Thursday, December 11, 2008

bukit lumpur

highland towers adalah 15 tahun dulu.
11 disember 93.
aku tak mungkin lupa tarikhnya, kerana detik itu, arwah bunda nazak di hospital besar kuala lumpur.
11.12.1993

dan 12.11.1994 adalah hari pertama tubuh aku mengkhabarkan aku sudah menjadi wanita.
tanpa seorang bunda.
di asrama.

tuala wanita pertama yang aku pakaikan,
terbalik.
pelekat di bahagian atas,
atas logik mantik "lekit = serap"

haha.
sedih, sebenarnya, bila membesar tanpa seorang bunda.

15 tahun itu teramat panjang.
seorang bayi, dalam tempoh itu, sudah mula mengenal cinta monyet.
seorang yang baru menjanda, selepas tempoh itu, sudah mampu mengimbang niaga sendiri dengan sosial anaknya.
seorang yang baru mula mengaji, selama tempoh itu, mungkin sudah mampu menyebat anak muridnya yang bermain2 ketika membaca muqaddam.

lama.
sangat lama.
pelbagai yang didapatkan.

*diam*

maka kenapa masih ada yang bodoh, bangang dan tongong, tidak mahu belajar dari setiap macam jadinya di sekitar itu?

ya. saman aku kerana memanggil kau bodoh, bangang dan tongong.
alang2, selitkan sekali perkataan 'bongkak' dalam aduan engkau itu.

aku benar2 tidak faham.

sebelum lebih jauh aku tengkingkan amarah, biar aku spesifikasikan rasa kecewa ini khusus kepada sekalian mereka yang masih tidak sedar yang mereka itu sama darjatnya dengan ahli malaysia yang lain.

*ok. akaun berjuta mereka mengangkat mereka lima puluh tangga lebih atas*

tapi engkau dan aku sama di mata tuhan, lah.

aku sejujurnya kasihan dan tidak pernah sekali pun mengabaikan berita di peti tv dan suratkhabar tentang mangsa2 tanah runtuh. bermula dengan ketap bibir tatkala aku baca kisah seorang bunda yang terpaksa berlari 3 kilometer untuk mendapatkan jiran pertama, sehingga sekarang.

sayu dan gamam.
kalaulah jadi pada aku dan ahli keluarga.
tak tertanggung, aku rasa.

dan di situlah hebatnya tuhan kita. beribu tahun dahulu, sudah dikhabarkan pada kita, jangan berumah di lereng bukit, jauh dari orang, di hujung2 pantai. sungguh, dia maha mengetahui.

tapi kita degil.

kita yakin dengan akal kita. kita terlalu pasti dengan phd dan masters kita dalam kejuruteraan, yang muncul dengan pelbagai spesifikasi; pengkhususan tanahlah, cerunlah, macam2. kita sangkal kata tuhan, yang gunung-ganang itu pasak bumi. sengaja, kita tarah2kan dan ganti dengan batu2 berongga bertiang dipanggil banglo elit.

kita ni siapa, kawan2...

aku tidak langsung kekehkan mereka yang diuji tuhan dengan bala sebegitu keras. kalaulah aku mampu, hendak juga aku bantu.

tapi aku betul2 terpana dengan segelintir mereka yang masih lagi angkuh, hendak dipertuankan dan dijunjung2, meski dalam situasi dan keadaan sebegitu.

"i nak saman u. u panggil i bodoh, ye"
"saya tgh angkat barang, sorang pun tidak mahu tolong"
"kami mau duit kami. siapa nak tanggungjawab? u have to pay"
"datang sini macam pesta. asyik makan saja. RELA ka, polis ka, semua gaji buta"

wah.
itu 'terima kasih' paling jujur, sebenarnya.
terima kasih atas pengorbanan skuad pencari yang tidak dapat berhari raya.
terima kasih atas tidak dapat tidur malam berusaha.
terima kasih atas makan percuma yang langsung tidak setimpal dengan masakan amah mereka.

akai tadak ka?
belajarlah bersyukur sedikit!

