Wednesday, December 17, 2008

percubaan mencuba cubaan.

dengan serius, "yang?"
aku toleh. "saya?"
"semayang" tri sengih sambil jelir lidah.
"arghhh!!! kalah lagi!!!!"

*secara kronologi, kami akan main kejar2 membatalkan air sembahyang (walau pun masih belum mula solat. atas alasan: saja dengki*

bohonglah kalau aku dabik dada mencanang aku dan tri ini lengkap solatnya. masih, kami ini hamba yang berdikit2 merangkak hendak berpatah jalan menurut tapak kaki tuhan. tetap, kami ini di dalam golongan mereka yang liat untuk setiap lima itu.

namun sebaik2nya, kami benar2 hendak cuba.

maaf, tapi kalau ada yang sudah bersedia hendak melenting dan menyorak kami ini lebih elok kafir, atau kami sudah membeli rumah di neraka, dan seterus2nya; aku minta izin untuk kaburkan pendapat2 kamu terus. seperti di setiap entri2 lepas, yang aku rasa terlalu melampau suara kamu untuk kau megahkan di rumah aku ini.

untuk kali ke berapa bilion, sila angkat kaki.
ya, kamu dan kawan2 kamu.
juga kamu yang ke sini semata2 untuk menjadi tali barut menyampaikan pada si dia2.

ma 'as salaamah.
ilal liqaa'.

sesedih mana untuk diakui, rata2 kita masih culas dalam perihal solat. ya. anak2 melayu, islam, terutamanya. jangan pura2 menyabitkan kita ini begitu bagus dan sempurna. kamu dan aku serba tahu, kalau pun genap bilangan wajib mencium sejadah itu, akan pasti ada satu dua yang diseleweng syaitan dengan hal2 macam2.

baru angkat takbir, "tadi sudah padam belum televisinya?"
baru tahiyah awal, "ah, siapa pula sms itu?"
baru hendak bismillah, sudah lekas2 menghabiskan fatihah. "hendak pakai tudung warna apa ya yang sesuai sebentar lagi?"

*senyum*

kita manusia.
ini, memangnya, lumrah kita.

sejak bernikah, aku dan tri sudah mula mengais2 mencari tikar solat. dan entah bagaimana, ia sedikit2 menjadi suatu perkara kegemaran aku.

mungkin kerana ketagihan perasaan sayu mendengar kuyu suaranya menghulur doa.
mungkin kerana sejuk dikucup di dahi dan pipi di setiap selesainya semua.
mungkin kerana keselesaan melihat diri merendah megah dengan konsep menjadi ma'mum kepada suami.
mungkin kerana keluhuran damai yang sejujurnya terasa jauh di dalam lubuk hati ini.

tapi, jujur aku bisikkan dari sini,
tiada yang lebih indah selain bersolat jemaah bersama insan yang kau kasihi.

tidak.
bukan bersaling menukar hadiah.
bukan pujukan manis selepas marah.
bukan dating mingguan itu.
bukan percutian di awan biru.

perasaannya,
ah... gimana ya.
entah.

adik2 yang akan mendirikan rumahtangga, atau teman2 yang sudah diikat dengan suaminya, ayuh kita sama2 mulakan tabiat berjemaah di rumah. kalau tidak hafal doa bahasa arab, tidak payah. tuhan itu maha memahami. bahasa melayu tetap diterima, lah!

:)

aku teringat ketika di kursus kahwin dahulu, ustaz penceramah bilang, untuk setiap kes cerai, pasti akan ada sesi kaunseling dan rujukan. sentiasa, soalan pertamanya sudah bisa merungkai.

"bagaimana dengan solat kalian?"

betul juga, kan? bila solat terjaga, kita juga terpelihara. namun aduhai, betapa duniawi ini terlalu membuai, kan?

eh. sebelum aku ditampal sang-cakap-tidak-serupa-bikin, sekali lagi aku tegaskan, aku ini masih terlalu banyak kurangnya. masih jauh sekali sempurnanya. namun aku percaya, kalau aku mampu menulis di jurnal ini hari ini, dibaca dan diaminkan hari2, insyaAllah, adalah eloknya di kemudian hari.

entri ini langsung tidak ada kena mengena dengan sesiapa. melainkan sebagai suatu peringatan untuk seorang aku. untuk terang matanya di setiap tertoleh diri ini di kaca cermin, yang hidup ini bukanlah sepanjang orang tuaku yang sampai ke angka 5o an.

aku mungkin, atau tidak, akan mati hari ini.
kun fa yakun.

