ada banyak cara memutuskan cinta.
taraf ekstrimnya terdasar mengikut jantina juga.
tapi ada sesetengah situasi, perempuan lebih kejam dari lelaki.
ada pula di sedikit2 kes, lelaki lebih menghinakan diri dari perempuan.
semua terpulang pada pemutus tersebut.
tetapi secara amnya,
1) gaya direct
contoh:
i) "saya tetap dengan agama saya. maaf. saya tidak mungkin akan tukar pegangan hidup saya. Allahu akbar"
ii) "i tak boleh blah dengan perempuan yang tak boleh terima life i. mak bapak i pun tak banyak bunyi macam u"
iii) "awak dah pilih dia. saya redha"
2) gaya pusing2
contoh:
i) "bukan saya tak nak. tapi A cakap awak kata B suka kat awak, lepas tu saya tanya C, dia kata A ckp benda yang betul... blablabla (semakin ramai huruf yang akan mula keluar, sampai serabut)"
ii) "ntah... saya pun tak tahu... awak baik... tapi saya tak boleh sayang awak... mak saya... lepas tu dulu masa saya kecik2... (semakin merapu)"
iii) "bukan salah awak. saya yang jahat. saya kejam. saya tak pakai tudung. saya minum arak. saya kaki joget. saya hisap dadah. saya saya saya saya. bukan awak....... (bukankah yang sepatutnya minta putus, pasangan itu, kalau dah mcm2 haramnya perangai sang peminta putus?)"
iv) "i ada barah otak"
3) gaya freestyle
i) melalui sms: "sorry. i cant be with you"
ii) melalui kawan2: "dia cakap dia tak mau jumpa kau lagi"
iii) terus diam tanpa memberitahu apa2 status.
apa2 gaya sekali pun, cara mencincang perhubungan (walaupun seiras), tidak sama dengan kaedah melangkah pergi dari kekasih di negara2 luar. faktor2 seperti budaya dan adat resam sangat mempengaruhi perbuatan kita sehari2, sekuat mana kita jeritkan kita ini anti budaya.
it is just within us.
deal with it.
kategori2 yang masih tidak lengkap di atas hanyalah cebisan2 dari realiti yang sebenar. dan harus kamu maklum, ia cuma digunapakai mereka2 yang masih berada di fasa pre-marital, atau di takuk percintaan.
jelas, cerai-nikah bukan sesuatu yang mudah.
hari ini perbincangan akan hanya menyentuh putus-sambung pasangan yang belum diikat. bagaimana mudahnya meluah 'selamat tinggal', sama ada dari bibir sendiri atau melalu suara penyanyi yang menyanyikan perasaan hatinya dengan lebih tepat.
ai dediket lagu ni untuk yu. ekceli, itu yang ai rasa.
oh, klise hidup remaja.
1) terpandang / diperkenalkan melalui rakan2
2) sokongan padu dari teman2 yang kononnya kasihan melihat kamu sendirian ketika mereka diulit cinta dewa-dewi
3) mula cenderung minat
4) fasa terlanggar tangan, meremang bulu roma
5) sedikit2 mencari alasan indah untuk bersama (contohnya dia rajin sembahyang, ibubapanya baik, sijilnya phd)
6) terikat dalam satu hubungan khas yang bermula dengan penyataan "kitorg sudah declare"
7) tempoh 3-4 bulan paling indah dalam dunia
8) mula rasa rimas kerana tidak tahu ke mana hala tuju. hendak kahwin, belum mahu / mampu.
9) perangai asal muncul setakuk2.
10) ulang langkah 1 hingga 9
11) guna salah satu kaedah memutus di awal perbincangan tadi: a) gaya direct, b) gaya pusing2, atau c) gaya freestyle.
memang mudah untuk angkat kaki. ibu bapa yang tidak berapa peduli kerana sudah begitu maklum yang itu cinta monyet, dan kawan2 yang sudah terlalu mengenali kamu itu pasti akan menopang kamu di setiap masa jatuh bangun.
maka yang tinggal hanyalah kamu.
persoalan mahu terus atau tidak. kalau terus, blablablabla. kalau putus, blablablabla. semua atas kamu. berbuih2 mulut orang menasihat pun, kalau sudah tidak mahu, tidak mahu juga.
kan?
kadang2, kamu tahu apa jawapan soalan2 yang bermain dalam kepala. cuma kamu hendak dengar perkara yang sama dari bibir orang lain. supaya tidak kamu rasa cuma kamu yang berfikir sedemikian perkara.
mungkin, agar di satu hari yang jawapan itu menikam kamu dari belakang, ada juga seseorang untuk sama2 menanggungnya.
contoh:
ada teman lelaki kaki pukul.
ada abang yang sering mencuri.
ada bapa yang menyentuh kamu secara tidak betul.
ada teman yang menggunakan wang kamu berhari2.
