu transisi; suatu proses untuk aku dipertemu sama suami tercinta.

ini bukan entri untuk memuja memori. jauh sekali untuk menanyakan takdir akan baik-buruknya simpang jalan yang telah aku pilih ini. ini suatu perbualan dengan hati. dan sedikit2, untuk meminta maaf pada satu2nya manusia yang pernah hidup jujur untuk memberi kasihnya pada aku.

kerana aku tidak tahu apa ada mungkin tuhan selisihkan jalan kami,
agar dapat aku mintakan ampun darinya.

beberapa malam kelmarin, sebelum tidur, aku tanyakan sama tri.

"saya tahu ini suatu dosa, tapi saya tidak mahu berbohong, meski pun di dalam hati"
"tentang apa?"
"lewat ini saya terfikir, apa yang saya bikin pada amy itu tidak wajar. dan tiba2 tercetus ungkapan 'kalau' dalam fikiran itu"
"awak hendak saya cakap apa?"
"sesuatu. supaya syaitan lari dan patahkan niatnya utk melanjutkan hasutnya"
"itu semua suatu yang tuhan jadikan utk awak lalu, secara paksa atau rela. dan sekarang, kita di sini. di tahap ini. saya sayang awak. dan awak isteri saya"

*diam*

tuhan, engkau itu sungguh yang maha mencintai. temukan amy tenang di hatinya. jumpakan dia rasa sentosa, dan berikan dia cinta yang selamanya, semoga didapatkan dia anak2 soleh, hendaknya.

mana tahu, suatu hari nanti,
dapat kami berbesan pula.

*senyum pelik*
haha.

tentang achik, yang dahulunya pantang sama cinta tidak logik aku dan tri (1: tidak bercinta lama dan 2: tempohnya tidak cukup untuk bermesra sama keluarga), kini sedang merancang pernikahannya sama seorang jejaka yang juga baru dikenalinya.

:)
alhamdulillah.

dia turutkan ritual aku dan tri.
berkenal secara matang.
berbuat bukan lagi semata2 untuk keluar bersaja2.
berserah pada kun fa yakun.
mungkin sudah rezeki dia.

banyak kali juga aku seloroh, "dulu beriya berperang dengan kita". dia cuma balas dengan cebik tidak peduli "eleh. bior lah!".

seperti aku, dia juga bercinta lama2.
sampai bertunang.
sampai putus.
nyaris jadi tidak betul juga.
merayu2 segala.
dibiar terdampar macam perempuan tidak malu.

dan kelakar. bila dia sudah lupa sama semua itu, sudah mula hendak atur hidup baru, bekas tunangnya pula berkehendak padanya.

aku tidak mahu campur.
tapi aku harap sekali tuhan dapat pimpin dia agar tidak leka.

*diam*

cinta itu pelik, kan.
dan peluang2 untuk merasai cinta itu jauh lebih unik.

aku yakin setiap kita ada kisahnya sendiri.
cuma bagaimana kita lihatkan, dan bagaimana kita lalukan itu yang membedakannya.

percayalah. aku dan tri manusia biasa. langsung tidak sempurna. ada hari pasang surutnya. tapi apa yang sudah tuhan tuliskan di dada, telah kami tekadkan untuk tidak sekali2 lepaskan. seperti hubungan2 kami yang dahulu2.

tidak mungkin semua lelaki yang tinggalkan kita itu jahat.
tidak mungkin semua lelaki yang permainkan kita itu bangsat.
tidak mungkin semua perempuan yang menjalangkan kamu itu kejam.
tidak mungkin semua perempuan yang menghina kamu itu binatang.

pasti ada juga silap kita. pasti ada, kalau pun bukan semua.

2009 datang.
begitu juga sepatutnya diri aku yang baru.

sampai bila mahu terawang2, kan?

21 comments:

the loco's said...

sis...
cinta itu buta kan..?
tapi manusia mudah jatuh dengan nya...
mungkin takdir...
kuasa tuhan.
siapa pun xdapat nak halang.

tapi ada yang sayang lagi...
kan sis..?

C.E.@ said...

aku baru lepas mengesat air mata kerna mintak maaf aku tak terjawap.Puas aku kicau sana sini mohom maaf namun kosong.Tidur aku payah kenangkan itu.

Aku mengah dan mau move on...Biarlah aku yang bernanah dari dia tercalar.

Beratkan untuk lepaskan genggam pada yang kita sayang kan?

cujern said...

tidak mungkin semua lelaki yang tinggalkan kita itu jahat.
tidak mungkin semua lelaki yang permainkan kita itu bangsat.
tidak mungkin semua perempuan yang menjalangkan kamu itu kejam.
tidak mungkin semua perempuan yang menghina kamu itu binatang.

suka kata-kata ni
sangat mendalam maksudnya....
TQ sis

Anonymous said...

ayat ko yg akhir tu sgt aku setujui fynn.
smpai bila mau terawang.
orang lain sudah ke depan, bahgia dgn idupnya.
kenapa kite masih mau menunggu dan membodohkan diri sndiri.

ya, aku la yg bodoh itu.
tima kasih fynn.

stardust said...

