siapa yang membesar sekali sama usia aku (dan sebelumnya), pasti pernah merasakan hebatnya naik ke pentas, dengan tudung senget benget, penuh patriotik, disulami percikan cahaya dari kamera (yang paling automatik pun adalah gulungan filem) ayah bundanya, pada perayaan maal hijrah, maulud nabi dan sebagainya.
dan aku sangat yakin, setiapnya pernah terdengarkan lagu gagah di bawah ini.
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
klik sini untuk dengarkan, kalau tidak pernah menazamkan nasyid maal hijrah ini.
futnot:
aku tidak minat embed banyak sgt perkara dalam entri. rimas.
maaf.
tapi sayanglah. bagi aku koir selalu tidak berapa feel. (kecuali choral speaking, sebab aku conductor. haha)
link di bawah ini untuk sesiapa yang rasa nak layan zaman kecil2 bernasyid.
kenang sekali mee goreng dalam polistrin dengan sirap dalam plastik. oh jangan lupa, karipap seketul.
klik la sini pulak.
harap2 dia tidak membesar menjadi ratu akademi fantasia. haha
dah tonton?
comel, bukan?
alahai...
aku dari dahulu mmg suka nasyid. alunan ritmanya lebih indah dan mendayu, lebih perasaan. mungkin kerana itu, aku tidak pernah malu untuk angkat tangan hendak menjadi solo nasyid.
suara aku tidak pernah sedap, aku tahu. tapi aku memang tidak malu.
haha.
dan rezeki aku agaknya, jauh juga perginya aku dalam bidang nasyid. bertanding peringkat kebangsaan. pernah juga wakil malaysia untuk jadi duta kecil ke singapura, bernazam tentang indahnya agama.
haih. jauh benar simpang aku yang dulu dari sekarang.
anak2 sekarang rugi. tidak sempat rasa nikmat hidup tidak ada internet, bowling, PSP dan astro. tidak tahu main baling selipar, main konda-kondi, main layang2 kanji, main kejar2, main sendaloka bersama singer.
huih. era itu, kreativiti tahap langit. sebab takkan mahu hadap benda sama hari2.
merekacipta permainan unik itu wajib untuk menghadang kebosanan yang menular.
maka sesi melipat baju mesti habis tepat sebelum jam 5. bermakna, selesai sekolah agama di jam 4, wajib cepat2 pulang dan salin baju sekolah. kalau kotor, kena sepantasnya masukkan dalam mesin basuh. nanti kena rotan.
haha.
*diam*
semua ni buat aku terkenang arwah bunda.
nah.
siapa yang pernah hilang ayahbunda, mari pegang tangan saya. kita sama2 kuat, dengarkan puisi doa ini. siapa yang masih punya mereka, jaga sementara ada. kita tak akan tahu sampai bila sempat kita rasa kulit kering mereka.
kan...?
tuhan, jagakan mereka.
temukan kami di akhirat sana.
mom, see u in our rendezvous.
by the milky lake, dressed in white and pink,
like u said.
tunggu angah, mak.
28 comments:
fynn, terima kasih!
bila aku tengok ran-tai, aku teringat zaman aku aktif gigging sekejap dulu. akhirnya Tuhan pilih aku untuk buat kerja dakwah.
tapi adik aku rajin pergi ran-tai, nanti bila2 aku cuba nak ikut :p lagipun gitar akustik yang aku pesan akan tiba bila-bila masa. hehe, saja nak petik2 :p
salam maal hijrah!
happy awal muharam fynn!
selamat tahun baru.
dlu saya pon ada masuk nasyid. agaga.
kak fynn,
tiap kali kakak bicara soal ayah bunda,mesti saya sayu.
merasa kering tangan mereka.
mahu sgt kak.
kak fynn buat saya tambah rindu pada abah.
hari ni ulangtahun mak saya.
;)
salam muharam kak fynn
Sedih part ibu tu. Btw, betul betul, waktu sekolah agama waktu sekolah rendah dulu je pernah rasa Nasyid, naik sekolah menengah tak rasa dah, ciss
hahaha kak fynn..sumpah terkejut baca entry kak fyn kali ni,sebijik sama dengan entry saya yang dimulai dengan lirik lagu maal hijrah yg masih dihafal tu. hihi dan saya juga join nasyid tapi sampai audition jelah..=P feel free to drop my blog ya..
btw kak fynn,bebudak skang mmg rugi sebab tak merasa main tuju kasut,main toi,layang2,aci ligan,aci sembunyi,zirofoin,jengket jengket,ohhhh...sangat aktif dunia kanak-kanak sayaaa!! =P dan yeaa,mengaji tajwid fardhu ain salah satunya.ramai2 menyanyi asmaulhusna sebelum kelas,ihh...rindu zaman telus" itu!!
slmt tahun baru kak fynn!!! :)
kakak, lagu gagah itulah yang saya nyanyi ulang ulang mase dajah sampai form 5. tak akan pernah lupe.
walau mase itu tak betol betol tau ape bendenye maal hijrah ni.
kakak sedarkan saya sedikit lagi. tentang ayahbunda. saya dah lama tak tegor ayah. sangat berdosa. mahu lari dari jadi anak. supaya tak dilabel derhaka. itu tuhan telah tag saya sebagai itu. maka tak pernah cukup tanah mahu tidakkan.