"apa patut saya buat, fynn?"
jawapan aku mudah.
sayang, kamu sudah ada jawabnya.
entri hari ini aku dedikasikan buat seseorang yang berperangai seperti... alahai. entahlah. bercinta sama sahabat aku sekian lama, nan datang rasa bosan, tiba2 mendiam diri. tahu2, sudah lebih sebulan. dan tiba2 hendak ketemu menguruskan harta bersama.
talian telefon kembar.
wang pinjaman bersama.
itu ini.
untuk dipisahkan.
langsung tidak ada keterangan kenapa, sejak bila, bagaimana.
nasib baik sahabat aku ini kepala gila2.
"kau tak hendak, aku tidak ajak"
maaflah. tapi aku tidak mungkin faham sifat manusia lelaki kelantan.
sampai bila perempuan harus menyembah kalian?
ps: over-generalization ini KHAS menurut bancian aku SENDIRI. jgn fikir aku sedang menyebarkan propaganda anti-lelaki kelantan, ok. aku ada sahabat dari kelantan. ada juga yang jauh lagi kool dari lelaki lain.
tapi entahlah. kebanyakannya.
BUKAN SEMUA.
tapi ini cerita bukan kali pertama weh. bukan dua, tiga, sepuluh, lima puluh lapan orang. banyak kali telah aku telan cerita lelaki kelantan terlalu chauvinistic.
*terfikir*
tapi, kan... mungkin yang itu2 abe klate yg culture shock kot...
yang alim2 dan indah bahasanya, aduhai...
muda2 sudah nikah,
hidup nampak sangat simplistik,
tenang, dengan anak2 kecil bermini telekung.
alahai...
sejuk mata mak, nak.
:)
tuhan,
kau lebih tahu apa di dalam hati ini.
maka perkenankanlah.
dan jadikan dia soleh dan solehah.
bukan seperti aku.
amin.
sebelum apa2, komen anon yang tidak fasal2, akan aku deletekan. ya, aku bodoh, bangang, tidak ada akal, blablablabla.
got the point. so need not to comment.
62 comments:
hahaha..teringat zaman uia dulu2. lurus bendul tak ingat.
~kelip-kelip
smuanyanya sgt tepat ..
`keluh
ms fynn,u dh miss d part "i bukan x nk u..i nk u...tp bukan skarg"..
bs gile kn??x nk ckp je la x nk..toksah la pusing2..i wonder mcm mana i blh stuck dgn that kind of guy..
hahaha!!!
part barah otak tu sgt klaka.
fynn,
saye adalah salah seorang pembaca setia blog kamu.
dan sejujurnya saye orang yang asalnya dari kelantan.
(;
Tiada tindakan neurotrasmitter dlm otak ini namun masih mahu mengomen.
"Wah,siap ayat2 backup awal2 tu!"
Sgt prescient of you la.Sgt2 bgus!
sori to say, i hv to agree.. bukan nak discriminate.but some how, its true.
iyda:
weh!!! TAK SEMUA OK.
kebetulan malang saya berjumpa kelantan yang agak...
hmmm...
mcm mana nak cakap ek...
... tidak selesa dgn perempuan lebih bangkit, kot...?
maaf ok. jgn ambil hati.
nasih kamu untung sebab dapat jumpa yang elok2.
*buat jari peace*
ngeee
iyda lagi:
lupa nak bilang.
kamu sudah jadi keluarga rapat di sini. usah asyik perkenalkan diri.
:)
saya sgt kenal nama kamu.
aku setuju dgn kamu....kebanyakkan lelaki kelate begitu,bg mereka..perempuan tmptnya harus didapur, layan mereka..blablabla..;)
ye..tak semua, tapi KEBANYAKKAN..
kelantan? chauvinist? betul katamu, x semua, kebanyakan ... tp gaya freestyle yg senyap terus tu yg x tahan...
hahaha
betul!
sgt cliche lah..
haih. mengeluh plak aku.
btul la kak fynn. aku faham sgt dgn lelaki kelantan. tp aku bkn org sana.
dorg ni..cukop berlagak bila dah kije kl. tp..haih ntah la.
aku mengaku aku tgh berkawan dgn mamat kelantan. semacam weh perangai.. semua aku buat salah. mmg aku xleh nak lbeh la. mana aku tahan? haha
i laik this entri.