tidak mungkin semua orang mampu memberi servis tip-top. dengan keperitan dan kepenatan, mana mungkin engkau dapat layanan 6 bintang persis di hotel luar negara yang engkau lawat setiap bulan.

hahhh!!
aku sangat marah.

kamu pandang orang, harap ditanya "boleh saya tolong?", sampai bila2 pun kamu tidak akan dapat bantuan apa2. lihat saja di lrt. berapa kali aku lihatkan ibu2 mengandung terpaksa berdiri dari ampang park sehingga taman bahagia. ada orang peduli?

kerana terlalu geram, aku tanya pada seorang budak di tepi,
"dik, akak tu bawak baby dalam perut. tidak mahu beri dia duduk,kah?"
"oh. dia tidak minta pun"

itukan budaya malaysia.
minta tolong.
ask for help.
bukan offer help.

yang menghulur bantu cuma NGO, okay? they ada subsidi. we bayar tax, okay. we sudah jalan tugas jariah.

fak.
kalau hendak bising orang tidak tolong, tengking depan2. biar sang pemalas itu terasa. biar semua orang pandang dia, dan keji dia melalui jelingan tajam. "ish. biasala tu. buncit makan suap saja".

atau mungkin...

MUNGKIN saja.

mungkin dia sebenarnya baru saja habis shift, hendak berehat dari semalamnya. baru hendak sms isteri minta maaf kerana tidak dapat pulang demi kemanusiaan. kerana terlalu banyak nyawa yang hendak dipautkan.

mungkin.

haih...
*diam*

hendak saman?
untuk dapat ganti?
sama timpal, kah?

kelakar, lah.
daripada kasihan, terus jadi sebal.
apa yang kamu hendak?

teringat ketika seluruh johor ditenggelami air. ramai yang gila temporari dan ada juga yang sudah bertukar menjadi pendiam. kalau hendak disalahkan sesiapa, boleh sangat. lihat saja perparitan, sungai yang tidak cukup dalam, penggondolan estet, macam2.

tapi rata2, redha.
itu ketentuan tuhan.

dan sedikit2, dengan wang yang secalit dari kerajaan, mereka ucap "jadilah..."
kun fa yakun.
hidup atas apa yang tinggal.

maka apa bezanya situasi itu dengan sekarang?

cuma satu:
kali ini, bencana alam terjadi di berek2 elit.
di zon orang kaya (bukan sekadar kaya, tapi terlalu kaya).
di kawasan professional.
di lingkungan orang bijak pandai metropolitan.

dan mereka ini, sangat hebat dalam perundangan.
erti kata lain, zikir paling sering adalah
"see you in court"

astaghfirullah.

maaflah kalau ada yang terasa aku ini terlalu kasar bunyinya. seolah aku ini tidak punya empati dan simpati yang tinggi. doa yang lebih afdhal adalah doa yang tidak diketahui sang penerimanya.

aku tidak minat menghulur wang dalam bentuk dummy cheque di atas pentas.
aku tidak punya pun wang sebanyak itu.

aku juga, seperti rata2 kita, mengharapkan setiap yang terlibat itu selamat. tidak sanggup rasanya mendengar dan membaca cerita hidup yang kurang seorang dua dalam ahlinya.

cuma belajarlah.
panjangkan renung sebelum apa2.

1) hiduplah bermasyarakat.

kalau pun kamu rasa jiran kamu nanar dan merimaskan, usahlah ke tahap hendak hidup sendiri. kamu ada masa panjang bersendirian nanti. di antara mati dan kebangkitan. sementara itu, layankanlah sahaja manusia2 plastik sebelah rumah kamu. manalah tahu, satu hari nanti, bila kamu dalam susah, ada juga orang untuk diminta bantu tanpa segan.

tidak perlu duduk bersama mengeji kak latipah, cukup senyum dari jauh dan angguk kepala.

2) ini kuala lumpur.

TANAH LUMPUR. bukan california. tanah kita tidak kukuh. bukit kita bukan batu semata2. kalau sudah terlampau banyak wangnya, beli sahaja seluruh blok taman2 biasa. pecahkan dan bina rumah impian, mengikut suara arkitek dan pereka interior kamu.

sebanyak mana engkau malu berjiran dengan orang2 kebanyakan, sekurang2nya mereka itu penyibuk dan pasti akan mengambil tahu kalau2 engkau perlukan bantuan.