*senyum*
alhamdulillah, semenjak aku menulis ttg episod aku dan tri, dengan kebesaran makna iman aku pada "kun fa yakun", ada juga seorang dua yang memberitahu aku betapa ia membantu mereka juga. yang redha itu tidaklah sesakit bayangan di kepala. yang berserah selepas berusaha itu sebenarnya lebih manis dan melega.

menulis di puisitepijalan sebenarnya ada banya pro berbanding lawannya. aku amat ma'lum pembaca di sini sudah terlalu matang untuk sama2 terjun ke dalam lumpur kalau aku menyelam di dalamnya, bukan? untuk setiap butir khilaf aku, biarkan dan abaikan.

ambil yang mana2 kamu rasa molek sahaja, ya?
sedikit2, ada juga amal aku di sini.

*terdiam*

sebenarnya, lewat beberapa hari ini, akal aku sudah selalu menerawang.
semuanya kerana seorang gadis itu.
dan tempat kejadian adalah di performasi rantai minggu lalu.

dek masa pentas aku dianjak ke selepas maghrib, aku dan tri berdedai sementara di klcc. selesai, kami gegaskan ke tapak majlis, di mana yatt ulaskan pada aku yang seorang gadis datang padanya mencari aku.

aku toleh dia di situ.
dia bertudung molek.
kemas.
pasti, kalau aku punya anak lelaki, sudah aku kawankan samanya.

nadiahchem. sahabat ainzakiah.
bakal doktor2 dari pendidikan mesir.
dan dia di situ, sendiri tanpa ain.

"saya nak sangat jumpa kak fynn. saya minat sangat puisi kak fynn"
dia jujur. aku terkesima.

*telan liur*

sepanjang aku di situ, hati jadi ralat. aku pandangkan diri aku yang sangat hina di mata standard tuhan. tidak ada hijab. amalan bolos. riuh bersuara himar. lalu aku curi2 lihat dirinya yang bersandar di dinding.

aku tidak layak untuk ini.
bukan aku.

*semasa menulis ini, airmata aku mengalir*

pernahkah kau rasakan terlalu sayu menjadi diri kamu?
yang datangnya rasa sedar betapa engkau itu terlalu longgar.
dan merasa hinanya menjadi sealpa dan sekosong itu?

itu yang aku rasakan.
hambar.

esoknya, nadiahchem dan ain turun ke nilai untuk membeli buku merah, selain memberi sedikit rasa kek keju buatan sendiri, cukup untuk dijamah.
meski pun tidak setimpal, aku berikan sahaja buku merah pada mereka berdua.

aku tidak dapat berlama2.
tetap, mereka layan aku bagaikan darah di raja.

terlalu baik.
haih...
seperti kalian2 di sini.
terlalu baik.

menerima aku, baik buruknya.
dan lebih mengharukan, sudi mengepil nama aku dalam celah doa kalian.

"saya doakan kakak dapat menjadi isteri solehah"
"kita doa untuk kakak tau"
"fynn, i pray kita sama2 berubah"

*diam*

aku hendak melangkah ke dunia kamu2, yang lebih mulia, yang lebih sentosa.
bukan kamu yang ke dunia aku ini.
jangan sekali2.

op op. sudah hampir maghrib.
aku perlu ajak tri sembahyang.
undang2nya: siapa ucap "jom sembahyang" dahulu, menang.
siapa kalah, mandi dulu.

*masam muka*
aku benci mandi dulu.
ntah. saja.
benci mandi cepat2.
haha.

ok. tri sedang terpaku di peti tv.
aku rasa hari ini aku ada potensi untuk menang.
yesss. mandi lambat adalah satu motivasi yang sungguh mengkhayalkan.

ok bye!
jom semayang!

41 comments:

iYda Juhar said...

Alhamdulillah.