very much.
ex- aku dulu (orang kl pure), mintak klash sbb ade masalah keluarga.
macam haram. hahahha
*buat tangan peace jugak. hahah
pergh.. aku suka entry ni..
putus cinta memang saket..sial!ops..
hehe, takpe..semoga Tuhan kuatkan aku.
pakcik saya tinggalkan makcik saya ,sbb perempuan lain.pakcik saya kelantan. hum~ is it because how they were raised?
fynn..
patut letak kotak untuk vote:
"yang mana satu pernah kena dalam hidup anda". baru boleh compare peratusan ayat paling favorite. hehe
bukan lelaki kelantan je, perempuan juga.
abg saya punye ex orang kelantan. di KL, pergi hardrock cafe, clubing sana sini, balik kelantan, bertudung litup.apakah?
after 8 years somehow, dia tinggalkan abg saya, and go for pakcik tua tapi berduit.after dia kahwin, and itu pakcik ntah ape kes, the girl cari balik abg saya.hell no!
padahal abg dah abis beribu kat dia, masih tak cukup.
since that, i'm quite careful befriended with kelantanese, both species.
thanks kak fynn for reminded me of THAT someone.
:(( sakit la kakak berpisah tu..
ada sesapa nak jawab tohmahan ini?...result pemerhatian saya pun sama macam fynn
huuh....
wah...
kisah silam ada gak nie...
hurmm....
ada kala nya betul....
yup..
sehidup semati...
at last...
kena sorang2....
malang bukan..?
fynn,
time kaseh kerna jadikan daku famili rapat kamu disini.
uhhuuuukkkk
#terharu jap.. meleleh hingus,yer la kan ker daku demem#
pertama : tak pe daku tak ambil hati pon.
kedua : yer.daku paham apa yang kamu maksudkan dlm entri tersebut.
ketiga : ekceli,daku pon setuju apa yang coba kamu utarakan.cuma daku punya setuju ni dari sudut yang agak berbeza deket.tak reti nak perjelas,sebab takot nati dikatakan coba pertahankan abe kelate nih. (yang mane hampes tu la kan)
keempat : yer,mungkin kebetulan kamu byk kali ditemukan dgn abe kelate yg sebegitu,jd pandangan akan jadi begitu.kan?? tapi kalu dah acap kali jumpa yg begitu,lagi la mengukuhkan pandangan kamu itu kan??
kelima : daku biasa saja.tak de la jumpe abe kelate yang ok semuanye.memacam lah yang daku jumpe kat kl ni.tapi daku suke perhatikan gelagat mereka.heeeeee.lelebih lagi yang culture shocked.
keenam : daku tidak mengiakan juga tidak menidakkan.terpulang pada pandangan memasing.kerna setiap orang itu pasti ade kenangan silam/ pengalaman yang membabitkan pandangan kamu terhadap abe kelate.
ketujuh : yalah.kalu tadak angin masakan dedaun bisa melambai.
sowi.panjang pulak bebelan daku kali ini.
#tak sabar mau ketemu diRantai ptg ni.InsyaALLAH#
(;
3) gaya freestyle
i) melalui sms: "sorry. i cant be with you"
sayang, ini betul-betul terkena batang hidung saya.
but i have learned to embrace the fact and embrace myself. women do not need men to feel good about themselves.
they need themselves. they need to START with themselves.
semua bermula dengan diri kita. kita seronok sayang diri sendiri, baru kita seronok disayangi lelaki. macam fynn.
kalau kita sayang diri kita dulu, kita takkan biarkan orang terus sia-siakan kita. kita - tak kira lelaki atau perempuan - semua manusia. ada hati, ada rasa. tak kira betapa singkat pun sesebuah hubungan - bercinta, bertunang, berkahwin, sehari, sebulan, setahun - bila kasih dah dibaja, tak patut dilongkangkan begitu saja.
rasa itu kan mahal?
tapi kalau jadi juga, macam saya, kita lihat semula diri sendiri. yang baik dari Allah, yang buruk juga dari Allah tapi melalui kita.
as i said, it all starts with us.
lupakan mereka yang memurahkan diri kita dan kasih kita.
sebab macam saya kata tadi,
rasa itu mahal.
fynn, thanks jengok2 blog aku. aku suka baca entry2 blog kau. kau buat aku rasa aku sama macam manusia lain yang ada hati dan perasaan walaupun di sebalik kerja aku, aku macam berhati batu, hahaha
peace!