3) jangan asyik hendak memberi saman.

adat orang kaya dan berada, semua perkara yang sumbing itu mesti ada penerima balasnya. situasinya begini: ahmad cabar ali terjun dari tingkat atas rumahnya. soalannya, bolehkah ahmad dipertanggungjawabkan kalau2 ali patah kaki? ahmad mmg sial kerana mencabar. tapi ali itu tidak sekolah, kah?

kalau ada orang tolol menjual produk rosak, jangan salahkan dia. dia cuma berniaga. ada orang acukan pistol memaksa kau beli, kah?

4) media, kita sudah ada melodi. cukup satu.

aku rimas bila berita tv hendak menjadi tabloid. gemar sangat dengan info hasil dari provokasi. dan ubahlah soalan2 engkau. orang sedang bergelut dengan ranap dek kehilangan anjing kesayangannya, kau tanyakan perasaan. orang sedang panas kepenatan, kau lagakan dengan pihak2 lainnya.

benda kecil, kerana engkau, jadi besar.

*diam*
haih...

kalau difikir2kan semula. semua ini terjadi kerana rasuah.
tempat yang tidak mungkin lulus, dapat setuju.
politik wang.

malas hendak mula. nanti berderet.

wang tidak ke mana. cuba lihat video wukuf tempoh hari. semua sama. tidak ada beza. tidak perasan langsung yang ini kaya, yang itu miskin.

maka jangan angkuh.
kita sama.

al-fatihah untuk mereka yang dibeban dugaan.
pembaca sini ada lebih 400 (termasuk yang tidak melanggan puisitepijalan)
kalau ada rezeki lebih, dermakan seringgit. jadilah.

rm 400.
kalau pun sekadar sepalit, walaupun tidak seberapa, dapat juga buat dibeli tisu dan tuala.

jom?

36 comments:

chik star said...

hurm,
mungkin ade hikmahnye.

AnysTawfik said...

betul apa yang kak fynn suarakan.
apa yang mereka peroleh seolah-olah tidak disyukuri.
sepantas kilat askar2 dan yang lain mencari jalan utk mereka keluar & menyelamatkan harta yang berharaga itu.
walhal mereka membahayakan nyawa sendiri.
kalau di kawasan orang yang tidak kaya & tidak terlalu kaya seperti kita. adakah hal yang sama akan dilakukan?
*wallahualam

syukuri saja apa yang diterima saat susah begini.

:)

Anonymous said...

ye. seringgit seorang dan 1 al-fatihah seorang. pasti lagi banyak pahala.:)

illy. said...

kak fynn,
tmbhn pula br ini mereka di bekalkan nasi bungkus.
apa yg dibuatnya? hanya baling keluar.
hina sgtkah nasi bungus itu? di kala darurat ini juga mahu impikan udang galah, makanan sajian hotel.
betapa luluhnya hati waktu berita menunjukkan berita itu. tidakkah dia tahu terdapat berjuta orang di dunia ini kebuluran. tidak cukup untuk sesuap nasi.
ini, mereka masih lagi memilih bulu.
sangat cilaka sama mereka.
mereka fikir mereka punya duit segalanya akan dapat sekelip mata ka?
gila sungguh.

dalam 360 mlm tadi,
pada awal cerita e-mail dari peminat mengatakan tanah runtuh yang mengakibatkan 2 orang budak mati di ulu yam. tidaklah mendapat perhatian kerana mereka orang biasa jika di bandingkan sama bukit antarabangsa.
ini menunjukkan Malaysia ini sebenarnya pilih bulu ya.

mari derma rm 1.
dapat membantu mereka yang memerlukan.
aha. jika si kaya yang kaya mahu lagi bongkak.
jangan di tolong.
jika tiada adab.