(;

Anonymous said...

hehe...baru buat blog baru...then jenguk blog kak fynn...ade new entry...first time bersuara...

hmmm..utk catatan kak fynn kali ini....mmg terkesima juga la.... (setiap entry yg lain pun melopong juga)

oh sesungguhnya...daku juga terase diri ini begitu kerdil skali..huu

fara rasep said...

kak fynn..

amin;))

iYda Juhar said...

arwah bOnda kesayangan ku selalu pesan "solat itu tiang agama". katenye lagi "macam ne awak nak berumah besar kalu tiangnyer tak kukoh??".
bunyi nyer biase je kan.tapi selalu je lekat kat kepala aku nih.terngiang2 suara merdunyer tuh.
selalu pesanan tuh melekat kat kepala hotak ku ini.

wahai sahabat, mari la kite sama2 kalahkan dugaan syaitan laknat dan jangan biarkan lagi mereka bersorak hepi.

hermm.

(;

ABSOLUTE said...

berubah kpd kebaikan, tak salah. :)

myhann said...

Cute! :D
goodluck and all the best ;)

Anonymous said...

niat da pasang.. tp laksanakan tuh belum.. insyallahh... nak usahakan jugak dalam masa terdekat.. sejahat mana pun kita.. semayang tiang ugama.. mesti..

story-tailor said...

kak fynn,
TERIMA KASIH.

ikhlas saya coretkan kat sini. sejak jadi pengunjung setia rumah kak fynn ni, banyak benda yang saya belajar. baru saya sedar, banyak sungguh benda yang saya lepas pandang selama ni. sedikit sebanyak entri kak fynn benar2 beri kesan ke atas saya. alhamdulillah. (dah lama kalimah tu tak tersuara)
syukur.

saya ingin berjumpa dengan kak fynn suatu hari. nak sangat.
harap2 boleh ya?

hingga lain waktu.

salam.
om

Anonymous said...

argh.
cemburunya!
sgt comell pasangan suami isteri ni.
aaaum!!
:DDD

Syhra Sepeai said...

Ya Allah, lindungilah Kami semua. Aminn.

Hey, saya pernah rasa sayu begitu kak.

Amira Zafirah said...

ehhe. manje
;))

aina syaqilah said...

saya nampak perubahan diri kak fynn dari hari ke hari
walaupun saya tak pernah jumpa kak fynn tapi saya rasa dekat dengan kak fynn
kurnia tuhan itu sungguh hebat
saya nampak kak fynn mula diberikan hidayah oleh tuhan
ini lahh yang dikatakan hikmah orang berkahwin
semakin berubah ke arah kebaikan

and kak fynn
smlm sy ckp bckground page sy wrne hitam kn
tp lps tu sy tukar jd putih
tp tk smpt inform
sorry menyusahkn kak fynn klu kak fynn view blog sy
heee

SAYA SAYANG KAK FYNN
ikhlas ni

Amin Ahmad said...

fynn,

aku suka entri ini. aku akan sapot kau kuat2!

tak sangka, macam berpakat pula kita. ya, aku harap satu hari nanti aku kawen dan dpt selalu imamkan isteriku :)

kau akan berjaya..insyaAllah.

obor obor said...

haha, saya juga sering bertingkah dengan kembar untuk mandi dahulu..

Bobby Nuurri said...

kakanda : saya pun maseh mencoba.

sarahmeay.snm said...

makasih kak fynn. amin. kita sama2 doa ya. moga yang terbaik milik kita. amin. :]

IamYonna said...

kak fynn,
comel nya!!! :)

dulu masa kt kolej,
sy slalu jemaah dengan kawan2.
mmg mengarut la!! hahaha
tgh2 rukuk boleh gelak,adoi laa

mmg kita ni pon merangkak-rangkak time solat
tipulah kalau kita nk mendabik dada solat 5 waktu.

kalau time keluar g mall ade ke solat? *bukan semua*
time bersuka ria kat luar smua,
selalu benda2 tu melalaikan kita kan?

hope kita boleh belajar dr kesilapan :)

smeoga kak fynn bahagia selalu dgn tri!
so cute la korang ni! hehe

Anonymous said...

kenapa ya kak fynn,

kalau kita baca penulisan seseorang, kita macam tergerak hati juga nak ikut, nak buat baik, buat segala.

bukan sini je, buku, tv, radio.

tapi baik nya ia, sesaat mungkin sehari je.

ah, setan itu memang jahat.

mungkin sebab itu kita harus tengok, lihat, dengar yg baik2 saja. supaya kita dapat buat baik.