bukankah bala yg datang sebenarnya untuk mnyedarkan manusia??.knapa x gunakan ia sebagai jalan untuk kamu ikut kesedaran yg kamu ciptakan..masih angkuhkah????
ini ujiankah atau peringatan???
owh betul2
terhibur aku baca komen kat blog kau
tehehehe
youre so right (:
entah pape...hendak membabitkan negeri..ni la melayu..salahkan orang lain supaya diri nampak baek or whatever we call it.nilaI BUDI SESEORANG BUKAN SEBAB NEGERI,TAPI DISEBABKN OLEH KEIMANAN..ngko tak bernaseb baik sbab terjumpa orang tak beriman lah tu.
sekadar memberi pendapt..no hard feelig.
i) "saya tetap dengan agama saya. maaf. saya tidak mungkin akan tukar pegangan hidup saya. Allahu akbar"
mungkin satu hari nanti ada yg kata begitukpd saya.
redha??
pernah seorang gadis berkata kepadaku (lebih kurang laa), "kenapa terburu-buru..sekarang saya tak fikir lagi..banyak lagi masa.." ...apa maksudnya aku pun tak paham..
cuma satu hari aku terserempak kat shopping complex..aiseh! dah ada pakwe loaded rupanya..cessss..
kak fynn tertinggal satu lg
"family sy xsuke awak"
or vice versa.
slm singgah
=)
sayaaang.
i fell in love with u since d moment u step onto d stage last nite!
i've commented this entry,
but i didnt know its was YOU till u told d audience bout ur blogspot.
ish,
i love ur performance.
berjaya meremangkan bulu roma saye!
aaauum!
fynn...daku pown org kltn.....haha!!!!
gaya pusing2.
megkagetkan(iv).
usefull :)
If we meet again....ask me to tell you a break up story of a friend of mine dulu in JB when i was working there....fuckin wicked story I tell you. Remember to ask me okay. Hahahah
entry ini membuatkan saya berfikir sejenak.
betol betol betol.
:)
fynn,
jangan amek hati. kau tak patut delete entry tadi. at least kau pamerkan pandangan jujur meski beremosi. aku juga pernah 'termencarut' kat blog aku. itu hanya sebahagian tanda kita manusia yg ada hati dan perasaan :)
terus tulis. aku akan baca dari masa ke masa.
kau jujur, maka aku anggap kau cool! pedih2 telinga itu normal kerana aku percaya aku pun tak sempurna :)
kak fynn.
sy senyum sorang2 baca entri ni.sebab oh so true.
alangkah senangnya kalau bercinta sebegitu rupa
it's so damn true!
betul.. betul.. bukan semua... kebanyakkan...
kalau mahu putus. cakap saja. buat apa pusing-pusing kalau endingnya sama?
fynn.aku cari buku mrh, mana mau jumpa?
fynn, seorang rakan anda telah luruh hatinya ketika membaca entri ini.
bf aku org jeli, kelantan.time hepi dgn aku.susah snang dia aku ada.tk pnah nk bitau parents dia yg dia bsama aku.tp bila hati terusik sket.habis suma buruk aku dia crita kat famili dia.last2 aku dicop ppuan jahat.yg famili dia pun satu hal.tatau pape nk msk campur.itu la org kelantan.smangat kekeluargaan tu mmg bagus.tp bpd2 la kn.dan bila kitorg da baik blk.tkde plak dia nk jelaskn kat famili dia keadaan tkini.sblknya serahkn suma pd masa.??? mcm sial ok.gila sumpahan tbesa dlm hidup aku kenal dgn org kelantan.
My fren who got married to a kelantanese guy last mth pun sudah angkut baju balik rumah.Bukan 1 2 case aje..byk giler k!pahit nk telan tp kenyataan mmg benar...
aku TERSANGAT9 setuju.di sini aku sertakan senarai perangai seorang awang kelantan yang aku pernah kenal:
1) kalau nak cari rumah sewa WAJIB nak geng2 dari negeri dia je. (tolong la abe.keluar dari kepompong dan hidup bergaul.)
2) kalau kau buat salah.da tentu kau yang salah.tapi kalau dia yang buat salah.dia akan pusing cerita untuk cari salah kau dan last2 tetap kau juga yang salah. (orang lain semua salah sebab dia je yang betul.)
3) kalau terjumpa kawan2 atau kaum kerabat dia kat mall ke kat mana2.kau dia lupa.
4) mulot busuk tapi manis.bermacam2 janji dia tabur.pandai gila berlakon mengalahkan rosyam nor.dalam masa 3 tahun paling lama dia takkan reveal sifat sebenar.lepas tu syaitan iblis semua keluar. (kau patot fikir untuk tukar kerjaya aku rasa.)