Beautiful Disaster said...

btl ape yg kak fynn ckp..kalo bahgian org kaye..ramai pemimpin sggp trn pdg spantas kilat..wpun pemimpin bsr skalipn..cube kalo tjadi di kwsn2 org biase..cume mhantar wakil..sedih..

cmne nk mderma kak??hehe..

Anonymous said...

ni lah manusia yang ada pelajaran tapi masih bodoh.
haiyoo.
dah ada orang datang tolong pun kira baiklah.
ni tak.
saja nak cari publisiti murahan.

pasal perkataan tu saja nak ambil hati bukan kepalang.
ate kalau anaknya dipanggil bodoh oleh maknya,
anak dia saman sajalah maknya.
tak ke begitu.
memang bodoh.
haaa.
kena sekali lagi perkataan bodoh pada perempuan itu.

rilek sudah.

entahlah kak fynn.
buat apa menunjukkan simpati kalau dihargainya simpati kita sebegitu rupa.

...........

C.E.@ said...

PhD itu "perasaan hasad dengki"...

Selagi tak bercacak atas batang hidung sendiri,selagi itulah kita enggan melihat.

Typical betullah.

. said...

heh. puspa tgk perempuan yg marah kena ckp bodoh beli rumah kt situ,kt tv 3. gila annoying.tgh kalut malut cmtu.smpat nk isu kan bnda2 cani.Semoga Tuhan melindungi org2 kaya ini .ya kan kak. *sigh

Anonymous said...

sgt sedey...bkn sedey melihat rumah mereka ranap...tp sedey melhat ketakburan n kejahilan mereka yg ditimpa malapetaka 2...Allah dh turunkn bala yg begitu utk menyedarkn mereka yg mgkn lalai..tp ade mereka sedar? makin besar kepala...makin melampau n lgsg xde rs bsyukur rmai yg dtg mmbantu..mgkn mereka nk Allah terbalikkn kwsn 2 br mereka sedar...MUNGKIN...

wallahualam...

nuridrin said...

setuju amat pendapat tentang beradab ini..
sinis sekali mahu saman menyaman itu,
sudahlah dalam darurat,
aduh..
sungguh sukar mahu terbitkan rasa syukur..

cujern said...

geram tengok pakcik yang membebel2 kat berita pasal takde sape nak tolong bini dia angkat barang...

Anonymous said...

the victims in johore faced the same amount of loss, maybe even more so than the ones in bukit antarabangsa since they come from relatively middle income background. how many people actually rushed to provide them with free food 24/7 and such? not much, but whatever they were presented with, they accepted gracefully. i don't think the same can be said about some of the victims in bukit antarabangsa who thumbed their arrogant noses and insulted those who came too help them. sayang kak fynn, tenaga mereka yang membanting tulang saban waktu dilemparkan bagai tiada nilai tanpa rasa syukur sedikit pun. bukan kita sengaja mengkritik mereka yang sedang merawat luka, tetapi kalau bantuan sudah dihulur tetapi disambut dengan perangai terblebih sial, apa lagi hendak dikata?

reez said...

:)
u're thoghtful
and yes i think sesetengah daripda mangsa ni x sedar diri
patot diturunkan bala yg lebih lagi.



good blog btw.

KhairulAqmal said...

aku ada tengok buletin utama.
mereka dok marah² anggota keselamatan tak bantu.

betul kata kakfynn.

inilah manusia.
dah ditimpa musibah masih lagi tak sedar.
Allah kadang², beri suatu musibah, ada hikmahnya. Allah takkan beri ujian yang umatNya takkan mampu nak hadapi.
Allah sayang kita semua.
Allah wujudkan berbagai-bagai bencana, nak bagi kita sedar, kita dah terlalu kejam dengan planet kita sendiri.
Allah nak kita semua sedar.

tapi kenapa mereka masih tak sedar?
aku yakin ini bukan yang terakhir, pasti ada lagi rumah yang runtuh.
Manusia dah pandai, jangan risau, mereka akan cuba mencari teknologi,melanggar hukum alam. Bila dah ada bencana, baru akan stop(mungkinlah). Entah, ini tanda-tandanya kot. Bersedia sajalah. Mungkin esok lusa,tahun depan, dekad depan, abad depan.