:)

kak fynn dan abg tri kena selalu ingat mengingatkan tau. byk pahala yg dpt nnti. kdg2 abg tri leka, kdg2 kak fynn yg leka.kak fynn kn byk main.hahaha!!

*doa kamu jd isteri soleha juga*

nadinezuharra said...

sweet sgt entry ni..*nadine bace smpai 2x

Farah W. said...

tak dapat tahan rasa sayu bila baca yg ini.
apa yg kak fynn rasa,ada juga di hati saya.
sedang mencuba..utk dkt pada DIA.

the loco's said...

aha...
bestnya...

Anonymous said...

mungkin sesudah mula "berjalan" dlm bidang "itu" encik tri boleh solat di masjid pula. Bukankah tempat lelaki di masjid.

Go! Go!

Demi ummat Nabi Muhammad saw.

"Ummati..ummati..."

+rezza said...

syok2 aku igt nk bermotivasikan diri dgn cara yang ko amalkan tu lah..kewl idea

bbee.hasib said...

syukur juge :)
amin..

Anonymous said...

one of the best entry
;)

juniOr kamu..hihi~

Just call me ANNE said...

anda tak pernah gagal untuk buat saya rasa sebak dan sayu. tahniah.
dan ini kali pertama saya bersuara kerana saya rasakan.., entry ini yg paling menyentuh jiwa saya..,

saya juga sedang merangkak untuk tegakkan tiang yang 5 itu. tapi tak tahu bila akan dapat lengkap sepenuhnya.

maaf kalau bahasa sedikit rasmi. saya pemalu.

C.E.@ said...

Aku tiada kakak namun bertempayan Alhamdulillah aku gendong ke langit kerna akhirnya aku dapat kakak.

Kakak seperti kamu yang pimpin aku bertatih.

aku bangga ada kakak sekarang!

Kakak Fynn!!!

Anonymous said...

kak fynn hebat!

Gerrard said...

salam kenal! =)

singgah2 blog ek? Thanks!

idysur tagem said...

semasa kita dilahirkan
kita didengarkan dengan seruan azan
semasa kita meninggal
kita disembahyangkan

ingatlah bahawa waktu antara azan dengan sembahyang itu sangat pendek.

*sebagai manusia,kita sama2 mengingati antara satu sama lain*

kamu kenal ainzakiah?junior saya semasa di sekolah.huhu

aaina said...

baru tadi ditegor abah sementelahan alpa tunaikan solat subuh.seringkali aku sengih2 saja.
tiba2 baca entri kak fynn,hati tersentuh.
Allah maha kaya.maha besar.
kali ke-2 aku diperingatkan.

muga kak fynn,suami& aku juga bisa jadi yg lebih baek.
ayuh kita!:)

ainguzzle said...

kak fynn,
akak penah lecture saya and kwn psl blog.. utk dr ruzina nye klas. hidup benl. huahuahua. btw, saya sallu baca blog akak. ada yg setuju, ada yg tak. tp standad r. manusia bebas menyampaikan pendapat. tiada salah dan tiada betul. bagus, penulisan akak kadang kala boleh buka minda kita untuk berfikir.

untuk entry akak ni, saya rasa terharu. akak ckp akak tgh cuba utk penuhkan solat. ok what! Rasulullah pun sebarkan berperingkat. hopefully kita semua kuat dgn cabaran. kita sebab kita semua manusia yang lalai. dan bukan maksum. moga bertambah baik dan sempurna amal kita.amiin.

kalo ada org kutuk akak, buat dek je. siapa kita manusia mau hukum dosa dan pahala. asal kita da cuba dgn ikhlas suda. :)

bekam said...

terkesima,terliur,tertarik napas,terinsaf aku buat seketika...akan ku lengkapkan lima itu..