5) lembut gigi dari lidah.pijak semut tak mati.tapi bila nak marah habis semua kata carut dia hambur.maki hamun tu biasa.
6) PENDENDAM.selagi dia tak berjaya nak balas semua.selagi itu dia takkan lepaskan kau.
7) bila susah gila babi merendah diri.tapi bila senang sikit je tuhan bagi.habis semua orang dia nak kata.macam diri tu da bagus sangat gayanya. (rilek aa.baru satu semester sambung diploma.itu pun nak berlagak ke?)
8) kalau kawan kelantan dia ada masalah dengan gf atau isteri.dia serta rakan2 kelantan yang lain akan brainwash kawan yang seorang ni suruh buat itu ini. (masalah sendiri pun kau tak boleh nak handle.pandai2 nak nasihatkan orang.mendengar saja da cukup ok.)
9) kalau kau gaduh dengan dia sebab dia ada perempuan lain.mak dia akan kol kau salahkan kau dan seperti nak kata 'eleh.aku tak heran la anak aku tak dengan kau.' (makcik tak tahu apa2 tak perlu nak emosi tak bertempat ye.)
10) kalau anak lelaki dia tak dapat baby lagi.da sebok suruh balik kampung.bawa menantu pergi berurut bagai. (halo.orang tu baru 7 bulan kawen.sabar boleh?)
11) untuk setiap apa yang kau crita kat dia.tak kira la hal kawan2 kau ke, hal keluarga mahu pun hal di tempat kerja.dia akan gunakan point2 yang ada untuk sakitkan hati kau masa bergaduh. (aku bercerita sebab nak berkongsi.bukan untuk kau jadikan peluru masa kita berperang.)
12) kalau kau keluar makan malam2 dia marah.kononnya risau kau balik lewat.tapi takpe pula kalau kau keluar malam4 sebab dia nak kau pergi rumah dia.
**aku bukan nak kondem orang kelantan.tapi ini hakikat yang terjadi masa aku berkawan dengan seorang mamat ni.macam yang fynn kata.TAK SEMUA.
bnyk nak cakap tapi cam smue pon nak kwa serentak so tahan la dulu..
anyway, saya adalah geram.sy adalah marah.sy adalah mls.
dah komen lek di MS tapi ilang.
nanti la sambung balek crita k.
oh, crita ceria best kan.and langkah tuk delete komen anon yg tak berasas/ntah mende tu sy rasa bijak.
:)
At the tender age of 15, saya penah bercinta secara online (haha!) dgn sorang mamat JB yg masa tu tgh study di Jepun.
Everything went very well and kitoang tak penah bergaduh langsung sepanjang relationship yang baru berusia 6 bulan tu, and sampai satu hari tu dia ckp he's coming back to Msia for his semester break, and would want to come up to KL and see me for the first time. Saya pun apa lagi memang excited gila la kan. Kali terakhir dia call saya, masa dia sampai kat airport, and dia ckp nak balik JB dulu.. then baru dia nak dtg jumpa saya kat kl. And I said ok lah.
You know what?
Since that day, dia takde call saya langsung. Dia tak email, takde chatting lagi dah. Nothing. Ignore saya 100%.. for the next 6 months.
Saya penat dh bombard dia dengan email asking what happen and why, and one day I decided to officially breakup with him. I sent him one final email, saying I've found somebody new, sorry and thanks for everything.
Again, you know what?
HE REPLIED! Just imagine la after 6 months menghilangkan diri, dia bersuara. And the funny thing is that he said, "I became like this because of you. It's all your fault.GROW UP!"
Then I'm like, what the hell?
Dia yang hilang dulu without a word, and we didn't fight or anything. Suddenly saya pulak yg kena grow up? Ngueh. Cari alasan la tu agaknye, nak salahkan kita jugak.
Macam sial pun ada, hehehe. But I just found out that he's married now, and have a lovely son. Good for him la. I have no grudge against him though. Guess it's meant to be :)
Hmm, anyway, ayah saya penah digoda wanita dari kelantan juge, and hampir jugelah kami ni jadi broken family. But alhamdulillah, jodoh mak ayah saya still kuat. Ramai gak uncle2 or kawan2 parents saya yg selalunye kena goda dengan wanita dr negeri pantai timur ni, selalunye dengan 'cara yang tak wajar' la. Maksud saya, main mandrem2 gitu.
Oh well, hopefully bukan semua mcm tu though.