*bergenang air mata*
sekali lagi

Amin Ahmad said...

fynn,

aku mahu jadi jentayu - patah sayap terbang jua..

dan kini aku terbang perlahan-lahan mencari hidup baru..

kau jangan lupa doa untuk aku ya sahabat?

aku mungkin seorang amy dalam realiti berbeza, haha :) peace! (gelak tu utk ganti seka air mata di kelopak mata)

zetity noraini said...

sis..

sudah jelas tuhan ingin buktikan Dia pencipta jOdoh..

~heeeeeeeeeeee...

Lily Cartina said...

kak fynn,
do u mind i quote some of your sentences in my blog?
i will include your name as a credit to it.

Farah W. said...

benar sekali apa yang kau omongkan di sini kakak.

tentang utk melepaskan semua rasa dendam dan benci di hati.
utk menyucikan hati dan perasaan ini sebersihnya dr rasa marah yang tak sudah.
itu adalah resolusi yg terbaik utk tahun dua kosong kosong sembilan ini:)

pjoe said...

aku suka bila kau tekankan ayat
"tidak semua"

Anonymous said...

aduhai, sang buta rupanya aku ini.
betapa buta, sehingga yang aku kejarkan dan namakan matahari rupanya bukan langsung, malah sekadar emas yang menyilaukan dan menenggelamkan indah gelap paya.

Cherylz Nur Izatty said...

sebak hati ni & sayu sekali... sgt puitis...nice..

. said...

nice words.
sy bru g dlm cintan cintun neh..
sgoh..sy x phm cinta.
tp, sgt sdeh rsa hati ini bila 1 of my close fren b'tung.
rsa apakah ini?
neway, ur words calm me.
tengs.

Amak said...

namun sempurna tidak sentiasa cukup untuk sesuatu yang bernama takdir.

sob sob sob*

dulu pernah jumpa lelaki yang terlalu sempurna buat aku. Tapi tak mampu nak sayang dia dengan ikhlas.

Menyayang sebab kasihan. Nak lepaskan pun kasihan.

Sampai sekarang fandi haramkan nama dia di sebut depan depan. Hahaha. cemburu betul.

Katanya, dia itu rival.

Aku kata, jangan risau, bila kau bercinta dengan aku, kau takkan pernah ada rival.

=)

Fareenz said...
This comment has been removed by the author.
Firewabbit said...

hye fynn. selamat tahun maal hijrah. semoga you and yr husband will lead a better life, semoga Tuhan will bless yboth of you with joy, happiness and prosperity.

amin.

bulan. said...

iya kak.
sempurna imannya,molek wajahnya mcm mana sekalipun,jika tidak ditulis Tuhan dgn muktamad,tidak akan berdua juga.
hmm fynn jamal...
syukur kpd Tuhan kamu dikurniakan anugerah menulis seperti dewi.
utk org seperti kita-kita.

bulanbintang said...

fynn.. benarlah kata pepatah.. pengalaman mengajar kita untuk menjadi matang.. pengalaman mengajar engkau menjadi fynn yg aku kenal sekarang.. dan tulisan fynnjamal byk mmbuka mata aku ttg kehidupan yg mungkin aku tidak merasa pengalaman sepahit atau semanis fynn jamal..tp melalui tulisan itu aku dapat mcm dpt merasakan pengalaman itu.. keep ur good writing sis..

tidak mungkin semua lelaki yang tinggalkan kita itu jahat.
tidak mungkin semua lelaki yang permainkan kita itu bangsat..

terima kasih untuk ayat ini.. aku harap selepas ini ramai yg akan sedar bahawa tiada sesiapa yg harus dipersalahkan bila PUTUSnya sesuatu hubungan itu..

wuhahaha.. chiyok fynn~~

Anonymous said...

kak fynn..
really like this entry
buat teringat balik kat my ex je

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

betul 2 kak fynn..ade slh n slp kita..

tp entri kali ini mmg menyentuh kalbu memori lame.. :)

Wani said...

Ya Allah, kak fynn! situasi kak fynn n amy sama dgn situasi sy n seorg jejaka ni.. dia baik.. kwn2 sume kenal dia baik.. kakak n abangnya terlalu kasihkan dia tapi entah la, kak fynn.. hati ini tidak mampu beri pada dia.. sy tidak mampu hidup dengan dia.. walaupun dia sebaik jadian.. tp sy x nak beri harapan palsu cuma sy kasihan sama dia yg mengharap kasih sy.. tp sy x declare dgn dia sbb x nak beri harapan..