Amak said...

11 december 1944, lahir seorang bayi lelaki yang membesar sebagai perwira gagah yang ku panggil abah.

=)

*rindu lah.

pjoe said...

kadang2 sangat indah bila kau kupas isu semasa

couldn't agree more
kudos

ferienza hezra fara said...

jum derma yok!

aina syaqilah said...

kak fynn,

tuhan nak tunjuk
kekayaan bukan segalanya

the loco's said...

hurm....
entri nie sangat panjang...
banyak yang cakap yang semuanya hanya seketika..
dan ini pengajaran tuhan untuk mereka yang lupa tanggungjawapnya.
dan ada yang kata ini untuk pengajaran bagi golongan kaya yang selalu megah dengan harta dunia.sampai lupa ahkirat nanti.dan bagi golongan yang lupa dengan semua ni.
ntahlah..xpandai sangat nak cakap pasal benda nie.nanti kena muka sendiri.

*wallahmualam*

C.E.@ said...

Tapi bile dah kena mcm tu,syukur jugak kan dapat tahu Allah sayang lagi kat Malaysia niy.Buat kifarah dosa insyaAllah.

idysur tagem said...

inilah akibatnya apabila manusia disuapkan ilmu dunia dengan begitu banyak.
mereka terlupa mereka berasal dari tanah.
dan kini tanah menyiksa mereka dengan izin ALlah.
biarkan si luncai itu terjun dengan labu-labunya.

syda ibrahim said...

tuhan nak tunjuk kat mereka
walau bagaimana kaya kamu
Dia lagi kaya dan besar.
kita pernah lihat ke muka2
yang duduk kat 'bukit antarabangsa' wat charity ke apa ke.
koleksi 6 jam saja sudah rm90,000.
tuhan ambil isterinya.
hikmah banyak dapat dari semua ni.

kesian askar2,RELA2 yang sukarela berkerja menyelamat.
ada yang tulus,mungkin ada yang tidak.
senang mulut 'si kaya' tu bercakap.

lepas ni buat lagi la rumah lereng bukit.
duit di kejar2.
tuhan bagi akal guna!

Anonymous said...

aku ingat aku sorang je menyampah

kalau orang dah datang nak tolong....pastu tu kata dia bayar cukai....nak di layan macam raja....nak bagi priority kat dia

pbt memang lemak....nak lulus plan rumah....mintak hulur depan2(yang sedihnya arkitek tu pempuan dan melayu)...tak malu

kalau pbt kecik pun dah macam tu...dbkl lebih lagi

Ad Lee said...

setuju dengan kak fynn!
its better to be miskin harta tetapi kaya budi bahasa. at least kalau takde duet sebanyak mana pun tapi kita masih pandai menghargai, mengucap terima kasih dan juga selalu sedar diri :)

dumdum said...

haha kak fyn,sekurang-kurangnya kita satu jiwa dalam isu ni.sebaik saja saya tengok buletin utama pasal pakcik yg marah2 mengamuk kat RELA tu,terus saya marah.

saya yakin,anggota penyelamat tu memang sedia je nak tolong kalau pakcik tu mintak tolong.tapi saya juga yakin yang pakcik tu MUSTAHIL mahu minta tolong.yelah,dia kan org kaya,org ternama,terlalu tinggi maruahnya untuk dia cakap "Boleh tolong saya?".

memang saya sakit hati sangat,hilang sikit rasa kesian dan simpati.sampai hari ni dah lebih 50 kes polis mangsa-mangsa tu laporkan pasal attitude petugas keselamatan.cubalah istighfar dan bersyukur masih dipanjangkan umur.

Miss Neddy said...

Kak Fynn,

Ermm apa neddy rasa kan dalam hati, semua terluah kt entry ini..terima kasih kak Fynn..

Kita cuma org kebayakan yg hanya mampu berdoa kepada Yg Maha Esa..