Nice entry kakak! Hope ur doing well :)
aie:
maaf andai ada yg luluh hatinya.
seperti kata saya:
bukan semua.
bukan semua lelaki kelantan itu yang pernah bantai saya.
bukan semua lelaki kelantan itu yang kikis duit saya.
bukan semua lelaki kelantan hidup atas gaji saya, untuk dia berpesta ria bercuti sini sana.
bukan semua lelaki kelantan hendak disembah kekasihnya seperti kawan lelaki kawan saya.
bukan semua lelaki kelantan itu gila perempuan lain, seperti bapa kawan saya.
kalau entri itu bukan ttg kawan kamu, bilang padanya, usah risau. ok?
:)
pembaca di situ juga nampak huruf besar "bukan semua".
salam.
tau smua akn kate 'bukan smua',mm utk sedapkan hati mungkin, ntah.. tp hakikatnya maksud kamu majoriti kan.. ambik cth , 4.99/5.00 ('bukan smua' maseh ader 0.01 yg tinggal)...
hmm bgaima dgn org serawak, negeri9, johor etc etc..
negeri bukan penyebab, tp culture, yep culture yg der sekelilingnye..culture itu wujud dsbbkan, hati..
rambut sama hitam, darah sama merah, hati yg membezakan,ader yg 'hitam' 'putih' 'kelabu' .. if hati itu yg slalu didtgi setan, yg mana 'benteng' tak kuat..dgn mak ayah sekalipon sanggup herdik,maki,hina..wujudlah rumah org2 tua yg ader di serata tempat.. ini kan pula dgn pasangan,lagilah mereka tiada hairan buat smua,ini hina sana sini,mainkan perasaan org,kikis harta..sbb dlm minda mereka 'so what'..haih, tidak dpt nak lari, diri sendiri juga kekadang tercabar, kekadang tertanya adkah one day aku akn jadi begini, adkah aku sekarang hipokrit etc..takut sumpah..takut dgn diri sendiri..
sbb itu diwajibkan sjak dr asas, ketika mahu bersama dgn isteri/suami kena mulakan doa, supaya air mani tidak bercampur dgn setan,nafsu itu indah tp tetap kena ingat pdNya.. supaya dpt anak2 yg hati yg bersih, walau ketika ini mereka maseh tidak sepenuhnya menjalan apa yg disuruhNya,tp sbb hati mungkin satu hari nnti mereka akn berubah dan insaf,kita tidak tahu kerana hanyalah manusia biasa.. smuanya kerana hati...
#yg ikhlas abe kelate 0.01 or 4.99 itu
saya juga bersetuju sama kamu
BUKAN SEMUA begitu
ada juga beberapa kawan saya
yang asalnya kelantan
punya pekerti yang elok
terhadap orang yang disayang
sehingga saya sendiri lupa
dia orang kelantan
kerana dia tidak seperti tipikal kelantan yang lain
yang hanya mahu duduk lepak bersama orang senegeri
memang diakui
BUKAN SEMUA begitu
tetapi yang sering dijumpa begitu bukan?
*wink-wink*
ahha betul jugak ape kak fynn cakap
saya ada banyak pengalaman dengan lelaki kelantan
tapi bukan couple dengan dorang lahh
1. kawan saya punya makcik kahwin dengan lelaki kelantan. lelaki tu sebelum kahwin semua manis tapi lepas kahwin dia tibai isteri dia kalau tak dengar cakap dia
2. cousin saya banyak orang kelantan. yang perempuan sorang tu dah kahwin and suka ajar anak dia dengan tangan. anak dia pon macam dah trauma. sorang lagi yang lelaki hidup tak tentu arah sebab pinjam duit along
3. kebanyakan orang kelantan cepat marah. mereka masih mengekalkan adat. yang perempuan itu harus di dapur. tapi bagi saya tak penting siapa yang harus berada di dapur. zaman sekarang lelaki lagi terror masak, contoh yang senang dilihat chef wan lahh.
saya ini masih terlalu muda dan mentah. saya tak pernah pikir pasal boyfriend. bukan takde yang nak tapi kalau ade bf menyesakkan kepala lahh. tapi kadang kadang ade bf pon bagus jugak. benda tu semua pengalaman kan kak fynn ?
yup fynn. "bukan semua" begitu. rasanya kamu lebih mengenali dia kan. kesalahan apa yang dia dah buat sehingga kamu, membencinya. ya saya dapat rasakan, kamu membencinya. padahal dulu kamu dan dia bagaikan keluarga. bagaikan adik beradik. sgt rapat.