doakan saya berbaik dgn ayah, ya kakak.
selamat maal hijarah.
yer.aku masih ingat.waktu tuh.masuk pertandingan nasyid.dipakaikan tudung yang lip lap lip lap.mulot plak disapu gincu.huihhh.terjuih air liur.nak minum pon susah.yer la takot nati habes plak gincu kat bibir tuh.
paling ingat : aku bersekolah kat kampong.jadi kalu g pertandingan nasyid,kami kena pakai seragam.tapi sekolah kurang peruntukkan.jadi pakai je la baju pengawas yang kaler koko tuh.jadi kena saling meminjam la.heeeeee.tengok grup laen,mak haiii kemaen lawa lagi diorang.memang tergugat la jugak.masih ingat lagi ketua nasyid kami,namenye Rabiatul Adawiyah.kalu mengaji pon memang lunak la suare dia.heeee.
rindu bangat zaman begitu.
best kan fynn??? ngeeee.
;)
selamat tahun baru a.k.a salam maal hijrah
;)
sekeras-keras aku,
menangis juga bila lihat video itu.
aku seakan baya usia mu fynn. tetapi lelaki dayus dan pengecut itu kata aku tidak boleh dicanangkan atau didefinisikan yatim piatu lagi. yatim piatu itu hanya untuk anak2. betulkah itu? kerna aku katakan padanya tidak baik menyakiti anak yatim piatu dan hutangku kau mesti bayar kerna itu duitku sianak yatimpiatu...
*maaf setiap kali ke page mu aku sentiasa otomatik trus ingin berbahasa sepertimu. aku pasti preposition (betul ke aku ckp ni) tidak betul tp aku harap engkau menunjuk ajarku.
kak fynn, apa azam baru sempena masuk tahun yang baru ni ?
semoga cepat menjadi bunda
;))
"huih. era itu, kreativiti tahap langit"
Kesian sih budak sekarang.
Bgn pagi gosok gigi, buka tv.
Hehe
salam tahun baru muharam buat kak fynn
moga tahun baru ni lebih sukses
haha menarik gila zaman kita dulu2 kan?
jangan lupa lipstik merah pekat cikgu tolong sapukan
mmg meriah.tudung merah baju hijau
indah betul membesar dizaman 80-an dan 90-an
nasyid, comot, hingus, aiskrem roti, roti benggali, ais kepal berlengas, zaman purba, teng teng,main zeropoint. zaman pintarrrrr..pintasss... haha
memang rindu gila
salam maal hijrah kak fynn :)
moga dirahmatu hendaknya
benar.
kanak-kanak zaman sekarang tidak tahu mainnya permainan tradisional. teringat zaman main teng-teng selepas habisnya waktu sekolah agama. main batu seremban yang selalu dirampas cikgu. konda kondi, galah panjang, gasing, aih banyak lagi. teringat pula zaman main basikal ataupun roller blade setiap petang bersama jiran-jiran. tapi kini semuanya berubah. kanak-kanak begitu moden. teknologi itu membunuh.
takpalah kak fynn, kiranya kita ni masih sempat untuk berseronok dan bermain itu semua.
saya tak pernah main psp pun. haha
salam maal hijrah ya? :)
fynn, tidak ada istilah guru.
kau dan aku kawan..
dan kawan akan cuba beri yg terbaik utk manfaat diri dan bersama.
yg tidak setuju itu kita rayakan sebagai kecantikan hidup ok?
Aku pernah bernazam atas pentas dan semua ahli lupa lirik sbb aircond dewan mati.Penonton pula yg menyanyi.
Terkebil kebil tahan muka biru..
Sgt malu dan lucu amat.
Selamat Tahun Batu,kakak..
akak,
salam maal hijrah dan selamat tahun baru..
semoga kite semua dapat 'berhijrah' kepada yang lebih baik..
akak,saya pun tau main baling selipar tau..
hehehe.
"...Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan.."
Salam ma'al hijrah.
best juga posting awk ni.
happy ma'al hijrah
.kakak..
.nak nasyid jugak..
.kamu ini bikin aku ketawa...
.kamu bisa nasyid juga ya selain
berpuisi bersama teman...
.kamu bagus bangat sih...
.kepakaran dalam segalanya.
go kak fynn..
*pegang tangan miss fynn malu-malu.
=)
Amin..
sejak mac 2008,
aku jadik sgt takut.
takut kehilangan mama terchenta.
dan tanpa sedar, takut juga kehilangan papa tersayang.
bila jadi begini, baru aku tau menghargai apa yg org kata "kualiti masa bersama keluarga"
skrg, mendoakan kedua2nya kembali ke tanahair dgn sihat, gembira dan ceria seperti dulu kala.
thnks sbb tlg cantumkan memori2 zaman ini...mmg sebak. tpi seronok bila terkenang, skolah agama n sampin n kain hijau, bihun n bayam tawar dan air paip perisa sirap. ~best
'sendaloka bersama singer' paling legend kak..hehehe
'sendaloka bersama singer' paling legend kak..hehehe
Post a Comment