Al fatihah...

dina said...

aku fikir aku seorang saja fikirkan ini rupanya fikiran aku tidak salah cuma bila aku luahkan pada kawan2 mereka kata aku sombong kerana aku bukan di tempat mereka2 yg berada di bukit itu.

bagi aku golongan itu yang mahu tinggal jauh dari manusia lain. kerana itu tidak perlu minta apa2 tuntutan. segalanya atas risiko sendiri. bukankah begitu?

mengapa mereka perlu saman orang lain atas kebodohan sendiri? bak kata pepatah, kalau tidak mahu dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai. pokoknya sama, kalau tidak mahu tanah runtuh jangan berumah dilereng bukit...

Lily Cartina said...

where can i donate kak fynn??

fynn jamal said...

untuk menderma, nombor akaunnya boleh didapatkan di website tv3.

Anonymous said...

15 tahun,bantuan,blablabla.....bala.
pandai kan manusia mencipta kesedaran.

angkuhnye kita krna dgil mahu mmbina istana diatas bukit.(dan di situlah hebatnya tuhan kita. beribu tahun dahulu, sudah dikhabarkan pada kita, jangan berumah di lereng bukit, jauh dari orang, di hujung2 pantai. sungguh, dia maha mengetahui.)

tapi kita degil.degil

ya...kita degil!!

kita dgil mahu jadi diri sendiri.
"aku duduk atas bukit sbab aku xnak hipokrit"
"aku cakap trus trang sbb aku xsuke hipokrit"
"aku x pakai tudung sebab aku bukan jenis hipokrit"

dimanakah kita

kita sedar kita brdiri di atas hamparan yg berempunya.kita sedar di setiap perintah dan larangan ada hikmah dan balasannya.kita sedar dan mampu menceritakan kesedaran...
dimana dan mengapa...

nampaknya kita sedar,tapi kita buat2 x sedar..dan itulah dinamakan keangkuhan yg selayaknya bukan untuk kita.

bala turun disebabkan kesalahan manusia...klo kita seorang yg angkuh,bkankah kita adalah penyebab kmusnahan org lain???

Fakhrul Syakirin said...

Al-Fatihah buat mereka yang ditimpa malang...
Benar apa yang diperkata...
Setuju apa yang diutara...
Mereka sudah biasa senang...
susah baru menjenguk, bahasa sudah tunggang langgang...
Lupa dulu mereka susah...
Tadah tangan pada tuhan...
Manusia tidak sedar diuntung...

Rubina Yunal said...

Honestly, saya memang kesian pd mangsa2 tragedi ni, but still, dlm hati ade rase bersyukur gak benda ni jadi.

Mungkin kejam bunyinya, tapi saya ni yg betulnye tak pandai menipu. Memang ada sikit rase syukur dengan terjadinye tragedi ni kat area elite mcm tu.

Saya penah bekerja di sebuah kedai printing yg agak ternama jugelah di area melawati ni not so long ago. Saya penah witness dan deal dengan golongan yg kaya raya, vip/vvip drp area melawati ni, dan kesimpulan yg saya boleh buat (walaupun hati rasa berat) adelah, golongan ni memang selalunye berlagak, biadap, dan selfish tahap gaban :|

Dan malangnya, salah sorang drp mereka ni dh terlepas juge masuk parlimen. Menyalak bukan main lagi dlm dewan, dalam TV, tapi in real life memang biadap berlagak gila.

Saya tatau cemana org bleh vote dia.

Anyway, spt semua sedia maklum, bukit antarabangsa tu pun memang tepu jugelah dengan golongan kaya, vip, vvip. Jadinye bila tgk kat TV, dengar diorang komplen itu dan ini.. saya tersenyum je. Saya simpati cuma pd yang tak berapa nak berdosa tu je la. Anak-anak kecil, org2 tua, wanita-wanita yg tgh sarat, sakit, org2 gaji etc.

Dah menghadap murka Tuhan pun masih nak mengharap layanan 6 bintang dari semua org.

WTH?

Mungkin dah terbiasa, beban seringan rambut pun perlu ditanggung, dibahu orang gajian. Apetah lagi beban-beban besar yg lain kan?