Dulu, ketika kamu rapat dia langsung tidak termasuk dalam golongan "bukan semua". kini, disebabkan "kesalahan" yang ntah betul ntah tidak kesahihan salahnya, terus shj dia digolongkan oleh kamu dlm kump "bukan semua".
saya hrp kamu fhm. walau apa pun, kamu tetap pengkarya yg saya suka.
-aku bukan bdk kelantan-
aie:
begini sahaja.
satu masalah universal dalam persahabatan adalah bilamana kita rasa kita masak benar dengan sahabat kita.
(ini, termasuk saya, kadang2)
kita rasa kita kenal seseorang. terlalu kenal, semata2 bersama lebih dari 13 jam (tidur tidak harus dimasukkan dalam kiraan).
maka, bila mereka ada masalah, secara semulajadi, kita akan memberi telahan untuk situasi mereka. kerana "oh, i know him / her better".
terus, bila apa2 terjadi, kita akan ringan mulut memberi pendapat. menghulur rasa.
masalah sebenarnya, siapa yang jujur 100%, kan?
kamu rasa manusia akan membuka pekung sendiri kalau terang2 karektor itu adalah dirinya sendiri?
kalau kamu ada masalah, apakah kamu mampu menghuraikan satu-persatu jalan ceritanya? tanpa sedikit pun kamu kaburkan?
*senyum*
susah, bukan.
kerana takut dgn prejudisan org. takut dgn sinis mata org.
maka, biarlah apa yang dirasa mereka yg merasa dirasa dengan rasa yg mereka rasa.
sahabat saya dari kelantan bernama pok arm pernah nasihatkan saya, it is always best to be an observer. seeloknya apa2, dibiarkan sahaja.
betul.
dan saya pun sekarang ini, kalau ada yg meminta pendapat, saya cuma kata, you have the answer within. stop asking one fr others.
:)
btw, kita pernah bertemu, kah?
*senyum*
terpulang kamu untuk membeli bahasa yang mana. sudah saya katakan, mukasurat ini "picisan, dan tidak relevan. tapi jujur".
rasanya, kalau saya asyik membohong di sini, pasti suami dan kawan2 sebenar saya sudah lari. bukan musuh2 saya yg sepatutnya pergi kalau mereka benar, kan?
tidak apa. saya selesa berbual tanpa jelas. kecuali pada teman rapat. itu pun kerana mereka serumah, atau yg sentiasa ada di depan mata untuk menjadi observer.
keputusan di tangan mereka.
dan mereka memilih untuk kekal menjadi sahabat saya.
kamu?
tidak usah libatkan dirilah.
mari, berkawan.
:)
yup kita pernah bertemu. pernah saja kita duduk dan berdiri bersebelahan. tapi kamu tak kenal pun diri ini. saya saja yg kenal kamu. heh. siapa tak kenal fynn jamal. seantero malaya mengenali kamu.
saya faham maksud kamu fynn. tp saya harap kamu dpt menilai semula tanggapan yg telah kamu berikan terhadapnya. menilai dgn mengambil kira persahabatan yang pernah terjalin antara kamu dan dia. buang yang keruh. ambil yang jernih.
*senyum*
lagipun, ramai rasanya yg suka melihat persahabatan kamu yg kukuh dulu. bersama teman2 sekepala. teman2 suka dan duka. bagaikan adik beradik. ikatan yg terjalin seperti sukar untuk dipisahkan. saya sgt2 pasti. saya, dia, kami, mereka, dan semua peminat2 kamu, ingin lihat kamu, dia dan juga teman2 sekepala yg lain kembali bersatu. seperti dulu2.
*senyum*
tp saya mungkin paham. status kamu yg sudah bersuami, mungkin membataskan perkara ini. terpulang la kpd kamu. buang saja cerita yg dulu2. jgn dipanjang2kan.
apa pun, kamu tetap di hati peminat2 di luar sana. seperti saya.
*senyum*
-semoga berbahagia bersama suami. kami nantikan anak2 comel dari anda berdua. wasalam..-
ahha kak fynn ada satu lagi tinggal
"i tak boleh ikut way yang you nak ,and i can't go on"
ahha .i yang kena actually .lastly ,i found out that he just play me around for making other girl who had feeling for him become jeles .haha
bukan semua orang kelantan macam tu. jangan sebab seorang dua terus melabel semua mereka berperangai buruk. ada sahaja orang johor, yang culture shock, depan mak ayah tutup, belakang bukak. saya masih ingat peristiwa ketika seorang teman dari kelantan dilabel culture shock kerana tidak memakai tudung sedangkan itu dirinya yang sebenar, di depan atau belakang keluarga. walhal rakan saya yang dari johor yang sebenarnya bertudung, datang ke kl mula dedah sana sini tidak pula dilabel sedemikian. jangan mudah melempar tuduhan pada seorang saja. jangan jadi seperti dunia barat. hanya kerana seorang Islam membunuh, agamanya dilabel agama pengganas. sedangkan apabila seorang kristian membunuh, mereka tidak dilabel sebagai pengganas. apabila tengok shj orang pakai tudung, pakai serban, mereka dikatakan pengganas. jangan terlalu mudah meletakkan kesalahan atas bahu seseorang.