Anonymous said...

Dearest Fynn,
I've posted a a few things u wrote here on my blog.I hope you don't mind.
It was so touching, i cried..
Tersentuh sgt, sebab at night, after prayers ( yg tak cukup tuh) mmg itulah yg saya wish.
Sembahyang with my husband to be.
I can only imagine how it feels...and that makes me sad somewat.
Saya taktaulah nape belum sampai turn saya..tapi saya tak sabar2 part tu..
Sembahyang dengan seorang yang dipanggil suami.

Anonymous said...

pilu terasa.

amin untuk kak fynn & semua :)

Anonymous said...

*merangkak hendak berpatah jalan menurut tapak kaki tuhan.

ayat ni. macam kurang sesuai. tapak kaki?

fynn jamal said...

bukan anon:

itu namanya figure of speech. teknik menulis.

contoh, di dalam al-quran ada menyebut "yaadullah", bermakna tangan Allah.

TIDAK boleh kita bayangkan ada bentuk tangan seolah jemari kita. sesungguhnya itu suatu perkara yang haram: membayangkan Allah.

bila saya tulis 'tapak kaki', saya berkata ttg konsep mengikut jejak. begitu sahaja.

sekali lagi, jgn terus bikin konklusi, ya dik? mungkin kamu baru di sini. :) tapi hati2 dgn tulisan saya.

salam.

Anonymous said...

melewati 'story' mu fynn membuat aku kerinduan yg teramat. walaupun kerinduan yg memeritkan itu ingin ku buang jauh ke laut mati. ditemani lagu terbaru Kaer Azami 'Bukan Kasihku' kala menulis laju utk komen ini menjerutkan lagi kerinduanku..Fynn aku terpaut pada dirimu dan suami kala berkejaran cuba membatalkan air solat ~ saja dengki ~

ermmm satu ketikanya (few times)aku jua begitu walau belum pernah ijab dan qabul tapi.. aku jua insan yg lemah kadang lalai kadang cuai mengingatiNya. namun semua kenangan ~saja dengki~ itu semakin menjadi sejarah seperti lagunya 'Bukan Kasihku'..Begitu pedih..perit..sehingga kekadang menahan air mata dari trus jatuh utk lelaki pengecut dan dayus itu...tidak..tidak akan mungkin lagi ku bazirkan mutiara jernihku kerna dia...

KAER AZAMI - Bukan Kasihku [New Single]

Inikah akhirnya
tinggallah lara di sini
terpadamlah api kasih
setelah dikau pergi
telah kukorbankan
sudah aku curahkannya
semua kasih suci pada dirimu

Korus

Takku mahu
asmara kan hancur seperti debu
takku mahu
dirimu bukan lagi kekasihku
dan di sini tinggallah aku
menantikan kasih
sesaat berlalu
bertahun kurasa

Ohh manakah silapmya
kemanakah kan kubawa
erti cinta sejati
cuma dimimpi

Anonymous said...

solatku seperti kamu juga...tapi semakin hari semakin terjaga...mungkin..cuma cepat atau lewatnya saja...tapi seringkali teringat pesanan ayahnda..kalau solatnya dipenghujung waktu...jangan disalahkan sesiapa kalau doa juga lambat dimakbulkan...benar atau salah tidak pula diketahui..cuma sekarang ia sebagai semangat untuk saya segerakan solat...afdalnya selepas azan..tapi jarang sekali diamalkan...nama juga manusia kan...

Anonymous said...

this is beautiful.

Rasulullah saw always remind his sahabats.

"never be shy to remind each other. not because we think we're better than them, but because when we remind others, Allah swt will remind us"

dunia. too short.
akhirat. for eternity.

when dunia is what we want, we'll get dunia. oh yes we will.

*but if its akhirat that we're struggling for. not only dunia will come crawling at our feet but we'll also get akhirat that'll be the place for us to enjoy the everlasting joy and happiness.


:)


(*reminder to self.)

Anonymous said...

Tidak pernah lupa membisikkan kata semangat ttg solat setiap hari pada diri.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kan kak fynn?
=)

Every entry buat ien jd org yg tidak mudah lupa siapa itu fynn jamal.