Yang disalakkan, anggota keselamatan yang tengah melepas lelah, mengalas perut buat seketika after a long day work (utk bantu diorang ni jugak, unfortunately) sebab tak tolong angkat barang bini incik yang sorang ni.

Kata diorang ni makan gaji buta plak lagi?

Heh.

Habis sebelum ni, askar yang hidupnya tak seberapa tu.. bila dia susah, ada mahu ditolong, walaupun dia tak mintak?

Ada incik ni ambik tahu ke masalah hidup si askar tu?

I doubt that.

Makan gaji buta? :) Macamlah incik ini tak pernah buat itu kan?

Marah sama Tuhan agaknya, tapi tatau ke mana nak disasarkan. Last skali, org2 rendahan di sekeliling la jadi mangsa kan? Nak saman Tuhan? mintak kena panah petir pulak ke? Heh.

Mudah-mudahan yg survive to boleh amik iktibar dr ape yg dh berlaku. Yang dh pergi, kita doakan yang baik-baik saja buat mereka.

Innalillahiraji'un.

Anonymous said...

berani!..ape nk takut kat org kaya2 nih..nak saman hanya kerana perkataan b.o.d.o.h. je..?
bodoh betul..

jenis org kaya mmg bodoh,menunjuk2 kuasa pada yang tak berkuasa..tapi die tak sedar,kuasa kekayaan die bukan dapat tandingi kuasa Yang Maha Kuasa..di dunia mmg la sumer benda hak die,tapi di akhirat hak dikembalikan pada yang hak..

fikir la..sebab benda yang jadik bersebab dan berjawab..
sori jika kat sini ade org kaya..saya just kata org kaya kat luar sana..bukan dlm blog kak fynn nih..

AieSha said...

beberapa hari juga aku berada di tempat kejadian.
mencari dan melaporkan berita buat tatapan. Di sana mmg sgt kasihan.

aku bukan kasihankan mangsa2 tanah runtuh. tapi petugas2 yg bertungkus-lumus. 24 jam berjaga-jaga. menghulur bantuan tidak mengira siapa. malah bersabung nyawa juga.

tapi apa mereka dapat. caci-maki mangsa tanah runtuh yang tak sedar diri. Komplen sana, komplen sini. itu tak betul, ini tak betul.

kalaulah aku berkuasa. mahu saja aku suruh semua petugas2 di sana pulang ke rumah masing2.jgn pedulikan mereka lagi. kita duduk saja di dpn kaca tv melihat apa pula karenah mereka2 yang belagak sombong itu mengomel sana-sini. Biar. Biarkan mereka. Mereka kan punya banyak wang. Mintalah wang itu bantukan mereka.

;(

Anonymous said...

..kak fyn..
..mase banjir kat johor tu..
..umah saye pon ader kat sana..
..kesian lagi kat umah kampung..
..org yang selamat kat darat ni..
..dapat msg..
..kater ader lagi kanak2 yang tersadai atas bumbung rumah..
..dengan mak dya yang tgh ngandung..ayah dya mtk bantuan bot penyelamat..tapi mase tu banjir naek gila..tgh malam..nak lalu kawasan pokok getah..mereka tahu ada mangsa yang perlu diselamatkan..tapi tak boleh.keadaan menghalang mereka..akhirnya esok pagi mereka jumpa kanak2 tersebut tersdai di pokok getah dibawa arus..sambil memeluk ibunya..ayahnya tergamam.saya sedey..sedey sgt! tapi mereka diam.kerna tahu ini takdir..tidak memaki hamun kerajaan.kerana kerajaan sudah membantu apa yang termampu.Ini semua kuasa Tuhan kan??

cacen86 said...

like what my mom said...rumah kt cituh,bkn satu2nyer umah dieorg..sbb dierg kan kayer..konpim ade umah len..tp saje je,nk claim byk2..org kayer,tk pna puas...
dan ppuan yg dicop BODOH oleh askar,hahaha..padan muke anda..mmg selayaknyer...bljr tggi2,bli uma kt bukit...fikir logik akal la...

ape2 pon,mybe sebab tu kot tabung derma tk byk utk mereka..kerana org jelik ngn golongan kaye berlagak seperti mereka..