harap dapat terima dengan hati terbuka.
akula kawan ko yg di maksudkan itu.teeeeeeeeeeet!fynn!!hehehe sayang kau.aku baru berkesempatan membacenye (heheh bile kat sini, ayat aku trus otomatik mcm gaye seorg penulis)anyway..aku dah ok.time kasih utk kawan2 yg sikit yg layaknye di gelar sahabat.memberi byk semangat.aku ingat aku cool.tapi, tetap sedih weh. even clash gaye itu!Hebatnya Tuhan kerana cipta rasa ini..and now...pst "ade sesape mo berkenalan??" heheheheh..takdelah :)
hehe..sakit barah otak?funny la kak fynn. :)
then,psl kelantan itu,ye..btol..tp BUKAN SEMUA..saye juga org klntan..penah juga bercinta dgn abe klate..kaki pmpuan xingat dunia..
baru kaya dunia wahai abg..xperlu kamu menunjuk2 harta keluarga mu..mempermainkan perasaan aku..menuduh aku hnya kerana aku d besar kan di KL dan hanya lahir di kelantan?apakah itu?
utk abe itu..ke paris,ke shanghai seperti pergi ke PD?ke pangkor?kaya sungguh..dan aku xpernah pandang smua 2 ok..mmg culture shocked!!menuduh aku sosial hnya krn aku xbertudung n seksi?sekurang2 nye aku bkn awek kelate mu yg hupokrit itu..sekurang2 nye bile aku pulang ke kelantan,aku sememang tidak bertudung..bkn spt awek mu..minum n seksi bagai d cnie tp d sana bertudung litup??bkn aku..baru belajar kat lim kok wing da hebat ke abe?
dan akhir nye awek mu curang krn kau terlihat dia keluar dr condo lelaki lain?haa..!!itu lah perempuan mu..yg se negeri dgn mu..yg sama2 baru belajar idup d KL b'sme mu..
dan aku bersimpati pd mu..xperlu kamu merangkak mencari ku..krn,aku bhgia skrg..sungguh bhgia..dgn dia..sudah 4thn aku b'sme nye..yg penting,dia bkn org klantan..kerana,aku fobia utk mngenali kaum mu itu..
*hrp maaf,menjadi emo plak..*
~PEACE~ :)
one case happen to me :
lia suka one guy nih..n dia pn ckp dia suke lia la..
tp dia xley lupa sorg minah kelantan ni..
minah ni ckp tggu pas abes blaja bru nk decide..bla bla bla [myusahkan org]
lia tggu je..tp hati kuat ckp yg ppuan kelate tu bkn nye nk sgt ngn diz guy.."minah tu UIA GOMBAK-LAW"
smentara tu ade org lain yg approach lia..exactly cm 1st guy, extra dia ni hensem je..lia konpius la nk pilih mne..ekekeke
last2 lia ckp ngn 1st guy tu
"awk nk tggu minah kelate tu kn, sy redha. and sy doa awk bhgia ngn dia" - alasan nk g kwn ngn laki lain..ahahaha
mngucap pnjg dia..ahaha bru nk realize kite ni penting pd dia..so lia kwn dua2 sbb lia pn kne abes study dlu bru kawen kn... huhu
moral of the story..
minah kelantan pn suke mainkan hati org!! klu xnk, ckp je la xnk!adoiyai~~~
[lia n this two guys from matrix UIA n further study kt egypt..diorg amek islamic study a.k.a syariah while i'm doing medic..] hehe
salam..actually found dis blog through fb...huhuhuh...bout kelantanese guy...wat should i say..sy pure kelantan..but seriously sy mmg xnk kawen ngan org kelantan!!!huhuhu...lucky for me coz sy jenis yg xkapel mapel nie...buang mase je..bende haram kn..baik kawin trus...rasenye byk je yg betul dlm n3 tu..tp ayah sy xmcm tu...huhuhu...maybe tergolong dlm yg 0.01% tu kot....heheheheh
Post a Comment